Selasa, 21 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Terkini: Bancian Portal The Star Online, 99% Dari Lebih 'Sejuta Responden' Menyokong Bersih 2.0 !!

Posted: 21 Jun 2011 12:18 AM PDT

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden (rakyat) menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online. Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi. Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache. Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahari. Manakala pilihan satu lagi ialah 'Ia harus dibatalkan' dipilih oleh 14,222 responden. malaysiakini

Bukti, statistik bancian yang telah dibuat oleh The Star Online tersebut

[The Star Online bukanlah portal milik pembangkang. Maka itu, bancian tersebut merupakan suara rakyat terbanyak yang memang mahukan perubahan besar dilakukan terhadap sistem pilihanraya di negara ini. Sampai bila kita harus berhadapan dengan satu tindakan yang double standard oleh badan yang menguruskan pilihanraya. Memang benar, pembangkang tetap menang di Selangor, Kedah, Kelantan, P.Pinang dan Perak walau pun dek kerana penipuan dan tidak bersih SPR itu. Namun, kemenangan itu bukanlah bermakna SPR telus dan bersih, cuma kemenangan itu kerana penipuan yang dilakukan oleh SPR gagal mengatasi suara rakyat yang mahukan perubahan. Akhirnya pembangkang tetap menang, namun jika SPR adil dan telus sudah pasti pilihanraya umum ke-12 lalu menyaksikan BN terkubur sebenarnya. Inilah yang kita mahukan perubahan dan rakyat inginkan. Sebab itu mereka takut dan gusar dengan Bersih 2.0 dan menganggap ia adalah satu perhimpunan haram yang sia-sia. Apakah kita boleh percaya SPR, JPN akan berlaku adil dan telus jika rakyat tidak bangkit seperti ini?. Oleh itu jom sokong Himpunan Bersih 2].

Majlis Perbandaran Kuantan Di Gesa Kuatkuasa Larangan Bermain Bola Di Padang Depan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah Pada Waktu Solat!

Posted: 20 Jun 2011 09:15 PM PDT

KUANTAN, 21 Jun - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa menguatkuasakan undang-undang untung melarang mana-mana pihak menggunakan padang MPK1 sehingga melewati jam 7.00 malam (waktu Maghrib) berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah 1 (foto) dekat sini. Ini berikutan tindakan tersebut jelas sekali mencemarkan kesucian agama Islam itu sendiri sebenarnya. Terdapat banyak laporan yang kami terima, ramai pihak yang menjadikan lokasi berkenaan untuk menjalankan aktiviti sukan terutamanya bolasepak. Tambahan pula di kawasan itu terdapat tiga buah padang bola yang boleh digunakan serentak oleh orang awam. Sebelum ini memang telah banyak rungutan terutamanya daripada pihak masjid sendiri, berkenaan sikap dan tingkah laku pihak terbabit yang sungguh mendukacitakan. "Mereka bukan sahaja bermain bola ketika waktu Maghrib, malahan turut menggunakan tandas masjid untuk tujuan buang air dan mandi selepas permainan tamat. Tambah mengecewakan ada yang berpakaian tidak menutup aurat (seluar pendek) masuk ke dalam kawasan masjid untuk ke tandas. Mereka mandi dan guna tandas tapi tidak bersama-sama bersembahyang walau pun sudah masuk waktu. Inilah yang yang amat memalukan, kerana majoriti mereka adalah orang Melayu yang beragama Islam maka tidak wajar berbuat demikian", kata seorang jemaah masjid tersebut.

[Kami juga difahamkan, memang sudah beberapa kali pihak berkenaan ditegur oleh pengawal masjid atas tindakan tersebut. Namun, ada sesetengah mereka bersikap kurang ajar dan mengambil sikap acuh tidak acuh atas teguran yang dibuat. Tinjauan kami ke lokasi berkenaan mendapati, bukan sahaja permainan bolasepak dilihat melewati waktu Maghrib (7.00 malam), malahan juga pihak berkenaan tanpa segan silu memulakan permainan sekitar jam 4.30 petang iaitu ketika waktu Asar. Mereka tidak sama-sama masuk ke dalam masjid untuk bersolat, sebaliknya lebih selesa bersuka ria dan tanpa segan silu membuat bising di tepi padang terbabit. Sebagai sebuah negara dan negeri yang kononnya Islam, maka perkara sebegini sepatutnya dipantau oleh pihak berkuasa. Tambah menarik lagi, pejabat agama (Jabatan Agama Islam Pahang) juga terletak bersebelahan masjid berkenaan. Soalnya, sama ada mereka sedar atau pun tidak. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi di masa akan datang. Jalan terbaik ialah membuat perubahan ke arah kebaikan untuk menjaga kesucian Islam itu].

Tiada ulasan: