Khamis, 30 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Orang Ramai Kecewa Pejuang Alam Sekitar Serta Hak Asasi Manusia Karam Singh Walia Tiba-Tiba Sokong Lynas Yang Di Tolak Rakyat Itu

Posted: 29 Jun 2011 07:35 PM PDT

KUANTAN, 30 Jun - Orang ramai begitu kecewa dengan kenyataan dangkal yang dikeluarkan oleh pejuang alam sekitar dan hak asasi manusia iaitu Karam Singh Walia (foto) yang sanggup dipergunakan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk menyokong projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Gebeng. Kenyataan beliau yang disiarkan menerusi segmen "aduan rakyat" yang diterbitkan oleh TV3 menerusi rancangan Buletin Utama sejak dua hari lalu itu amatlah mendukacitakan dan ternyata membuatkan rakyat hilang kepercayaan lagi terhadap beliau. Selama ini Karam Singh dilihat antara individu yang begitu lantang membela rakyat dalam banyak isu yang melibatkan kepentingan umum. Namun anehnya tiba-tiba kali ini beliau tidak berpihak kepada rakyat dalam isu ini. Apa sudah jadi dengan Karam Singh?. Apakah beliau terpaksa atau dipaksa?. Mungkin juga Karam Singh cuba membersihkan namanya selepas dia diberi kata dua oleh pihak-pihak tertentu selepas mendedahkan isu tanah di Cameron Highlands satu ketika dulu. Malah terdapat maklumat beliau "dilarang masuk ke bumi Pahang" akibat pendedahan panas itu. Kini, apakah Karam Singh cuba untuk membersihkan kembali namanya di mata pihak terbabit. Maka itulah, dia sanggup mengorbankan dirinya yang selama ini menjadi juara rakyat dalam isu-isu alam sekitar, sebaliknya kini menyokong pula projek Lynas yang sememangnya ditolak oleh majoriti rakyat itu. Mereka juga hairan kenapa Karam Singh sanggup memperbodohkan dirinya seperti itu. Apakah beliau terdesak dek kerana arahan pihak atasan?.

Saksikan kenyataan Karam Singh tentang Lynas dalam edisi kedua di TV3

Tiada ulasan: