PENYAPU SIAL |
- Nak sangat UMNOPORNO tuduh hidupkan komunis,,,,sedangkan parti haramjadah ini bergelumang dengan najis komunis buat buat tak tau...!!!
- Bakal bintang seks UMNO PORNO ...Ketua Puteri & Setiausaha UMNOPORNO Bahagian Jerlun Digugurkan Kerana Kes PORNO...!!!
- datuk Temberang pow budak....bapak budak " mengamuk" sakan....muakakakaka...!!!
- Baju BERSIH tak boleh masuk masjid....tapi baju JUDI ,ARAK dan ntah ntah baju pompuan telanjang bogel pun halal di bawa masuk ke masjid...!!!
- beruk nasional kelapaq nak minta di bunuh makhluk tertentu....muakakakaka...!!!!
- Rakyat Tak Gentar Dengan Tekanan & Ugutan peralatkan Yang Di pertuan Agong....!!!
- BERNAMA Hasut Rakyat Benci Ambiga...untuk cetuskan huruhara supaya mudah UMNOPORNO mengekalkan kuasa melalui tindakan GESTAPO nya...!!!
- najib pukimak memang pondan atau Pakatan Rakyat sebagai anak jantan
Posted: 27 Jun 2011 09:13 AM PDT
Kita menafikan keras dakwaan kerajaan bahawa mereka mempunyai agenda untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM). Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar adalah tidak berasas dan tidak masuk akal serta satu pembohongan bermotifkan politik dan sandiwara pihak kerajaan. Jadi kita meminta kesemua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini.Sehingga awal pagi ini, 35 aktivis PSM dan Suara rakyat Malaysia (Suaram) yang ditahan di Tol Sungai Dua sekitar pukul 3.30 petang kelmarin masih belum dibebaskan. Mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj dalam rangka lawatan ke Sungai Ara, Pulau Pinang untuk menghadiri kempen 'Udah Lah.. Bersaralah!!'
Menyifatkan dakwaan itu sebagai melucukan, PSM ialah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ianya sudah diketahui umum.Kita berasa lucu bahawa pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan komunis dengan terjumpanya beberapa T-shirt dan barangan yang mempunyai imej pemimpin komunis. Untuk makluman polis, ini adalah skrip zaman perang dingin di mana hari ini semua bahan ini boleh didapati di pasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan.Selain itu, kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunis Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain.. Jadi yang sebenarnya tangkapan itu adalah tindakan terancang pihak polis untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 dan cuba mewujukan suasana darurat bagi membolehkan tangkapan besar-besaran dilakukan.Pihak media Umno BN telah menghebohkan tohmahan dan pembohongan ini untuk menakutkan orang ramai menjelang perhimpunan Bersih 2.0. "PSM menyokong penuh perhimpunan Bersih 2.0 walaupun kempen Udahlah...Bersaralah PSM tidak ada kena mengena dengan Bersih 2.0, tetapi pihak polis cuba mengaitkan dua aktiviti tersebut untuk menyekat perhimpunan Bersih 2.0," katanya. Sementara itu, penangkapan anggota PSM itu sangat bertentangan dengan pendirian kerajaan sebelum ini.Kerajaan sebelum ini telahpun memberikan pengampunan kepada beberapa pemimpin PKM malah menganugerahkan sejumlah ekar tanah kepada mereka. Saya tidak tahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin, sedar atau buat buat tak tau akan hal sebegini.Kita juga tidak menolak kemungkinan tindakan mengaitkan dengan Komunis sebagai usaha untuk membenarkan Akta Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk menangkap pemimpin Bersih seperti Operasi Lalang pada tahun 1987. Umno yang sebenarnya wajar diperangi kerana cuba mengalihkan isu sebenar dengan mendakwa PSM cuba memerangi Agong. Umno dakwanya tidak senang dengan tindakan PSM yang menyebarkan maklumat tentang kepincangan pentadbiran negara kepada rakyat melalui kempen mereka ... |
Posted: 27 Jun 2011 08:40 AM PDT muakakakaa....ada banyak lagi dalam team UMNOPORNO...boleh set dengan datuk temberang berlakon ranjang video kelabu taik anjing Ketua Puteri Umno Jerlun Yusmawati Yaacob dan Setiausaha Umno bahagian itu, Jasmi Mohd Ismail digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran kes berkhalwat yang sedang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, lapor media hari ini. Gambar: Yusmawati kelihatan sedang meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Jitra, di Kedah, pada 22 Jun lalu di atas dakwaan berkhalwat, manakala Mohd Jasmi (gambar sisipan) turut didakwa dengan pertuduhan sama. -- Foto THE STAR Pengerusi Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, surat berkaitan pengguguran jawatan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 24 Jun lalu. “Kes ini merupakan kes yang pertama di Kedah dan saya yakin mereka telah pun menerima surat pengguguran jawatan itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini. Isnin lalu, Yusmawati dan Jasmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah pada bulan lalu. Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu. Jasmi dan Yusmawati didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa ikatan sah mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988. Menurut Ahmad Bashah, ekoran perkembangan itu, Naib Ketua Puteri Umno Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi dilantik memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan peringkat parti diadakan kelak. Kata beliau, pelantikan berkenaan selaras dengan Fasal 12.8 Peraturan Pergerakan Puteri Umno. Tambah beliau, bagi jawatan pengganti Jasmi pula akan diputuskan oleh Ketua Umno Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif. |
datuk Temberang pow budak....bapak budak " mengamuk" sakan....muakakakaka...!!! Posted: 27 Jun 2011 08:31 AM PDT Seorang bapa kesal apabila anaknya yang masih bersekolah diperalat trio ‘Datuk T’ yang mengupah mereka sebagai penyokong sewaktu muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Jumaat lalu. Hal itu didedahkan Suhaimi Ali, 47, bapa kepada pelajar berusia 17 tahun yang mendapat tahu anaknya diupah RM50 untuk ‘bekerja’ selama tiga jam pada hari berkenaan. “Saya terkejut dan tak tahu, tiba-tiba tengok (dia) masuk akhbar,” kata Shuhaimi yang berang kerana anaknya, Faisal Syafiq, 17, diperalat dan diperdaya trio ‘Datuk T’. Beliau yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini, dimaklumkan anaknya, kira-kira 30 pelajar sekolah lain turut ditawar RM50 atas tujuan sama. |
Posted: 27 Jun 2011 04:24 AM PDT agaknya baju yang ada gambar macam nie pun boleh di pakai di dalam masjiid kot....!!!....gila sasau punya UMNOPORNO...!!! "Nampaknya semakin kelam kabut Islam di Malaysia ini. Pakai Baju BERSIH tak boleh solat di masjid. Pakailah Baju Iklan ARAK ke, Baju Ikan JUDI ke. Bukan ke banyak Baju Iklan ARAK dan JUDI yang secara sedar atau tak sedar orang bawa solat di Masjid. Bawa sekali Utusan Malaysia Harian Metro boleh tengok keputusan JUDI dalam MASJID !....Inilah dia UMNOPORNO nama aje mengaku islam tapi tergamak memporak perandakan Islam itu sendiri...!!! Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih. Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut. Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib. Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan MENUDUH PEMUDA TERSEBUT SEBAGAI MUNAFIK. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar. Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur. Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih. Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong. Sumber: harakahdaily" |
beruk nasional kelapaq nak minta di bunuh makhluk tertentu....muakakakaka...!!!! Posted: 27 Jun 2011 03:29 AM PDT
Lawak betoi la bila KP berbangsa Umno, si Khairy Jamaluddin hari ni dakwa dia pun terima ancaman terhadap keselamatannya melalui SMS... kahkahkah... Agak agak la KJ oii, makhluk mana la agaknya yang nak bunuh hang tu yerk... kahkahkah... Ikut kata twitternya, selain dari dia... setiausaha Pemuda jugak berbangsa Umno, Megat Firdouz dan beberapa pemimpin pergerakan berbangsa Umno itu menerima SMS memberi amaran kat depa tentang risiko perhimpunan 9 Julai yang dirancang oleh beberapa pihak berhubung pilihan raya yang adil dan bebas. Haha... awat yang hang tak dapat dulu dari si Ambiga tu? Tetiba ja lepaih Ambiga hang pulak yang terkena? Sapa la agaknya yang nak bunuh hangpa tu yerk? Hangpa kena ingat, kalau si Ambiga tu terima ugutan... ramai yang tak heran pasai dia tu memang banyak musuhnya terutama selepaih dia sibuk nak himpun rakyat bangkit dalam BERSIH 2.0 tuh... Dia golongan kuning dan hang ni pulak golongan merah, golongan Patriot yang jelas menentang arus Datuk Ambiga... kahkahkah...
|
Rakyat Tak Gentar Dengan Tekanan & Ugutan peralatkan Yang Di pertuan Agong....!!! Posted: 27 Jun 2011 03:26 AM PDT Pihak berkuasa akan menggunakan apa sahaja ruang dan segala bentuk undang-undang untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 termasuk menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong. Senario seperti itu memang berlaku di Malaysia apabila suara rakyat mengatasi suara kerajaan, Penahanan 30 anggota parti itu yang disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, jelas membuktikan usaha terdesak pemerintah untuk menghalang rakyat menyuarakan hak mereka. Dalam hal ini senang sahaja. Kalau kerajaan beri arahan, kita tidak ikut, dan Agong restu ikut Perlembagaan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau apa sahaja. Jadi mereka boleh katakan begitu. Semua undang-undang, kalau anda pertikai, mereka boleh kata anda melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong... Portal The Malaysian Insider melaporkan, 30 aktivis PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jayakumar Devaraj dihadapkan ke mahkamah petang ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong. Kesemuanya aktivis PSM ini ditahan semalam di plaza Tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis berkaitan Bersih 2.0 di Pulau Pinang. Selain itu beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan PAS juga turut ditahan kerana memakai pakaian berwarna kuning di beberapa tempat seperti Kapar dan Ampang Roadshow Bersih 2.0 di Uptown Shah Alam turut dikepung polis dan Timbalan sayap pemuda parti itu ditahan ketika sedang minum di sebuah restoran manakala satu lagi roadshow di Assam Jawa, Kuala Selangor turut diganggu Polis. Kita menjangkakan keadaan akan menjadi lebih tegang dan tidak mustahil provokasi polis akan menjadi lebih keras demi menakutkan rakyat dari menyertai himpunan aman ini. Walau bagaimanapun apa jua cara yang digunakan kerajaan, ia tidak akan mampu menghalang kuasa dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini. Memang cukup terdesak mereka ini. Tak makan akal. Tapi ini yang mereka lakukan sekarang ini. Kita jangkakan akan ada perkara yang lebih teruk akan berlaku tetapi rakyat mereka tidak dapat lawan..
|
Posted: 27 Jun 2011 03:20 AM PDT Orang Melayu mesti selidiki siapa Ambiga KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini. Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak-tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya. Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam. Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu. Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuainya. Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara. “Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit polis, maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu, walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak,” katanya. Tegasnya keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik, bukannya mengadakan demonstrasi haram. Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zainal Kling pula menyifatkan semua golongan yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram itu adalah tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin, termasuk Ambiga. Katanya, mereka terlampau mengikut parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak ’bersih’. “Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan sebagai NGO. “Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik), terutama orang awam mengenai kacau bilau dalam parti masing-masing seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka,” katanya. Zainal turut menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi ‘kekotoran'’ yang sedang berlaku dalam parti pembangkang. “Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau-bilau, huru-hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan mereka meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya. Rakyat patut mengambil iktibar dan memerhati perilaku serta taktik parti pembangkang yang menggunakan politik semata-mata untuk kepentingan kekuasaan mereka sendiri, katanya. – BERNAMA ( BERNANAH )
Tidak hairan mengapa terdapat sms ugutan bunuh terhadap Ambiga. Ia adalah kerana wartawan BERNAMA sendiri mengapi-apikan melalui tulisan di atas yang cuba untuk menghasut rakyat membenci pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 tersebut. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas Ambiga, BERNAMA perlu dipertanggungjawabkan kerana menghasut. |
najib pukimak memang pondan atau Pakatan Rakyat sebagai anak jantan Posted: 26 Jun 2011 06:34 PM PDT Najib hari ini membuat kenyataan mengelirukan apabila mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai "anak jantan" dan bukan mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Najib mendakwa matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 adalah mahu menimbulkan huru-hara dalam negara. "Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita. “Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara. “Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di sini. Kenyataan Perdana Menteri itu tersasar kerana Pakatan Rakyat sememangnya akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, malah itulah nadi utama segala aktiviti parti politik. Namun pada masa sama, Pakatan, sebagai sebuah gagasan “anak jantan”, mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil, justeru, ia memberi sokongan bulat kepada Perhimpunan Bersih 2.0. Bersih 2.0 adalah anjuran pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk gabungan pelajar Islam dan Abim. Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan beberapa kali mengundang parti komponen BN untuk bersama-sama dalam gerakan bagi memperkasakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun ia mendapat sambutan dingin. Oleh kerana itu, amat mudah untuk pemimpin seperti Najib menyerang Bersih sebagai kononnya alat pembangkang untuk mencetuskan huru hara. Dalam ucapannya hari ini, Najib juga merujuk kepada kemenangan BN di Sarawak sebagai bukti “momentum” atau rentak memenangi pilihanraya ada ditangan BN. Sebenarnya Pakatan Rakyat melipatgandakan kemenangannya dari tujuh kerusi kepada 15 kerusi pada PRN Sarawak April lalu. Pilihan raya itu juga memaksa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tempoh persaraan beliau selepas pemerintahan 30 tahun yang dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa. Jangan lupa kemenangan Pakatan itu diraih walaupun Barisan Nasional menguasai segala jentera kerajaan, media arus perdana dan menabur wang yang dikatakan berjumlah kira-kira RM500 juta ringgit untuk mengekalkan majoriti dua pertiganya. Walaupun menang, jumlah undi untuk BN di Sarawak merosot kepada 54.5 peratus berbanding 62.9 peratus pada pilihan raya negeri sebelumnya. Justeru, janganlah dibanggakan sangat kemenangan BN di Sarawak. Najib juga mendakwa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya seperti mana yang didakwa Pakatan Rakyat. “Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan. “Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat,” kata Najib. Alasan lapuk yang diguna pakai sejak zaman Tun Dr Mahathir ini mudah dijawab. Tsunami politik yang melanda Malaysia tahun 2008 menyebabkan segala undi pos, pengundi hantu dan amalan-amalan lain tidak cukup untuk menongkah arus sokongan luar biasa rakyat terhadap PR. Kotak-kotak undi pos dan pengundi hantu hanya memadai untuk mengurangkan jurang sokongan yang diperolehi oleh calon-calon PR di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan namun tidak cukup untuk menafikan mereka kemenangan. Namun begitu, di Perak, majoriti tipis Pakatan Rakyat membolehkan Umno cepat-cepat merampas semula negeri itu kerana tiga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat dan DAP sanggup lompat keluar diselubungi dakwaan mereka menerima ganjaran lumayan. Oleh itu penguasaan PR di beberapa negeri tidak harus dijadikan contoh untuk menghalalkan SPR sebagai sebuah badan yang bersih dan berkecuali atau pun BN tidak memanipulasi proses pilihanraya. Hakikat ialah pilihanraya di negara ini sentiasa dibayangi oleh masalah ketelusan undi pos dan pengundi hantu. Pada zaman Mahathir, fenomena itu diburukkan lagi dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN di Sabah. Kini projek IC Sabah dikatakan menular di Semenanjung selain masalah pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain. Berlatarbelakangkan semua ini, tidak harus timbul keraguan dalam tekad pembangkang mahukan sebuah SPR yang berwibawa. Pada masa sama “kejantanan” Pakatan untuk menghadapi Umno-BN pada PRU akan datang tidak juga perlu diragukan. Persoalannya adakah Najib dan Umno anak jantan yang sanggup bertanding secara adil, tanpa menguasai media arus perdana, dan tanpa menggunakan kemudahan awam serta dana rakyat untuk menyogok pengundi. Jika jawapan adalah YA, saya yakin penganjur Bersih tidak akan keberatan untuk membatal gerakan mereka. -wira arjuna Najib: Kalau anak jantan tanding PRU, bukan buat demo 9 Julai KUALA LUMPUR, 26 Jun — Dilihat sebagai nada yang semakin keras, Datuk Seri Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai “anak jantan” dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Pengerusi BN ini berkata, matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 bukan mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi mahu menimbulkan huru-hara dalam negara. “Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita. “Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara. “Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di sini. Najib menegaskan bahawa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya seperti mana yang didakwa Pakatan Rakyat. “Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan. “Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat... tapi kita jangan buat sesuatu yang boleh timbulkan huru-hara di jalanan sebab kuasa politik di tangan rakyat bukan di jalanan,” katanya. Bersih memutuskan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai di ibu negara untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan transformasi dalam sistem pilihan raya. Himpunan Bersih kali pertama diadakan pada 2007 dan berjaya menggerakkan kira-kira 50,000 orang sebelum disuraikan oleh polis dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. -TMI Jika Najib boleh mencabar jika anak jantan, bertanding dalam pilihanraya, maka kita juga boleh mencabar Najib anak jantan, jangan sekat perhimpunan aman Bersih 2.0 yang menuntut sistem pilihanraya di negara ini dijalankan dengan bersih,telus dan adil! Jika yakin SPR sudah jalankan secara bersih, telus dan adil, kenapa takut dengan perhimpunan walaupun berjuta rakyat menyertainya? Tetapi apabila kamu sendiri tahu bahawa pilihanraya itu telah dilaksanakan dengan kotor dan penuh penipuan, itu sebab perhimpunan walaupun 5 orang dirasakan semacam 5 juta orang. Ia umpama mimpi ngeri buat UMNO BN. Kerana sejarah telah membuktikan, BN gagal memnguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing selepas perhimpunan Bersih I pada tahun 2007. UMNO BN boleh halang rakyat berhimpun, boleh gagalkan BERSIH 2.0, boleh memperkudakan SPR sepuas hati, TETAPI hukuman rakyat dan hukuman Allah tetap berjalan. Jika kuasa rakyat dihalang, maka kuasa Tuhan akan mengambil tempat menggantikan kuasa rakyat. Rakyat akan mengangkat dan menadah tangan mereka ke hadhrat Ilahi agar Dia segera campurtangan demi kebenaran dan keadilan di dalam negara ini. Agaknya mampukah Najib dan polis menghalang kuasa Tuhan?
|
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan