Pahang Daily Online |
- Cyberita Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media
- Suara Kampus: Universiti Malaysia Pahang (UMP) Mengadakan 'Pertandingan Boling' Persahabatan Bersama 'Kelab Media' Di Kuantan Baru-Baru Ini!
- Himpunan 'Bersih 2.0' Tidak Rugikan Mana-Mana Pihak, Ketua Pemuda PAS Kecewa Dengan Ugutan Keterlaluan 'Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia'!!
- Analisis: Kontroversi 'Isu Lynas', Serta Video Seks Anwar Bakal Menjerat UMNO BN Di Pahang Untuk Meraih Sokongan Pada Pilihan Raya Umum Nanti!
| Cyberita Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media Posted: 18 Jun 2011 02:04 AM PDT Pihak kami akan siarkan berita-berita semasa Negeri Pahang yang dipetik dari pelbagai sumber maklumat. Berita yang disiarkan adalah tertakluk kepada pindaan dan tidak akan disunting untuk mengekalkan laporan itu. Harap Maklum Stesen Minyak Rugi RM7500 Di Samun 3 Lelaki
Dua Sahabat Mati Kemalangan Dekat Semambu
|
| Posted: 18 Jun 2011 01:35 AM PDT
[Mulai hari ini, pihak kami akan siarkan berbagai berita berkaitan negeri Pahang yang dipetik dari pelbagai sumber berita. Kami juga mempelawa pembaca menghantar apa juga bahan berkaitan untuk dipaparkan dilaman blog ini. Bahan-bahan menarik seperti aktiviti sosial, kebajikan, sukan, kampus, masalah setempat, majlis-majlis rasmi dan apa juga program yang tidak berorientasikan keuntungan akan diluluskan untuk siaran. Kami ucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak yang terus berkunjung dan menziarahi ke laman blog ini. Hits pelawat PDO terus meningkat dari masa ke semasa sejak akhir-akhir ini. Walau pun ada beberapa berita yang bercorak aktiviti dan majlis tertentu, namun PDO masih mengekalkan konsep asal blog ini iaitu mencerna minda rakyat untuk perubahan. Kami akan melaporkan segala maklumat dengan telus, berani dan sensasi. Sila hantarkan artikel serta berita anda ke pahangdaily@yahoo.com!]. |
| Posted: 17 Jun 2011 11:50 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Jun - Susulan tindakan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan Bersih 2.0 dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), maka Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengeluarkan satu keyataan hari ini. Ketuanya, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (foto) berkata kenyataan Mubarak itu adalah satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi di negara kita. "Saya nasihatkan MUBARAK agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara. Mereka mahu ugut siapa ? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan. Apa masaalah MUBARAK ? apa masaalah kerajaan ? untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa, justeru apa yang kami minta adalah untuk keadilan serta ketelusan", kata Ustaz Nasaruddin. Bersih Tidak Meminta Sesuatu Rugikan Kerajaan Menurut beliau lagi himpunan tersebut bukanlah bertujuan untuk mewujudkan kacau bilau sebenarnya dan rakyat tidak meminta lebih dari itu. Mereka juga tidak meminta sesuatu yang merugikan mana-mana pihak termasuk kerajaan. "Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini', katanya. Menurut Nasaruddin, tindakan tersebut terpaksa dilakukan setelah permintaan rakyat selama ini gagal dilayan dengan baik oleh pihak berwajib, himpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai langkah untuk menunjuk perasaan dan menarik perhatian bahawa permintaan kita adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mereka. Beliau turut menegaskan, cara mahu menangani himpunan tersebut ialah dengan mengawalnya agar tidak terdedah kepada provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab dan menunaikan permintaan rakyat tersebut. Bukan dengan ugutan dan tangkapan . Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap. "Insyaallah, saya sendiri akan berada di saff hadapan dan jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini. Saya menyeru semua rakan - rakan anak muda dari seluruh negara agar gembira dan tenang. Himpunan BERSIH 2.0 adalah untuk keamanan dan kesejahteraan negara. Rakyat juga tidak perlu resah, peniaga tidak perlu bimbang dan orang ramai tidak usah gundah, himpunan ini aman jika mana - mana pihak termasuk pihak polis tidak mencetus provokasi. Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah UMNO dan BN, yang resah ialah UMNO dan BN dan yang gundah ialah UMNO dan BN sendiri", katanya lagi.
[Nasaruddin turut menjelaskan bahawa Malaysia bukanlah negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masaalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakan lah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa-apa. "Saya menyeru buat kesekian kalinya, datanglah ke Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 nanti dengan happy dan enjoy membawa semangat "Visit Day" dan Kuala Lumpur adalah destinasi anda kali ini. Melancunglah dalam negeri ! bukankah ini slogan kerajaan. Pelancungan pada 9 hb Julai 2011 ini adalah bertemakan Keadilan dan Ketelusan di samping menikmati Kota Raya negara kita sendiri. 10. Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua pada 9 hb Julai 2011 kelak . Salam perjuangan dari saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS", kata beliau dalam satu kenyataan media beliau hari ini. Selamat berjuang untuk Bersih 2.0]. |
| Posted: 17 Jun 2011 12:25 PM PDT ![]() Parti Melayu UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pahang dibawah kepimpinan Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto), dalam bahaya sekarang, berikutan terdapat maklumat dalaman yang meramalkan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang bakal jatuh ke tangan pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Ramalan itu bukan lagi omongan kosong semata-mata, malah turut diakui oleh beberapa orang pemimpin UMNO negeri yang dihubungi. Malah sebahagian besar dari kalangan mereka tidak yakin lagi BN bakal berkuasa di Pahang, selepas melihat senario politik yang melanda mutakhir ini. Umum mengetahui negeri Pahang adalah antara kubu kuat UMNO yang gagal goyah biarpun "Tsunami Politik" melanda pada PRU12 lalu. Walau bagaimana pun dua kawasan parlimen yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang sendiri iaitu Indera Mahkota dan Kuantan tumbang dengan majoriti melebih 1,000 undi pada PRU lalu. Malah, pembangkang berjaya menang di beberapa buah kerusi DUN seperti Triang, Tras, Semantan dan Beserah. Biar pun gagal mengatasi jumlah kerusi pada PRU10 sebelum itu (8), namun ia sedikit sebanyak menggambarkan bahawa suara rakyat sudah mula bergema di seluruh negeri. BN tidak boleh terlalu berbangga dengan kemenangan yang mereka kecapi, kerana banyak kerusi DUN yang BN hanya menang di bawah paras 1,000 undi. Malah ada DUN yang dibawah paras 500 undi sebenarnya. Ini menunjukkan kekuatan BN di negeri kelahiran PM Najib Razak kian merudum. Itu ketika tiada isu besar yang melanda bumi Pahang. Namun kini, dengan ada isu Lynas senarionya adalah jauh berbeza. Isu Video Seks Anwar, Bangkit Kebencian Rakyat Malah, rakyat yang dulunya menyokong UMNO BN kini sudah berpaling tadah dan muak melihat fenomena yang berlaku dalam kancah politik negara hari ini. Isu skandal video seks terbaru Anwar yang didedahkan baru-baru ini juga dilihat memainkan peranan untuk menghilangkan sokongan rakyat terutamanya pengundi atas pagar kepada UMNO BN sendiri. Ramai yang tidak yakin dan benci dengan permainan politik lucah yang dilakukan oleh UMNO dengan kerjasama media arus perdana yang dikawal oleh mereka. Lantaran itu, masing-masing berjanji akan membuat undi protes dan menolak BN kali ini. Mereka langsung tidak percaya dengan pembongkaran yang dilakukan oleh "Trio Datuk T" itu. Tambahan pula pihak terbabit dipercayai merencanakan semua itu atas arahan pemimpin UMNO BN sendiri. Akhirnya, ramai dikalangan mereka merasa "sudah cukuplah dengan permainan politik" memualkan seperti ini. Daripada mereka percaya dengan konspirasi liwat Anwar dulu, hingga akhirnya mereka terus tidak yakin dengan apa yang berlaku. Semua ini gara-gara kesilapan dan kegopohan pemimpin UMNO membuat tindakan. Rakyat juga mula membenci UMNO BN akibat sikap "dayus" mereka menggunakan sepenuhnya peranan media arus perdana untuk membuat fitnah dan mengadu domba mutakhir ini. Tindakan keterluan media arus perdana terutamanya TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan yang lainnya, menyebabkan rakyat (pengundi atas pagar) naik bosan dan semakin benci kepada UMNO sekarang. Itulah hakikatnya kini!.Kontroversi Isu Lynas Bakal Menjerat BN Pahang Biar pun menafikan hakikat sebenarnya isu Lynas, namun UMNO BN Pahang bakal menjerat diri mereka pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Itulah ramalan yang dibuat oleh ramai pihak mutakhir ini. Apa saja kenyataan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang atau Menteri Besar itu sendiri sudah tidak boleh dipercayai rakyat lagi. Apatah lagi bila terdapat bukti penglibatan pihak-pihak tertentu dalam UMNO dengan projek berisiko berkenaan. Adnan tidak boleh menafikan hak rakyat untuk menerima apa saja ketentuan yang dibuat oleh kerajaan pimpinannya. Banyak kes yang berlaku sebelum ini menyaksikan rakyat akhirnya menanggung akibatnya. Misalnya, dalam kes lombong emas Australian Raub Mining Sdn Bhd di Bukit Koman satu ketika dulu. Hingga kini bahan kimia beracun "Cynide" terus menghantui penduduk di sekitar kawasan itu. Malah, ramai diantara mereka yang mengalami penderitaan akibat kerakusan kerajaan itu sendiri. Kini isu Lynas bakal ditanggung lagi oleh rakyat jika kerajaan berdegil untuk meneruskan projek tersebut. Apa yang masti majoriti (terkini 80%) masyarakat kaum Cina bakal menolak BN dalam PRU13 nanti. Ini diakui oleh beberapa orang pemimpin MCA yang mewakili kaum terbabit dalam parti komponen BN. Kemungkinan besar banyak kerusi bandar akan tumbang gara-gara sikap kerajaan itu. Hanya mereka yang dicucuk hidungnya sahaja yang beriya-iya menyokong Lynas. Sedangkan hakikatnya, mereka juga takut dengan risiko yang akan berlaku pada masa akan datang. Jika senario ini menjadi kenyataan, maka BN sudah pasti akan terjerat dengan isu Lynas. Pembangkang akan mendapat sokongan padu daripada masyarakat kaum Cina yang lebih prihatin dengan isu-isu kesihatan seperti ini. Lantaran itulah, kita menjangkakan BN akan menghadapi masalah besar untuk menang atau setidak-tidaknya mempertahankan kerusi yang majoritinya kaum Cina. Peluang lebih besar untuk pembangkang dalam PRU-13 nanti.[Kenyataan ini mungkin tidak digemari oleh sebahagian besar penyokong tegar UMNO yang berkunjung ke blog ini. Namun, mereka harus menerima ketentuan dan takdir yang akan berlaku. UMNO BN hanya gah untuk berkuasa di Pahang dengan bantuan talian hayat pengundi di kawasan Felda yang digertak dan diberi gula-gula oleh mereka. Jika tidak kerana itu sudah pasti mereka juga tumbang pada PRU-13 yang lalu sebenarnya. Pemimpin UMNO terutamanya MB Pahang, Adnan Yaakob boleh tersenyum kerana dapat mempermainkan rakyat dalam isu Lynas yangs edang hangat diperkatakan sekarang ini. Namun, dalam masa yang sama mereka juga harus sedar bahawa rakyat sudah tidak lagi yakin dan percaya dengan segala kenyataan yang dibuat oleh beliau. Malah, tindakan bodoh kerajaan dengan mempertahankan projek berisiko seperti itu seolah-olah sengaja untuk mencabar kewibawaan rakyat. Lantaran itulah, mereka sudah pasti akan membuat bantahan besar-besaran pada Pilihanraya Umum akan datang ini. Mereka bakal terjerat dengan kesombongan sikap mereka sendiri. Semoga, dengan ini juga akan dapat membuka jalan kepada rakyat untuk membuat perubahan. Teruskan bantahan dan lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang. Selamatkan Pahang !!]. |
| You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan