PENYAPU SIAL |
- Bankrup Negara
- UMNO campurtangan rumahtangga orang lain untuk menglembukan ulamak...
- Kontrak IPP dirahsiakan bagi menyamun rakyat untuk di berikan kepada kroni
- politik Umno sesatkan orang Melayu
- Skandal Scorpene: Najib sendiri perlu ke Perancis untuk di soal siasat....!!!
- bodohnya husam musa kalau nak bersedekah kepada blogger haprak dan pukimak UMNOPORNO...!!!
Posted: 03 Jun 2011 10:30 AM PDT BN atau " Bankrup Negara " tiada boleh dielakkan lagi jika BN terus memerintah selepas PRU13 . Ini adalah kerana khazanah negara semakin susut kerna penyaluran yang terus menerus kepada mengisi temeluk dan ketamakan kroni . Sehingga demi kepentingan kroni dan kolongmerat tarif elekrik akan dinakkan . Petrol seperti dikesan khalayak boleh saja naik pada bila-bila masa jika BN diberikan tampok pemerintahan kerajaan pusat selepas PRU 13. Khazanah negara terlalu banyak dihabiskan untuk kepentingan kroni dan projek yang membazir semata-mata untuk menyenyangkan dan membuncitkan perut kroni sahaja bukan untuk kepentingan rakyat marhein yang terbanyak . Tetapi, fokus untuk beberapa kerat manusia rakus sahaja. Contohnya, rumah atau bangunan untuk kegunaan wanita bagi setiap daerah; bagi Satu Malaysia sudah menelan berapa juta? Ini projek pembaziran dan tender dirakusi kroni menggunakan wang rakyat yang semakin hari semakin susah kerana ditarik subsidi ( RM 19 Billion untuk disalurkan kepada kroni kolongmerat ). Bahkan, ke mana perginya berbilion subsidi yang dipotong itu ? Siapa yang untung ? Rakyat marhein yang sengsara dengan tekanan ekonomi BN atau kuncu –kuncu suku sakat BN yang rakus itu? Jika khazanah negara milik rakyat satu Malaysia ; iaitu emas hitam boleh diurus-tadbir tanpa akaun untuk diteliti oleh ahli parlimen . Apakah ianya tiada menjurus ke arah penyelewengan khazanah negara?; jika ianya kekeringan dek kerakusan projek mega kroni . Apakah BN tiada membawa kepada "Bankrup Negara " ?. Perlukah bangunan kembar warisan? Ini semua adalah pembaziran wang negara sepertimana Formula One!.BN jadikan satu Malaysia untuk korporat, dari korporat untuk korporat kerna korporat ; yakni : " Negara Korporat" serakah Qorun. Negara insyaAllah tiada akan bankrup dek subsidi kepada rakyat jelata . Akan tetapi, kerakusan tadbir-urus kewangan negara boleh menjurus BN kepada BANKRUP NEGARA sebagaimana yang pernah dibayangi oleh Timbalan Menteri Kewangan. Justeru itu, pengawasan khazanah dan sumber pendapatan negara bukannya boleh dikendalikan atas kepentingan politik-korporat; tetapi mestilah ditadbir-urus demi untuk kepentingan rakyat bukan sebagai habuan politik ; yang mana BN menjadi 'platform ' atau tapak untuk meraih keuntungan dan menjadi kaya raya di atas keperitan dan kesusahan rakyat dan golongan marhein yang merupakan kumpulan majoriti; terus menderita. Eset negara yang bernilai RM320 Billion iatu, emas hitam yang diberikan kepada Brunei demi untuk kepentingan kroni dua negara yang merugikan rakyat satu Malaysia adalah antara pengkhianatan BN yang menjurus kepada Bankrup Negara ; ternyata bukanlah kerana subsidi kepada rakyat.Disusuli dengan tergadainya warisan negara iaitu Tanah KTM di Singapura kepada kroni Malaysia-Singapura. Sejak harga minyak naik berkali –kali dalam setahun dan dewasa ini tarif elektrik ; pasti bebannya akan ditanggung oleh golongan marhein, miskin dan juga golongan sederhana . Kenaikan harga barang semuanya berpunca kepada politik minyak dan politik elektrik UBN yang melonjak tinggi melibatkan industri besar dan kecil dan kos pengangkutan tiada mampu dibendung oleh BN kerana BN adalah untuk kepentingan taukeh-taukeh, kolongmerat yang memerlukan sumber yang kukuh untuk membiayai politik umno di lapangan sekaligus untuk menstabilkan ekonomi suku sakat Umno ; selaku pemegang-pemegang saham. Malaysia adalah negara yang kaya sebenarnya berbanding jiran Singapura yang tiada memiliki balak, minyak, kelapa sawit, getah dan sebagainya . Sepatutnya, dengan anugerah tuhan kekayaan yang melimpah ruah ini . Negara boleh membiayai kos pembelajaran anak-anak bangsa semua kaum satu Malaysia dengan pendidikan yang percuma ; daripada tadika sampailah ke menara gading!. Mengapakah perkara ini tiada pernah berlaku setelah lebih 50 tahun BN memerintah? Mana perginya kekayaan balak di Sabah dan Sarawak .? Bagaimana taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak satu Malaysia yang daif seperti tahun 60an di semenanjung. Mana pergi kekayaan Minyak dan mengapa tiada sampai ke destinasinya ; yakni golongan marhein yang cukup menderita . Namun, golongan kolongmerat –penguasa kaya-raya membina istana dan hidup di dalam kemewehan di atas harta rakyat dan kesusahan rakyat. Apakah negara tiada akan bankrup jika kerakusan- kekuasaan keqorunan-kefiraunan ini terus-menerus berlaku?. Baik di semenanjung maupun di Sabah dan Sarawak kerana masing-masing dibawah naungan BN. BN tiada boleh berubah lagi kerna sebarang tranformasi tidak boleh dijadikan perompak sebagai pengurus bank , penjenayah sebagai hakim dan perogol sebagai pembikin filem dan seumpamanya . Senario dan wajah Umno/Bn sudah penuh dengan kefasadan sepertimana mantan Presidennya sendiri pernah berkata Umno ini busuk sampai ke usus.Persis ! Umno/BN tiada boleh berubah lagi ibarat tongkang yang tunggu pecah atau pokok yang dimakan anai-anai yang bisa tumbang pada bila-bila masa insyaAllah pada PRU13 ini . Bahtera baru dengan agenda rakyat membangun negara berkebajikan seperti yang termaktub di dalam buku jingga paling kondusif sekali untuk Pakatan Rakyat menggantikan BN yang bisa membawa negara kepada Bankrup Negara ( BN ) Justeru itu, demi untuk menyelematkan satu Malaysia daripada BN ( Bankrup Negara ) pastikan mesej dan agenda rakyat Buku Jingga ini sampai kepada setiap elektorat kerna ianya bersifat 'Membangun Negara Berkebajikan" tanpa mengira kaum dan agama bukannya retorik 'Satu Malaysia' yang akhirnya menjadi " Satu Bumi" , Satu Melayu" yang bersifat lakunan , kewayangan UBN yang resah lemah dengan agenda rakyat Buku Jingga Pakatan!. Bukankah Umno itu Melayu Tipu Melayu ! RM52Billion saham bumi habis lesap tanpa dikesan . Melayu tiada bisa bela Melayu kerna hanya Islam sahaja yang tidak menipu dan bisa bela semua kaum satu Malaysia : "Islam Untuk Semua" yang praktikal, realistik dan kondusif kepada masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama yang diterima rakyat sekarang melalui Pakatan Rakyat sesuai dengan pakatan " Keadilan Untuk Semua" yang mematikan permainan percaturan perkauman-rasis Umno, MCA dan MIC yamng ditolak oleh rakyat sekarang kerna diri sebenar UBN sudah dikenali khalayak. |
UMNO campurtangan rumahtangga orang lain untuk menglembukan ulamak... Posted: 03 Jun 2011 10:13 AM PDT Tengok muka depan Utusan Malaysia hari ini. Begitu bersemangat pertahan "Kepimpinan Ulama". Panggilan Pulau untuk pertahan kepimpinan ulama yang datang dari mulut syaitan sendiri. Mudah sahaja. Kepimpinan "Ulama" dalam PAS banyak memberi keuntungan dan laba kepada UMNO. Keuntungan paling besar yang i dapat lihat adalah:
Secaram mudahnya UMNO mempertahankan kepimpinan ulama kerana:
Ikutilah sendiri tulisan dari Utusan Meloya di bawah yang mempertahankan Kepimpinan Ulama Gerakan hakis penguasaan ulama KUALA LUMPUR 25 Mei - Pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini dikatakan bakal menjadi platform utama kepada satu gerakan bagi menghakis penguasaan golongan ulama di dalam parti itu. Dengan berslogankan matlamat untuk tidak lagi menjadikan Pas sebagai sebuah parti lama, parti serban dan jubah, suara-suara yang menuntut perubahan kepimpinan dikatakan semakin kuat kedengaran. Satu sumber dalaman Pas memberitahu, berbanding tahun 2009, perancangan kelompok yang ingin menamatkan penguasaan ulama di dalam parti itu pada pemilihan kali ini adalah lebih terancang dan tersusun. Kata sumber itu, matlamat perubahan yang ingin dilakukan bukanlah bermaksud untuk memperkukuhkan Pas tetapi bagi memastikan barisan kepimpinan yang dipilih dikuasai oleh mereka yang turut bersimpati dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. ''Mereka menyedari kepimpinan Pas sekarang yang diterajui oleh Datuk Seri Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa tidak begitu memihak kepada Anwar berikutan masalah moral yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang berkenaan. ''Oleh itu dengan berslogankan tinggalkan jubah dan serban, mereka secara halus mahu menamatkan penguasaan ulama yang tidak memihak kepada Anwar,'' kata sumber berkenaan ketika dihubungi, di sini, hari ini. Sumber itu menjelaskan, sasaran utama kumpulan yang kononnya berhasrat mewujudkan kepimpinan Pas yang lebih progresif tersebut ialah memastikan pemimpin di peringkat tertinggi terutamanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dikuasai oleh kelompok yang menyokong gerakan mereka. Sementara itu, perancangan untuk menamatkan penguasaan golongan ulama dalam Pas bukanlah isu baru malahan ia pernah didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dalam blognya baru-baru ini. Dalam tulisannya, Zulkifli mendedahkan, sudah ada satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan Pas yang dikuasai oleh para ulama kepada golongan yang dikenali sebagai "Kaum Si-Tanggang" dalam muktamar yang bakal berlangsung. Menurut Zulkifli, beliau mendapat maklumat satu gerak saraf dan kempen halus sedang dijalankan untuk meletakkan calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan professional menggantikan kepimpinan "serban jubah" yang kelihatan kolot dan kekampungan. sumber.. |
Kontrak IPP dirahsiakan bagi menyamun rakyat untuk di berikan kepada kroni Posted: 03 Jun 2011 10:02 AM PDT Dakwaan kerajaan BN bahawa "mereka tidak berkuasa" bagi mendedahkan perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) adalah menggelirukan..Sebaliknya,, kerajaan sebenarnya mempunyai kepentingan bagi merahsiakan perjanjian berkenaan. Sikap kerajaan BN yang lesu apabila diminta menyah-rahsia dan merundingkan semula PPA jelas bercanggah dengan semangat berkobar-kobar mereka ketika memastikan IPP menikmati keuntungan lumayan.Sekarang, mereka tidak mahu rakyat mengetahui apa yang pernah mereka lakukan itu, hakikatnya kerajaan yang mengutamakan keuntungan lumayan IPP ini dan menyebabkan rakyat menanggung beban itu. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (kiri) sebelum ini berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mendedahkan PPA kerana perjanjian yang dimeterai itu membabitkan entiti swasta.Apabila diajukan soalan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan jawapan yang terus terang dan hanya berkata pihaknya akan mengkaji perkara itu dan menambah IPP tidak meraih sebarang keuntungan berikutan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi gas. Keengganan kerajaan mendedahkan PPA dengan mendakwa mereka tidak mempunyai kuasa hanya membuktikan mereka cuba menolak ketepi kepentingan orang ramai. |
politik Umno sesatkan orang Melayu Posted: 03 Jun 2011 07:46 AM PDT Ajaran sesat mengatakan politik tidak ada hubungan dengan ajaran Islam menyebabkan berlakunya khianat dalam pentadbiran negara,..Ajaran sesat ini telah melahirkan pemimpin Melayu yang tidak ada perhitungan agama dalam amalan politik mentadbir negara, seterusnya berlaku khianat dalam memimpin rakyat dan mengurus sumber negara yang melimpah ruah. Walaupun kini ramai di kalangan orang Melayu Islam telah menerima politik sebahagian dari agama, namun tindakan politik mutakhir ini telah dibejati oleh amalan-amalan yang tidak mengikut batas agama dan syariat. Kemurnian politik telah dicemari oleh tindakan jijik menerusi rasuah politik wang, fitnah, sikap perkauman sempit, pembohongan, dan segala macam perkara kotor yang memalukan anak-anak yang menjadi penonton di sekeliling kita,sambil menegaskan bahawa Umno Barisan Nasional tidak boleh diharap untuk membersihkan budaya politik yang dikotorkan oleh tangan mereka sendiri. Akibat dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya Pemimpin Melayu Islam telah membebalkan majoriti rakyat beragama Islam telah gagal menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam. Umno, walaupun merupakan parti majoriti Melayu dan Bumiputera yang telah diberi amanah pemerintahan sejak keluarnya penjajah asing, masih dibarahi penyakit warisan penjajah yang memisahkan amanah ini daripada perhitungan agama. Akibatnya amanah yang besar ini dijadikan peluang kebendaan yang menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat. Akhirnya, harta negara menjadi milikan peribadi pemimpin mereka, meninggalkan rakyat berhempas pulas untuk melangsungkan kehidupan di dunia ini. Perkara ini akan berterusan selagi urus tadbir dan tata-kelola pengurusan sumber dan khazanah kekayaan negara tidak mengambil dan merujuk kepada falsafah dan jauh sekali menghayati tuntutan Islam.Cita-cita murni untuk membina sebuah negara yang sejahtera dan aman telah digagalkan oleh sebuah pemerintahan yang terus memimpin secara tidak bertanggungjawab.. Umat Melayu Islam sebagai teras politik dalam negara kita ini, semakin hari semakin lemah jati diri kerana lemah kefahaman Islamnya, apabila kerajaan hari ini tidak menjadikan Islam agama yang memerintah dan tidak mampu menunjukkan model Islam kepada masyarakat majmuk. Perjuangan Umno, hanya sekadar berminat untuk mengekalkan kuasa mereka dan bukannya untuk memartabatkan Melayu dengan Islam.Ini kerana Melayu Umno tetap menyokong BN walaupun di kawasan PAS bertanding menentang calon MCA dan MIC, Sebaliknya sudah ramai bukan Melayu dan bukan Islam yang komited mengundi calon PAS yang menentang calon MCA dan MIC dari Barisan Nasional. Hakikatnya, Umno telah menjadikan penyokong Melayu Islam buta dan pekak dengan politik wang, media dan hiburan yang melalai dan membodohkan mereka.. |
Skandal Scorpene: Najib sendiri perlu ke Perancis untuk di soal siasat....!!! Posted: 03 Jun 2011 07:31 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bimbang sekiranya disapina mahkamah Perancis, malahan beliau perlu hadir untuk membersihkan namanya dalam skandal pembelian dua kapal selam Scorpene. Ini mengulas perbicaraan terbuka di negara itu berhubung pemberian komisen berjumlah 114.96 juta Euro dalam pembelian dua kapal perang berkenaan.Najib adalah individu yang lebih berwibawa untuk membantu siasatan berbanding Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau adalah penyandang jawatan itu semasa urusniaga pembelian Scorpene dilakukan pada 2002. Zahid berkata beliau sanggup untuk pergi, tetapi meletakkan pra-syarat iaitu hanya selepas mendapat persetujuan kabinet. Sebenarnya tidak timbul setuju atau tidak. Kes ini tidak terlalu sukar daripada yang sepatutnya. Sekiranya kerajaan telus, mana-mana individu yang rasuah wajib didakwa... Mengulas perspektif undang-undang , kenyataan Ahli Parlimen atau jawapan Menteri di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah di Malaysia.Ada pengakuan oleh Timbalan Menteri Pertahanan sebelum ini bahawa bayaran telah dibayar kepada syarikat Perimekar dalam bentuk komisen. Ini tidak termasuk ratusan juta ringgit yang dibayar berikutan pembelian peralatan ketenteraan lain seperti Eurokopter.. Persoalannya, apakah sebarang kenyataan Ahli Parlimen dan Menteri di dalam Parlimen Malaysia turut terpakai kepada mahkamah di negara lain?Perbicaraan di mahkamah Perancis yang bermula Julai ini akan merungkai persoalan dan mencari pihak terakhir penerima rasuah berjumlah 114.96 juta Euro, iaitu komisen dari pembelian kapal selam pertama negara. Mengulas isu yang sama, kita mempertikaikan kaedah pembelian senjata melalui orang tengah, seperti dilakukan oleh Perimekar, anak syarikat Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki Razak Baginda bekas penasihat strategik Najib yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri. "Apakah wujud keperluan pihak ketiga dalam urusniaga pembelian senjata, dan mengapa kerajaan perlu membayar lebih?" Pada 8 November 2008, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kepada Parlimen bahawa (in terms of the value of commission) pembelian kapal selam ini merupakan antara yang paling tinggi di dunia. Justeru kita mempersoalkan, komisen berjumlah hampir RM 500 juta adalah tidak munasabah, bahkan wang tersebut sepatutnya digunakan bagi menampung subsidi kepada rakyat.Seharusnya, pembelian peralatan ketenteraan adalah secara 'G to G' (kerajaan dengan kerajaan), kerana urusniaga pembelian senjata membabitkan maklumat sulit keselamatan negara.. Justeru, adalah tidak memadai sekiranya Menteri Pertahanan sekarang, iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi dipanggil membantu siasatan.Kehadiran Najib sendiri ke mahkamah Perancis akan melengkapkan 'jaringan yang terputus' (missing link) dalam penyiasatan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.. |
bodohnya husam musa kalau nak bersedekah kepada blogger haprak dan pukimak UMNOPORNO...!!! Posted: 03 Jun 2011 07:08 AM PDT husam musa blogger haprak blogger pukimakkkk taliburid UMNOporno....!!!! AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi. "Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily. Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China. Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini. Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini. Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan. Berikut kenyataan penuh Husam:. "Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok. "Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu. "Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding. "Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini. "Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat. "Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak. "Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah. "Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar." hd |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan