PERAKITE |
kuatkuasa Clamping Zone ke atas kenderaan Posted: 31 May 2011 11:47 PM PDT Mulai hari ini, 1 Jun 2011, Majlis Perbandaran Pulau Pinang akan bertindak mengapit roda dan menunda kereta yang diletakkan di zon Clamping Zone di sekitar Pulau Pinang. Exco berkenaan Chow Kon Yeow tindakan itu bagi menyedarkan pemilik atau pemandu kereta berkenaan bahawa mereka tidak boleh meletakkan kenderaan masing-masing sesuka hati terutama di zon tunda Prosedur adalah seperti berikut: 1. Pegawai Penguatkuasa MPPP akan memberi amaran wisel selama tiga kali 2. Roda akan dikapit serta notis ditinggalkan pada kereta 3. Sekiranya tuan punya kereta masih tidak hubungi MPPP untuk membuka pengapit selepas empat jam, MPPP akan bertindak menunda kereta 4. Kompaun untuk membuka pengapit adalah RM50. Bayaran boleh dibuat apabila pengawai penguatkuasa di sana. Resit rasmi MPPP akan diberikan kepada tuanpunya kereta. 5. Selepas kompaun dibayar, pengapit akan dibuka 6.Kompaun untuk mengambil kereta yang telah ditunda adalah RM150 manakala kompaun kereta komersial seperti bas pelancongan dan lain-lain adalah RM300. 7. Kereta akan ditunda ke setor MPPP di Jalan Kampung Jawa (belakang Times Square) |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan