KUANTAN, 26 Jun - Program perhimpunan aman bantah Lynas yang diadakan hari ini telah berjaya juga diadakan, biar pun mendapat berbagai tekanan daripada pihak polis. Program pertama iaitu
"Perarakan Bersatu" anjuran
NGO Save Malaysia telah diadakan awal pagi bertempat di
Bukit Pelindung. Orang ramai telah berhimpun sebelum jam 7.00 pagi lagi untuk bersama-sama Save Malaysia berjalan menaiki bukit tersebut. Mereka berpakaian T-Shirt hitam
"Stop Lynas" dan membawa berbagai sepanduk tanda bantahan terhadap program tersebut. Menurut wakil Save Malaysia yang ditemui, program sepatutnya dijalankan di
Perkarangan Stadium Darul Makmur, dimana peserta akan berarak beramai-ramai melalui
Jalan Pasar, Jalan Tun Ismail, Jalan Bukit Sekilau, jalan Lim Hoe Lek dan kembali ke stadium. Namun, selepas mendapat nasihat daripada pihak polis, akhirnya lokasi dipindahkan ke Bukit Pelindung. Ia bagi tidak menyusahkan semua pihak termasuk mereka yang membawa ahli keluarga untuk bersama dalam program tersebut. Namun, anehnya dimaklumkan biar pun mendapat nasihat dan pandangan polis agar ia dipindahkan tetapi pihak polis masih terus memberi tekanan keterlaluan kepada peserta himpunan. Malah, lebih mendukacitakan mereka mengarahkan polis trafik supaya menyaman kendereaan-kenderaan yang diletakkan disepanjang jalan masuk ke Bukit Pelindung. Tindakan ini sungguh tidak wajar kerana kenderaan terbabit tidaklah menghalang lalulintas sebenarnya. Mungkin dek kerana arahan pihak atasan, maka ia dilakukan biar pun hari ini ialah hari cuti hujung minggu. Program turut disertai NGO lain termasuk Bar Comittee Pahang dan para mahasiswa IPT.
Bantahan Lynas terus bergema biar pun berbagai rintangan kini dihadapiSemuanya bersemangat untuk sama-sama meneruskan bantahan LynasPeserta kibarkan bendera Malaysia tanda cinta dan sayang kepada negaraAJK Save Malaysia membawa tabung sumbangan perjuangan bantah LynasTeam Bar Comittee of Pahang dan peserta yang berbasikal juga turut hadirRakyat berbagai kaum dan agama terus bangkit menolak Lynas di KuantanMahasiswa serta pemimpin agama juga hadir bagi membantah projek LynasYB Fuziah tandatangani kain rentang bantah Lynas yang turut disediakanRibuan rakyat membantah Lynas sambil berarak mendaki Bukit PelindungTerbukti, bantahan Lynas bukan sahaja dipelopori kaum Cina sebenarnyaKumpulan berbasikal juga turut serta memeriahkan lagi kempen bantahanKecil besar danyang tua muda semua bersama menyokong bantahan LynasSegak bergaya, tetapi terkadang polis tidak perlu seteruk ini tugas merekaPolis trafik sibuk menyaman kereta yang diletakkan di kawasan tersebut Sementara itu, di Stadium Darul Makmur pula terdapat berpuluh-puluh orang anggota polis berbagai unit seperti
FRU, Trafik, Cawangan Khas termasuk Unit Anjing Pengesan ditempatkan di situ. Polis mengadakan sekatan di jalan-jalan masuk ke perkarangan stadium iaitu di
Jalan Pasar depan Alamoda (depan Restoran Safwa),
Jalan Bukit Sekilau (depan Malay Town),
Jalan Lim Hoe Lek (depan Pasaraya Eng Hong) dan di Jalan susur keluar
Padang MPK 3 ke Jalan Lim Hoe Lek. Lalulintas menjadi sesak akibat sekatan tersebut yang dipercayai telah dimulakan sejak awal pagi. Kelihatan juga satu program sukan dan hiburan turut diadakan di perkarangan stadium. Mungkin itu satu usaha terancang untuk menghalang peserta perhimpunan gunakan lokasi terbabit. Peliknya, pihak polis sudah dimaklumkan bahawa lokasi perhimpunan bertukar ke Bukit pelindung. Namun, mungkin akibat gusar dengan ura-ura ia juga akan diadakan di kawasan terbabit maka mereka terpaksa mengadakan sekatan jalanraya untuk menghalang program tersebut daripada terus diadakan.
Sekatan polis di Jalan Pasar dan Jalan Bukit Sekilau sejak awal pagi lagiTrak disusun depan stadium dan anggota menunggu di bawah khemahSekitar jam 10.30 pagi kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Kuantan,
YB Fuziah Salleh dilihat memasuki kawasan dihadapan
Stadium Darul Makmur. Terdapat maklumat, program himpunan bantah Lynas juga akan diadakan oleh
Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan stadium. Akibat sekatan jalanraya yang diadakan untuk menghalang mereka, maka lokasi telah diubah ke kawasan
Pasar Tani Mega dihadapan
Restoran The Oasis, Malay Town. Beberapa orang pemimpin kanan PKR Kuantan juga dilihat mengekori YB Fuziah. Turut hadir ialah
YB Chang Ming Khai (ADUN Simpang Pulai, Perak) dan beberapa orang anggota AMK Pahang. Rombongan seramai lebih kurang 50 orang terbabit bergerak bersama YB Fuziah beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga di pasar tani terbabit. Mereka turut memakai baju dan kain rentang
"Stop Lynas". Program berakhir sekitar jam 12.30 tengahari dengan sessi bergambar di pintu masuk kawasan terbabit (pasar tani). Sebelum beredar satu sidang media ringkas telah diadakan di kawasan ini. Kelihatan beberapa orang pegawai FAMA memantau dan mengawasi pergerakan mereka. Pihak polis tidak kelihatan di kawasan itu, mungkin mereka tersalah strategi atau tidak jangka lokasi boleh bertukar ke kawasan itu.
YB Fuziah bergambar dengan salah seorang peniaga di pasar tani terbabit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan