Isnin, 6 Jun 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


KEMENANGAN MAT SABU BUAT GEROMBOLAN SAKIT KEPALA !

Posted: 06 Jun 2011 03:03 AM PDT

Ahli akan persoal kepimpinan baru Pas-Utusan Melalok


MARAN 5 Jun - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya ahli Pas akan mempersoalkan kepimpinan baru parti itu kerana perjuangan mereka terhadap negara Islam kini semakin kabur.


Menurutnya, ahli Pas akan mempersoalkan hala tuju parti itu dalam memperjuangkan Islam selepas kepimpinan ulama dipinggirkan oleh kepimpinan baru yang dipilih semalam.


"Sebelum ini perjuangan mereka konsisten dan selari dengan asas penubuhannya, tetapi kini sudah berubah kerana tidak ada lagi pertimbangan untuk agenda lebih besar iaitu pembinaan negara bangsa, agama dan tanah air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Maran di sini hari ini.


Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Mohd. Tan Aminuddin Ishak dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.


Hishammuddin berkata, jika dilihat cara berpolitik barisan pemimpin baru itu, mereka lebih cenderung melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin UMNO malah ada segelintir daripada mereka pernah mengadakan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram yang kononnya memperjuangkan hak rakyat.


Bagaimanapun, katanya, siapa sahaja yang diletakkan sebagai pemimpin, akhirnya rakyat akan menilai parti dan bukan kepada pemimpin tertentu.


Mengenai ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyerang UMNO dan Barisan Nasional (BN) semalam, Hishammuddin berkata, UMNO tidak akan mengikut rentak mereka.


Tambahnya, para pemimpin dan ahli UMNO perlu yakin dengan cara kepimpinan sekarang kerana banyak perubahan telah dilakukan parti itu.


Katanya, pelbagai perubahan dilakukan oleh kerajaan termasuk UMNO sendiri apabila melakukan Program Transformasi Politik (PTP) yang lebih inklusif dan mengukuhkan parti itu pada masa akan datang.





LSS: Semenjak abang Mat Sabu naik jadi imbalan Presiden PAS apesal Gerombolan United Malays National Organisation sentiasa keluh kesah.Semua nya serba tak kena,takut buan main dekat abang mat sabu.


Lebih - lebih Mat sauh lidah kontot! tak pernah - pernahnya cakap pasal ahli PAS tiba - Tiba je hari ni agak berdesing! itu pasal kalau Abang Mat Sabu naik,kalau Nasharuddin Mat Isa naik maunya memuji sakan, maklumlah Al-perpaduan pergi mampos!


Mat Sauh tak tau ke kalau ahli PAS jumpa mat sauh bukan sahaja lidah bahkan keris pun akan semakin kontot! silap - silap gaya kena rebus mat sauh hidup - hidup dek ahli PAS.Sedangkan Abdul Azeez hitam legam lagikan kena peninju inikan pulak Hisham lidah kontot!


Hadoi! berdentum satu dunia bila Abang Mat sabu naik jadi Timbalan Presiden,gerombolan United Malays National Organisation tak senang duduk.Hari - hari dok telan panadol pikir macam mana nak kalah abang Mat Sabu!



kah...kah....kah....kah....kah....kah...kah

MAT SABU MENANG JE! SAWAN BABI PUN SAMPAI !

Posted: 06 Jun 2011 02:08 AM PDT

Pas kini terjerumus dalam 'pakatan ahzab', tak perjuangkan Islam-Melalok


KOTA BHARU 5 Jun - Pas kini terjerumus ke dalam 'pakatan ahzab' apabila barisan kepimpinan ulama tewas kepada pemimpin yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan parti itu, Jumaat lalu.


Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, gabungan Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan lagi bahawa parti itu sudah tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.


Tegas beliau, parti Islam hanya layak dipimpin oleh ulama yang berakhlak mulia justeru keputusan yang diumumkan semalam merupakan perubahan radikal yang menunjukkan ada pemimpin yang tidak menepati kriteria itu terpilih.


Mohd. Noor berkata, perkembangan itu juga menunjukkan ini adalah peluang terbaik barisan ulama Pas untuk bermufarakah dengan parti itu dan menyertai beliau untuk memperjuangkan Islam di luar Pas.


"Pengajian pendidikan Islam mestilah tinggi. Kepimpinan ini mestilah orang yang berakhlak mulia tetapi jawatan baru itu kita tidak mahu kata dia jahat cuma dari segi akhlak tidak berapa sangat.


"Yang keduanya, pemimpin sepatutnya mempunyai nama baik tidaklah kurang akhlak seperti PKR. Oleh kerana Pas sekarang bekerjasama dengan PKR dan DAP bererti pakatan ini kalau dalam bahasa Quran dipanggil pakatan ahzab," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Mohd. Noor berkata pakatan ahzab jika dirujuk dalam al-Quran merujuk kepada beberapa puak yang bergabung untuk menghancurkan kerajaan Islam pimpinan Nabi Muhammad di Madinah suatu ketika dulu dan pakatan tersebut telah wujud di negara ini sekarang.



LSS: Apa hal la........Semenjak Abang Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden ni gerombolan dah pandai cakap pasal Islam lah "Pakatan Ahzab" lah tapi azab neraka tak nak citer pulak! kemungkaran bila nak buat disko dan hub hiburan di sana - sini tak nak cakap pulak! judi piala dunia tak nak hurai pulak!


Ada pulak boleh cakap pasal menyokong Anwar Ibrahim pulak!!! Ini bangang jenis apa? itu hari tak nampak ke Azmin Ali serang Setiausaha Agung PAS kaw - kaw.Kalau PAS menyokong Anwar brahim takde la diorang nak bincang pasal video seks tu bodoh!


Kesian Geromboan United Malays National Organisation nie! semenjak Abang Mat Sabu menang macam - macam jenis "sydrom" hinggap kat kepala. Ada "sydrom down"lah ada "sydrom - up" ada penyakit sawan babi lah!


Abang Mat Sabu punya Fenomena tersendiri ...heh....heh....heh

KEMENANGAN MAT SABU BUAT GEROMBOLAN "FRUST" MENONGGENG !

Posted: 06 Jun 2011 01:00 AM PDT

Kemenangan Mat Sabu bukti pimpinan ulama tak relevan-Utusan Melalok



MELAKA 5 Jun - Kejayaan Mohamad Sabu menumpaskan dua pencabarnya, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Pas dilihat seolah-olah kepimpinan ulama tidak lagi relevan kepada parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, keputusan pemilihan itu adalah mengejutkan kerana pemimpin yang diangkat perwakilan sebagai Timbalan Presiden tidak mencerminkan produk parti tersebut yang sebenar.


"Mohamad Sabu tidak memberi imej orang Pas yang diketahui umum, dia lebih kepada orang politik dan tidak mencerminkan seorang ulama mahupun orang alim," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bukit Katil 2011 di Seri Negeri, di sini, semalam.


Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil.


Raja Nong Chik berkata, suasana dalaman Pas telah berubah sejak parti itu bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kepimpinan ulama yang diperkenalkan parti itu pada 1980-an tidak lagi menambat hati perwakilan.


Sementara itu, Mohd. Ali berkata, Pas kini dilihat tidak lagi mempunyai pendirian apabila begitu taksub mempertahankan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, perjuangan Islam tidak lagi menjadi keutamaan Pas kerana parti itu kini lebih mengikut telunjuk DAP dan PKR.


"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral tanpa menimbang bukti yang telah didedahkan," katanya.


Katanya, tindakan sedemikian telah menjatuhkan imej seorang pemimpin Islam dan dianggap seolah-olah kepimpinan parti menggalakkan berlakunya maksiat.




LSS:Orang kalau dah frust menonggeng macam - macam la! lebih politik lah,tak mencerminkan produk parti lah! tak mencerminkan seorang alim lagi waraq lah! Abes tu apa produk parti gerombolan? Ibrahim Ali ?? Si perogol Rahim Thamby Chik? Bik Mama atau Si Purtan Penghulu Daerah Penggerang...kah...kah....kah


Ataupun produk tergadai tanah KTM kat tanjung pagar takpun produk gadaikan tanah TUDM sungai besi.Fulamek Power betul produk - produk gerombolan.


Kah...Kah.....Kah....Kah....


Ini semua bukan apa,cuma impian projek setan kerajaan perpaduan/UG dah hancur berkecai dengan terpilihnya Abang Mat Sabu! Sape tak kenal Abang Mat Sabu,gelaran ayam sabung PAS amat di geruni oleh gerombolan United Malays National Organisation siang dan malam.


Kira lebih kurang macam Berok Afrika tak dapat bunga la,macam - macam jenis sawan babi hinggap kat kepala geng gerombolan United Malays National Organisation.Itu hari gerombolan letak harapan meninggi pada Nasha dan Hasan Ali dan sekarang dua - dua terpelanting.


Tahniah kepada semua perwakilan kerana mengundi Abang Mat sabu! Dengan Terpilihanya Abang Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden ini membuat Gerombolan United Malays National Organisation.

Musnahnya UG : Gerombolan Bengkek Gilerr !

Posted: 05 Jun 2011 11:03 PM PDT

'Tangan ghaib' bantu kemenangan Anwarinas-Utusan Melalok


KUALA LUMPUR 5 Jun - Agenda 'tangan-tangan ghaib' di luar Pas berjaya memperlekeh golongan ulama dalam parti itu sehingga mereka diketepikan dalam pemilihan pucuk kepimpinan yang diumumkan semalam.


Pengarah Hal Ehwal Agama Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim berkata, tulisan kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan yang mempertikai para ulama Pas secara tidak langsung berkempen bagi kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Anwarinas seterusnya memberi kemenangan kepada mereka.


"Nyata tulisan itu telah memberi kesan dalam pemilihan itu apabila Joceline mendakwa golongan ulama dalam Pas hanya pandai berhujah tetapi kemampuan mereka terhad menjadi gembala kambing sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Nik Khairul Annuar dalam pada itu berkata, Pas mungkin boleh menafikan apa sahaja tetapi ahli parti nampaknya lebih menjaga hati Anwar dan DAP berbanding hati golongan ulama.


Menurutnya, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin juga telah mendesak Joceline supaya memohon maaf kepada golongan ulama atas tulisannya itu.


"Justeru, orang ramai terutama Melayu perlu membuka mata terhadap tindakan 'tangan-tangan ghaib' ini kerana tidak mungkin Joceline hanya membuat kesimpulan tersebut semata-mata untuk kempen bagi pihak Anwarinas," katanya.


Sementara itu, Nik Khairul Annuar menyifatkan tindakan Pas menukar matlamat parti itu daripada menubuhkan negara Islam kepada mewujudkan negara berkebajikan hanya permainan politik untuk menarik undi.


Katanya, Pas kini terikut-ikut agenda Anwar yang lebih mengutamakan keinginan peribadi dan kuasa sehingga mendahului prinsip parti sebelum ini yang mahu memperjuangkan Islam.







LSS: Woitt!!! takkan baru hari ni tau ada tangan ghaib kot! Itu yang mencilok belakang Nasha dengan Hasan Ali tu tangan apa? takkan tangan "freddie Krueger" kot! pembikinan projek - projek setan kerajaan perpaduan tu adalah projek tangan ghaib sape?


Kah...kah....kah....kah...kah....kah


Ape benda pukimak nyerrr!!! ANWARINAS ni?? ANWARINAS ni sama macam AWARENES atau awe kelate nak kawin dengan nurse kerr?? aku konpom tak pernah dengar pasal ANWARINAS! kalau ANWARISME tu adalah ! bekas pengacara tv3 suku yang baru bercerai itu hari pun aku kenal !


kah...kah....kah....kah....kah...kah


Tapi masalahnya ANWARINAS ni ape menatang pukimak nya! alamak ni Puan Ainon,abang Hasni Abbas,Dr. Hasan Ahmad dan Pak Samad Said harus ambil tindakan ni! Melalok dah pandai pulak menggunakan bahasa dari planet Zargus!


kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah


Kalau dah bengkek tu cakap jerr...la! impian hancur musnah,berkecai,Jahanam, Al-Mukhrisi.Lepas buat cerita untuk menyampai rasa hati yang dah bengkek pasal jahanamnya projek nasa nak buat UG!


Kesian Gerombolan !


Impian nak buat projek UG hancur berkecai dengan terpilihnya abang mat sabu.Kalau dulu Nasha dengan Hasan ali boleh la....tapi kalau Mat Sabu kena cakap dengan dia punya AK47 dulu.Ini hal dah jadi susah kalau gerombolan datang pejabat PAS nak cakap pasal UG nanti abang mat sabu sambut dengan pelancar roket...KAh...Kah...Kah

Tiada ulasan: