Pahang Daily Online |
- Ahli Parlimen "Indera Mahkota", YB Azan Ismail Perjelaskan Peruntukkan Dana Tambahan RM13 Bilion Untuk Tampung Kos PRU-13 Sebenarnya !!
- Panas: MB Pahang Haruslah Bertanggung Jawab, Gara-Gara Kilang Lynas Nilai Hartanah Di Sekitar Kawasan Gebeng Kini Semakin Jatuh Merudum !!
- Memalukan: MB Pahang, Si 'Adnan Yaakob' Wajar Cermin 'Diri Sendiri' Dulu Sebelum Ingin Sifatkan Orang Lain Tidak Cerdik Kerana Anjurkan Bersih!
Posted: 23 Jun 2011 05:51 AM PDT KUALA LUMPUR 23 Jun - Permohonan belanjawan tambahan berjumlah RM13 bilion oleh kerajaan UMNO BN di parlimen baru- baru ini menimbulkan kesangsian berikutan tempoh yang dianggap terlalu awal untuk kerajaan mendapatkan kewangan tambahan bagi tahun 2011. Walaupun alasan yang diberikan kerajaan berkait aspek pengurusan negara namun ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) berpendapat wujud elemen lain yang cuba disembunyikan pihak tertentu memandangkan peruntukan tambahan bagi 2010 baru sahaja diluluskan Mac lalu ."Kalau dibuat perbandingan belanjawan tiga bulan lepas dengan jumlah RM13 bilion tidak mendatangkan apa-apa kesan (harga barang). Kenapa kerajaan mengulangi perbelanjaan yang sama jumlahnya untuk kali ke dua. Justeru, Azan berkata permohonan belanjawan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa dana awam itu akan digunakan bagi menampung kos Pilihan Raya Umum tidak lama lagi. Ini kerana jelasnya, alasan untuk menampung kos subsidi adalah tidak relevan memandangkan rakyat masih terbeban dengan kenaikan tarif elektrik dan harga barang. "Maka timbul bukti bahawa ini sebenarnya belanjawan untuk mencipta momentum khas untuk PRU13 dan akan ada siri kerana setiap tahun pilihan raya memang ada jenis perbelanjaan begini dan rakyat perlu tahu sebenarnya perbelanjaan tambahan yang diminta parlimen hanya untuk memastikan Barisan Nasional boleh bertahan," kata Azan. [Justeru Azan mengecam peranan kerajaan pemerintah yang gagal membuat andaian tepat pengurusan kewangan sekiranya benar peruntukan tambahan itu akan disalurkan untuk kepentingan rakyat. Azan yakin sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak menggunakan mekanisma yang sama seperti tahun lalu untuk menangani isu beban rakyat, maka pembaziran sebanyak RM13 bilion dijangka akan berlaku pada tahun ini yang ternyata tidak membawa keuntungan kepada rakyat. "Bermakna peruntukan belanjawan (tambahan) itu ditumpukan untuk subsidi yang sebenarnya tidak berjaya meringankan beban rakyat. Ini bermakna alasan subsidi itu tidak betul. Diwujudkan sahaja untuk menggunakan kewangan itu," ujar beliau lagi]. tvsnews |
Posted: 22 Jun 2011 07:48 AM PDT Gara-gara pembinaan kilang memproses rare earth oleh Lynas Corporation yang dijangka akan diluluskan operasinya pada bulan September 2011 ini, maka satu berita buruk telah diterima buat rakyat. Ini kerana difahamkan ekonomi kawasan sekitar Gebeng kini sudah mula merudum akibat ketakutan pihak pemaju dan kewangan terhadap risiko yang bakal dihadapi oleh mereka dengan projek-projek yang dibina sekarang ini. Senario ini membuktikan agensi kewangan yang dinaungi oleh kerajaan sendiri tidak yakin dan takut dengan "kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan" itu sebenarnya. Mereka takut akibat dan risiko yang akan menimpa di kemudian hari. Difahamkan penjualan hartanah di kawasan Gebeng, Balok, Sg.Karang dan sekitarnya kini jatuh menjunam sebanyak 20%. Malah, institusi kewangan termasuk bank-bank pula kini mengenakan syarat yang begitu ketat kepada pihak pemaju dan pembeli yang mahu menjual dan membeli hartanah dikawasan terbabit. Paling mengejutkan dipercayai ada sesetengah bank yang hanya meluluskan pinjaman setakat 60% sahaja untuk hartanah terbabut. Ini membuktikan mereka juga takut dengan "hari esok". Soalnya, kenapa MB dan Kerajaan Negeri Pahang tidak takut dengan risiko ini?. Kenapa mereka beriya-iya mempertahankan projek yang telah termaktub dalam sejarah bakal menghasilkan radioaktif itu agaknya. Apakah pihak institusi kewangan terlalu bodoh hingga tidak mengambil kira risiko yang bakal berlaku?. Malah, kenapa mereka juga tidak yakin dengan omongan kerajaan itu sendiri. Apatah lagi bagi rakyat sebenarnya. Swiss Garden Resort (kiri) dan Club Med Cherating (kanan) yang bakal lumpuh Pantai Cherating (kiri) serta Pantai Batu Hitam juga bakal hilang pelancong |
Posted: 22 Jun 2011 06:59 AM PDT Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto) tidak wajar mengeluarkan pandangan yang menyifatkan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai "tidak cerdik". Kenyataan yang dibuat itu jelas sekali melambangkan betapa dangkalnya mentaliti Menteri Besar Pahang yang tidak mahu menerima kebenaran dan mahu terus biarkan penyelewengan, penipuan, rasuah dan kepincangan terus berlaku dalam pilihanraya di negara ini biar pun dia sendiri tahu memang UMNO melakukan taktik itu untuk menang selama ini. Sepatutnya sebagai seorang "guru", Adnan harus mengajar anak muridnya supaya menjadi orang yang baik dan mengamalkan sikap mulia kepada masyarakat. Bukankah Adnan sendiri tahu, sejak 50 tahun yang lalu, pilihanraya yang berlaku di negara ini dicemari dengan unsur-unsur "kotor" yang perlu "dibersihkan". Makanya, segala tuntutan yang mahu dibuat oleh rakyat untuk memulihkan kembali pilihanraya harus diterima dengan perasaan tenang dan tidak melatah seperti ini. Apakah Adnan fikir selama ini pilihanraya yang dilaluinya itu bersih?. Jika bersih kenapa BN terus menggunakan kaedah penipuan, rasuah dan ugutan kepada rakyat supaya terus mengundi mereka. Di Pahang misalnya, kenapa setiap kali pilihanraya, wang ringgit ditaburkan sesuka hati kepada rakyat tanpa sedikit pun merasa "bersalah". Sebagai pemimpin Melayu Islam yang juga merupakan exco agama di Pahang, Adnan sepatutnya menilai diri dan senantiasa bermuhasabah ke arah kebaikan. Bukannya terus melihat kebokrokan itu sebagai sesuatu yang bersih buat selamanya. Apakah bersih namanya jika setiap kali pilihanraya UMNO Pahang merasuah para peneroka felda ribuan ringgit dan mengugut mereka supaya mengundi BN?. Apakah bersih namanya jika setiap kali pilihanraya UMNO Pahang memunggah berlori-lori arak dan bersewang selama tiga hari tiga malam ke kawasan perkampungan orang asli supaya mereka terus mengundi BN?. Adnan memang "tidak cerdik" bila biarkan penyokong UMNO sendiri serang Pemuda MCA (komponen BN) sendiri yang bantah Lynas [Adnan harus sedar, jika dia menganggap penganjur Bersih tidak cerdik kerana mengadakan perhimpunan untuk menutut keadilan dalam pilihanraya, maka apakah Adnan cerdik bila mengarahkan penyokong UMNO buat demontrasi dan menyerang rakyat yang membantah Lynas di Teluk Chempedak pada hujung bulan Mei yang lalu?. Sebenarnya, Adnan lebih tidak cerdik bila tergamak membawa masuk satu pelaburan berisiko yang ditentang oleh rakyat ke negeri ini. Malah, Adnan juga tidak cerdik bila tergamak memperbodohkan rakyat kononnya radiasi yang dikeluarkan oleh matahari, TV, telefon bimbit itu lebih tinggi radioaktifnya daripada yang akan dihasilkan oleh kilang memproses rare earth Lynas Corporation itu nanti. Adnan lebih tidak cerdik bila gagal membangunkan negeri Pahang selepas lebih 11 tahun memerintah negeri ini, malah senantiasa menyajikan "Bajet Defisit" setiap kali ia dibentangkan. Sebagai bekas guru, Adnan tidak cerdik apabila secara terang-terangan meluluskan banyak kawasan perlombongan bijih besi, pembalakan, emas dan sebagainya kepada ahli keluarga termasuk proksi-proksi beliau selama memerintah negeri ini. Adnan juga tidak cerdik apabila tidak terfikir semua rahsia penyelewengannya itu akan didedahlan oleh rakyat satu hari nanti selepas mereka yang rapat dengannya mula benci serta jemu melihat apa yang telah beliau lakukan!] |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan