Ahad, 19 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Program 'Hari Mesra Alam' Anjuran Save Malaysia Sempena Hari Bapa Dekat Taman Gelora Pagi Tadi Telah 'Mendapat Sambutan' Yang Menggalakkan !

Posted: 19 Jun 2011 02:34 AM PDT

KUANTAN, 19 Jun - Himpunan Hari Mesra Alam Bersama Keluarga bersempena dengan Hari Bapa di Taman Gelora dekat sini pagi tadi telah berjaya mencapai objektifnya. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu diserikan dengan berbagai acara menarik seperti senamrobik dan pertandingan mewarna kanak-kanak. Sambutan sungguh menggalakkan, dan ramai yang hadir berpuas hati dengan program hari ini. Disamping aktiviti untuk kanak-kanak, peserta dewasa telah berarak mengelilingi kawasan "jogging" Taman Gelora dengan membawa bendera Malaysia. bagi menunjukkan semangat cinta kepada negara. Turut hadir beberapa orang peserta yang menunggang basikal mountaibike dan beberapa orang rakyat asing. Kesungguhan Save Malaysia menganjurkan acara hari ini jelas dapat dilihat dengan komitmen yang diberikan oleh semua petugas. Peserta juga disediakan dengan minuman dan makanan ketika acara berlangsung. Kelihatan juga jualan T'Shirt "Save Malaysia Stop Lynas" turut diadakan ketika acara berlangsung. Disamping aktiviti yang dirancang, mereka juga turut mengedarkan risalah berkaitan bahaya Lynas kepada orang ramai yang berkunjung ke lokasi terbabit. Kanak-kanak yang hadir juga turut menurunkan tandatangan di atas kain rentang "Hari Bapa" yang disediakan oleh pihak penganjur. Sementara peserta juga turut diberikan poskad khas bantah Lynas untuk ditulis nama dan kad pengenalan. Difahamkan, poskad tersebut akan dihantar kepada Perdana Menteri, sebagai membuktikan bantahan rakyat terhadap kilang memproses rare earth yang akan mula beroperasi di Gebeng pada September ini. Sekitar jam 10.30 pagi, kumpulan yang membuat perarakan bendera berkumpul beramai-ramai dan melaungkan "Stop Lynas" beramai-ramai.
Gambar-gambar lain akan menyusul
[Program berakhir, sekitar jam 12.00 tengahari selepas acara simbolik menwujudkan perkataan "Stop Lynas" manusia berhampiran kawasan berkenaan. Peserta terdiri dari masyarakat kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama terlibat sambil disaksikan oleh orang ramai. Kelihatan juga beberapa orang wartawan mengambil gambar acara simbolik itu. Mereka turut menyanyikan lagi kebangsaan "Negaraku" selepas acara itu selesai. Sebelum berakhir, peserta turut disajikan dengan persembahan muzik unplugged oleh beberapa orang anak muda. Majlis penyampaian hadiah bagi acara pertandingan mewarna turut diadakan selepas itu dan orang ramai mula bersurai sekitar jam 1.00 petang. Tiada sebarang kekecohan berlaku dalam program hari ini. Tambahan pula, pihak polis yang memantau dilihat memberikan kerjasama yang terbaik untuk memastikan program tersebut tidak menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan. Syabas dan tahniah kepada pihak polis atas kerjasama yang diberikan].

Musykil: Pemimpin PKR, Timbulkan Soalan Siapa Yang Biayai Bil Bagi Majlis Pertunangan Anak PM Di Seri Perdana Dekat Putrajaya Malam Kelmarin!

Posted: 19 Jun 2011 01:35 AM PDT

PETALING JAYA 19 Jun - Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong (foto) hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam kelmarin. Majlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain. Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan. Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev. "Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000," soal Dr Tan. Beliau yang merupakan bekas ahli Parlimen Gerakan dan juga Timbalan Menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'. "Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang tanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Inilah wajah anak perempuan Najib dan Rosmah iaitu Nooryana Najwa Nooryana bersama tunang beliau Daniyar Nazarbayev dan keluarganya
[Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas Perdana Menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya. "Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi," kata pemimpin PAS itu. Sebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu. Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) daripada 7 hingga 9 Jun lalu]. tvsnews

Edisi Seni: Pelakon Komedi Zami Ismail Meninggal Dunia Di Institut Jantung Negara 10.30 Pagi Tadi !

Posted: 19 Jun 2011 01:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Jun - Pelakon komedi Zami Ismail (foto), 67 yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN). Allahyarham meninggal jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung. Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang. Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler. Allahyarham sepanjang hayatnya berlakon hampir 20 buah filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang". Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 tahun 1991.[Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Zami Ismail (Pak Uda) atas pemergiaannya ke rahmatullah ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Nama arwah tetap dalam ingatan kerana beliau adalah antara orang lama yang telah memeriahkan huburan komedi di negara kita sejak dulu lagi. Imejnya yang serig memakai baju butang senget sebeleh masih segar dalam ingatan. Ternyata pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air. Sama-samalah kita mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman].

Tiada ulasan: