Sabtu, 11 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Isu Lynas: Semakin MB Pahang Memertahankan Projek Itu, Semakin Banyak Fail Sulit Di Perolehi Dan Hanya Menunggu Masa Untuk Di Dedahkan!

Posted: 11 Jun 2011 12:55 AM PDT

KUANTAN, 11 Jun - Dalam keghairahan Kerajaan Negeri Pahang, pimpinan Menteri Besar Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) mempertahankan projek kilang memproses rare erath milik Lynas Corporation (Australia) di kawasan perindustrian Gebeng, maka satu persatu rahsia besar terbongkar mutakhir ini. Segalanya ada bukti jelas bahawa projek ini memang penuh dengan penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Ramai yang terkejut apabila MB Pahang itu dengan berani mengeluarkan ucapan mahu menyaman pihak yang mendedahkan "rahsia sulit" projek berkenaan. Bermula dengan pembongkaran penglibatan adik bongsu beliau sendiri dengan sokongan kelulusan projek itu hinggalah kepada fakta-fakta penting yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. MB Pahang dalam ucapannya Isnin lalu di Perhimpunan Bulanan Kakitangan Kerajaan Negeri Pahang, dengan bangganya mempertahankan Lynas dan menganggap semua pihak yang mendedahkan fakta-fakta penting tentang projek itu telah membuat fitnah. Malah beliau dengan berani melaungkan akan menyaman pihak terbabit iaitu Blogger Cucumatkilau dan YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan). Soalnya apakah itu fitnah seperti yang dimaksudkan, sedangkan pendedahan itu siap dengan fakta dan bukti kukuh. Adnan boleh menipu orang UMNO, tetapi bukan semua rakyat boleh diperbodohkan. Malahan, sebahagian besar kakitangan kerajaan yang mengikuti ucapan beliau secara langsung menerusi Radio Malaysia Pahang FM itu kecewa dengan apa yang berlaku. Mereka malu melihat kerenah MB yang "gila meroyan" pertahankan isu Lynas, sedangakn beliau sepatutnya membuat ucapan yang berkaitan polisi kerajaan dan bagaimana meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja kakitagan kerajaan negeri itu sendiri. Tindakan Adnan berpolitik atas pentas kerajaan jelas sekali tidak disenangi oleh majoriti daripada mereka. Malah dek kerana ini kini mereka semakin benci kepada kepimpinan Adnan itu sendiri. Adnan sepatutnya jadi MB berwawasan, bukan mengikut perasaan.


Kajian masih dibuat IAEA, tapi Lynas tetap teruskan kerja tanpa henti

Tanah yang jadi tapak kilang Lynas, dipercayai milik pemimpin UMNO
Adnan menunjukkan kebodohannya dengan sekali lagi menyatakan sesuatu yang bukan-bukan bila membicarakan soal "radiasi". Hasil kenyataan tersebut, menyebabkan ramai kakitangan kerajaan naik meluat dan menyokong bantahan Lynas sekarang ini. Akhirnya banyak maklumat sulit kini terdedah satu persatu dan menunggu masa untuk disebarkan di internet dan kepada pihak media. Sudah tiba masanya rakyat Pahang melihat kebenaran dengan akal fikiran dan memelihara maruah mereka dari terus dirosakkan oleh pemimpin UMNO BN Pahang yang semakin berani menipu mereka sekarang ini. Perubahan besar perlu dilakukan dalam pilihanraya umum akan datang, jika mahu selamatkan bumi Pahang ini. Jika dibiarkan, maka mereka yang berkuasa akan terus merompak segala hasil mahsul negeri untuk mengenyangkan tembolok masing-masing. Terkadang kita kasihan melihat ahli UMNO akar umbi yang terpaksa menyokong Lynas dengan bayaran tertentu, seperti apa yang berlaku di Teluk Chempedak hujung bulan lalu. Maruah mereka dijual beli hanya untuk beberapa ringgit, sedangkan pemimpin UMNO meraih untung jutaan ringgit atas projek itu.

[Kami akan mendedahkan beberapa maklumat sulit yang telah diperolehi daripada orang UMNO sendiri. Ramai diantara mereka kini mulai sedar, telah ditipu oleh Kerajaan Negeri Pahang berhubung projek Lynas itu sebenarnya. Malah, ada juga mklumat yang dibekalkan sendiri oleh wakil rakyat BN yang malu melihat sikap kebudak-budakkan Adnan dalam mempertahankan Lynas. Apapun, kami ucapkan tahniah kepada MB Pahang itu kerana beliau kini mula menghormati dan respek kepada blogger dan blog yang selama ini dianggap "sampah". Tindakan beliau menghebahkan blog ini juga telah menyebabkan semakin hari semakin ramai rakyat Pahang seantero dunia yang berkunjung ke sini. Adnan telah membuar promosi percuma blog ini dan ia amatlah membanggakan pihak kami. Publisiti itu telah menyebabkan hits pelawat kami meningkat setiap hari. Ternyata Adnan telah melakukan kesilapan besar bila menyerang blogger dan blog dalam usaha mempertahankan Lynas. Sedangkan kita tahu, kerajaan punyai segalanya untuk menjawab apa yang telah dibongkarkan itu sebenarnya. Terkini kami akan mendedahkan siapakah pemilik asal tanah yang telah dijadikan tapak projek Lynas dan juga beberapa syarikat milik proksi UMNO yang mendapat projek di dalam pembinaan kilang tersebut. Terima kasih kepada "orang UMNO" yang sudi menyalurkan maklumat ini, semoga dengan ini akan membuatkan MB Pahang semakin "tidur dak lena" dan "bagai cacing kepanasan" selepas ini hendaknya. Perjuangan harus diteruska "Save Malaysia, Stop Lynas"].

Analisa PRU : Pakatan Rakyat 'Di Jangka' Menang Banyak Kerusi DUN Pahang, Tetapi Tiga Kawasan Sudah Pasti Berlaku Pertembungan Tiga Penjuru!

Posted: 10 Jun 2011 09:16 PM PDT

KUANTAN, 11 Jun - Pakatan Rakyat (Pembangkang) dan Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru di beberapa buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) panas dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Demikian didedahkan oleh seorang peemrhati politik vateran yang sempat kami temui baru-baru ini. Beliau menjelaskan biarpun pembangkang dilihat berpeluang cerah untuk buat perubahan dalam PRU-13 nanti, namun andai berlaku pertembungan tiga penjuru di kerusi berkenaan maka keputusannya mungkin akan bertukar sebenarnya. Menurut beliau lagi, antara kerusi panas yang sudah parti menyaksikan pertembungan tiga penjuru ialah di DUN Semambu, Teruntum dan Damak. Ini berikutan terdapat sumber mengatakan ada beberapa pihak sedia untuk menawarkan diri bertanding di kerusi DUN terbabit. Difahamkan, DUN Damak akan menyaksikan calon parti KITA buat pertama kali bertanding di situ. Mereka dilaporkan akan meletakkan Pengerusi KITA Pahang, Md Nor Jaafar (foto), untuk merebut kerusi itu. Harus diingat Md Nor adalah bekas calon PKR kawasan terbabit. Beliau tewas kepada calon BN dalam pertembungan tiga penjuru dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Beliau yang mengambil keputusan untuk keluar PKR dan menyertai KITA adalah abang kepada tokoh pimpinan PAS Pahang iaitu Hamzah Jaafar. Menurut pemerhati beliau mempunyai harapan untuk menang jika berlaku pertembungan tiga penjuru bagi kerusi DUN tersebut. Difahamkan kerusi itu adalah dikhaskan untuk PKR yang diwakili beliau dalam PRU12 lalu, dan pengaruh beliau tidak wajar diperlekehkan kerana dia orang lama di situ.

Semambu Mungkin Terlepas Jika Silap Percaturan

Sementara itu, bagi DUN Semambu dan DUN Teruntum, senarionya lebih panas sebenarnya. Ini berikutan calon yang diwar-warkan berminat untuk menawarkan sebagai calon bebas bertanding disitu adalah "calon tempatan" yang juga merupakan seorang aktivis rakyat yang amat dikenali di kawasan terbabit. Umum mengetahui, bahawa kedua-dua DUN itu adalah kerusi kontroversi yang sudah diketahui oleh UMNO BN sebenarnya. DUN Semambu, krisis PKR biar pun dilihat sudah selesai namun ia belum tentu selamat di kertas undi. Malah ada yang berbunyi, andai calon yang dipilih adalah dari Team A maka penyokong Team B akan mengalih undi mereka. Begitu juga jika calonnya dari Team B, perkara yang sama akan berlaku. Semambu terletak dalam Parlimen Indera Mahkota yang dipimpin oleh YB Azan Ismail (foto). Kini jawatan tersebut dipangku oleh Naik Ketua Cabang terbabit Lee Chean Chung, selepas Timbalan Ketua Ibrahim Sidek Mac lalu. Tindakan Ibrahim itu mungkin didorong oleh kekecewaan akibat keputusan pucuk pimpinan parti menghantar YB Azan ke Terengganu. Azan kini adalah Pengerusi PKR Terengganu. Lantaran itu PKR harus meletakkan calon yang berwibawa dan diterima oleh kedua-dua team terbabit jika mahu merampas kerusi DUN berkenaan. Jika berlaku pertembungan tiga penjuru, kemungkinan besar hasrat tersebut akan berkecai. Oleh itu perundingan yang terbaik harus dilakukan jika impian tersebut mahu dijadikan kenyataan. Berdasarkan maklumat dalaman, bukan sahaja DUN Semambu gagal ditakluki pembangkang, malahan kemungkinan besar Parlimen Indera Mahkota juga bakal jatuh semula ke tangan BN andainya perkara ini benar-benar berlaku.

Terkini, DUN Teruntum Masih Menjadi Perebutan

Berita paling mengejutkan diterima ialah keputusan Parti DAP awal-awal lagi mengumumkan akan bertanding di DUN Teruntum pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ia sedikit menimbulkan keresahan dikalangan penyokong PKR sebenarnya. Ini kerana gerak kerja akar umbi bagi DUN tersebut telah direncanakan oleh bekas calon PKR DUN itu dalam PRU12 lalu iaitu Fook Chan Siew (foto). PKR punyai alasan tersendiri untuk mempertahankan DUN berkenaan. Namun DAP kini nampak lebih berminat dan awal-awal lagi sudah menamakan calon mereka bertanding di situ, sedangkan keputusan muktamad parti mana yang akan mewakili pembangkang (pakatan rakyat) di situ masih belum diputuskan lagi. Krisis ini boleh menjadi "duri dalam daging" jika mereka tidak berhati-hati. Biar pun isu Lynas dilihat bakal memberi kelebihan kepada pembangkang, namun jika ada calon bebas yang bertanding disitu maka situasinya berbeza. Tambahan pula jika calon yang ditampilkan itu adalah calon Melayu. Ini akan memberi kelebihan kepada beliau kerana BN meletakkan calon MCA di situ. Maknanya, pertembungan antara bukan Melayu akan berlaku. Dilihat kepada sejarah kemenangan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh di kerusi itu pada PRU12 lalu, jelas kemenangan beliau dibantu oleh penyokong UMNO BN sendiri. Ini kerana beliau berhadapan dengan calon MCA yang telah mengambil kerusi itu dari UMNO sebelum ini. Parlimen Kuantan adalah kerusi UMNO sejak turun temurun sebelum beralih tangan kepada MCA. Justeru itu, kedudukan di DUN Teruntum lebih goyah dan parah bagi pembangkang, jika calon bebas yang akan bertanding itu adalah "calon popular" dan diterima oleh rakyat di situ.

[Apapun, semua ini hanyalah ramalan ramalan belaka. Segalanya akan berubah jika ada perancangan jitu daripada kedua-dua belah pihak. Apa yang pasti, pada PRU-13 ini pertembungan tiga penjuru sudah pasti tidak dapat dielakkan untuk kerusi DUN bandar. Semua pihak harus bersedia menghadapi senario yang bakal berlaku ini. Kejayaan dan kemenangan akan ditentukan oleh "calon bebas" yang bakal bertanding di kawasan terbabit sebenarnya. Maka itu, jangan dinafikan kekuatan calon bebas dalam PRU kali ini. Mungkin mereka lebih berbisa dan dapat menggugat calon lain. Biar pun PRU-13 masih jauh dihadapan, namun analisis ii tidak harus ditolak bulat-bulat oleh pihak pembangkang. Justeru itu, jika mereka mahu menang di kawasan terbabit sesuatu harus dilakukan dan dikorbankan. Kepentingan peribadi harus dibuang ke tepi dan pastikan kekuatan serta sokongan rakyat itu berterusan. Mereka tidak harus terlalu bergantung kepada isu Lynas semata-mata. Ini kerana UMNO BN di Pahang pasti akan merencana banyak strategi untuk menarik balik sokongan rakyat terhadap mereka. Isu Lynas yang dianggap menjadi kekuatan pembangkang, boleh memakan diri jika mereka tersilap percaturan kali ini. Selamat berjuang !].

IKLAN BERBARIS PDO (RM2 SEHARI @ RM50 SEBULAN)
1. Ubat Kuat Lelaki, Menambah Tenaga & Merawat Mati Pucuk
2. Pakej Dua Rahsia Kepuasan Istimewa Suami & Isteri Hebat
3. Memekatkan Air Mani Suami & Yang Belum Mendapat Zuriat


Posted: 09 Jun 2011 11:21 AM PDT




Tiada ulasan: