Jumaat, 10 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Orang Ramai Kecewa Tindakan Astro Tipu Edar Pas Masuk Percuma Untuk Mereka Saksikan Siaran Langsung Maharaja Lawak Dekat Kuantan

Posted: 10 Jun 2011 01:02 AM PDT

KUANTAN, 10 Jun - Orang ramai yang hadir untuk mendapatkan Pas masuk bagi menyaksikan Siaran Langsung rancangan Maharaja Lawak Astro di Dewan Konvensyen Sultan Hj. Ahmad Shah dekat sini petang tadi, kecewa akibat ditpu oleh pihak Astro. Rata-rata yang ditemui menyatakan kekesalan mereka akibat tindakan pihak Astro yang dilihat cuba mencari publisiti murahan dan mempermain-mainkan mereka. Difahamkan Astro memperuntukkan sebanyak 2,000 pas masuk untuk orang awam menyaksikan program tersebut malam ini. Namun, edaran yang dibuat di lokasi itu petang tadi dilihat jauh dari jangkaan. Malah, kemungkinan besar hanya sekitar 500 pas masuk sahaja yang diberikan kepada orang ramai, sedangkan lebih dari dua ribu yang hadir beratur sejak dari awal lagi untuk mendapatkan pas tersebut. Malah, ada diantara mereka yang sanggup datang sejak awal pagi untuk tujuan itu namun hampa apabila dimaklumkan "pas masuk sudah habis". Pihak Astro mewar-warkan tentang pas masuk percuma itu boleh didapati di dewan berkenaan sekitar jam 3.00 petang. Namun anehnya baru jam 3.15 pas tersebut sudah habis. Sedangkan orang yang menunggu masih ramai. Mereka sanggup beratur berjam-jam lamanya dalam panas terik untuk mendapatkan pas tersebut. Malah, ada yang terpaksa meletakkan kenderaan sehingga lebih dua kilometer untuk berjalan kaki ke lokasi terbabit juga hampa dan kecewa dengan senario yang berlaku. Tinjauan kami mendapati orang ramai mula beratur dan memenuhi kawasan itu sekitar jam 2.30 petang. Kelihatan ramai pelajar dari IPTS yang berdekatan juga hadir beramai-ramai untuk berbuat demikian. Namun semuanya hampa kerana ditipu akhirnya oleh Astro.






"Saya sudah beratur sejak jam 12.00 tengahari lagi untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan peserta Maharaja Lawak beraksi secara live malam ini. Malahan saya antara yang berada di barisan hadapan dalam jarak yang begitu dekat dengan kaunter Astro. Anehnya, saya juga gagal mendapatkan pas tersebut. Apatah lagi kepada mereka yang beratur panjang di luar dewan", kata seorang surirumah yang ditemui. Beliau meluahkan isi hatinya sambil mengutuk tindakan Astro yang sengaja menyusahkan orang ramai. "Jika mereka tahu pas masuk tidak cukup, maka kenapa dihebahkan dalam TV supaya orang ramai datang ke sini. Nampak sangat Astro sengaja mahu mencari publisiti murahan kononnya rancangan mereka menarik ribuan peminat yang sanggup menyerbu untuk mendapatkan pas masuk berkenaan. Saya sanggung menggendong anak-anak kecil untuk memberi sokongan kepada Astro, tetapi terpaksa pulang dengan perasaan hampa akibat apa yang berlaku", tambah beliau lagi.

[Berlaku sedikit kekecohan ketika pihak Astro mengumumkan pas masuk sudah pun habis. Padahal mereka yang berada di dalam kawasan dewan itu sendiri belum mendapatkannya. Menurut sumber, pas masuk berkenaan sudah diberikan kepada pihak-pihak tertentu sebelum diagihkan kepada orang ramai. Lantaran itulah pas masuk tersebut tidak mencukupi. Sepatutnya Astro tidak mengedarkan pas masuk tersebut kepada pihak lain dengan begitu banyak. Jika itu caranya, lebih baik pas-pas masuk itu dihantarkan saja ke jabatan-jabatan kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan. Tidak perlu mereka menyuruh orang ramai hadir berbondong-bondong untuk mendapatkan pas itu di lokasi berkenaan. Sepatutnya, jika Astro sudah menjangkakan bilangan pas percuma sudah tinggal sikit, maka mereka boleh menggunakan alat pembesar suara untuk mengumumkan supaya mereka yang hadir beramai-ramai itu beredar kerana pas tidak mencukupi. Bayangkan tiada seorang pun petugas Astro yang berbuat demikian, dan akhirnya orang ramai terus beratur hingga hampir satu kilometer. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku sebenarnya. Mereka sengaja membiarkan orang ramai beratur ditengah panas tanpa sebarang makluman. Apakah ini cara kerja Astro yang dikatakan profesional itu. Sudahlah mereka sewenang-wenangnya menaikkan harga perkhidmatan dan mengenakan bayaran tinggi untuk penyambungan sekiranya berlaku pemotongan. Kini mereka sewenangnya mempermainkan orang ramai pula. Semoga Astro bertindak dengan lebih bertimbangrasa lagi selepas ini hendaknya].

Panas: Beberapa 'Fakta Penting' Yang Telah Cuba Di Sembunyikan Lynas Dari Pengetahuan Rakyat

Posted: 09 Jun 2011 11:52 AM PDT

Satu sesi ceramah telah dianjurkan oleh Save Malaysia pada 5 Jun lalu di Tingkat Atas GC Curry House Jalan Air Putih Kuantan. Beberapa perkara yang tidak dimaklumkan oleh Lynas dan tidak pernah diberitahu kepada rakyat telah didedahkan oleh Dr.Lee Che Chong (foto). Beliau berkongsi pengetahuan keseluruhan tentang operasi kilang pemprosesan rare earth Lynas di Gebeng. Beliau mendapat Doktor Falsafah (PHD) dalam jurusan kejuruteraan dan sains kakisan (corrosion science and engineering) dari University of Manchester, UK dan berkelayakan sebagai perunding kejuruteraan serta terlibat dalam bidang tersebut selama 7 tahun. Beliau juga dilahir dan dibesarkan di Kuantan. Dr. Lee berkata, menurut laporan yang disediakan oleh Lynas, Lynas Advance Material Plant(LAMP) akan menghasilkan 11,000ton rare earth tulen pada tahun pertama dan 22,000ton pada tahun seterusnya. Ikut pasaran sekarang, harga jualan satu kilogram (KG) rare earth tulen adalah USD$180. Malah, LAMP itu akan menghasilkan air buangan sebanyak 500ton sejam, gas buangan sebanyak 100,000meter padu sejam, dan sisa simen yang mempunyai elemen beradiasi (Iron-phosphogypsum) sebanyak 64,000 ton dimana kandungan Thorium adalah 1655 ppm (atau 106ton) dan Uranium adalah 87 ppm (atau 5.6ton). Di samping itu, nilai eksport hasil Lynas itu dijangka boleh mencapai RM8 Billion setahun tetapi dikecualikan tax selama 12 tahun ( insentif tax) yang yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.

[Sebenarnya masih banyak maklumat panas dan penting yang telah kami perolehi bagi membuktikan sememangnya projek Lynas ini adalah satu usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaut kekayaan dengan jalan singkat. Kita tidak mahu menuduh atau mempertikaikan hak mereka kerana kuasa ada ditangan pihak terbabut. Namun, sekurang-kurangnya dengarlah suara rintihan rakyat dan janganlah berlagak pandai dengan memberi alasan-alasan bodoh yang tidak masuk dek akal. Mutakhir ini isu perkauman digunakan, kononnya kaum Cina dengki kerana semua pekerja di Lynas dari peringkat bawahan hingga atasan adalah orang Melayu. Malah mereka juga mengaku radiasi yang dikeluarkan oleh Lynas lebih rendah dari benda-benda lain yang jelas melucukan kita. Rakyat tidak perlu diperkotak-katikan sedemikian rupa, mereka tahu siapa yang akan mendapat keuntungan lumayan hasil komisyen dan durian runtuh daripada projek berkenaan. Oleh itu tunggu pendedahan seterusnya tentang rahsia siapakah pemilik tanah yang didirikan kilang Lynas itu sebenarnya. Baca seterusnya tentang fakta-fakta yang disembunyikan oleh Lynas daripada pengetahuan rakyat di SINI].

Tiada ulasan: