Selasa, 7 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Urus "Hal Anak" Atas Nama Urusan Rasmi Negara, PM Najib Razak Ternyata Khianat Kepada Amanah Yang Telah Di Berikan Rakyat Malaysia !!

Posted: 07 Jun 2011 02:53 AM PDT

Apa sudah jadi dengan Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor agaknya?. Mereka tergamak menipu rakyat atas nama program rasmi negara, padahal atas urusan "utama" iaitu untuk merisik perkahwinan anak perempuan mereka Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan negara Kazakhstan. Perkara ini sudah tidak boleh disembunyikan lagi, kerana banyak laman blog yang mula memainkan isu tersebut. Najib dan Rosman ternyata khianat kepada kepercayaan rakyat. Memang benar kata seetengah orang, jika pun mereka mahu uruskan hal perkahwinan anak maka apa salahnya jika mengambil cuti?. Apakah susah untuk berbuat demikian daripada menggunakan wang kerajaan. Bayangkan jika berlaku kepada ketua-ketua jabatan kerajaan yang berbuat demikian. Maka sudah pasti mereka akan dikenakan tindakan tegas jika adanya laporan. Najib perlu bezakan urusan peribadi dengan hal ehwal negara. Perbuatan beliau ini jelas sekali mengambarkan yang Perdana Menteri Malaysia itu tidak jujur dan amanah terhadap tugasannya. Kenapa perlu ada "udang disebalik mee" atas nama urusan rasmi negara. Tiada siapa yang akan pertikaikan Najib andainya beliau mengambil cuti demi menguruskan hal-hal perkahwinan anaknya itu. Sekarang, beliau sendiri yang "mendapat malu" dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap dirinya. Sudahlah selama ini kelibat isterinya sering dipertikaikan oleh rakyat. Rosmah yang boros berbelanja, sering menghabiskan cuti diluar negara atas nama program-program rasmi. Malahan, beliau dilihat cuba menjalankan tugas menteri. Padahal beliau hanya isteri seorang Perdana Menteri. Perkara sebegini tidak jarang berlaku kepada isteri-isteri PM terdahulu sebenarnya.

[Rasanya, selepas ini ramailah ketua-ketua jabatan dan kakitangan kerajaan akan buat urusan peribadi atas urusan rasmi. Mereka tidak wajar dipersalahkan kerana Perdana Menteri Malaysia itu sendiri sudah menunjukkan contoh terbaik buat mereka untuk diikuti. Apapun, senario ini sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Sepatutnya sebagai Ketua Negara, Najib harus menunjukkan contoh dan tauladan yang baik untuk diikuti oleh rakyat. Namun, apa yang dilakukan oleh beliau jelas sekali menghakis kepercayaan rakyat itu sendiri sebenarnya. Maka, suda tiba masanya untuk rakyat menolak pemimpin dan kepimpinan sebuah kerajaan yang begini sifatnya. Jika kepada rakyat mereka sudah khianat apatah lagi kepada Allah Taala. Najib harus membayar semula segala wang rakyat yang telah digunakan atas urusan peribadi ini. Soalnya, apakah dia sudah tiada wang untuk digunakan bagi menguruskan urusan perkahwinan anaknya itu?. Kenapalah sanggup guna wang rakyat atas urusan peribadi?].

MB Pahang 'Tidak Wajar' Keluar Kenyataan Yang Dangkal & Kebudak-Budakan Jika Beliau Sendiri Sebenarnya Masih Tidak Faham Risiko Radioaktif

Posted: 06 Jun 2011 11:20 PM PDT

KUANTAN, 7 Jun - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa tidak mengeluarkan kenyataan dangkal dan kebudak-budakan dalam mempertahankan projek kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Tindakan Adnan yang menggambarkan kononnya radiasi yang dikeluarkan oleh telefon bimbit, kereta dan bitumen track (tar) lebih tinggi dari apa yang akan dikeluarkan oleh rare earth. Tapi kononnya masih diperingkat yang boleh dikawal. Beliau juga mengatakan radiasi yang akan dikeluarkan oleh rare aarth beribu-ribu kali lebih rendah tahap radiasinya dari bitumen track (tar). Malah Adnan juga dengan bangganya mengaitkan radiasi matahari itu lebih tinggi daripada rare earth. Semua alasan dangkal ini membuktikan betapa lemahnya mentaliti Menteri Besar Pahang ini sebenarnya. Beliau menganggap rakyat semua boleh diperbodohkan seperti orang-orang UMNO BN agaknya. Malah beliau sanggup mengatakan akan menutup semua kilang di Gebeng yang katanya juga menghasilkan radioaktof, jika rakyat membantah operasi kilang Lynas itu. Soalnya sekarang, apakah Adnan berfikir rakyat boleh menerima kenyataan beliau itu agaknya. Beliau hanyalah bekas seorang guru sahaja dan tidak layak untuk mengulas tentang rare earth berasaskan akal fikirannya semata-mata. Memang benar apa yang dikata bahan-bahan terbabit juga ada radiasi, namun risikonya adalah rendah dan tidak berbahaya berbanding dengan rare earth. Memang kilang-kilang di Gebeng ada radiasi tetapi semuanya sudah terbina dan apakah kita perlu menambah lagi risiko yang telah sedia ada?.


Hanya dengan taklimat atas meja begini akhirnya Adnan terima Lynas
Akrab, mungkin kerana pertemuan ini Adnan ikut kehendak CEO Lynas

Seiring dan sejalan, akhirnya CEO Lynas didahulukan dan rakyat diabaikan
[Kenyataan Adnan ini hanya layak dibuat dihadapan penyokongnya sahaja, tetapi bukan rakyat yang secara majoriti menolak operasi dan pembinaan kilang tersebut. Adnan sepatutnya memikirkan risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat. Biar pun tahap radiasinya kecil, namun ia tetap berisiko dan apabila ia bertambah-tambah bukankah ia akan menjadi risiko yang besar. Oleh itu, adalah disyorkan agar Adnan belajar lagi tentang rare earth sebelum ingin mengeluarkan kenyataan yang memang jelas menunjukkan beliau ada menyembunyikan sesuatu sebenarnya. Apa yang pasti, semakin Adnan bersuara maka semakin ramai rakyat akan menolak Lynas. Malah ramai dikalangan mereka menyampah dengan "kempen Lynas" Adnan ketika berucap di Perhimpunan Pagi Kakitangan Kerajaan di Wisma Sri Pahang yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Pahang FM pagi semalam. Adnan jelas menggunakan kesempatan itu untuk mengeluarkan hujjah dangkal yang menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa beliau "tegakkan benang yang basah" dalam kontroversi Lynas ini].

Rakyat Keliru Apa Yang Mahu Di Kaji Oleh Pakar IAEA, Sedangkan Mereka Itu Di Biayai Lynas Dan Syarikat Itu 'Sudah Sign MOU Jualan' Sejak 2010!

Posted: 06 Jun 2011 10:15 PM PDT

KUANTAN, 7 Jun - Orang ramai di sekitar bandar ini yang ditemui meluahkan rasa kesal dan hairan dengan skop tugas yang mahu dilakukan oleh pakar-pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang kononnya mahu membuat kajian tahap keselamatan kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation itu. Pakar-pakar terbabit yang hadir ke Kuantan baru-baru ini, dikatakan telah awal-awal lagi membuat mengeluarkan kenyataan bahawa Lynas mematuhi "standard" yang telah ditetapkan. Padahal ketika itu mereka masih berlegar-legar di sekitar Hotel Hyatt dan belum pun melawat tapak projek berkenaan di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Semua ini memusykilkan rakyat sebenarnya. Tambahan pula terdapat pendedahan bahawa adik Menteri Besar Pahang sendiri pernah menjadi "orang kuat" IAEA itu sendiri pada tahun 2009 hingga 2010. Makanya, sudah pasti beliau amat mengenali kesemua pakar-pakar yang dibawa ke Malaysia itu sebenarnya. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob boleh mempertikaikan kononnya adik beliau tidak terlibat dengan Lynas. Namun, dia tidak boleh menolak kemungkinan itu, kerana IAEA merupakan agensi yang terbabit dalam mana-mana projek seperti itu. Jika IAEA tidak menyokong, masakan projek itu boleh dibawa masuk ke Malaysia. Malah, turu menjadi persoalan kenapa negeri Pahang dipilih sebagai lokasi, sedangkan ada banyak lagi negeri lain yang lebih sesuai sebenarnya. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang telah diberikan khidmat nasihat oleh seseorang yang berkepentingan sebenarnya dalam meluluskan projek ini.

Bolehkah Pakar IAEA Telus Dalam Kajian Mereka

Malah, rakyat juga tertanya-tanya apakah pakar-pakar itu akan mengeluarkan kenyataan hasil kajian mereka yang "neutral dan telus". Ini kerana kehadiran mereka ke negara ini juga dibiayai oleh Lynas Corporation itu sendiri sebenarnya. Mana mungkin, mereka akan memberikan laporan negatif terhadap projek berkenaan biar pun hakikatnya memang begitu. Akhirnya rakyat Kuantan akan terus ditipu oleh pihak-pihak terbabit yang kini sedang menunggu "duriah runtuh" lumayan apabila projek ini beroperasi kelak. Maka itulah kita tidak hairan MITI memberikan "Tax Holidays" selama 12 tahun kepada Lynas Corporation atas alasan sebagai galakan pelaburan. Sedangkan galakan itu adalah untuk pelaburan yang tidak memberi risiko kepada rakyat seperti dalam bidang Teknologi Maklumat, Automotif dan sebagainya. Tapi, kenapa dalam bidang seperti ini pun mahu diberi perlepasan cukai sedemikian rupa. Sedangkan kerajaan tahu Lynas dijangkan mengaut untung 100% sebanyak RM8 bilion setahun untuk dibawa balik ke Australia. Inilah yang dipertikaikan rakyat sebenarnya. Dan terbaru kami juga berjaya mendapatkan maklumat tentang adanya perjanjian yang telah dibuat oleh Lynas untuk menjual bahan mentah rare earth itu sejak tahun 2010 lagi.


Bukti, Lynas sudah menandatangi perjanjian bekalkan rare earth ke Jepun
[Berdasarkan maklumat di atas, Lynas telah menandatangani perjanjian untuk membekalkan rare earth ke Jepun pada tahun lepas (2010). Ini bermakna, Lynas sudah mempunyai pelanggan mereka biar pun kilang tersebut belum pun beroperasi. Malah, Lynas juga dijangka membekalkan bahan mentah terbabit ke Eropah dan Amerika Syarikat. Soalnya, kenapa Lynas begitu berani membuat perjanjian sedangkan mereka belum mendapat kelulusan operasi. Kemungkinan besar Lynas sudah mendapat "wahyu" dari pihak tertentu yang menyakinkan projek itu akan diteruskan dalam apa jua keadaan sekali pun. Maka tidak gunalah pakar IAEA datang ke Malaysia untuk membuat kajian jika inilah fenomena yang berlaku sebenarnya.Lantaran itu juga kita tidak hairan pihak-pihak terbabit beriya-iya benar mempertahankan Lynas dengan alasan dangkal yang jelas tidak masuk dek akal seperti mengatakan radiaktif yang terhasil adalah tahak rendah, terkawal dan sebagainya. Malah, lebinh malang lagi ada yang mengatakan radiasi dari telefon bimbit, komputer, TV, jalan Tar dan matahari lebih tinggi dari apa yang akan dikeluarkan oleh Lynas. Inilah yang menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan ketelusan kerajaan itu sendiri sebenarnya. Oleh yang demikian, rakyat Pahang diminta melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang agar mereka semua sedar akan tanggungjawab untuk menjaga kepentingan rakyat dari mengejar keuntungan duniawi semata-mata].

Penglibatan Dalam Projek Mata Wang, Wajarkah Bila Hishamuddin Kata 'Dia Tidak Tahu Menahu' Apa Yang Telah Di Lakukan Oleh Adiknya Sendiri

Posted: 06 Jun 2011 04:34 PM PDT

Memang agak mengejutkan bila mana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu. Bercakap kepada pemberita semalam, beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein. "Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya," katanya. Ditanya sama ada beliau menafikan semua dakwaan dalam laporan itu, Hishammuddin berkata: "Itu yang saya katakan. Ya." Menurut akhbar The Age yang itu semalam, Securency iaitu firma teknologi kewangan yang mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia. "Securency mengupah Haris Onn Hussein dengan harapan beliau akan menawarkan harapan untuk membolehkan mereka akses kepada, dan mempengaruhi, ahli politik tertinggi Malaysia," laporan itu dipetik. Pada masa kejadian tersebut, Hishammuddin merupakan Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan.


Bukti, laporan muka depan portal the edge yang telah dedahkan isu itu

[Mudah benar Hishamuddin menjawab dia tidak tahu menahu apa yang dilakukan oleh adiknya. Padahal jika dilihat kepada aktiviti yang dijalankan itu, jelas sekali memerlukan "greenlight" daripada "orang dalam" sendiri sebenarnya. Maknanya, adik Hishamuddin perlu ada "kabel besar" untuk menaykinkan pihak berkenaan supaya mendapatkan kontrak berkenaan. Jika bab-bab peribadi Hishamuddin tidak tahu menahu, mungkin rakyat boleh menerimanya. Tetapi jika projek juta-juta seperti ini beliau mengatakan demikian maka ia jelas ada "something wrong" sebenarnya. Mungkin juga ada usaha pihak tertentu untuk menafikan pembabitan adik beliau dengan projek berkenaan. Apapun, rakyat perlu bijak melihat isu ini daripada berbagai sudut. Ini kerana memang sudah menjadi tradisi dan budaya UMNO, jika ada "kabel besar" maka mudahlah untuk mendapat projek besar. Inikan pula bagi adik kepada seorang menteri yang juga bersaudara dengan Perdana Menteri itu ].

Biar Pun Di Tentang Oleh UMNO, Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tetap 'Teruskan' Kaedah Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Ala Pilihanraya

Posted: 06 Jun 2011 11:34 AM PDT

GEORGETOWN 7 Jun - Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kassim (foto) berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Menerusi perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak, kerajaan telah bersetuju dan mahu kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada," katanya. Katanya, kaedah pemilihan secara undi itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah untuk mencalon dan memilih pemimpin kariah masing-masing kepada MAIPP. Beliau berkata, satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi tempoh 2012-2013 bagi memberi panduan mengenai kaedah pemilihan dan borang pencalonan telah diedarkan kepada semua masjid dengan tarikh tutup pencalonan pukul 12 tengah hari nanti.

Ketua Menteri Kecewa "Utusan" Berbohong Lagi

Pembohongan terbaru Utusan Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang. Laporan berita Utusan mendakwa kononnya pemilihan itu "dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian". Berita Utusan itu menambah, "jika dilaksanakan sepenuhnya, 'pilihan raya masjid' itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu". Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang. "DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu," katanya. Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng telah sedaya upaya mengangkat martabat Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi lebih peruntukan kewangan berbanding dengan pentadbiran UMNO Barisan Nasional sejak sekian lama.

Menurutnya, peruntukan bagi hal-ehwal agama Islam telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat mengambil alih negeri pada tahun 2008."Sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan di mana kerajaan BN dahulu tidak begitu bersungguh-sungguh melaksanakannya. Di samping itu, kerajaan negeri Pakatan juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA," tambah beliau lagi. Roketkini.

[Menurutnya, laporan Utusan itu hanya mencerminkan sikap tuan mereka UMNO yang terus mencari jalan untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dengan mengaitkan DAP yang dituduh mereka sebagaii cauvinis Cina, mahu campur tangan dalam hal-ehwal masjid. Sebelum ini Guan Eng telah dituduh mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah jumaat, menyembelih lembu Hari Raya Korban dan mengharamkan perarakan Maulidur Rasul. Semua tuduhan itu dibuktikan palsu. Zairil mengingatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak mudah percaya dengan dakyah Utusan yang sanggup bermain dengan fitnah demi kepentingan politik UMNO. "Sikap bijak dan berani yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli PAS yang tidak percaya kepada Utusan yang cuba campur tangan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini patut jadi contoh kepada semua rakyat khususnya orang Melayu," tambahnya].

Panas: Pendedahan 'Portal Australia' Berkenaan Penglibatan Adik Hishamuddin, Buktikan Inilah Sikap Sebenar Ahli Keluarga Pemimpin UMNO BN

Posted: 06 Jun 2011 10:42 AM PDT

Pendedahan panas portal berita Australia The Sydney Morning Herald tentang pembabitan adik seorang pemimpin UMNO bertaraf Menteri dengan satu skandal matawang jelas sekali membuktikan kepada rakyat Malaysia, bahawa inilah cara kroni-kroni mereka mencari makan. Sebelum ini, kami telah dedahkan perihal adik MB Pahang yang menjadi orang kuat IAEA, hingga menyebabkan Adnan Yaakob beriya-iya mahu failkan tindakan saman. Namun, inilah realitinya politik di Malaysia. Barang sesiapa yang rapat dengan pemimpin UMNO sudah pasti akan menggunakan kuasa yang ada untuk merompak seberapan banyak khazanah rakyat untuk mengenyangkan tembolok mereka. Inilah hakikat yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Dalam kes terbaru yang didedahkan oleh portal berita terbabit pada tahun 2009 Firma Securency Reserve Bank telah mengupah salah satu syarikat milik Haris Onn Hussein (foto) yang merupakan adik kepada Hishamuddin Hussein yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan harapan untuk mendapatkan kontrak mencetak wang kertas di Malaysia. Pendedahan ini telah membuka minat pihak berkuasa Australia (AFP) untuk menjalankan siasatan samada terdapat unsur-unsur rasuah didalam urusan berkenaan. Haris Onn Hussein adalah adik kepada Menteri Dalam Negeri iaitu Hishamuddin Tun Hussein dan sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak. Syarikat Securency itu juga telah di siasat selama dua tahun oleh pihak berkuasa Australia kerana di percayai terlibat bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa buah negara Asean lain lagi.


Bukti, laporan portal berita Australia The Sydney Morning Herald
Operasi firma Securency Reserve Bank sebagai pencetak mata wang

[Sebenarnya syarikat tersebut juga telah banyak kali mendapat kontrak dari kerajaan Malaysia semasa anak beranak sepupu sepapat ini memegang kuasa dan sampai bila kita rakyat Malaysia hanya mampu lihat tanpa mengambil sebarang tindakan. Kesedaran harus di jelmakan supaya mereka semua tahu bahawa rakyat lebih berkuasa dan mereka yang ada di atas itu pun adalah atas belas ehsan rakyat jelata. Oleh itu, rakyat perlu mengajar pemimpin yang sebegini. Mereka ternyata khianat akan amanah yang telah diberikan dan sanggup menggunakan kuasa yang ada untuk memperkayakan keluarga masing-masing. Pilihanraya Umum ke-13 wajar dijadikan gelanggang terbaik untuk memastikan mereka dijatuhkan secara terhormat. Jika tidak sampai bila-bila pun rakyat Malaysia akan terus tertipu dengan permainan politik licik pemimpin UMNO BN itu sebenarnya. Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang].

Tiada ulasan: