Pulakdah! |
- Ziarah Ke Kubur Pak Uda : Man Kadir @ Pak Jabit
- CIUMAN Gadis Ini GAGALKAN Percubaan BUNUH DIRI
- Siapa KOMUNIS Sekarang?
Ziarah Ke Kubur Pak Uda : Man Kadir @ Pak Jabit Posted: 28 Jun 2011 06:12 AM PDT Petang tadi aku ditemani oleh Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Gajah (Sdr Adanan) menziarahi makam Allahyarham sahabatku Sdr Zami Ismail. Kebetulannya tika itu anak kedua Allahyarham Sdr Mohd Yamashita (Mat Bros) bersama isteri dan anak lelakinya ada sama. Terasa amat sayu kehilangan sahabatku itu.~Al-Fatehah : Man Kadir |
CIUMAN Gadis Ini GAGALKAN Percubaan BUNUH DIRI Posted: 28 Jun 2011 05:50 AM PDT Liu Wenxiu secara tiba-tiba popular di China. Gadis 19 tahun ini berjaya menggagalkan usaha seorang pemuda untuk bunuh diri dengan ciumannya. Kisahnya bermula ketika dia keluar berbelanja bersama teman-temannya di sebuah pusat membeli belah di Shenzhen, Wilayah Guangdong. Sedang menikmati makan tengahari di sebuah restoran, mereka terlihat ramai pengunjung sedang mengerumuni sesuatu. Rupa-rupanya, mereka sedang menonton seorang pemuda yang hendak menghiris lehernya dan terjun dari tingkat atas. Liu melihat tiada seorangpun yang berusaha untuk memujuk pemuda itu. Malah polis di sekitarnya hanya sekadar berjaga-jaga. Liu berlari mendekati pemuda itu tetapi polis telah menghalangnya. Tidak putus akal, ia mengaku kepada polis bahawa dia aalah teman wanita pemuda itu, dan pemuda itu hendak bunuh diri kerananya. Sebenarnya cerita itu hanya rekaan Liu sahaja. "Saya hanya ingin mendekatinya, mengajaknya berbual, dan syukur dia menangguhkan niatnya," katanya. Liu mendekati pemuda itu dan mengajaknya berbual, barulah diketahui bahawa pemuda itu telah berputus asa kerana masalah keluarga. Kerana Liu juga seorang anak yang pernah melalui perpecahan di dalam keluarga, ia memahami perasaan pemuda itu. Lalu mereka dapat berbual panjang. Entah apa yang mereka bicarakan, yang pastinya hati pemuda itu semakin lunak. Liu kemudian berjalan perlahan mendekatinya, merangkulnya, dan kemudian menciummnya. Pemuda itu melepaskan pisau, dan membiarkan petugas pemadam kebakaran membantunya melepasi pagar dan menyelamatkan dirinya. Liu WenXiu Apa yang mereka bualkan? Liu merahsiakannya. "Ceritanya menyentuh hati saya. Secara tiba-tiba saya berasa sangat memahaminya dan terasa seperti saya adalah teman wanitanya," katanya, tersipu malu. Kredit : CZ |
Posted: 28 Jun 2011 02:43 AM PDT Pihak polis berkata, mereka sedang menyiasat 30 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) kerana disyaki memulihkan semula fahaman komunisme dan telah "melancarkan perang terhadap raja". Buktinya? T-shirt yang mereka pakai terdapat gambar bekas pemimpin komunis Malaya dan beberapa risalah tentang Bersih 2.0 dan PSM. Menambahkan lagi perisa di dalam dakwaan ini, Bersih 2.0 didakwa telah dibiayai oleh kumpulan-kumpulan Kristian dari luar negara. Nampaknya ia kelihatan sepeti Kristian telah membayar kepada pihak komunis untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil untuk mengambil alih Malaysia. Dan kita di Malaysia tidak suka kepada komunis, kita telah berjuang menentang mereka pada 1948-1960 ketika Darurat. Mereka akhirnya meletakkan senjata mereka pada tahun 1989, 15 tahun selepas terjalian hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dengan Beijing, penaung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan. Ironinya adalah, UMNO mempunyai rakan-rakan seperti Parti Komunis China dan Parti Buruh Korea Utara. Pak Samad selepas keluar dari Balai Polis semalam. UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) dan memerintah negara ini menggunakan pihak polis untuk memanggil sasterawan negara seperti A. Samad Said kerana membacakan puisi di dalam satu acara Bersih. Bukankah tindakan itu sama seperti China yang menahan seorang seniman Ai Wei Wei kerana menyuarakan pandangan beliau? Siapa komunis sekarang? Ai Wei Wei Amat mudah untuk menuduh sesiapa pun sebagai komunis di Malaysia ini walaupun sosialis ternyata sangat jauh berbeza daripada komunis. Sama ada mereka yang memakai kemeja-T Abdullah CD atau Che Guevara yang mudah didapati di Pasar Seni di Kuala Lumpur atau kedai-kedai kecil di tempat lain. Tetapi itu adalah pandangan cetek. Mereka nampaknya telah menggunakan taktik keras ini, dan melabelkan seseorang yang meluahkan pandangan peribadi, adalah seorang komunis. Kredit : TMI |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan