Pahang Daily Online |
| Posted: 13 Jun 2011 12:12 AM PDT
Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang sudah pun diamalkan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan penerimaan bukan Islam terhadap Islam, sesuatu yang gagal dilaksanakan oleh UMNO. "Sebahagiannya kita telah berjaya merealisasikan melalui kerajaan negeri yang kita perintah seperti di Kelantan, Kedah dan pernah di Terengganu dan Perak. Penyertaan kita dalam kerajaan campuran, di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang di mana hasilnya kita telah berjaya melakukan perubahan sikap di kalangan bukan orang Islam yang melihat Islam dari dekat apa yang gagal ditunjukkan oleh UMNO." Menurut beliau, meskipun pelbagai kekangan diletakkan oleh Putrajaya terhadap kerajaan negeri yang ditadbir PR, gagasan itu menunjukkan kemampuannya untuk mentadbir secara telus dan mendokong konsep negara berkebajikan. "(Cuma sekarang) jangan mereka cabuli sistem federalisma dengan menekan negeri-negeri yang kita menang dalam pilihan raya sehingga tidak menghormati konsep federalisma, campur urusan negeri, pentadbiran, sekat pelabur dan sebagainya. (Saya harap mereka) memberi peluang kepada media untuk kita beri penjelasan yang sewajarnya kepada rakyat, saya bersedia untuk menjadi tetamu kepada media untuk buat penjelasan," katanya. tvsnews [Semua orang boleh berkata mereka buat kebajikan, namun apakah kebajikan yang dibuat itu diterima rakyat?. Pemimpin UMNO boleh berbangga kononnya Pakatan Rakyat mahu meniru negara kebajikan yang mereka buat. Namun kebajikan apa yang dapat dirasai oleh rakyat jika dalam isu-isu keperluan asas mereka kerajaan tidak ikhlas menjaga kebajikan. Misalnya isu kenaikan harga barangan seperti minyak, gula, gas dan lain-lain lagi. Semuanya dibuat tanpa mendahulukan rakyat. Begitu juga dalam isu pendidikan, jika benar UMNO BN mahu menjaga kebajikan maka sudah pasti pinjaman PTPTN dihapuskan dan biasiswa kembali diberikan kepada rakyat terutamanya orang Melayu. Bukankah itu semua sudah termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Di Pahang misalnya, apakah Kerajaan Negeri benar menjaga kebajikan apabila pemberian subsidi air menyebabkan ramai rakyat terpaksa membayar harga yang lebih tinggi dalam kadar penggunaan yang sama dengan sebelumnya. Maknanya, kebajikan itu hanyalah sekadar retorik semata-mata. Kebajikan sepatutnya memberi kesenangan dan faedah untuk rakyat, tetapi apabila kebajikan itu hanya memperkayakan kroni dan puak-puak tertentu semata-mata. Oleh itu, wajarlah negara kebajikan yang mahu ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat itu disokong jika rakyat mahukan satu perubahan. Jika tidak sampai bila-bila pun rakyat akan ditipu atas nama negara kebajikan]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan