Jumaat, 10 Jun 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


Masih bertahankan UMNO Terengganu PRU13?

Posted: 10 Jun 2011 03:27 AM PDT


"Seperti ada gelombang baru dan gelombang penolakkan rakyat Terengganu terhadap UMNO dan menteri besar Terengganu. Atau mungkin PAS dan pakatan rakyat menawan semula negeri Terengganu PRU13?.

Rata rata rakyat ramai Terengganu tidak puas hati pentadbiran dan kuasa menteri besar Dato' Seri Ahmad Said. Secara keseluruhannya Ahmad Said gagal membangun negeri Terengganu dengan berasakan bajet negeri tahunan hampir RM2 Billion.

Malah sebahagian pemimpin UMNO negeri dan kawasan menyuarakan pandangan agar menteri besar yang datang perlu dinilai semula perkhidmatannya.
Kami kesempatan secara rawak bertanya orang ramai sekitar Bandaraya Persisir Air Kauala Terengganu peluang BN/UMNO PRU13. Jawapan yang diluahkan sungguh teruja. "JAWAPAN YANG DI BERI KENA SEMUALA KEPADA PAS, SAMA JE DENGAN DENGAN DERIS JUSOH" BARANG MAHAL DAN TIDAK PEMBANGUNAN YANGMEMBOLEHKAN RAKYAT TERENGGANU CARI MAKAN"
Dalam kesempatan kami bertanyakan kepada Saudara Haji Hanafiah Mat merangkap Penolong Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, mengenai peluang PAS dalam mengahadi PRU13 di Terengganu,
Jawapan dan komen yang diberi oleh Haji Hanafiah peluang PAS Terengganu setakat ini cukup baik dan memuaskan. Segala gerakkerja penerangan dan pilihanraya memberi satu jawapan yang cukup baik, dimana peluang PAS mengamit pengundi untuk mennyokong dan memberi undi pada PRU13 teramat baik
Bila diajukan soalan apakah peluang PAS pada PRU13, PAS boleh berkuasa semula?. Jawapan secara spontan Haji Hanafiah menjawap peluang PAS memerintah semula bakal terjadi.
Mengenai kepimpinan baru PAS Pusat Haji Hanafiah berkata, Negeri Terengganu menyokong penuh Tuan Haji Mohmad Sabu atau Abang Mat sebagai Timbalan Presiden PAS dan saf kepimpinannya.
Ayuh kita memberi sokongan padu kepada PAS agar dapat menawan semula Negeri Terengganu dibawah bendera PAS bersama pakatan rakyat PRU13.

Laporan Polis Karut dan Khurafat, Kata Mat Sabu

Posted: 09 Jun 2011 09:15 PM PDT

Peniaga Bangkrap Kerana Himpunan Bersih? Karut!

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai "karut dan khurafat" laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.

Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumour pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.

Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.

"Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan UMNO menghasut," kata beliau.

"Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIh sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.

"Jadi yang dikatakan Umno bahawa perhimpunan ini boleh menjejaskan pendapatan jelas satu kepercayaan karut dan khurafat." tegas beliau.

Laporan polis itu dibuat oleh Exco hal ehwal bandar Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Beliau menuntut polis supaya mengambil tindakan awal memastikan perhimpunan itu tidak dijalankan.

Naib Presiden PKR Tian Chua semalam dipetik berkata 60,000 perserta akan terlibat dalam perhimpunan itu pada 9 Julai.

Mengulas lanjut Mat Sabu menegaskan perhimpunan BERSIH akan berjalan secara aman.

Beliau berkata perhimpunan itu akan menzahirkan tuntutan rakyat untuk sebuah sistem demokrasi tuntas demi menjamin sebuah pilihanraya umum yang adil.

Mohamad Sabu menegaskan peserta perhimpunan itu tidak akan menjadi mangsa provokasi polis seperti masa-masa lalu.

"Kalau penjaja tidak mampu menjual air tebu misalnya, ia bukan kerana kebanjiran orang ramai, ia kerana FRU menembah gas dan termasuk kedalam air jualannya," katanya

Rasulullah SAW Dan Seorang Pengemis

Posted: 09 Jun 2011 04:50 PM PDT

Gambar hiasan

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya".


Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". 

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...." 

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim.

Wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau setidak-setidaknya mempunyai niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak.

Tiada ulasan: