Susulan 'Tidak Yakin' Dengan Hasil Kajian Pakar, Kumpulan Anti Lynas Pertimbang Dapat Perintah Injuksi Untuk Halang Kilang Itu Mulakan Operasi Posted: 11 Jun 2011 09:41 AM PDT KUANTAN, 12 Jun - Gara-gara tidak yakin dengan hasil kajian yang akan dikemukan oleh pakar-pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tentang tahap keselamatan pojek Lynas di Gebeng maka NGO "Save Malaysia Stop Lynas" mempertimbangkan untuk mendapatkan perintah injunksi mahkamah untuk menghalang projek kontroversi bernilai RM700 juta itu daripada memulakan operasinya. Menurut wakil NGO terbabit, Clement Chin (foto) berkata, mereka kini bekerjasama dengan Majlis Peguam Pahang bagi meneliti kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah terhadap Lynas Advance Material Plant (LAMP). "Kami melihat daripada segenap penjuru, (dan kami) akan buat keputusannya dalam masa sebulan," katanya dalam sidang media anjuran gabungan NGO People's Green semalam. Tindakan ini adalah jalan terakhir untuk memaksa projek itu dihentikan sebenarnya. Ini memandangkan terlalu banyak fakta yang telah diselewengkan oleh mereka sejak akhir-akhir ini. Kami amat bersetuju dengan tindakan mahkamah demi mempertahankan nasib para penduduk dan warga Kuantan yang bakal berhadapan dengan risiko seandainya operasi kilang ini dimulakan kelak. Kumpulan Anti Lynas sempat bergambar selepas sidang media tersebut [Difahamkan, kin sudah hampir 90% kerja-kerja berkaitan sudah disiapkan dan Lynas menjangkakan semuanya akan siap menjelang penghujung bulan Julai ini sebelum operasi dimulakan sekitar September 2011. Persoalan yang timbul, jika kerajaan benar-benar jujur mahu membuat kajian dengan menggundang pakar IAEA meninjau projek terbabit, kenapa operasinya tidak dihentikan buat sementara waktu hingga kajian pakar selesai?. Mana mungkin pakar akan memberi laporan yang jujur kerana kehadiran mereka ke negara ini juga dibayar kosnya oleh Lynas sendiri. Malah, awal-awal lagi pakar sudah mengesahkan Lynas mengikit piawaian yang ditetapkan. Sedangkan mereka belum pun melawat tapak projek itu di Gebeng. Ini bermakna, rakyat sudah tahu akan keputusan yang bakal dibuat oleh mereka hujung bulan ini. Mana mungkin pakar IAEA akan membatalkan satu projek yang sudah menunggu masa untuk beroperasi. Akhirnya rakyat akan terus dipermainkan dalam isu ini. Sudah tiba masanya tindakan mahkamah diambil bagi menyelamatkan rakyat]. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan