RAKYAT MARHAEN |
- Video - Tok Guru Nik Aziz - Perasmian Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat Ke 51
- Nik Aziz: 20,000 peniaga seluruh negara sedia guna dinar
- Muslimat sasar 1 Dun, 1 Parlimen setiap negeri
- Hanya satu puak dalam PAS
- Nasrudin: PAS bukan parti ekstrem, Pemuda mahu bina imej baru
- Nik Aziz: Saya ada pilihan sendiri tapi tak mahu dedah elak kecoh
- Ikhwan Mesir ucap tahniah, mahu PAS terus maju
- Nik Aziz tentang semua 'warna' sekularisme
- Buang tanggapan 'pelengkap lelaki', Muslimat perlu lebih nasional
| Video - Tok Guru Nik Aziz - Perasmian Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat Ke 51 Posted: 02 Jun 2011 02:08 AM PDT |
| Nik Aziz: 20,000 peniaga seluruh negara sedia guna dinar Posted: 02 Jun 2011 01:21 AM PDT ![]() Mata wang dinar dan dirham yang dilancarkan kerajaan negeri Kelantan Ogos lalu. "Pada kesempatan ini juga, sukalah saya mengulangi tekad kerajaan Kelantan untuk terus istiqomah melaksanakan sistem kewangan Islam. |
| Muslimat sasar 1 Dun, 1 Parlimen setiap negeri Posted: 02 Jun 2011 01:21 AM PDT SHAH ALAM, 2 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sedang mensasarkan satu negeri satu Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu Parlimen bagi calon wanita. Pengarah pilihan raya DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, cabaran bagi mereka adalah memadankan calon wanita dengan kerusi Dun atau Parlimen yang sesuai. Menurutnya, PAS tidak mempunyai masalah kekurangan calon tetapi perlu melihat beberapa faktor sebelum diletakkan di sesuatu kerusi terutamanya dari segi anak tempatan atau tidak. Read More / Baca Lagi >> |
| Posted: 02 Jun 2011 01:17 AM PDT Sebuah akhbar harian Inggeris asyik sahaja menggunakan istilah 'puak Erdogan' bila merujuk kepada sekumpulan pemimpin PAS yang bukan ulama. Nama ahli-ahli 'puak Erdogan' ini pun ada disenaraikan dalam akhbar harian tersebut. Para pemberita akhbar harian Inggeris ini menulis bahawa kononnya puak ini adalah agresif dan mempunyai matlamat dan halatuju yang berlainan dari puncak pimpinan parti PAS seolah-olah puak ini adalah satu puak baru yang wujud untuk mengancam cara pentadbiran dan organisasi dalam PAS. Read More / Baca Lagi >> |
| Nasrudin: PAS bukan parti ekstrem, Pemuda mahu bina imej baru Posted: 02 Jun 2011 01:15 AM PDT SHAH ALAM, 2 Jun — Nasrudin Hassan menekankan pihaknya mahu membina imej baru membabitkan PAS sambil berkata, komponen Pakatan Rakyat itu "bukan sebuah parti ekstrem dan tidak boleh bertolak ansur" sebagaimana dilabel musuh politiknya. Sambil mengakui wujud gambaran sedemikian dan digambarkan sebagai sebuah parti yang hanya suka mengadakan demonstrasi, Ketua Pemuda PAS itu berkata, kini pihaknya mengambil pendekatan berbeza. "Saya menyedari bahawa kebelakangan ini ada tanggapan sedemikian, ekoran perkembangan semasa yang berlaku, kami dipaksa bertindak (mengadakan demonstrasi), tetapi bukan sengaja mahu mengadakan demonstrasi," kata beliau dalam temu bual bersama The Malaysian Insider menjelang Muktamar Dewan Pemuda PAS pusat di sini. "Kami buat aduan polis tapi disia-siakan, kami serah memorandum disia-siakan, maka mahu tidak mahu rakyat bangkit dan mengadakan demonstrasi bantahan," kata beliau. Read More / Baca Lagi >> |
| Nik Aziz: Saya ada pilihan sendiri tapi tak mahu dedah elak kecoh Posted: 02 Jun 2011 01:10 AM PDT SHAH ALAM, 2 Jun — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai pilihannya sendiri berhubung calon yang sesuai untuk dipilih pada pemilihan parti itu kali ini. Pemilihan ketiga-tiga sayap berlangsung hari ini manakala peringkat pusat sempena muktamar yang bermula esok. Menteri Besar Kelantan itu berkata, walau siapa pun pilihannya, semua keputusan terletak pada tangan perwakilan untuk menentukan pemenang. "Saya ada pilihan saya. Tapi tak bolehlah beritahu pada orang lain. Kalau saya beritahu kecohlah nanti," kata beliaua pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS 2011 di sini hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
| Ikhwan Mesir ucap tahniah, mahu PAS terus maju Posted: 02 Jun 2011 01:08 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 Jun: Parti Ikhwan Muslimin Mesir mendoakan agar PAS akan terus maju dalam perjuangannya untuk Islam dan rakyat supaya Islam terserlah sebagai 'rahmat kepada seluruh alam'. Dalam masa yang sama, parti itu juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada PAS di bawah kepimpinan Mursyidul Amnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan mengadakan Muktamar Ke-57nya mulai 3 hingga 5 Jun ini. Read More / Baca Lagi >> |
| Nik Aziz tentang semua 'warna' sekularisme Posted: 02 Jun 2011 01:01 AM PDT Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadikan penegasan menentang fahaman sekularisme sebagai inti penting dalam ucapan pemulanya dalam muktamar parti itu yang sedang berlangsung. "Saya menyatakan perkara ini sebagai satu penegasan agar PAS mampu berdepan dengan penjajahan pemikiran dan gelombang sekular yang datang dengan pelbagai warna, ada yang biru dan ada yang merah. "Walau apa jua warna sekalipun, ia tetap merupakan gelombang jahiliah yang mesti ditolak," katanya ketika merasmikan pembukaan Dewan Muslimat di Shah Alam hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
| Buang tanggapan 'pelengkap lelaki', Muslimat perlu lebih nasional Posted: 02 Jun 2011 12:58 AM PDT SHAH ALAM, 2 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Muslimat PAS lebih kehadapan dan tidak lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan Adam.Kata, dengan perkembangan semasa hari ini, muslimat juga harus melengkapkan diri untuk bersaing di peringkat nasional. "Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan. Read More / Baca Lagi >> |
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan