Pahang Daily Online |
- Panas: Seramai 711 Orang Peneroka Felda Wilayah Jengka "Failkan Saman Terhadap FELDA" Untuk Tuntut Ganti Rugi RM344 Juta Isu Penipuan KPG
- Mahkamah: Nafsu Buas, Buruh Di Penjara Dan Di Kenakan Sebatan Dek Kerana Buat Isyarat Lucah Terhadap Anak Sendiri Dan Rogol Anak Jirannya!
- Aktiviti Rakyat : "Pertandingan Mewarna" Kanak-Kanak Anjuran NGO Save Malaysia Sempena Hari Bapa Mesra Alam Di Taman Gelora Pada Ahad Ini
- Sensasi: Puak-Puak UMNO "Gila Meroyan" Akibat Pendedahan Guna Dewan KIPSAS Untuk Adakan Persidangan Agung Bahagian Itu Baru-Baru Ini !!
Posted: 17 Jun 2011 12:33 AM PDT TEMERLOH 17 Jun - Seramai 711 peneroka dari kawasan Felda Wilayah Jengka, hari ini memfailkan saman terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM344 juta berikutan penipuan dan pecah amanah yang dilakukan agensi itu. Kesemua peneroka terbabit diwakili peguam R Sivarasa memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh pagi tadi. R Sivarasa berkata, saman itu dibuat berikutan penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu. Menurut Sivarasa, peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus. Beliau berkata, peneroka berkenaan sepatutnya memperoleh KPG yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus. Setiap 1 peratus KPG dianggar bernilai RM40. Sekiranya jumlah itu dikira sejak 10 tahun lalu, setiap peneroka terbabit mengalami kerugian tidak kurang RM100,000. Saman yang difailkan oleh kumpulan peneroka ini menamakan FELDA sebagai defendan pertama dan FELDA Palm Industries sebagai defendan kedua atas dakwaan pecah amanah dan menipu. Hadir sama ketika memfailkan saman tersebut adalah peguam Latefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri. [Pada 14 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan peneroka di bawah tabung wang tanam semula yang diurus agensi itu. Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan sebanyak RM11 juta kerana menipu peneroka berhubung isu KPG. Sebelum ini, Felda Serting dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan juga memfailkan saman sebanyak RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan dalam isu yang sama.Pada 12 Jun tahun lalu pula 654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi tuntut ganti rugi lebih RM80 juta]. |
Posted: 16 Jun 2011 09:51 PM PDT KUANTAN, 17 Jun - Walaupun sudah mempunyai empat isteri dan 15 anak, nafsu seks melampau seorang buruh akhirnya membawa padah apabila dihukum penjara 22 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku salah atas dua tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anaknya dan merogol anak jirannya. Tertuduh berusia 45 tahun dari Kampung Razali, Batu 4, Jalan Gambang, di sini dihukum penjara empat tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen 2 atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anak perempuannya berusia 11 tahun, di sebuah rumah di Kampung Jaya Gading, di sini, pada 2009. Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sebatan. Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman terbabit selepas mengambil kira kesan kepada kanak-kanak berkenaan, selain kepentingan awam. Pendakwaan kes dilakukan Hidayatul Syuhada Shamsudin. Tertuduh yang kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1, mengaku salah atas tuduhan merogol anak jirannya berusia 11 tahun di kawasan semak berhampiran jambatan Kampung Seri Damai, di sini antara jam 1.30 petang hingga 2.30 petang, pada 26 Mei lalu. Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Hakim Noradidah Ahmad kemudian jatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan itu. KLIK [Mengikut fakta kes, tertuduh mengambil kanak-kanak terbabit pulang dari sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah, tertuduh mengubah laluan dan membawa mangsa ke kawasan semak di Kampung Seri Damai sebelum merogolnya. Tertuduh turut memberikan mangsa sedikit duit dan mengarahkannya tidak memberitahu kejadian yang berlaku kepada orang lain. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kejadian menimpanya kepada keluarga sebelum tertuduh ditahan pada 8 Jun lalu. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan perlu menyara keluarga yang ramai serta berjanji tidak ulangi perbuatan sama. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah memohon hukuman berat dijatuhkan kepada tertuduh untuk pengajaran.]. |
Posted: 16 Jun 2011 07:42 PM PDT KUANTAN, 17 Jun - Save Malaysia Stop Lynas akan mengadakan Hari Mesra Alam Bersama Keluarga bersempena dengan Hari Bapa di Taman Gelora dekat sini pada Ahad, 19 Jun ini. Program yang akan bermula seawal jam 8.00 pagi itu adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat terutamanya kaum bapa tentang bahaya kilang memproses rare earth Lynas Corporation yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Berbagai acara menarik telah dirancang sepanjang program berkenaan termasuk senamrobik, persembahan muzik "unplugged", pertandingan mewarna kanak-kanak serta lain-lain acara. Perhimpunan adalah diadakan secara aman dan orang ramai juga digalakkan membawa bersama bendera Malaysia sebagai tanda sayangkan Malaysia. Bagi ibubapa yang mahu anak-anak mereka menyertai pertandingan mewarna, dinasihatkan membawa bersama meja kecil pada hari tersebut. Pertandingan akan diadakan dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi. Hanya penggunaan pensil warna dan krayon dibenarkan. Kepada anda yang berminat sila hubungi Ms.Bernice (012-5025290) atau Ms.Soon (012-989 0687). Pertandingan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kategori A (4-6 tahun) dan Kategori B (7-9 tahun). Makanan ringan (snack) serta bendera juga di sediakan di tapak pada hari tersebut. [Program kesedaran alam sekitar (mesra alam) yang diadakan ini diharap mendapat sokongan daripada semua pihak kerana ia diadakan secara aman. Kempen kesedaran ini perlu diadakan secara berterusan bagi mewujudkan rasa prihtin rakyat tentang isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini termasuklah tentang Lynas. NGO harus bangkit untuk mempertahankan hak rakyat demi masa depan mereka. Justeru itu, orang ramai digesa untuk bersama-sama membantu dan memberi sokongan kepada program sebegini. Jika tidak, mereka akan terus dibelenggu dengan berbagai masalah yang akan melanda di kemudian hari sebenarnya. Dapatkan info lanjut mengenai Lynas di SINI]. |
Posted: 16 Jun 2011 05:32 PM PDT KUANTAN, 17 Jun - Susulan pendedahan PDO tentang tindakan UMNO Bahagian Paya Besar menggunakan Dewan Utama, Kolej Islam Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) beberapa hari lalu, maka kami difahamkan isu tersebut menjadi buah mulut dikalangan ramai pemimpin dan ahli UMNO setempat. Kononnya ramai yang kecewa dengan laporan yang dikatakan "fitnah" itu. Walhal laporan eksklusif kami disertakan dengan beberapa keping gambar untuk membuktikan kejadian yang berlaku. Anehnya, ada pencacai dan beberapa kerat pemimpin UMNO yang sanggup mempertahankan tindakan tersebut, atas berbagai alasan yang tidak munasabah. Malah, mereka mengatakan kononnya PDO sudah ketandusan isu untuk dimainkan dan sengaja mereka cerita perihal kemarahan para ibubapa terhadap tindakan UMNO menggunakan IPT tertabit untuk aktiviti kepartian yang melampau seperti itu. Tinjauan krew PDO ke laman facebook UMNO Paya Besar mendapati berbagai tohmahan telah dilemparkan kepada kami susulan pendedahan tersebut. "Telah lebih 10 tahun UMNO Paya Besar bersidang di KIPSAS, sebelum Dato' Hashim Wahab jadi Presiden lagi maka kenapa kali ini baru Pahang Daily berbunyi. Kaitan Paya Besar dengan pelajar KIPSAS rapat, termasuk membiayaai Majlis Berbuka Puasa saban tahun", kata Facebook UMNO Paya Besar. Kutukan panas di wall facebook UMNO Bahagian Paya Besar terhadap PDO "Pedaah (tipu) sangat wartawan Pahang Daily. Agaknya berapa ramai le ibubapa pelajar KIP yg buat aduan. Kot dia sndiri yang perasan... Hari Ahad tu seorang student pun kit tak nampak. Mereka tak ambil hal pun.." kata Ismail Muhammd. Sementara itu seorang pemimpin UMNO, Bahazelan Wahab (foto) pula berkata "Kalau tak menipu orang tak panggil PR pulok boss! PR tu kan ke Penipu Rakyat! kah kah kah dia bukan nampakl yg baik kita buat pun...di Phg ni kan ke boss dia tok fuzi pakar spin tu....ha ha ha ha.. saya baca semalam lagi dah..dah tau itu semua stail politik murahan dia orang! orang kalau dah mabuk nak kuasa...bunuh orang pun dia sanggup ni bro! kita lantun dia dulu....apa dia ingat kita takut ke ? silap lah boss!" kata Setiausaha UMNO Indera Mahkota itu. [Apa yang menghairankan kita ialah, kenapalah puak-puak ini bagai cacing kepanasan?. Malah apakah pendedahan ini satu fitnah sedangkan ia disertakan dengan bukti-bukti kukuh memang mereka telah menyalahgunakan kemudahan IPTS terbabit. Kenyataan kononnya dakwaan ibu bapa dan pelajar tidak senang dengan tindakan mereka itu adalah "kelentong", kononnya setiap tahun UMNO Paya Besar biayai majlis berbuka puasa, untuk pelajar dan tiada satu komplen pun yang mereka terima membuktikan mentaliti puak-puak UMNO ini benar-benar ditahap tadika sebenarnya. Mana mungkin pelajar terbabit akan memberontak sebab mereka terikat dengan berbagai sekatan bersuara terhadap mahasiswa. Lantaran itulah mereka terpaksa bersetuju dengan apa jua tindakan yang UMNO buat terhadap mereka. Namun, sedarkah UMNO bahawa bukan semua pelajar yang menuntut di kolej itu adalah anak-anak orang UMNO. Malah ramai juga anak-anak orang PAS dan PKR yang belajar disitu. Kenapa mereka menyokong kolej terbabit?. Kerana bagi mereka hal ehwal pendidikan tidak wajar dipolitikkan. Namun, jika inilah caranya maka kami yakin selepas ini satu demi satu pelajar KIPSAS akan meninggalkan kolej tersebut. Malahan, orang ramai terutamanya penyokong pembangkang tidak akan berminat lagi membenarkan anak-anak mereka belajar di situ. Soalnya, siapakah yang rugi dalam hal ini?. Bukankah IPTS yang telah dipolitikkan oleh UMNO itu. Mereka harus menerima hakikat bahawa politik tidak wajar dibawa masuk ke kampus]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan