PERAKITE |
BERSIH 2.0 JUGA DIADAKAN DI AMERIKA SYARIKAT DAN JEPUN Posted: 23 Jun 2011 05:16 AM PDT Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan awal bulan depan akan juga diadakan di beberapa negara luar termasuk Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0. "Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal," kata jawatankuasa itu lagi. "Kami menganggap minat luas di kalangan rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi," kata beliau lagi. Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0: i. perarakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan - 3 pm ii.di pejabat kedutaan/konsul Malaysia Canberra, Melbourne dan Sydney- 12pm iv. pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles - 10 am v. Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco - 9.30am vi. pejabat konsul Malaysia di New York - 10am Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia. "Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13," katanya lagi. Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai di sini belum memperoleh permit polis. Dalam kenyataannya, jawatankuasa itu juga berkata, program jelajah seluruh negara menjelang perhimpunan 9 Julai akan diadakan di beberapa bandar.Ia termasuklah di Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 10 malam esok dan disusuli di Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam keesokan hari. Program itu juga akan diadakan di Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru pada pukul 8.30 malam Sabtu ini. Perhimpunan di Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput akan diadakan pada pukul 8.30 malam Ahad ini. |
Demo seluruh negara esok sebagai bantahan terhadap Utusan Posted: 23 Jun 2011 04:06 AM PDT Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok. Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat. "Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf. "Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini. Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini. Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu. Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki." "Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan