PRO REFORM |
Muktamar Tahunan PAS: Usul Bersih 2 Diluluskan Sebulat Suara Posted: 04 Jun 2011 10:14 PM PDT Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN GOMBAK: PAS akan menganjurkan perhimpunan kedua Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2 ) secara besar-besaran pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur dekat sini. Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada sesi perbahasan Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Markas PAS Taman Melewar, di sini, Ahad. "Dalam usul ini kita memberi tumpuan untuk mengerakkan semua organ parti serta semua barisan kepimpinan serta rakan komponen Pakatan Rakyat untuk menyertai serta menjayakan perhimpunan tersebut," katanya ketika membentangkan usul tersebut di sini, Ahad. Usul berkenaan juga turut diluluskan sebulat suara pada muktamar parti itu. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu merupakan sememangnya aktivis Bersih serta pernah ditahan kerana menyertai perhimpunan tersebut pada November 2007. Bersih telah beberapa kali menghantar memorandum mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya menghapuskan undi pos, sistem pendaftaran automatik serta penggunaan dakwat kuku bagi menggantikan sistem sedia ada. -MStar Online " Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan