Isnin, 6 Jun 2011

PERAKITE

PERAKITE


Nelayan dan Lori akan mogok. Ikan dan barang bakal naik rege

Posted: 06 Jun 2011 01:05 AM PDT


Dengar khabar harga ikan ataupun lebih tepat lagi rege produk makanan lauk akan naik dalam dua tiga hari lagi. Rege nya akan naik melambung-lambung. Nanti rege ikan lebih mahal daripada rege ayam pencen.

Jadi adik kakak pakat-pakat lah gi beli ikan, sotong, udang, ikan yu ke mulai sekarang.. penuhinya freezer masing-masing.. Ya lah setakat boleh isi. Tak percaya .. you just wait and see..
Kalau terbeli banyak bolehler buat ikan kering, itupun kalau masih murah.. he he.. maka akan kurus kering dan ramai kena darah tinggi lak rakyat Malaysia bawah era Pak JIB dok tibai ikan masin. he he. 
Mau tak naik rege.. dua tiga hari lagi khabarnya..  geng-geng nelayan dan lori pengangkutan akan mulai mogok. Nelayan tidak akan ke laut.. geng lori lak mogok tak mahu punggah barang.

So get ready rakyat Malaysia... makan ubi kayu dan pucuk ubi je..

 Awat tak mogok, subsidi disel PAK JIB dah tarik. 

Kerajaan dah umum dua tiga hari lepas bahawa Nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter. Kerajaan PAK JIB kan dah 
umum bahawa  pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter.

"Bukan sahaja nelayan Zon C2 yang kena beli minyak dengan harga RM1.80, lori, trak dan kontena yang berbentuk industri kena beli pada harga berkenaan," kata menteri berkenaan DS Noh Omar minggu lepas.

Noh berkata kadar RM1.80 masih harga subsidi kerana jika mengikut harga industri, minyak dijual RM2.50 seliter. KAH KAH KAH


Heran juga yer... subsidi minyak kepada nelayan ditarik tetiba je.. PAK JIB dok gatal tangan sahaja la ni. Dok minat benor nak naikkan rege minyak. Dok pelan naik sikit2 di Malaysia. 

Tapi di Indonesia, Pertamina.. (syarikat pengeluar seperti Petronas) dok pelan turun harga minyak. Kerajaan PAK JIB pulak dok berangan nak naikkan minyak.. he he he.. itupun strategi rasanya..

Lepas ni... dekat PRU.. Pak JIB turunkan harga... melopong semua..

Tiada ulasan: