Selasa, 7 Jun 2011

PERAKITE

PERAKITE


TALIBAN AKAN SAMAN SI TUKANG FITNAH

Posted: 07 Jun 2011 04:37 AM PDT

Ustaz Norazli Musa mencabar Fauzi Muda membuktikan dakwaan kononnya  beliau memperkayakan diri semasa pemerintahan kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau hadapi saman tuntutan ganti rugi.


Kenyataan bekas ahli PKR itu adalah bersifat fitnah kerana ia tidak berasas sama sekali, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak itu.


"Saya mencabar Fauzi membuktikannya dalam tempoh seminggu bermula hari ini atau hadapi saman tuntutan ganti rugi. Saya telah serahkan pada peguam untuk meneliti perkara ini.


Mengenai selaran bahawa beliau tidak layak mencabar Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Norazli berkata ilmu berhubung dengan agama Islam bukanlah ukuran apabila seseorang itu mati kelak.


"Yang dilihat oleh Allah ialah amalan seseorang. Apalagi jika seseorang itu tinggi ilmu agamanya (tidak terkecuali siapa sahaja termasuk seseorang mufti), tetapi tidak mengamalkannya, maka Allah akan menyiksanya terlebih dahulu berbanding penyembah berhala.


"Ulama Ibnu Roslan berkata: Maka orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya akan disiksa lebih dahulu daripada penyembah berhala," kata Norazli mengulas kenyataan Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria.


"Nizar ternyata dangkal memahami bahawa seseorang yang berilmu akan lebih besar timbangtaranya di sisi Allah, apa lagi jika tidak diamalkan.

'Iktikad kita hanya nabi yang maksum. Sahabat Nabi sendiripun tak maksum, jadi apa-tah lagi seorang mufti seperti Harussani," katanya mencabar Nizar berdebat secara terbuka mengenai isu berkenaan untuk mencari kebenaran.

"Rasulullah saw bersabda bahawa jihad yang paling afdal ialah menyatakan yang hak terhadap pemimpin yang zalim, " katanya sambil menegaskan sebaliknya Harussani tidak berbuat demikian tetapi membuat pertimbangan berasaskan kesesuaian Umno.



  • Najib takut Pas meraih sokongan lebih besar @ gagasan Negara Berkebajikan

    Posted: 06 Jun 2011 07:27 PM PDT

    Pesuruhjaya PAS Salleh Man menyifatkan DS Najib Razak takut akan idea  "Negara Berkebajikan"  yang digagaskan pada Muktamar PAS ke-57 minggu lepas kerana ia mampu meraih sokongan lebih besar rakyat pada PRU ke-13, yang diramalkan November.
    Bahkan, beliau berpendapat Perdana Menteri seakan 'buta sejarah Islam' apabila Presiden Umno itu tidak boleh menerima iltizam politik terbaru PAS tersebut walhal kebajikan dilakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.
    "Selepas peristiwa Perjanjian Hidaybiyyah, Rasulullah s.a.w dan para Sahabat bukan sahaja mengerjakan umratul qadha serta melakukan solat berjamaah secara terbuka di Makkah, malahan berusaha membebaskan orang kebanyakan dari hutang serta memerdekakan hamba.
    "Semua ini adalah bentuk kebajikan yang dilakukan oleh Rasullah s.a.w sendiri sehingga beberapa tahun berikutnya rakyat Makkah sendiri terima Rasulullah s.a.w dan berlaku Fathul Makkah.
    "Mungkin Najib takut, mungkin juga Najib buta sejarah," ujarnya ketika dihubungi PenangDaily.
    Dilaporkan hari ini bahawa Najib sebaliknya mengakui bahawa kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional sendiri telah lama melaksanakan gagasan yang ditawarkan PAS tersebut.
    "Label saja negara kebajikan (oleh PAS), tetapi apa yang kita (kerajaan) buat dalam bidang kesihatan, pendidikan, subsidi makanan, minyak dan sebagainya adalah ciri negara kebajikan yang diperjuangkan kerajaan sejak dulu," kata Najib pada media semalam.
    Najib juga seakan cuba melaga-lagakan golongan ulama dan professional yang kian dilihat kembali bersatu sejak Muktamar PAS kali ke-57 yang melabuhkan tirainya pada minggu lalu.
    Sehubungan itu, Saleh yang juga Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menasihati Najib dan Umno mencermin diri sebelum menuduh PAS telah lari dari landasan perjuangan Islam yang sebenar.
    Ini kerana katanya,  gagasan 1Malaysia yang dibawanya sejak dua tahun lalu menyerlahkan bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan Melayu.
    Sekiranya Umno jujur memperjuangkan kepentingan Melayu, Salleh mencabar Najib sendiri mengeluarkan  "dokumen ketuanan Melayu" sempena pilihan raya umum ini

    Tiada ulasan: