Sabtu, 11 Jun 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


malang nasib bapak 4 anak tak menjadi ahli UMNO...Penayang Video Lucah ini kena penjara.

Posted: 11 Jun 2011 11:21 AM PDT



Seorang bapa empat anak dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Melaka semalam.Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu bas, P Kanapathy, 38, dan memerintahkan ia berjalan mulai semalam.

Terdahulu, tertuduh meminta mahkamah supaya meringankan hukuman dengan alasan mempunyai empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun apabila tiga daripadanya masih bersekolah, manakala isterinya tidak bekerja.

Tertuduh turut mengakui tindakan menayangkan video lucah adalah satu kesalahan apabila soalan mengenainya diaju Zaharah terhadapnya.
Timbalan Pendakwa Raya, Akmalhana Mohammed meminta hukuman maksimum dikenakan terhadap tertuduh kerana cuba mengambil kesempatan terhadap mangsa pada waktu malam dan tindakan itu mengundang pelbagai perkara buruk.

Dalam hal ini kita memuji pihak polis kerana berjaya menyelesaikan kes ini dalam masa yang singkat.Walau bagaimanapun rakyat hari ini ternanti-nanti apakah tindakan pihak berkuasa khususnya pihak polis terhadap Trio Dato T yang diketuai oleh Rahim Tamby Chik yang secara terbuka mengaku menayangkan video lucah di rumah tetamu kerajaan Carcosa sri Negara.

Apakah ada kitab undang-undang lain yang menjadi rujukan pihak polis? Adakah pihak polis merujuk kes berkenaan berdasarkan buku Pelembagaan Umno? Adakah tindakan Rahim Tamby Chik menayangkan video lucah adalah satu kebenaran dan boleh membawa kebaikan kepada rakyat?

Kini seperti diramalkan muncul pula video melibatkan video lucah edisi baharu yang melibatkan Timbalan Presiden Pas Tn. Hj. Muhamamad Sabu. Maka pihak polis dan Umno tidak boleh cuci tangan dan menyalahkan rakyat jika mereka mendakwa bahawa polis dan Umno memang bersekongkol dalam isu ini.

Tidak ada cara lain untuk rakyat Malaysia menyelamatkan rakyat khususnya generasi muda daripada dirosakkan dengan unsur lucah yang melampau yang kini seolah-olah dihalalkan secara terbuka kecuali memastikan pilihanraya ke 13 rakyat bangkit membuat perubahan dengan memastikan Umno/BN tidak lagi berkuasa di negara ini.


penyapu sial


sayang sungguh ...kalau si P Kanapathy, tu sudah jadi ahli UMNO bertaraf OKU ( orang kuat UMNO )...gerenti bebas sebebas rahim tamby kote kecik merogol gadis bawah umur...!!!

1Malaysia gagal....kata rakan sebantal UMNOPORNO...!!!

Posted: 11 Jun 2011 10:58 AM PDT



Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali.

Perkasa yang diterajui oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu sebenarnya hanyalah 'topeng' kepada Umno yang sememangnya sebuah parti perkauman.

Tindakan mereka yang ekstrem serta melaungkan hanya semangat kemelayuan jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang mana bertujuan untuk menyatukan semua kaum di kalangan masyarakat majmuk di dalam negara ini.

Chua dalam wawancaranya bersama Malaysiakini menyatakan bahawa 1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Kesan pilihan raya tersebut, menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.walaupun tidak menyebut dengan jelas namun umum mengetahui ianya ditujukan kepada Perkasa.

Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sememangnya hanyalah retorik semata-mata kerana di dalam Barisan Nasional (BN) sendiri parti komponennya terdiri daripada parti yang berteraskan perkauman.Umno dengan kemelayuannya, MIC dengan kaum India sementara MCA pula hanya terarah kepada kaum Cina sedangkan laungan 1Malaysia hendak menyatukan semua kaum.

Ini,  berbeza dengan PAS yang mendaulatkan Islam yang syumul tanpa mengira bangsa, keturunan dan darjat.Islam yang menuntut keadilan terhadap semua tanpa memilih 'bulu' yang berbeza dengan BN yang hanya memihak kepada golongan tertentu. Begitu juga, katanya dengan tindakan undang-undang yang hanya dikenakan kepada mereka yang diluar 'ruang lingkup' mereka sahaja.

Jangan lupa bahawa trio Umno Datuk T sampai sekarang tidak didakwa seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Apa khabar V K Lingam yang masih bebas 'berkeliaran' tanpa didakwa," katanya.Perkasa dilihat hanyalah menjadi 'budak suruhan' kepada Umno bagi mengelakkan masyarakat menuding jari kepada Umno hal berkaitan perkauman melampau.

Perkasa tidak berdemo apabila saham bumiputra hilang sebanyak RM52 bilion.Perkasa membisu apabila Chua Soi Lek menghina Islam ketika kempen di Pilihan raya Kecil Tenang dan juga menyokong 'lidah rasmi Umno' iaitu Utusan Malaysia ketika akhbar itu galak menyebarkan fitnah sedangkan yang difitnah itu bangsa melayu yang beragama Islam.

Ini,  jelas memperlihatkan 'wajah' sebenar Perkasa.Oleh itu, kita menasihatkan agar Datuk Seri Najib memikirkan slogan lain untuk menipu rakyat dalam menghadapi Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ternyata konsep 1Malaysia gagal dan rakyat sudah sedar akan penipuan tersebut..

Rakyat,sebenarnya tidak memerlukan slogan-slogan untuk bersatu tetapi cukup dengan menolak BN dalam pilihan raya akan datang kerana selama ini rakyat tidak boleh bersatu dan tidak mungkin bersatu selagi mana BN memerintah Malaysia.

"Katakan tak nak pada BN!" ...

surat kafir lahanat mamak keling paria mahafiraun kepada Kerajaan Kelantan yang menolak hudud di dedahkan....!!!.

Posted: 11 Jun 2011 10:38 AM PDT



PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

tiba tiba............UMNO berotak di kepala butoh....!!!!

Posted: 11 Jun 2011 09:35 AM PDT



Tiba-tiba Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO berkempen untuk menaikkan ulamak dalam kepimpinan PAS, walhal sejak berdekad akhbar tersebut menjadi pencaci kemimpinan ulamak dalam parti Islam terbesar di negara ini.

Tiba-tiba UMNO menjadi 'sedih' kerana semua jawatan nombor dua dan tiga PAS dimenangi oleh individu bukan ulamak dalam pemilihan muktamar, padahal selama ini semua ulamak dalam PAS dituduh sebagai ulamak politik yang menjual agama untuk kepentingan kuasa.

Tiba-tiba PAS didakwa telah dikuasai oleh PKR dan DAP, dengan perubahan yang hanya berlaku di dua tempat iaitu satu Timbalan dan satu Naib Presiden, sedangkan lebih 90 peratus kepimpinan PAS Pusat yang menang dalam muktamar lalu adalah mereka yang pernah berada berada dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat sesi lalu.

Tiba-tiba pendokong Anwariyyun, sedangkan nama Mohamad Sabu selama ini diungkitkan oleh UMNO sebagai pengkritik kuat Anwar suatu masa dulu dengan gelaran tertentu.

Tiba-tiba UMNO 'susah hati' kerana PAS didakwa telah meninggalkan matlamat menegakkan negara Islam walhal sejak berzaman negara Islam dan hudud menjadi bahan persendaan UMNO, manakala dalam UMNO sendiri negara Islam dan hudud tidak pernah menjadi agenda pun.

Tiba-tiba UMNO menggelepar kerana PAS mahu laksanakan negara berkebajikan sedangkan selama ini UMNO dikatakan mahu menegakkan negara Islam.

Tiba-tiba Tun Mahathir mengumumkan Karpal Singh dan DAP yang untung kerana berjaya halang PAS laksana hudud, sedangkan penghalang besar hudud ialah beliau sendiri apabila mengurus surat kepada Menteri Besar Kelantan untuk mengambil tindakan jika kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hudud seperti yang diluluskan dalam Sidang DUN Kelantan.

Tiba-tiba Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang dispekulasikan sebagai bakal perdana menteri melalui kenyataan adu domba pemimpin BN terhadap kedua-dua pemimpin itu. Walhal selama ini spekulasi calon Perdana Menteri hanya datang dari parti UMNO.

'Tiba-tiba' adalah peristiwa mengejut, biasanya berlaku di luar kebiasaan. Dalam kehidupan manusia apabila tiba-tiba seseorang berperangai pelik ia membawa dua maksud. Pertama, jika orang itu sudah tua dia sedang memasuki zaman nyanyuk. Kedua dia dikatakan 'buang tebiat', perangai ganjil seseorang yang dilakukan menjelang ajalnya yang hampir.

UMNO adalah parti yang sudah tua, 65 tahun sebagai pemerintah. Kenyataan para pemimpin mereka hampir tidak boleh dipakai lagi. Asyik merapu, meraban dan sentiasa kontradik.

Contohnya dalam isu negara berkebajikan, ada pemimpin UMNO yang berkata Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan negara berkebajikan kerana jika dibuat juga maka Malaysia akan jatuh bankrap. Ada pula pemimpin UMNO yang berkata, PAS sudah ketinggalan zaman kerana negara berkebajikan telah lama diaksanakan oleh UMNO. Mana satu yang betul?

UMNO selalu berhujah, macam mana PAS nak buat negara Islam bertanding cuma 60 kerusi, kalau menang semua pun tak boleh buat negara Islam tanpa sokongan parti-parti bukan Melayu yang memang menolak negara Islam. Bila PAS isytihar nak buat negara berkebajikan, UMNO tuding jari tengok PAS dah tolak negara Islam. Mana satu yang betul?

Begitu juga dengan isu negara Islam. Pemimpin UMNO berkata PAS sudah meninggalkan perjuangan menegakkan negara Islam tetapi di dalam akhbar-akhbar Cina mereka memberitahu, orang Cina kena berhati-hati. PAS kononnya cuma berpura-pura meninggalkan negara Islam untuk menarik undi bukan Melayu. Mana satu yang betul?

Presiden PAS kononnya telah menukar polisi parti, untuk menaikkan dirinya sebagai Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak. Dalam waktu yang sama, PAS yang diterajui beliau dikatakan tunduk kepada Anwar, mengagungkan Anwar dan tetap mahu mengangkat ketua pembangkang itu sebagai Perdana Menteri walaupun (kononnya) tahu beliau bermasalah. Mana satu yang betul?

Kerajaan BN dikatakan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, mampu memberi pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat dalam apa juga aspek yang menjadi keutamaan rakyat. Kerajaan BN menaikkan harga minyak, gula dan tarif elektrik kerana tidak mampu lagi menanggung beban subsidi yang besar akibat sumber kewangan yang terbatas. Mana satu yang betul?

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin memberitahu RM19 billion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi. Tetapi kenaikan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan BN adalah kerana merasionalkan subsidi atau bahasa yang mudah difahami ialah subsidi ditarik balik. Sekejap subsidi, sekejap bukan. Mana satu yang betul?

Bertabiat pelik dan berpemikiran celaru adalah imej terkini UMNO menjelang hari-hari terakhir berada di tampok kuasa. Bila sikap sudah tindak konsisten, cakap makin hari makin merapu maka elok kalau kita ingat akan pesan orang tua-tua. "Orang gila jangan dok layan sangat, nanti orang tuduh kita pun sama gila…"


sumber di petik...ZULKIFLI YAHAYA

kerja lahanat pandi kutty Najib dan kroni...ISU VIDEO SEKS TIDAK JUGA SELESAI ...KONTRAK KPN TETAP DISAMBUNG

Posted: 11 Jun 2011 09:24 AM PDT



Tiga benatang peliharaan UMNO...kenapa nak marah kalau orang tuduh UMNO terlibat...cuba pergi cek...tgk benatang 3 ekor nie ahli UMNO ke tidak....tak kan UMNO tak mau bertanggungjawab tindak tanduk ahli lahabaunya...atau 100% memang terlibat dengan skandal ini...

SEMENJAK Trio Datuk 'T" membuat pengakuan terbuka dan disiarkan melalui seluruh media perdana di negara ini bahawa mereka terlibat menayangkan video seks (lucah) bertempat di Seri Carcosa, sehingga kini mereka masih tidak didakwa di atas kesalahan tersebut.

Apa yang berlaku, video seks tersebut terus disiarkan melalui TV dan akhbar, diulas panjang lebar oleh beberapa orang termasuk pemimpin Umno. Trio Datuk 'T' bebas malahan mendapat `kawalan istimewa' dari pihak berkuasa apabila trio berkenaan ingin melakukan amalan khurafat di dalam masjid iaitu bersumpah kununnya DS Anwar adalah pelaku di dalam video berkenaan. Mereka memang kebal dari segi undang-undang mungkin kerana mereka mempunyai `baju besi kalis peluru'.

Selama ini kita sangka pihak berkuasa kita tersangat cekap, maklumlah sehelai `bulu' DS Anwar mereka boleh jumpa. Malangnya, kita tersilap sangka kerana sehingga kini isu video seks tidak selesai. Video seks yang dikatakan hanya ada satu salinan yang asal yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa, tiba-tiba dimuat turun melalui internet dan kini bercambah edarannya ke peti-peti surat rumah orang sehingga ke pintu masjid.

Apabila melihat situasi ini, kita merasa seolah-olah negara kita tiada pihak yang berkuasa atau mereka sebenarnya tidak cekap. Jika video seks yang melibatkan pemimpin MCA dahulu, sepantas kilat mereka boleh bertindak tetapi kali ini berbeza. Mereka sibuk mengistiharkan tulennya video seks berkenaan tetapi trio yang menayangkan video seks tersebut masih bebas. Apakah tulen atau tidak video lucah ini boleh menjadikan tayangan video lucah itu halal?

Terbaru, timbul pula video yang kununnya melibatkan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Jawapan pihak berkenaan tetap sama iaitu masih disiasat. Mungkin dalam kes video Mat Sabu ini lebih lama untuk di selesaikan kerana akan diuji juga tulen atau tidak video berkenaan. Kalau kes video seks Seri Carcosa pun masih belum selesai, mana mungkin kes yang kununnya melibatkan Mat Sabu akan selesai segera.

Sukar sangatkah untuk menangkap dan mendakwa trio yang sudah mengaku menayangkan video seks ini? Perlukah siasatan dibuat setelah mereka mengaku? Rakyat tertanya di peringkat awal, mengapa tidak ditangkap trio yang mengaku menjadi penyiar video tidak bermaruah ini sebelum pelaku di dalam video berkenaan disiasat. Dakwa dahulu yang menayang dan mengedar video lucah tersebut, kemudian terpulang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat mengesan pelaku di dalam video berkenaan.

Apabila rakyat menuduh Umno terlibat, pemimpin Umno marah kerana mereka kununnya tidak tahu menahu di dalam video seks berkenaan. Jika benar begitu, adakah pemimpin Umno sebagai tunjang kerajaan juga tidak tahu menahu bahawa menayangkan dan mengedar video lucah adalah satu kesalahan? Tidak boleh kita bayangkan jika video berkenaan melibatkan Najib atau Muhyiddin. Tentu sekali tidak sampai satu jam selepas video itu ditayang, pasti ada yang telah dimasukkan ke dalam lokap.

Mungkin benar bak kata DS Anwar, apa jua yang melibatkan beliau pasti ada keistimewaan'nya berbanding dengan orang lain. Sebab itu kita tidak hairan apabila DS Anwar menyebut ini semua kerja `Pandi Kutti'. Memang benar pun.


sumber...WFAUZDIN NS

pukimak muhyiddin samakan loteri kebajikan yang di amalkan kerajaan UMNOPORNO dengan negara kebajikan idea pimpinan PAS...!!!

Posted: 11 Jun 2011 08:34 AM PDT



Rakyat bimbang dengan pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak yang diwarnai dengan kenaikan harga barangan, pemotongan subsidi dan sebagainya. Namun mereka harus lebih gusar jika Tan Sri Muhyidin Yassin menjadi Perdana Menteri baru pada satu masa kelak.

Kenyataan-kenyataan Muhyiddin sejak akhir-akhir ini menampakkan seorang pemimpin yang mengharapkan retoriknya dan pengumuman " peruntukan satu dua juta ringgit" ke mana sahaja beliau pergi adalah cukup untuk menarik sokongan rakyat.

Tidak apa jika retorik itu adalah pembohongan semata-mata – contohnya di Sarawak, beliau mengumumkan Malaysia adalah sebuah Negara Maju kepada pengundi Iban di rumah panjang. Umum tahu kita masih, lebih-lebih lagi sekarang, dikategorikan sebagai Negara Membangun.

Di Pahang, bulan lalu, Muhyiddin dengan selamba memberitahu masyarakat petani, kononnya hanya Malaysia satu-satu negara yang memberikan subsidi kepada rakyat.

Sekali lagi, beliau lupa masyarakat tani juga mempunyai anak pinak berpelajaran yang tahu sistem subsidi diamalkan di hampir semua negara termasuk Amerika Syarikat.

Semalam pula beliau memberi satu lagi "bola tanggung" - Malaysia menurut Muhyiddin sudah lama menjadi negara berkebajikan kerana menyediakan subsidi untuk barangan dan pendidikan percuma serta rawatan hospital pada kadar yang nominal.

Kenyataan itu dibuat semata-mata untuk menempelak komitmen PAS menubuhkan Negara Berkebajikan seperti mana yang dituntut oleh Islam.

Persoalan mudah yang perlu ditanya kepada Muhyiddin ialah, jika Malaysia sudahpun menjadi Negara Berkebajikan kerana memberi subsidi kepada rakyat, maka kenapa subsidi itu kini dipotong dan ditarik balik manakala harga barangan dibiarkan naik?

Oh ya! Kerajaan Umno-BN terpaksa berbuat demikian kerana defisit negara semakin mengembang – 5.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Persoalan seterusnya: kenapa defisit dibiarkan begitu tinggi sepanjang zaman pemerintahan Umno-BN? Adakah ia berpunca daripada sikap boros dalam pengurusan kewangan? Bagaimana dengan faktor penyelewengan dan ketirisan?

Kenapa kerajaan dari zaman Mahathir hingga sekarang terus membiarkan defisit negara ini meningkat, dan subsidi untuk syarikat-syarikat IPP pula dilindungi manakala kadar elektrik untuk rakyat dinaikkan?

Siapakah yang bertanggunjawab di atas kos sara hidup tinggi yang dibebankan kepada rakyat – adakah ia salah Mahathir, Pak Lah atau Najib atau ketiga-tiga mereka sekali?

Rasanya Muhyiddin akan lebih bijak dan jujur di mata rakyat jika beliau cuba menjawab persoalan-persoalan ini secara jujur dan mengurangkan retorik.

Rasanya, tidak perlulah beliau mendakwa Malaysia sudah pun menjadi Negara Berkebajikan selagi rakyat dipaksa menerima pelbagai kenaikan harga barangan manakala kontrak-kontrak lumayan dibolot oleh juak-juak tertentu yang berkait dengan Umno.

Sehingga hari ini Muhyiddin dan menteri-menteri lain mengelak daripada memberi maklumat mengenai kontrak yang diikat dengan IPP mahupun kontrak yang dinikmati oleh syarikat konsesi air di Selangor.

Negara Berkebajikan bermakna pemerintah yang telus, amanah dan sentiasa mengembalikan nikmat hasil bumi kepada rakyat dan tidak memperkayakan diri.

Negara Berkebajikan tidak bermaksud memberi komisyen "atas angin" RM500 juta kepada syarikat kroni kononnya untuk menguruskan pembelian kapal selam yang akhirnya tidak boleh menyelam.

Masa sudah sampai untuk Muhyiddin memperlihatkan ketokohan, akal minda dan nilai-nilai Islam dan jatidiri unggulnya sendiri jika beliau mahu terus menjual dirinya sebagai seorang yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Sekadar retorik dan menabur pengumuman peruntukan di sana sini sahaja tidak akan memadai.

Tiada ulasan: