Selasa, 14 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Nelayan Mogok, Rakyat Makin Gelisah Serta Gesa Kerajaan Selesaikan Segera Kemelut Yang Landa Nelayan Serta Pengusaha Bot Tunda Di Kuantan!

Posted: 14 Jun 2011 03:00 AM PDT

KUANTAN, 14 Jun - Orang ramai di sekitar bandar ini mengeluh resah, apabila gagal mendapatkan bekalan ikan, udang, kerang dan lain-lain makanan laut akibat tindakan mogok oleh nelayan baru-baru ini. Rata-rata yang ditemui berharap agar kerajaan dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera. Malah terdapat peniaga restoran yang terpaksa membatalkan menu makanan berasaskan hasil laut mereka akibat kekurangan bekalan. Mogok yang bermula hujung minggu lalu benar-benar memberi kesan negatif terhadap perniagaan mereka. Difahamkan, seramai lebih 500 nelayan dan pengusaha bot tunda enggan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini. Tindakan kerajaan menarik balik subsidi super kepada nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda menyaksikan harga ikan dan makanan laut naik mendadak sehingga 30 peratus. Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan persekutuan gagal menangani keluh kesah nelayan yang turut dihimpit kesulitan hidup. Tambah malang lagi apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C kepada nelayan setelah subsidi kepada mereka dikurangkan. Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai. Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi. Kerajaan telah mansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun 2011 yang lalu.

Beginilah nasib rakyat marhaen, biar pun bangga kibar bendera UMNO
BN namun nasib mereka akhirnya tidak didahulukan oleh kerajaan


[Dalam hal begini, terkadang kasihan juga melihat nasib nelayan Kuantan. Sudahlah masalah subsidi minyak diesel menjadi bebanan mereka, malah isu kebanjiran nelayan Vietnam yang menjalankan operasi di perairan negara ini turut menjadi masalah. Difahamkan, ada pihaj-pihak tertentu "mengalibabakan" lesen mereka kepada nelayan negara terbabit dan mendapat keuntungan bulanan yang telah ditetapkan. Perkara ini disokong pula oleh pihak terbabit di jabatan berkaitan. Soalnya sekarang, kenapa ada pihak yang membenarkan lesen tempatan digunakan oleh nelayan asing. Malah, mereka juga menjual minyak subsidi kepada nelayan terbabit dan mengaut untung lumayan atas usaha berkenaan. Kerajaan digesa menyiasat dan melakukan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. Jika tidak, rakyat Kuantan akan terus mengeluh akibat masalah yang menimpa para nelayan sampai bila-bila].

Panas: Ibu Bapa Pelajar KIPSAS Kecewa Tindakan Pengurusan Kolej Itu Membenarkan Persidangan UMNO Bahagian Di Adakan Di Institusi Tersebut !!

Posted: 13 Jun 2011 08:15 PM PDT

KUANTAN, 14 Jun - UMNO Pahang sekali lagi mengkhianati hak rakyat, dengan bertindak sewenang-wenangnya menggunakan premis awam untuk aktiviti kepartian. Terbaru, apabila UMNO Bahagian Paya Besar mengadakan persidangan agung tahunan kali ke-16 mereka di Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) pada hari Ahad lalu (12 Jun). Persidangan yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi itu telah mendapat kritikan ramai pihak terutamanya ibu bapa pelajar kolej terbabit. Mereka menghubungi kami dan kecewa melihat apa yang berlaku."UMNO tidak wajar menjadikan IPT sebagai tempat mereka bersidang atau melakukan aktiviti kepartian. Penggunaan sewenang-wenangnya lokasi terbabit jelas telah mencabuli hak kami sebagai ibu bapa yang membayar yuran pengajian anak-anak kami untuk belajar di situ. Kenapa perlu didedahkan aktiviti kepartian di pusat-pusat pengajian tinggi?. Jika dilakukan oleh pembangkang, sudah pasti mereka akan bisinng dan menyalahkan pihak terbabit. Tapi kini mereka tergamak mencemari kolej ini dengan tindakan yang jelas menghancurkan harapan kami sebagai ibu bapa pelajar", kata seorang bapa pelajar terbabit. Tindakan KIPSAS membenarkan Dewan Utama IPT itu untuk dijadikan lokasi persidangan sebuah parti politik itu jelas sekali amat memalukan sebenarnya.

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar sedang menyampaikan ucapan beliau

Bukti, banyak bendera parti UMNO diletakkan di pintu masuk ke KIPSAS

Perwakilan sedang kyusuk mendengar ucapan daripada pemimpin mereka

Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi hadir rasmikan persidangan tersebut
[Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan bahawa Presiden KIPSAS, Dato' Hashim Wahab (foto) sendiri jelas sekali bermentalitikan UMNO sebenarnya. Beliau sepatutnya lebih profesional dalam tindakan dan melihat kepentingan pendidikan dihadapan. Bukannya menjadi "tali barut" parti politik untuk membenarkan program seperti itu diadakan. Bukankah, banyak lagi lokasi yang sesuai seperti dewan, hotel dan sebagainya boleh digunakan. Maka, kenapa dibenarkan persidangan UMNO di IPT terbabit. Beliau harus ingat, bukan semua pelajar yang mengikuti pengajian disitu adalah anak-anak orang UMNO. Lantaran itu, perasaan pihak lain juga perlu dijaga. Sentimen kepartian tidak wajar dibawa masuk ke pusat pengajian tinggi sebenarnya. Tinjauan kami mendapati, bendera UMNO diletakkan di sana sini termasuk di pintu masuk ke kolej terbabit. Ini menimbulkan perasaan tidak senang hati penduduk setempat dan orang ramai yang lalu lalang di situ. Kemungkinan besar ramai ibubapa akan membawa keluar anak mereka daripada kolej terbabit atas tindakan tidak profesional pihak pengurusan terbabit dalam masa terdekat ini. Mereka malu melihat tindakan pihak kolej membenarkan program sebegitu rupa diadakan di sebuah IPT yang menjadi tempat anak-anak mereka belajar di situ].


Tiada ulasan: