Rabu, 8 Jun 2011

Pendapat peribadi hamba.

Pendapat peribadi hamba.


HARGA MINYAK NAIK, PETRONAS UNTUNG 90BILION; HAH! KAN KE DAH KABOR.

Posted: 08 Jun 2011 05:20 AM PDT

Yang ini bukan RM241.2 bilon.
Kan ke kita semua sudah kabor pada semua orang, jika harga minyak naik, maka Malaysia akan untung lipat kali ganda. Kerajaan akan untung lebih besar jika harga minyak sedunia naik. USD100 setong lagi bagus. Sebabnya apa? Sebabnya kita jual minyak. Senang je cerita. Baca cerita ini ( Petronas untung RM241.2 bilion)

Tetapi yang peliknya, Jika harga minyak naik sahaja seluruh dunia, maka timbullah kata-kata bodoh, "kita perlu menaikkan harga minyak kerana tidak mampu menanggung subsidi". Subsidi kepala hotak engkau KERAjaan bn. Mana ada subsidi minyak di Malaysia ini. Diulangi, mana ada subsidi minyak di Malaysia sebenarnya. Ianya hanya rekaan KERAjaan bn untuk menaikkan harga petrol kepada rakyat Malaysia.

Dividen Petronas sahaja kepada kerajaan Malaysia adalah RM30bilion. Belum masuk cukai. Belum lagi dividen dari syarikat Shell yang menyedut hasil minyak di Sarawak. Belum lagi cukai dari syarikat Shell kepada KERAjaan bn.

Cuba korang semua fikir masak-masak, apa yang dimaksudkan oleh Naib CEO Kewangan Petronas ini;

"Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras", kata naib presiden eksekutif kewangan Petronas Datuk George Ratilal.

Harga yang lebih tinggi. Harga apa yang lebih tinggi? Sudah tentulah harga minyak dunia yang lebih tinggi. Jika harga minyak tinggi, maka untung lebihlah Petronas. Takkan tidak faham-faham lagi orang Melayu umno ini? Hendak kata kurang akal, memang kurang akal pun.

Korang semua faham tidak apa yang yang mamat George ini kata tentang perniagaan teras? Faham tidak melayu umno? Kalau tidak faham, maksudnya, petrol lah! Senang punya cerita.

Petronas untung gila-gila, bersamalah dengan KERAjaan bn, tetapi, rakyat kena beli minyak petrol yang mahal juga. Kenapa? Apa kesnya ini? Apa ceritanya sekarang? Kenapa rakyat tidak dapat menikmati hasilan Petronas sebanyak RM241.2 bilion itu? Mana perginya duit itu? Banyak sungguh 241.2 bilion itu. Ke mana lesapnya? Kalau hendak tahu, korang tanyalah ketua bahagian umno, mesti depa pun buat-buat tidak tahu.....

Padan muka Melayu!

BANTAH PELEPASAN KUOTA BUMI; HAMBA SETUJU DGN PEMUDA SELANGOR.

Posted: 08 Jun 2011 04:24 AM PDT

Alhamdulillah, isu yang sudah lama tidak timbul kembali timbul. Apa pula isu yang tidak-tidak timbul itu? Ianya adalah berkaitan isu pelepasan kuota bumiputra bagi penjualan rumah di negeri Selangor awal Mac dahulu. Apabila terbaca cerita ini (Pemuda PAS Bantah Cadangan Pelepasan Kuota Bumiputera) di TranungKite, maka hati berasa agak lega kerana ianya berkaitan isu rakyat Melayu.


Hamba bersetuju penuh dengan desakan Pemuda PAS Selangor kerana ianya berkaitan ketidak adilan kepada rakyat Melayu. Cadangan pelepasan kuota iniperlulah dikaji dan digubal semula agar rakyat Melayu tidak ditipu oleh gerombolan pemaju yang berpegang kepada semangat kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memperdulikan tentang keadilan.

Hamba ada menulis artikel pada 11 Mac dahulu berkaitan dengan isu ini. Jika rajin, silalah baca di sini;

PELEPASAN KUOTA BUMIPUTRA: KERAJAAN SELANGOR PUN CAP AYAM

Hamba adalah ahli PAS yang tidak bersetuju langsung dengan mekanisme pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputra yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Mekanisme yang diumumkan itu mempunyai banyak keburukan kepada Bumiputra, satunya, ianya jelas menjejaskan milikan hartanah kepada Bumiputra, khususnya orang Melayu. Ini kerana, mekanisme permulaan penghapusan 20% milikan Bumiputra setelah 50% tahap kemajuan projek adalah amat tidak elok untuk dilaksanakan. Masalah akan timbul kerana tahap kemajuan projek adalah satu proses yang subjektif dan boleh dimanupulasi nilai angkanya oleh pihak pemaju.

Kemungkinan kemajuan projek yang sebenar baru melepasi 20% tetapi pihak pemaju pula mengatakan sudah melepasi 50% membuat permohonan untuk pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputra. Adakah pihak kerajaan Selangor mempunyai mekanisme menyiasat dan melaporkan bahawa memang benar kemajuan projek itu betul-betul 50% atau hanya satu penipuan dalam selama 7 hari bekerja?

Jika pihak kerajaan negeri tidak menjawab selama 7 hari dari tarikh permohonan, maka adakah pihak pemaju akan dapat merampas hak milikan Bumiputra dengan menipu?

Tahap kemajuan 50%, 75% dan 100%, semuanya perkara yang subjektif. Mengapa tidak dibuat selepas projek itu telah siap 100% dan telah memliki CF, kemudian barulah dibuat permohonan melepasi kuota Bumiputra mengikut tahun ke tahun atau bulan ke bulan.

Misal kata 6 bulan selepas CF, boleh buat permohonan untuk 20% milikan Bumiputra. Selepas 1 tahun, lagi 30% milikan bumiputra dan seterusnya? Jika betullah pihak Kerajaan Negeri beriya-iya sangat hendak membantu pihak pemaju dari kerugian.

Keduanya, mengapa pihak kerajaan negeri yang dipegang oleh Pakatan Rakyat langsung tidak mendapatkan pendapat dari pihak parti politik yang memegang pemerintahan di negeri Selangor?

Mengapa cawangan-cawangan PAS, Kawasan-Kawasan PAS, tidak diberitahu tentang perkara ini dari mula hingga akhir? Mengapa ianya seperti digelapkan oleh Kerajaan Negeri?

Keperluan untuk dibincangkan bersama PAS adalah penting kerana keputusan untuk mengubah dasar milikan hartanah untuk Bumiputra ini melibatkan keputusan yang penting kerana ianya melibatkan kepentingan orang Melayu. Mahu tidak mahu, PAS adalah didalam komponen PR yang dilihat lebih dekat dengan kepentingan Melayu. Segala keputusan berkenaan perkara ini akan melibatkan halatuju politik PAS pada pilihanraya nanti.

Hamba melihat keputusan ini hanya menguntungkan pihak pemaju yang sudah pun kaya raya, namun hendak menambahkan kekayaan dengan merampas hak kaum Melayu. Adakah pihak PR akan terus-terusan mentadbir Selangor seperti pihak umnoapco mentadbir iaitu seperti mengagung-agungkan semangat kapitalisme?

Dengan ini, hamba sebagai individu, dan juga ahli Parti Islam SeMalaysia, menentang sekeras-kerasnya keputusan Kerajaan Negeri ini.

BANGSA MALAYSIA? APE KEHALNYA?

Posted: 07 Jun 2011 06:51 PM PDT

Bangsa Malaysia? Ada ke manusia jenis bangsa Malaysia? Adalah seorang ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh namanya, kahwin dengan India, dapat anak, letak anaknya dalam kategori anak Malaysia. Boleh ke? Jika dianya lahirkan anaknya di Kazakhtan, dan memang dia dan suaminya warga Kazakhtan, boleh ke anak mereka dikategorikan anak Kazakhtan?

Hamba rasa, ini semua cerita politik murahan sahaja ini. Tiada apa yang mengaitkan kepentingan rakyat. Jika ye pun tidak puas hati, bubuh sahajalah anaknya bangsa kacukan India Cina. Kalau ye pun ada dalam borang pendaftaran kelahiran itu.

Hamba bukan bangsa Malaysia. Hamba bangsa Melayu, dan hamba berbangga dengan warisan bangsa hamba. Namun, apa yang lebih penting, agama. Walau sekuat mana Melayunya anda semua, tetapi Islamnya tiada, baik tak payah hidup, sebab matinya pasti ke neraka Allah SWT.

Serupa jugalah Bangsa Tionghua, TeeChew (betul ke eja ni?), Kantonis, Hainan, Hakka, Hokkien, semuanya adalah bangsa yang mengandungi bahasanya sendiri tetapi di Malaysia, kita namakan mereka Cina. Serupa Jawa, Minang, Bugis, Banjar, kita namakan mereka Melayu di Malaysia walau bahasa adalah memang tidak serupa langsung. Namun kerana kita semua duduk di Tanah Melayu, jadi semuanya jadi Melayu.

Walau kita kaya bagai Qarun, walau kita miskin tidak berduit, jika kita dilahirkan Melayu, mati kita juga adalah Melayu. Jika anak Hannah Yeoh itu dilahirkan kacukan India Cina, maka anaknya akan mati dengan tetap sebagai bangsa kacukan India Cina. Tetapi, jika Hannah Yeoh berkahwin dengan lelaki Melayu, hamba pasti beliau akan kategorikan anaknya sabagai Bumiputra Melayu. Sebab masyuuk maa......

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

Posted: 07 Jun 2011 04:52 PM PDT

Alhamdulillah sudah sampai ke Rasa malam tadi. Selepas mengharungi 7 jam perjalanan dari Batu Enam, Terengganu. Kepala pening-pening sedikit. Kerana sudah lama tidak memandu direct dari Batu Enam ke Rasa. Selalunya singgah Kuantan dahulu, rumah kakak ipar. Tetapi memandangkan kakak ipar bercuti ke Beijing, maka hasrat untuk singgah tidur semalam di Kuantan tidak kecapaian.

Duit-duit, dimana kau duit....
Hamba ke Batu Enam dahulu pada minggu lepas, hari Khamis. Singgah di Kuantan semalam dan esoknya terus ke Batu Enam. Sampai Kuala Terengganu, jalan-jalan ke pantai. Sabtunya pula, pergi ke Marang, ada kenduri kahwin. Ahad ke bandar, kemudian ke pantai airport. Isnin ke pantai Mengelibang Telipot (betul ke eja ni?). Selasa ke bandar pada paginya, kemudian tengahhari ke Gong Badak dan seterusnya balik ke Selangor.

Tidaklah jauh mana berjalan di negeri Terengganu. Sekitar Kuala Terengganu sahaja. Tidak ke Dungun, tidak ke Besut. Cuma sekitar-kitar bandar Kuala Terengganu dan pantai di daerah Kuala Nerus. Paling jauh Marang. Marang pun setakat sehingga ke Masjid Rusila. Tetapi minyak yang disedut oleh kereta, MasyaAllah.

Mula-mula isi RM80, kemudian RM60, kemudian isi lagi 50, dan isi lagi 50. Hari Selasa, semalam, hari balik, mula-mula isi 50 untuk ke bandar, kemudian isi 30 agar tangki penuh untuk balik ke Selangor, dan dalam perjalanan balik, isi lagi RM50 di RnR Temerloh. Kesemua isian petrol ke dalam tangki kereta Oddyssey hamba adalah RM370. Itu isian petrol sahaja tu. Belum tol lagi.

Tol sahaja Gombak RM5. Karak pergi balik RM6. LPT ke Gambang RM16.70. LPT Jabor ke Karak RM21. Semuanya RM48.70. Kos perjalanan sahaja RM418.70. Alligment tayar dan repair eksos kereta RM65. Semuanya sekali RM483.70. Singgah makan minum, lengkap RM500.00.

Jika naik kapal terbang berapa agaknya kos? Cepat. Masa keluar dari rumah ke airport dan sampai ke Batu Enam lebih kurang 3 jam. Kereta minima 6 jam. 3 jam untung. Tidak letih. Di Batu Enam abang ipar ada satu kereta yang boleh dipinjam. Tidaklah patah kaki sepenuhnya. Namun tidak bebaslah untuk berjalan ke mana-mana. Maklumlah, kereta orang.

Pergi sekarang sudah berlima. Paling murah, RM700 tiket kapal terbang rasanya boleh dapat. Nasib baik RM 500. Itu pun mustahil. Baru tiket kapal terbang. Hendak ke Airport perlu naik teksi. Duit lagi. Fikir-fikir, baik naik kereta, letih-letih pun, puas hati. Ke guane?

Tiada ulasan: