PRO REFORM |
- Sekadar Renungan: Letusan Gunung Berapi Yang Menghasilkan Kilat Di Chile Pada 5 jun 2011
- Gimik terakhir Umno halang perhimpunan BERSIH 2.0 -Tian Chua
- Nik Aziz: Negara kebajikan selari dengan Islam
| Sekadar Renungan: Letusan Gunung Berapi Yang Menghasilkan Kilat Di Chile Pada 5 jun 2011 Posted: 10 Jun 2011 01:54 AM PDT " Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
| Gimik terakhir Umno halang perhimpunan BERSIH 2.0 -Tian Chua Posted: 09 Jun 2011 08:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Perhimpunan 'Walk For Democracy' yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai depan menimbulkan ketakutan kepada Umno. Naib Presiden KEADILAN, Tian berkata, laporan polis yang dibuat Pemuda Umno berhubung perhimpunan itu, merupakan gimik terakhir mereka untuk menggagalkan perancangan NGO terbabit. "Ia gimik terakhir mereka kerana mereka juga boleh menghalang kita dengan cara lain. Mereka sengaja menggunakan tekanan politik dengan membuat laporan polis supaya mengagalkan perhimpunan itu. "Laporan itu tidak berasas, ini hanya cara untuk mereka mencari alasan sahaja. Ia menunjukkan Umno begitu takut dengan perhimpunan rakyat," kata Tian Chua ketika dihubungi Keadilandaily.com. Semalam, Exco hal ehwal bandar yang juga ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin membuat laporan polis konon kerana bimbang keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas ekoran penganjuran demonstrasi BERSIH 2.0. Laporan polis itu berdasarkan laporan Suara Keadilan yang melaporkan Tian Chua sebagai berkata, 60,000 ahli KEADILAN akan hadir dalam perhimpunan itu. Menurut Tian Chua, laporan polis yang dibuat pihak berkenaan kononnya peniaga akan mengalami kerugian jika perhimpunan itu dianjurkan, tidak berasas sama sekali. "Apa yang diberitahu oleh beliau tidak benar, peniaga sama sekali tidak akan menghadapi kerugian, sekiranya mereka (peniaga) merasakan berlaku kerugian dalam perniagaan mereka, sudah pasti telah banyak laporan yang dibuat mereka. "Secara logiknya, saya percaya mereka akan mendapat keuntungan sebab orang ramai yang hadir akan membeli makanan dan minuman," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu. Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa setiap kali penganjuran perhimpunan oleh Pakatan Rakyat (PR) atau badan bukan kerajaan (NGO), tidak akan berlaku kekecohan sekiranya polis faham tanggungjawab mereka menjaga keselamatan dan bukan menganggu demonstrasi tersebut. "Tidak timbul soal akan mengganggu-gugat keselamatan orang awam sekiranya polis memberi kerjasama dengan memastikan perhimpunan itu berjalan lancar tanpa gangguan daripada ereka. "Perhimpunan yang diadakan ini bukan untuk menyerang orang awam, polis kena faham apa yang kita mahu anjurkan," ujarnya. Sebelum ini dilaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang BERSIH 2.0. -KeadilanDaily " Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
| Nik Aziz: Negara kebajikan selari dengan Islam Posted: 09 Jun 2011 07:07 PM PDT Konsep negara berkebajikan yang dibawa Pakatan Rakyat adalah selari dengan kehendak Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menteri Besar Kelantan itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam. Menurutnya kedua-dua perkara itu membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial. Berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat, katanya. "Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan bukan beri barang," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di Kota Bharu, semalam. Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan terhadap PAS merosot. Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu minggu lalu langsung tidak menyentuh mengenai penubuhan negara Islam dan pembentukan undang-undang hudud seperti mana sebelumnya. Sebaliknya ahli parlimen Marang itu berkata PAS akan menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan. - Bernama " Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
| You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Menteri Besar Kelantan itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.
Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu minggu lalu langsung tidak menyentuh mengenai penubuhan negara Islam dan pembentukan undang-undang hudud seperti mana sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan