Pahang Daily Online |
- Isu Lynas: Kegagalan Kerajaan Dengar Bantahan Rakyat, Save Malaysia Bakal Membawa Kes Itu Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Belanda
- Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Buat Rombakan Badan Perhubungan PAS Pahang, Ramai Muka Baru Di Kalangan Pelapis Muda Di Pilih Kali Ini
- Edisi Sukan: Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Indonesia Bila Menewaskan Peter Gade 21-11, 21-7
- Kerajaan Terdesak Untuk Halang Rakyat Terlibat Bersih 2.0, KDN Mahu Gunakan ISA Untuk Tahan Penganjur Himpunan Tersebut Pada 9 Julai Nanti
Posted: 27 Jun 2011 01:06 AM PDT KUANTAN, 27 Jun - Kerajaan Negeri Pahang pimpinan MB Adnan Yaakob bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar dalam isu Lynas selepas ini. Ia berkaitan kenyatan NGO yang lantang memperjuangan hak rakyat dalam isu tersebut iaitu Save Malaysia. Pengerusinya Tan Bun Teat (foto) tidak menolak kemungkinan untuk mengusulkan isu Lynas ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague, di Belanda untuk penyelesaian jika segala ikhtiar untuk menghentikan operasi syarikat itu di kawasan perindustrian Gebeng di sini menemui jalan buntu. Langkah drastik itu perlu diambil setelah melihat kerajaan seolah-olah tidak berminat untuk mendengar suara bantahan rakyat. Malah beliau juga mengharapkan rakyat Australia memahami situasi dan tindakan itu. Menurutnya, tindakan itu perlu memandangkan tindakan syarikat itu seperti tindakan sebuah negara maju dari Negara Dunia Pertama membuli negara dari Dunia Ke-3 dan bukan sekadar warga Kuantan menentang Lynas semata-mata. "Malah seramai 12 ahli dari Save Malaysia termasuk saya akan membentangkan isu ini di Parlimen Australia bermula 3 hingga 9 Julai depan. "Selain itu, kita akan melakukan demonstrasi jalanan di sini jika operasi Lynas diteruskan walaupun dihalang pihak berkuasa," katanya. |
Posted: 26 Jun 2011 01:23 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 Jun: PAS Pahang yang selesai mengadakan mesyuarat pertamanya baru-baru ini dengan memfokuskan agenda kepada penstrukturan jawatankuasa baru badan perhubungan negeri. Pesuruhjayanya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, perubahan beberapa jawatankuasa memperlihatkan penyertaan golongan muda sebagai barisan pelapis mula ditonjol dalam menyediakan satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. PAS Pahang, katanya membuat rombakan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dengan memasukkan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi sebagai Timbalan Pesuruhjaya. Tindakan ini dilihat sebagai satu usaha memantapkan barisan pemuda negeri sebagai tenaga penting dalam persiapan pilihanraya. Di samping itu, Penerangan PAS Pahang juga menyaksikan perubahan, apabila Ustaz Sauhaimi Saad iaitu bekas Ketua Pemuda Negeri dilantik sebagai Ketua Penerangan manakala Ketua Pemuda Negeri disandang oleh Ustaz Shahril Azman al Hafiz. "Mesyuarat hari ini juga telah membuat komitmen untuk menggerakkan ahli dan penyokong PAS Pahang seramai 30,000 orang untuk menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9hb Julai nanti," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. PAS Pahang, katanya akan membantu pasukan keselamatan bagi memastikan himpunan itu akan berjalan dengan aman, dan mengecam sebarang tindakan bersifat provokasi yang cuba dicetuskan mana-mana pihak. Tambahnya, mesyuarat juga menggesa agar ditingkatkan usaha bantahan terhadap projek Lynas yang mempunyai risiko kepada kehidupan penduduk dan alam sekitar. Katanya, mesyuarat dimaklumkan beberapa himpunan bantahan yang berterusan diadakandi sekitar Kuantan bersama dengan pelbagai NGO dan menggesa ahli PAS untuk turut serta dalam bantahan tersebut. [Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang. Pesuruhjaya dikekalkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Pesuruhjaya 1: Ustaz Yusuf Embong, Timbalan Pesuruhjaya 2: Dr Hamzah Jaafar, Timbalan Pesuruhjaya 3: Nasruddin Hassan Tantawi, Bendahari: Ir Musanif Abd Rahman, Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Shahrir Azman Al-Hafiz, Ketua Dewan Ulamak: Ustaz Mokhtar Senik, Ketua Dewan Muslimat: Salamiah Mohd Nor, Pengarah Jabatan Pilihanraya: Abdul Majid Hassan Manaka bagi jawatan Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada Hasanuddin Salim, Syed Hamid Syed Mohamad, Andansura Rabu, Yohanis Ahmad, Alawiyyah Abdullah, Siti Ruhani Abu Bakar, Ramli Awang Abd Rahman. Syabas kepada semua yang terpilih. Teruskan perjuangan !!]. |
Edisi Sukan: Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Indonesia Bila Menewaskan Peter Gade 21-11, 21-7 Posted: 26 Jun 2011 12:52 PM PDT Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas dan tahniah kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (foto) kerana telah berjaya meraih gelaran Juara Siri Super Terbuka Indonesia 2011 untuk kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade, 21-11 21-7 dalam perlawanan akhir di Istora Senayan, petang semalam. Kejayaan ini sungguh bermakna kerana ia dilalukan Straight Set dan Peter Gade dilihat begitu tidak bermaya untuk menghalang asakan Chong Wei. Jelas dapat dilihat, tentangan yang diberikan oleh pemain Denmark itu hanya muncul pada set pertama sahaja. Sebaliknya beliau langsung tidak bermaya untuk menerima asakan Chong Wei diset kedua. Malah kemenangan dibawah angka 10 pada set kedua juga sungguh mengejutkan kerana pemain tersebut juga merupakan bekas pemain hebat dunia sebelum ini. Sebelum ini Chong Wei juga telah menewaskan pemain yang sama di Terbuka India bulan Mei lalu dengan 21-12 12-21 and 21-15. Kemenangan ini bermakna ia adalah kejuaraan keenam untuk pemain nombor satu dunia itu tahun ini. [Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan yang sungguh bermakna ini. Malah beliau berjaya menyamai rekod juara Terbuka Indonesia sebanyak tiga kali selepas Taufik Hidayat melakukannya sebelum ini. Kejayaan ini sungguh bermakna buat rakyat Malaysia, namun dalam masa yang sama sampai bilakan kita harus mengharapkan beliau?. Sedangkan dalam masa yang sama belum ada pemain muda negara yang benar-benar terserlada dalam mana-mana kejohanan di peringkat antarabangsa mutakhir ini. Sesuatu perlu dilakukan oleh Persatuan Badminton Malaysia demi masa hadapan sukan ini]. |
Posted: 26 Jun 2011 12:31 PM PDT HULU SELANGOR, 27 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (foto), berkata keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara. "Tindakan ISA boleh digunakan kepada perkara yang betul-betul menjejaskan keselamatan negara seperti (kumpulan militan) Jemaah Islamiah...sindiket perdagangan manusia, namun apabila digunakan dalam konteks yang berkaitan politik, pasti diekploitasi pihak tertentu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor semalam. Hishammuddin berkata, polis sedang memantau situasi dan perkembangan berkaitan perhimpunan haram tersebut termasuk reaksi daripada pelbagai pihak sama ada menyokong atau membantah perhimpunan haram itu. Beliau turut menafikan polis berat sebelah dalam menangani isu ini. "Saya nafi tumpu pada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), kita tumpu kepada semua pihak sama ada PERKASA, Pemuda (UMNO) atau lain-lain kumpulan. "Apa yang penting, polis tidak pilih bulu dan ikut undang-undang dan matlamat untuk jaga keselamatan negara," katanya. Mengenai kemampuan polis dalam menangani perhimpunan haram pada hari itu nanti, beliau berkata polis dan pasukan keselamatan bersedia hadapi kemungkinan pada hari tersebut. [Kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin ini jelas sekali menunjukkan kerajaan UMNO BN sebenanarnya sudah semakin terdesak untuk berhadapan dengan suara rakyat. Menggunakan ISA atas perkara yang tidak sepatutnya juga membuktikan PM Najib Razak kini sudah mula goyah dan terpaksa melakukan apa saja untuk mempertahankan kebobrokan yang berlaku dalam pilihanraya seperti yang mereka amalkan selama ini. Cubaan menakut-nakutkan penganjur terbabit adalah sesuatu yang sungguh mengecewakan. Malah, kenyataan kononnya pihak polis tidak memilih bulu dalam melakasanakan undang-undang terhadap peserta himpunan aman itu adalah satu omongan kosong yang sudah kita tahu jawapannya. Malah, sejarah membuktikan pihak polis hanya akan berlaku cekap, berhemah dan adil jika berhadapan dengan penyokong kerajaan baik NGO atau parti politik. Sebaliknya mereka akan menggasak penyokong pembangkang secukupnya atas nasihat pemimpin politik. Makanya polis tidak perlu mengatakan mereka tidak pilih bulu dalam hal ini, kerana rakyat sememangnya sudah lama berbulu dengan beberapa tindakan tidak bertanggungjawab sebahagian anggota polis sejak akhir ini sebenarnya]. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan