Pahang Daily Online |
- Video Ceramah Isu Lynas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh Di Markas PAS Kg.Belukar Semalam
- Terbukti: Gara-Gara 'Lynas', Ramai Pemaju Bakal Gulung Tikar Kerana Nilai Hartanah Terus Jatuh Menjunam 'Di Kawasan Gebeng' Dan Sekitarnya !
- Presiden ANAK, 'Mazlan Aliman' Gesa Agar Pihak Berkuasa Menyiasat Pinjaman RM6 Bilion Felda !!
- Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu Dan Tian Chua Bakal Berceramah Di Putra Kuantan Malam Ini !!
- Awas: Isu Lynas, Terdesak Yakinkan Rakyat Maka Kerajaan Gunakan Karam Singh Walia TV3 Untuk Sokong Keputusan Pakar IAEA Hujung Bulan Ini!
- Undi Pos: Tiada Manipulasi, Ternyata Si Nazri Aziz Cuba Menutup Kenyataan Yang Memang Berlaku !
- Polis Selangor Tahan 16 Individu Yang Kononnya Hasut Orang Ramai Sertai Himpunan Bersih 2.0 !
- Mahkamah Rayuan Bakal Tetapkan Tarikh Bicara Sirul & Azilah Bila Alasan Penghakiman Di Terima
- Permohonan Wan Azizah Bagi Gabungkan Saman Felda Telah Ditolak Mahkamah Tinggi Dengan Kos
- Pengacara MHI, Wardina Safiyyah Bakal Muncul Dalam Forum Perdana Anjuran TNB Jumaat Ini !
- Perhimpunan Bersih 2.0 : 'Datuk S.Ambiga' Serta Sasterawan Negara 'Datuk A.Samad Said' Di Arah Beri Keterangan Di IPD Dang Wangi Malam Tadi !
Video Ceramah Isu Lynas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh Di Markas PAS Kg.Belukar Semalam Posted: 27 Jun 2011 01:35 PM PDT Hujung bulan ini pakar-pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bakal membuat keputusan kajian mereka terhadap tahap keselamatan projek Lynas Corporation yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Apapun keputusan, rakyat sebenarnya tetap mahu projek itu dibatalkan. Malah Kerajaan Negeri Pahang digesa tidak melakukan kesilapan sekali lagi. Rakyat perlu diutamakan jika benar mereka membela rakyat. Ikuti ceramah YB Fuziah Salleh tentang isu Lynas ini di Markas PAS Kg.Belukar dekat sini malam semalam. Ceramah yang disertakan dengan bukti dan fakta itu telah menarik perhatian orang ramai yang hadir. Ternyata banyak rahsia yang tersembunyi serta sengaja mahu dielakkan. BONGKAR: KAMI AKAN DEDAHKAN APA KAITAN SYARIKAT ASTURI METAL BUILDER (M) SDN BHD MILIK SUAMI KEPADA BEKAS PEGAWAI KEWANGAN PAHANG DENGAN PROJEK LYNAS DALAM MASA TERDEKAT INI. KAMI JUGA AKAN DEDAHKAN SIAPAKAH TUAN PUNYA TANAH TAPAK KILANG LYNAS SEBELUM BERPINDAH KEPADA FRANKY CONSTRUCTION. KAMI JUGA AKAN DEDAHKAN APA KAITAN LYNAS DENGAN BEBERAPA ORANG PEMIMPIN UMNO PAHANG, TERMASUK YANG BERGELAR "ADIK ANGKAT MB PAHANG" SENDIRI. TUNGGU !! ...... |
Posted: 27 Jun 2011 12:52 PM PDT KUANTAN, 28 Jun - Pemaju hartanah di sekitar Kuantan terutamanya yang mempunyai projek pembangunan sekitar kawasan Balok, Gebeng, Beserah dan sekitarnya kini mula merungut akibat "pelanggan lari" gara-gara pembinaan kilang memproses rare earth Lynas Corporation. Menurut seorang pemaju yang dihubungi mangatakan, sejak dua bulan kebelakangan ini syarikatnya langsung tidak menerima sebarang panggilan daripada orang ramai yang mahu bertanya atau membeli hartanah terbabit. "Saya sungguh kecewa dengan apa yang berlaku. Ini belum lagi Lynas beroperasi. Banyak projek syarikat kami yang tidak terjual sejak akhir-akhir ini", katanya. Senario ini bakal menyebabkan ramai pemaju hartanah bakal "gulung tikar" sebenarnya. Malah kami juga difahamkan memang benar dan terbukti banyak agensi kewangan yang memberi pinjaman perumahan kini hanya meluluskan 60% sahaja pembiayaan untuk projek di kawasan terbabit. Ini menyebabkan pembeli dan juga pemaju mengalami masalah untuk berurusan. "Mana mungkin saya boleh membayar 40% secara tunai atas sebuah rumah yang berharga RM100,000 ke RM150,000 pada masa ini. Mungkin saya sendiri tidak dapat beli rumah akibat masalah yang berlaku. Semua ini gara-gara projek Lynas Corporation itu!", kata seorang kakitangan kerajaan. [Apa yang berlaku ini jelas membuktikan bahawa pihak bank juga takut untuk meluluskan pembiayaan seperti biasa. Mereka akan bermasalah jika pembeli lari dan berlaku sebarang kejadian tidak diingini terhadap projek Lynas ini nanti. Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob digesa menyiasat kesahihan maklumat ini jika masih tidak percaya dan menganggap ianya adalah fitnah semata-mata. Kenyataan tetap kenyataan dan mereka tidak perlu untuk menafikannya. Besar kemungkinan lebih banyak lagi projek hartanah yang akan mengalami nasib yang sama selepas ini. Malah nilai hartanah juga kini jatuh. Terdapat laporan tanah yang dibeli dengan harga RM12 sekaki persegi kini turun kepada RM10 sekaki persegi. Bayangkan, hartanah yang sepatutnya meningkat dari masa ke semasa, tiba-tiba turun sebegitu rupa. Bukankah ini menandakan semua pihak takut dengan projek Lynas. Bukankah akhirnya rakyat Kuantan juga akan lari dari bandar ini akibat tidak mahu berhadapan dengan risiko radioaktif berkenaan. Oleh itu, rakyat perlu bertindak membantah Lynas]. |
Presiden ANAK, 'Mazlan Aliman' Gesa Agar Pihak Berkuasa Menyiasat Pinjaman RM6 Bilion Felda !! Posted: 27 Jun 2011 12:35 PM PDT SEREMBAN 28 Jun - Pihak berkuasa diminta menyiasat pinjaman RM6 bilion dibuat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto), berkata, pinjaman berkenaan mengejutkan banyak pihak terutama warga Felda diseluruh negara. "Jumlah pinjaman itu agak besar dan kita tidak tahu kemana ia akan disalurkan. Malah perkara ini tidak pernah dibentangkan di Parlimen."Kami tidak faham kenapa FELDA memerlukan pinjaman berkanaan kerana kerajaan sentiasa menguar- uarkan kedudukan kewangan agensi terbabit yang memiliki aset kira- kira RM19 bilion adalah kukuh," katanya. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Taufek Abd Ghani yang turut hadir berkata, KWSP bertanggungjawab tampil memberi penjelasan kepada semua pencarumnya berhubung pinjaman kepada FELDA itu. Dalam pada itu, Pengerusi FELDA, Isa Abdul Samad berkata, ANAK dilihat cuba mempolitikkan pinjaman berkenaan. |
Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu Dan Tian Chua Bakal Berceramah Di Putra Kuantan Malam Ini !! Posted: 27 Jun 2011 11:50 AM PDT KUANTAN, 28 Jun - Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan Naib Presiden PKR, Tian Chua dijangka akan berceramah di Putra Balok jam 9.00 malam ini. Oleh itu, orang ramai terutamanya penyokong Pakatan Rakyat adalah dijemput hadir untuk bersama mereka bagi mendapatkan info terkini tentang senario politik negara yang semakin panas sekarang. Sementara itu, pada petangnya mereka dijangkan bersama rakyat dalam Program High-Tea di Markas PAS Taman LKNP Bukit Setongkol. Berdasarkan maklumat yang disebarkan turut bersamai ialah Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota) dan YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan). Program dijangka akan bermula pada jam 4.45 petang iaitu selepas solat Asar. Oleh itu, kepada mereka yang berkelapangan bolehlah menyertai program ini untuk beramah mesra dengan pemimpin terbabit. |
Posted: 27 Jun 2011 11:12 AM PDT KUANTAN, 28 Jun - Orang ramai digesa tidak terpedaya dan terpengaruh dengan tindakan kerajaan menggunakan wartawan terkenal TV3, Karam Singh Walia (foto) untuk memaksa mereka menerima hakikat tentang kewujudan kilang memproses rare earth yang dibina di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini adalah selamat. Difahamkan promo tersebut telah disiarkan oleh pihak terbabit sejak beberapa hari lalu. Malah, ia dijangka akan disiarkan kepada umum ketika siaran Buletin Utama TV3 mulai hari ini 28 hingga 30 Jun 2011 ini. Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang TV3 mahu menjadi juara untuk memperjuangkan isu Lynas?. Sedangkan selama ini media terbabit dilihat terus membisu dan menyembunyikan fakta sebenar kepada rakyat. Langkah menggunakan Karam Singh yang cukup terkenal dengan rancangan "Aduan Rakyat" terutamanya yang berkaitan dengan alam sekitar itu adalah satu strategi terakhir kerajaan bagi memesongkan minda rakyat supaya menerima kenyataan tentang projek berkenaan. Jangkaan mereka, selepas TV3 menyiarkannya maka barulah pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang kononnya mengkaji tahap keselamatan kilang terbabit akan mengeluarkan kenyataan bahawa tahap radiasi yang dikeluarkan oleh Lynas adalah selamat. Inilah skrip "tersembunyi" yang boleh dibaca rakyat Kuantan itu sebenarnya. [Jika benar, TV3 mahu memperjuangkan isu ini. Kenapa mereka tidak melakukanya sejak dulu lagi. Malah, wartawan mereka sendiri dilarang untuk hadir dalam mana-mana program bantahan yang diadakan oleh rakyat selama ini. Maka itulah, penggunaan Karam Singh adalah langkah terakhir untuk membolehkan rakyat percaya kononnya Lynas itu selamat. Inilah yang mahu dilakukan oleh mereka sebenarnya. Malah, mana mungkin pakar-pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) itu akan mengatakan Lynas tidak selamat sedangkan kehadiran mereka ke negara ini adalah dibiayai oleh kerajaan Malaysia yang meluluskan pembinaan projek tersebut. Rakyat perlu sedar akan taktik mereka ini. Jangan terkeliru dengan apa yang akan diperkatakan oleh Karam Singh Walia terhadap isu ini. Segalanya telah diskripkan oleh mereka bagi mengesahkan projek tersebut]. |
Undi Pos: Tiada Manipulasi, Ternyata Si Nazri Aziz Cuba Menutup Kenyataan Yang Memang Berlaku ! Posted: 27 Jun 2011 11:02 AM PDT KUALA LUMPUR 27 Jun - Dakwaan pihak pembangkang bahawa wujudnya manipulasi dalam proses undian pos adalah tidak benar sama sekali terutamanya berdasarkan keputusan pilihan raya umum 1999 dan 2008. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (foto) memberitahu persidang Dewan Rakyat hari ini bahawa, pada pilihan raya umum 1999 dan 2008, kebanyakkan undi pos kononnya memihak kepada pembangkang. Beliau menjawab soalan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang ingin tahu mengenai statistik pengundi tentera yang bersara bertukar kepada pengundi awam. Nazri berkata, seramai 3,894 anggota tentera yang bersara telah memohon semula mendaftar sebagai pengundi awam sepanjang tahun 2010. Beliau berkata, anggota tentera perlu memohon mendaftar semula sebagai pengundi biasa setelah bersara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa sama akan memotong nama mereka daripada daftar pemilih pengundi tidak hadir. |
Polis Selangor Tahan 16 Individu Yang Kononnya Hasut Orang Ramai Sertai Himpunan Bersih 2.0 ! Posted: 27 Jun 2011 10:55 AM PDT PETALING JAYA 28 Jun - Polis menahan 16 lelaki yang dipercayai menghasut orang ramai supaya menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancang pada 9 Julai ini. Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua mereka yang ditahan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis, iaitu perhimpunan tanpa permit polis yang sah, dibebaskan dengan jaminan polis. "Tangkapan kesemua mereka ini dilakukan di sekitar Shah Alam, Gombak, Klang Utara dan yang terbaru pagi semalam, iaitu lapan orang ditahan di Taman Kosas, Ampang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sijil kepada beberapa individu yang berjaya mematahkan kes ragut di sekitar Subang semalam. Tun Hisan berkata, penahanan 16 individu terbabit adalah kerana polis mempunyai kuasa mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah iaitu tindakan pencegahan daripada berlakunya sebarang jenayah. "Bukan maksud orang itu pakai baju kuning (dipakai semasa perhimpunan), kita tangkap. Polis juga ada prosedur atau asas nak tangkap seseorang itu, maknanya bila ada perkara yang disyaki serta maklumat, barulah tangkapan akan dilakukan," tambahnya lagi. |
Mahkamah Rayuan Bakal Tetapkan Tarikh Bicara Sirul & Azilah Bila Alasan Penghakiman Di Terima Posted: 27 Jun 2011 10:32 AM PDT KUALA LUMPUR 28 Jun - Mahkamah Rayuan akan menetapkan tarikh perbicaraan kes Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (foto) apabila Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi diterima, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata, Alasan Penghakiman belum difailkan kerana ia masih dalam proses persiapan dan melibatkan jumlah nota keterangan yang besar dan eksibit yang banyak. "Bagi kes ini, Rekod Rayuan sebanyak lebih 50 jilid telah difailkan di Mahkamah Rayuan pada 12 Mei 2010 yang melibatkan nota keterangan sebanyak lebih 4,000 muka surat. "Memandangkan alasan penghakiman tiada, Rekod Rayuan tersebut adalah tidak lengkap. Justeru, tarikh perbicaraan di Mahkamah Rayuan belum ditetapkan," katanya dalam jawapan bertulis soalan Karpal Singh di Dewan Rakyat semalam. |
Permohonan Wan Azizah Bagi Gabungkan Saman Felda Telah Ditolak Mahkamah Tinggi Dengan Kos Posted: 27 Jun 2011 10:05 AM PDT KUALA LUMPUR 28 Jun – Permohonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail (foto), bersama tiga lagi defendan untuk menggabungkan saman Felda terhadap mereka dengan saman Felda terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong ditolak Mahkamah Tinggi di sini semalam telah ditolak dengan kos RM2,000. Permohonan itu dibuat dengan alasan kedua-duanya membabitkan isu dan fakta yang sama selain mahu menjimatkan masa. Hakim Datuk John Louis O'hara menolak permohonan peguam N.Surendran yang wakili defendan selepas mendengar hujahan beliau dan peguam-peguam yang mewakili Felda, Datuk Mahinder Singh dan juga Datuk Firoz Ahmad Jamaluddin. |
Pengacara MHI, Wardina Safiyyah Bakal Muncul Dalam Forum Perdana Anjuran TNB Jumaat Ini ! Posted: 27 Jun 2011 09:41 AM PDT KUANTAN, 28 Jun - Pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot (foto) dijangka berada di Kuantan pada hari Jumaat, 8.50 malam, 1 Julai 2011 ini. Beliau diundang khas sebagai panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam "Nur Qaseh" di Dataran Wisma TNB, Jalan Gambut dekat sini. Program adalah anjuran bersama Pakatan TNB dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB Kuantan. Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya di TV3 itu bakal bergandingan dengan Ustaz Syed Norhisham Al-Edrus, Juri Imam Muda Astro Oasis. Program tersebut bakal dikendalikan (Moderator) oleh Ustaz Badli Shah Alaudin, Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Muslimin muslimat di jemput hadir. |
Posted: 27 Jun 2011 09:22 AM PDT KUALA LUMPUR 28 Jun - Datuk S.Ambiga (foto), dan Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini malam tadi berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancang pada 9 Julai. Ambiga, 54, yang merupakan pengerusi perhimpunan tersebut dan A.Samad, atau Abdul Samad Muhammad Said, 76, tiba di ibu pejabat polis itu pada pukul 2.00 tengah hari ditemani tiga orang peguam serta beberapa penyokong. Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam, memberitahu pemberita kemudian beliau dipanggil untuk memberi keterangan berhubung ceramah pada 12 Jun di Wisma Pandu Puteri; majlis pelancaran mengenai perhimpunan haram itu pada 19 Jun di Dewan Perhimpunan Cina Selangor; dan perhimpunan di depan Balai Polis Travers pada 23 Jun ketika beliau membuat laporan polis. Peguam N.Surendran pula berkata, A. Samad dipanggil untuk memberi keterangan mengenai puisi yang disampaikan pada majlis pelancaran itu. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan