Sabtu, 25 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Keputusan Kajian Pakar-Pakar IAEA Pasti Berpihak Kepada 'Kerajaan', Rakyat Wajar Terus Bangkit Menyatakan Bantahan Sampai Bila-Bila !

Posted: 24 Jun 2011 10:10 PM PDT

Biar pun Kerajaan Negeri Pahang dan pusat bakal bergembira dengan keputusan kajian oleh Pakar-Pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berhubung dengan tahap kesihatan dan risiko kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Gebeng hujung bulan inu. Namun, rakyat terus bangkit dan menyatakan bantahan. Mereka boleh melakukan apa saja untuk menipu rakyat terbanyak, susulan masing-masing sudah memperolehi dan menunggu bahagian masing-masing selepas ini. Namun, mereka juga harus ingat bahawa rakyat adalah hakim negara. Suara rakyat pasti terus bergema dan gelombang kebangkitan itu pasti disemarakkan ke seluruh negara menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Sama ada disedari atau tidak ia sudah berlalu dan kerajaan tidak mungkin akan berpatah balik atau berganjak dengan keputusan yang telah ditetapkan. Kehadiran pakar IAEA yang mana sebuah agensi antarabangsa tempat adik MB Pahang sendiri bertugas itu sebenarnya hanyalah satu taktik untuk mengaburi mata rakyat. Pakatan yang dibuat antara MITI dengan Kerajaan Negeri Pahang sememangnya sudah boeh dibaca sejak dari awal lagi. Tambahan pula siasatan mendapati banyak aspek keselamatan yang gagal dijawab dan diperjelaskan kepada rakyat secara terperinci. Kelulusan pelan bangunan dan tapak oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dengan begitu cepat sekali seolah-olah mendapat arahan daripada pihak atasan. Begitu juga dengan kelulusan Laporan Kesan Alam Sekitar (IEA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang juga dalam keadaan mencurigakan.

Kelulusan Projek Lynas Di Buat Dalam Tekanan

Pendekkata semuanya seolah-olah dibuat dalam tekanan yang melampau oleh pihak berkuasa yang mahu melihat Lynas beroperasi biar pun tahu risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa terpalit dengan risiko yang bakal dihadapi untuk tempoh yang lama, mungkin 20 atau 30 tahun akan datang atau sampai bila-bila. Masa itu, kita mungkin sudah tidak nampak lagi "batang hidung" Menteri Besar Pahang dan barisan exconya yang ada sekarang. Malah, paling awal ialah kelibat pakar-pakar IAEA itu juga mungkin akan hilang hujung bulan ini selepas mereka mengesahkan keputusan positif pembinaan kilang Lynas itu nanti. Maka, ketika itu siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?. Apakah tragedi hitam di Bukit Merah akan berulang kembali di Kuantan agaknya?. Rakyat sudah pasti akan terus menderita dek keputusan kerajaan yang ternyata "tidak cerdik" itu. Maka itulah, rakyat diseru terus bangkit menentang dan membuat bantahan dalam apa jua keadaan sekali pun. Kerajaan yang zalim dan tidak "mendahulukan" rakyat ini perlulah dijatuhka dalam Pilihanraya Umum akan datang. Masa sudah tiada untuk kita berkompromi dan mendengar "lawak jenaka" pemimpin mereka kononnya risiko radioaktif yang bakal dihasilkan oleh Lynas lebih rendah dari radiasi pada telefon bimbit, televisyen, matahari, bitumen track dan sebagainya. Mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan alasan "dangkal" yang jelas tidak masuk dek akal itu. Mentaliti mereka jelas "jatuh ke tahap yang paling rendah" dek kerana terlalu seronok untuk melihat Lynas beroperasi dan menikmati hasilnya dikemudian hari.

Derita Rakyat Akan Di Buktikan Pada PRU-13 Ini

Mereka pasti gembira kerana dapat mempermainkan rakyat dengan membawa masuk projek berisiko ini ke negeri Pahang, tetapi mereka harus sedar dan ingat bahawa derita rakyat itu pasti akan dinatijahkan di atas kertas undi dalam PRU13 nanti. Inilah saja cara terbaik untuk mengajar sebuah kerajaan yang tidak mahu memikirkan masa depan rakyat. Kerajaan yang sanggup membiarkan rakyat berhadapan dengan risiko dalam kehidupan mereka, biarpun kecil namun ia tetap risiko yang akan meningkat hari demi hari. Tiada jalan lain lagi yang boleh dilakukan kini, kerana mereka punyai kuasa dan segalanya untuk memanipulasi isu ini. Omongan konon, isu Lynas sengaja dimainkan oleh parti pembangkang adalah satu kenyataan biadap yang tidak sepatutnya lahir dari mulut orang berakal seperti pemimpin UMNO BN itu sebenarnya. Bukankah mereka sendiri tahu bantahan Lynas juga disokong oleh para peguam, doktor serta banyak pertubuhan bukan kerajaan lain yang bebas dari pengaruh politik kepartian sebenarnya. Jika pun mereka mengatakan ia adalah isu pembangkang, maka apalah salahnya mereka membela rakyat di kawasan mereka yang terancam dengan risiko ini. Bukankah parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang paling dekat terpalit dengan risiko ini diwakilil oleh parti pembangkang. Maka, apakah salah, mereka sebagai wakil rakyat bangkit mempertahankan hak rakyat?. Jika UMNO BN lakukan maka ia dinamakan "Juara Rakyat" dan "Dahulukan Rakyat". Tetapi, masalahnhya mereka tidak berani melakukannya kerana gusar mendapat tekanan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang secara terang-terangan mendapat manfaat besar atas kewujuda Lynas di Gebeng itu sebenarnya. Mereka lebih rela "tutup mulut" demi masa depan politik.

TPM Tolak Memorandum Bantahan MCA Di Balok

Maka apa masalah jika pembangkang yang bangkitkan isu ini, selepas rakyat melihat parti yang sepatutnya menjuarainya iaitu UMNO BN menikus dek kerana takut dengan pemimpin atasan mereka. Mereka menyokong membabi buta dengan bayaran tertentu tanpa mengetahui apakah isu yang sepatutnya diperjuangkan. Mereka juga harus ingat bahawa bantahan Lynas turut disuarakan oleh rakan-rakan dari parti komponen BN sendiri iait MCA. Malah difahamkan MCA pernah menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin ketika beliau berkunjung ke Kuantan baru-baru ini. Memorandum yang meminta kerajaan membatalkan projek Lynas demi rakyat itu telah disorok oleh pihak terbabit daripada pengetahuan media arus perdana. Malah, memeorandum itu akhirnya di"bakul sampahkan" begitu sahaja, akibat takut perkara ini terbongkar. Ini bermakna MCA juga menyokong bantahan Lynas, soalnya kenapa ia dikatakan isu pembangkang?. Kesimpulannya, rakyat memang tidak mahu kilang Lynas beroperasi dalam apa jua cara sekali pun. Malah mereka mahu kilang itu dibawa balik ke negara asalnya iaitu Australia. Jika kerajaan negara itu pun menolak kebenaran membina kilang terbabit di negara mereka dek kerana gusar dengan risiko yang bakal melanda, maka kenapa harus kerajaan kita menerimanya?. Bukankah ini membukti memang ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini sebenarnya. Atau mungkin juga sokongan kuat diberikan oleh IAEA ketika ahli keluarga Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob iaitu adingnya sendiri Dato' Muhammad Shahrul Ikram Yaakob memimpin agensi itu mulai tahun 2009 hingga 2010. Maknanya, beliau berada di situ ketika isu ini sudah pun menjadi begitu kontroversi sebenarnya. Apakah kita tidak boleh kaitkan ada "udang di sebalik mee" antara mereka berdua sebenarnya?. Inilah yang perlu disedari oleh rakyat Kuantan sekerang!

[Semua alasan ini tidak boleh dinafikan sebenarnya, kerana umum telah mengetahui bahawa Kerajaan Negeri Pahang memang dipimpin oleh pemimpin yang mengamalkan rasuah, korupsi dan penyelewengan selama ini. Lantaran itulah kita tidak hairan Lynas begitu mudah masuk ke ke negeri ini, selepas gagal mencari tapak lain di mana-mana lokasi di seluruh dunia. Akibat kemaruk mahu mendapatkan pelaburan bagi menaikkan ekonomi negeri maka kerajaan Negeri Pahang akhirnya rela menerima industri berisiko seperti itu tanpa memikirkan bahayanya kepada rakyat. Tergamak mereka "persetankan" rakyat hanya untuk bermain "silap mata" dibelakang kita. Sedangkan kita tahu masing-masing pasti akan mendapat habuan dan keuntungan yang berterusan buat sekian lama. Inilah yang berlaku dalam industri perlombongan bijih besi yang menjadi igauan ramai pemimpin UMNO di negeri ini. Mereka tahu sekali dapat, makan lama hingga berpuluh tahun. Malah hasilnya juga lumayan dan sungguh menakjubkan. Sebab itu kita tidak hairan Kerajaan Negeri Pahang rela mengagih-agihkan banyak kuaota lombong bijih besi kepada poksi dan ahli keluarga mereka sendiri. Hasil mahsul negeri dijadikan harta "bapak mereka" sesuka hati. Inilah yang ditentang oleh pahlawan Melayu Pahang ketika zaman penjajahan British dulu. Kini ia berulang lagi, tetapi mereka yang merompak adalah "tali barut" Brtitish yang bertopengkan perjuangan Melayu dalam parti UMNO. Rakyat juga yang tertipu akhirnya. Justeru itulah mereka perlu bangkit menyatakan bantahan jika mahu generasi akan datang dapat hidup selesa, aman dan tenteram. Lakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jom Ubah Sekarang!]

Panas: Pengakuan Ikhlas "CEO Lynas" Nick Curtis Membuktikan Memang Benar Projek Itu Masuk Ke Bumi Pahang Melalui Rundingan Pintu Belakang !

Posted: 24 Jun 2011 09:51 AM PDT

Maka berkokok dan bergembiralah puak-puak UMNO BN Pahang bila melihat kenyataan CEO Lynas, Nick Curtis (foto) bahawa dia mengakui bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan kerana tidak memberikan penjelasan yang secukupnya kepada penduduk di Kuantan. Kononnya dengan diberi penjelasan yang lebih lanjut mengenai projek tersebut, ianya dapat meredakan sedikit kebimbangan rakyat terhadap projek itu. Paling menarik bila Nick Curtis mengatakan beliau menghormati bahawa emosi sangat tinggi, tetapi ianya satu emosi, bukannya fakta. Susulan kenyataan tersebut ramailah puak-puak UMNO BN Pahang bertempik dan melompat mengatakan isu Lynas hanyalah permainan politik murahan pembangkang. Malah dalam sebuah blog pro UMNO Pahang yang cukup ketinggalan zaman iaitu Pahang-Ku melaporkan "Dia orang (pemimpin pembangkang) bukan tau berpolitik. Tapi sekadar tahu macam mana nak mempergunakan rakyat demi kepentingan Politik mereka sahaja. Dan secara tidak sengajanya, hakikat yang sebenar mengenai perangai puak - puak Pakatan Pembangkang itu akan turut disebarkan kepada masyarakat Antarabangsa. Kalau nak harapkan puak - puak Pakatan Pembangkang seperti Si Fuziah tu bagi fakta mengenai sesuatu isu, mau kucing bertanduk dulu baru dia buat macam tu agaknya. Diorang mana tau macam mana nak bagi fakta. Yang diorang tau buat ialah menyebarkan 'auta' dan memutar belitkan fakta sedia ada je. Lepas tu menipu rakyat. Itu je la kerja yang dia tau buat". Begitulah kenyataan yang telah dibuat oleh blogger UMNO Pahang si Semut Hitam dalam blog itu.


Apakah kerana mesyuarat khas ini menyebabkan Lynas ada di Kuantan

MB dan CEO Lynas kelihatan gembira selepas buat pertemuan khas di Hyatt
Persoalannya sekarang, jika benar Nick Curtis memohon maaf kerana syarikatnya membuat kesilapan besar akibat tidak memberi penjelasanan yang cukup kepada rakyat sebelum melaksanakan pembinaan projek ini, maka apakah beliau boleh meneruskan proses kerja-kerja pembinaan yang kini sudah hampir siap sepenuhnya. Kenyataan beliau ini jelas sekali membuktikan kepada kita bahawa memang ada unsur penyelewengan dan rasuah yang nyata hingga menyebabkan pembinaan kilang tersebut boleh dilaksanakan dengan segera, biarpun Lynas tidak memberikan penjelasan yang secukupnya kepada rakyat. Apa yang memusykilkan kita, kepada siapakan CEO Lynas ini beri penjelasan? Dan bagaimanakah projek ini boleh diluluskan ketika itu, jika suara rakyat dinafikan?. Ini bermakna projek ini dibawa masuk ke bumi Pahang ini melalui "pintu belakang" dan sudah pasti melibatkan pihak yang berkuasa dalam Kerajaan Negeri Pahang ini sebenarnya. Maknanya, Lynas merujuk perkara berkaitan kepada pihak terbabit dan pihak itu pula dengan mudah menggunakan kuasa yang ada untuk mengarahkan agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mempercepatkan proses yang berkaitan. Sedangkan, banyak perkara yang jelas belum dilaksanakan oleh Lynas termasuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat. Ternyata mereka cuba menyembunyikan sesuatu.

[Bukankah ini membuktikan rakyat Kuantan ditipu oleh pihak yang berkenaan sebenarnya. Siapakah pihak terbabit, dan bagaimana Lynas begitu mudah masuk ke Pahang sedangkan projek itu tidak diterima oleh mana-mana negara di dunia ini hatta negara pengeluar rare earth terbesar iaitu China. Bukankah, ia masuk ke Pahang melalui satu perjanjian tersembunyi yang sudah pasti dibuat menerusi "pintu belakang". Oleh itu rakyat diminta terus bangkit menentang Lynas kerana dengan kenyataan Nick Curtis ini saja sudah cukup untuk membuktikan kepada kita yang beliau memang telah memperdayakan rakyat dalam hal ini. Mungkin beliau takut untuk memberi kesedaran awal kepada rakyat, kerana Lynas tahu jika perkara ini diperjelaskan kepada rakyat maka mereka sudah pasti tidak berpeluang untuk beroperasi di sini. Langkah terbaik ialah melobi diperingkat atasan dan selepas projek diluluskan barulah cari alasan untuk tipu rakyat. Inilah yang berlaku sebenarnya].

Tiada ulasan: