Pahang Daily Online |
- Aktiviti Rakyat: Ceramah Agama Perdana Bersama Ust. Badlishah Alauddin (JAIP) Sempena Program Karnival Amal Nadikota-Rumpun Pada 11 Jun Ini !
- Panas: Demi Kuasa, 'Projek IC' Kini Mula Menular Ke Pahang, Lokasi Sulit Sebuah Kem Di Cherating Di Kenal Pasti Jadi Pusat Operasi Pihak Terbabit !!
- Orang Ramai Adalah Di 'Jemput Hadir' Ke Festival Usahawan Muda Jom Cari Kerja Di Kolej Komuniti Kuantan, Indera Mahkota Mulai Dari 9 -10 Jun Ini
- Panas: Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said Gila Meroyan Bila Sanggup Memarahi Wartawan Sinar Gara-Gara 'Siarkan Artikel' Tidak Menyebelahinya
- Panas: 'Ibu Pejabat' Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bakal 'Di Lelong' Petang Nanti Gara-Gara Pemilik Bangunan Gagal Membayar Ansuran Pinjaman !!
| Posted: 09 Jun 2011 01:08 AM PDT ![]() KUANTAN, 9 Jun - Orang ramai adalah dijemput hadir ke Karnival Amal Nadikota - Rumpun 2011 yang akan diadakan di Padang MPK hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini. Program anjuran Kelab Belia Nadikota Kuantan itu adalah bertujuan untuk membiayai Dana Tabung Pembangunan Ihsan (Anak Yatim, OKU dan Ibu Tunggal). Program yang akan diadakan dari 11 hingga 12 Jun itu, diserikan lagi dengan Ceramah Agama Perdana oleh Ustaz Badlishah Alauddin (foto) dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Beliau akan menyampaikan ceramah bertajuk "Membina Ukhwah Menjana Keberkatan" pada 11 Jun, hari Sabtu jam 9.00 malam. Dalam sibuk berpolitik, ada masanya perlu ketepikan fahaman masing-masing untuk sama-sama mengimarahkan program yang bermanfaat seperti ini. Tambahan pula ia bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang betapa pentingnya mengeratkan ukhwah dan sillaturrahim semasa umat Islam dalam konteks masyarakat majmuk di negara Malaysia ini. [Ustaz Badli Shah bin Alauddin dilahirkan di Kg. Berkat, Maran dan kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Bhg. Dakwah di Jabatan Agama Islam Pahang. Berkelulusan B.A (Hons.) Tafsir al-Quran, University al-Azhar, Mesir dan Diploma Dakwah Islamiah, Univ. Sultan Zainal Abidin. Kini sedang menyambung pengajian di tahun akhir Sarjana Sains Universiti Malaysia Terengganu. Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAIP (2006) dan pingat Ahli Mahkota Pahang (2008). Secara profesional, menjadi ahli Muslim Trainers and Motivators Association of Malaysia (TAMRIN) dan AJK Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang (PSMCP). Dalam dakwah, telah menjadi tetamu di televisyen sejak tahun 2002 di TV1 (Panel Forum Perdana, Al-Bayan, Ad-Deen, juri Adik-Adikku), TV3 (Panel al-Kuliyyah, Motivasi Pagi, al-Hidayah), TV9 (Panel Halaqah, juri Cari Menantu (2 musim), Muqaddimah, Tanyalah Ustaz, Keluarga di 9, Apa Khabar Orang Kampung (AKOK) dan Sua Rasa) dan TV al-Hijrah. Juga telah menjadi tetamu di radio sejak tahun 2000 menerusi Klasik Nasional, IKIM.fm, Pahang FM, Terengganu FM, Kelantan FM, Johor Best 104 dan Fuyoo FM. Umat Islam sekitar Kuantan dijemput hadir]. |
| Posted: 08 Jun 2011 11:13 PM PDT ![]() Biar pun Pilihanraya Umum Ke-13 masih menjadi rahsia dan spekulasinya kini menjadi-jadi konon ia akan diadakan tahun ini, namun parti-parti yang bertanding kini sedang sibuk mencatur siapakah calon-calon yang akan mewakili mereka. Banyak maklumat sulit yang diterima mengatakan PRU13 bakal diadakan antara bulan Julai hingga November tahun ini berdasarkan kepada senairo semasa yang berlaku. Malah terdapat juga info mengatakan ia akan diadakan selepas sahaja Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat. Menurut mereka Najib akan membentangkan bajet yang merangkumi tawaran "Bukit Jingga" yang dibuat oleh pembangkang untuk menarik sokongan rakyat terhadap UMNO BN. Ramalan kedua pula mengatakan PRU13 bakal diadakan selepas sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar semula bermastautin di Penjara Sg.Buloh. Petanda ke arah itu nampaknya semakin jelas jika dilihat kepada kes yang dihadapi oleh Anwar sekarang ini. Apapun telahan itu, kini semua pihak harus bersedia dan berwaspada kerana PRU13 mungkin boleh diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Di Pahang, isu panas yang sedang menghantui UMNO BN sekarang ialah berkaitan dengan bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation. Isu itu jelas akan menyebabkan majoriti undi kaum Toinghua tidak lagi akan berpihak kepada BN kali ini. Jika ia berlaku, ini bermakna harapan BN untuk merampas kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan yang diwakili oleh PKR pasti tidak akan kesampaian. Begitu juga dengan DUN Beserah yang diwakili oleh PAS. Malah terdapat maklumat dari UMNO sendiri mengatakan kemungkinan besar kerusi bandar Kuantan seperti DUN Semambu, DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tanjung Lumpur juga akan jatuh ke tangan pembangkang kali ini. Sama ada disedari atau tidak, begitulah hakikatnya. Malah, pembangkang meramalkan akan menang mudah di 16 DUN dalam bandar di seluruh negeri Pahang. Ini kerana faktor kaum Tionghua majoritinya akan menolak BN bulat-bulat gara-gara isu Lynas. Mereka kini sedang berusaha untuk menakluki kawasan Felda dan orang Asli sahaja. Jika mereka berjaya, maka kemungkinan besar rakyat Pahang akan mendapat sebuah kerajaan baru selepas PRU13 ini. BN pasti tidak dapat tidur lena melihat senario ini. [Namun, dalam keghairahan itu rakyat juga harus sedar UMNO BN pasti melakukan berbagai usaha untuk terus berkuasa di Pahang. Malah, terdapat maklumat mengatakan ada pihak-pihak tertentu kini mendaftarkan warga asing sebagai pengundi di kawasan kritikal. Senario yang sama berlaku di Pekan, pasti akan melanda kawasan lain termasuk Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar. Operasi "Projek IC" sedang giat diadakan melibatkan warga Kemboja, Myanmar dan lain-lain lagi. Khabarnya pusat operasi tersebut terletak di sebuah lokasi sulit di Cherating. Perkara ini diakui sendiri oleh beberapa orang pemimpin UMNO setempat yang kecewa dengan senario itu. Apapun, semua yang berlaku ini jelas menunjukkan yang Kerajaan Negeri Pahang kini semakin terdesak untuk mempertahankan "sisa-sisa kuasa" mereka yang semakin terancam. Apapun, rakyat diminta bersedia untuk melakukan perubahan jika mahu terus hidup selesa dengan berbagai kebajikan seperti dinikmati oleh rakyat Kelantan, Selamgor, Kedah dan Pulau Pinang sekarang. Lakukanlah perubahan demi masa depan!]. |
| Posted: 08 Jun 2011 10:08 PM PDT ![]() KUANTAN, 9 Jun - Orang ramai adalah dijemput hadir ke Festival Usahawan Muda "Jom Cari Kerja" bermula hari ini hingga esok (10 Jun) bertempat di Kolej Komuniti Kuantan, Bandar Indera Mahkota dekat sini. Program yang diuruskan oleh Kolej Komuniti Wilayah Timur itu diserikan dengan berbagai aktiviti menarik seperti Taklimat Pengisian Job Malaysia, Gerai Jualan Usahawan Muda, Pameran dan Demontrasi, Temuduga Terbuka serta Taklimat Kerjaya. Difahamkan, bagi memeriahkan acara itu turut diadakan sesi bersama Penyampai radio (DJ) Hot FM akan diadakan pada hari esok mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Seri Mohammed Khaled Nordin. Justeru itu, orang ramai yang berkesempatan adalah dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat berguna tentang kerjaya anak-anak mereka menerusi program selama dua hari ini. Festival ini bertujuan untuk menerapkan budaya semangat keusahawanan di kalangan pelajar Kolej Komuniti Wilayah Timur dan komuniti setempat serta membuka peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat negeri Pahang khususnya. [Mulai hari ini kami akan menyiarkan apa jua aktiviti rakyat yang tidak bertujuan untuk komersial baik dari pihak kerajaan mau pun pembangkang. Ini memandangkan selepas Menteri Besar Pahang mewar-warkan blog ini di Perhimpunan Pagi Kakitangan Kerajaan dan disiarkan pula secara langsung di Radio Malaysia Pahang FM Isnin lalu maka kebanjiran pelawat dari jabatan-jabatan kerajaan di negeri ini meningkat dengan mendadak sekali. Statistik kami menunjukkan lebih 3,000 pelawat baru datang ke sini untuk mendapatkan informasi di blog ini. Justeru itu, kami dengan ini memberi ruang kepada semua pihak termasuk NGO yang berkaitan untuk membuah hebahan secara percuma di blog ini. Sila hantarkan informasi dan maklumat aktiviti anda ke pahangdaily@yahoo.com untuk tindakan]. |
| Posted: 08 Jun 2011 01:16 PM PDT ![]() TEMERLOH, 9 Jun - Dek kerana kecewa dengan laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan berita berkaitan Dewan Pemuda PAS Pahang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap penyelewengan UMNO BN, maka wartawan akhbar terbabit dipercayai telah dimaki oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said (foto). Wartawan berkenaan dimarah oleh pemimpin itu atas laporan salahguna kuasa Pemuda UMNO Kuala Krau yang menggunakan sebuah Sekolah Menengah untuk tujuan mengadakan Mesyuarat Perwakilan Pemuda bahagian baru-baru ini. Difahamkan mesyuarat terbabit telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau, yang mana Ismail adalah Ketua UMNO Bahagian itu. Tindakan Ismail ini jelas sekali membuktikan betapa angkuhnya pemimpin UMNO, hanya kerana tindakan wartawan itu menyiarkan berita yang tidak menyebelahinya. Sebelum ini kita juga digemparkan dengan tindakan Pemuda UMNO Maran membakar akhbar Sinar Harian gara-gara kecewa dengan laporan mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, yang dipercayai tinggal dalam sebuah rumah menyerupai "kandang kambing". Laporan bertajuk "Mahligai Kandang Kambing" yang dilaporkan akhbar itu bertarikh 8 Oktober 2010 telah mencetuskan kontroversi dan membuktikan betapa biadapnya sikap puak-puak UMNO itu sebenarnya. Kini, perkara yang sama seolah-olah berulang kembali dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Difahamkan, UMNO Bahagian Kuala Krau yang diketuai oleh Ismail juga turut mengadakan Mesyuarat Agung Bahagian itu di sekolah berkenaan. Sila baca seterusnya di SINI [Sesungguhnya apa yang berlaku ini menyerlahkan lagi sikap pemimpin UMNO. Selama ini telah banyak diperkatakan tentang penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh mereka, terutamanya setiap kali musim pilihanraya. Penggunaan agensi dan premis kerajaan sesuka hati oleh mereka sememangnya sudah menjadi tradisi sejak sekian lama. Bagi UMNO, semua yang berkaitan dengan kerajaan adalah hak mereka. Sebaliknya bila ia mahu digunakan oleh rakyat yang tidak menyokong mereka maka berbagai tindakan akan diambil termasuk membuat kacau ganggu dan sebagainya. Tindakan menggunakan dewan sekolah untuk dijadikan lokasi mesyuarat UMNO adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan. Mesyuarat UMNO bukanlah mesyuarat PIBG, dan mereka tiada hak untuk menggunakan dengan sewenang-wenangnya. Bukankah rakyat yang menyokong pembangkang juga membayar cukai kepada kerajaan, makanya hak mereka juga perlu dihormati. Semoga apa yang berlaku di Kuala Krau ini dapat dijadikan tauladan kepada pemimpin UMNO yang lain selepas ini. Usahlah terlalu dangkal hingga tidak dapat membezakan yang mana harta parti dan yang mana hak kerajaan. Bukankah semua rakyat Malaysia membayar cukai dan bukannya puak-puak UMNO BN sahaja. Oleh itu, keadilan haruslah diberikan kepada semua pihak dan perlu dihormati]. |
| Posted: 08 Jun 2011 12:45 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 9 Jun - Bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR akan dilelongkan esok dan bakal menjadikan parti itu tanpa pejabat. Bendahari PKR William Leong yang mengesahkan perkara itu berkata lelongan awam akan diadakan di sebuah pejabat di Brickfields, petang nanti. Lelongan akan bermula pada harga RM460,000 hingga RM1 juta bagi setiap unit, bergantung kepada tingkat mana unit itu terletak. Meskipun Leong pernah memberitahu bahawa PKR mungkin mempertimbangkan bagi membeli bangunan itu tetapi katanya ia bergantung kepada harga yang ditawarkan itu. "Ada keputusan dari pucuk pimpinan parti tetapi ia bergantung kepada harga," katanya ketika dihubungi. Pada masa yang sama, katanya belum ada sesiapa yang memaklumkan kepada PKR bahawa mereka berminat membeli bangunan berkenaan. Namun kata Leong, seorang peguam parti itu akan dihantar bagi memantau lelongan itu dan membuat bidaan jika perlu. Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara "RM10,000 hingga RM20,000". Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di Tropicana, Petaling Jaya ini. [Berita ini sungguh mengejutkan dan wajar diberi perhatian oleh semua pihak sebenarnya. Ini kerana ia melibatkan Ibu Pejabat sebuah parti politik dan bukannya pejabat bahagian atau cawangan. PKR sepatutnya mencontohi PAS yang berusaha mencari dan membina kawasan sendiri tanpa perlu menyewa dari mana-mana pihak. Kita tidak mahu, apa yang berlaku ini membuatkan rakyat berpandangan negatif terhadap parti itu. Tambahan pula PKR kini semakin diterima oleh seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan. Maka itu, langkah terbaik ialah membeli bangunan sendiri untuk dijadikan premis parti pada masa yang akan datang. PKR harus berhati-hati menyewa sesebuah premisnya selepas ini, jalan terbaik ialah memastikan siapakah pemilik bangunan terbabit. Kita takut, ini adalah satu lagi strategi pihak-pihak tertentu untuk menganiaya parti itu. Mungkin untuk membuktikan kepada rakyat yang PKR tidak layak menjadi pemerintah kerana Ibu Pejabat parti sendiri pun boleh dilelong. Apapun, jalan terbaik ialah mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Semoga rakyat tidak terlalu kecewa melihat apa yang berlaku. Perjuangan rakyat perlu diteruskan. Mungkin ada hikmah disebaliknya!]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan