Pahang Daily Online |
- Memalukan: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Semakin Kemaruk 'Duit', Tergamak Menjalankan Operasi Saman Parking Di Kawasan Perumahan !
- Para Majikan 'Workshop Padang Lalang' Kuantan Anjurkan Majlis Minum Petang Membantah Lynas
- Blog Anti Lynas Di Lancarkan Untuk Kemudahan Orang Ramai Ketahui Informasi Berguna Isu Itu!
- Panas: PKR Cabar Najib Razak Dedahkan Rekod Perjalanan Bagi Buktikan Bukan Dia Ikuti Razak Baginda Serta Altantunya Shaariibuu Ke Macau!
- Anwar Failkan Permohonan Di Mahkamah Tinggi Untuk Lucutkan Hakim Zabidin Daripada Dengar Perbicaraan Kerana Beliau Nyata Berat Sebelah !!
| Posted: 02 Jun 2011 08:39 PM PDT KUANTAN, 3 Jun - Apa sudah jadi dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) agaknya?. Majlis Tempatan itu kini semakin ghairah mencari "rezeki" dengan saman parking. Ini mungkin bagi menaikkan lagi hasil pendapatan pihak terbabit yang melebih RM100 juta pada tahun lepas. Tindakan menyaman kenderaan pada luar waktu pejabat terutamanya pada larut malam jelas sekali mengecewakan para penduduk di bandar ini. Ramai yang menjadi mangsa akibat sistem "tiket berkomputer" yang jelas menguntungkan pihak berkenaan. Sangkaan kita MPK akan bersikap lebih berhemah dan bertimbangrasa dengan tindakan mereka, rupa-rupanya ia jauh meleset sama sekali. Pengawai Penguatkuasa MPK rupanya kini semakin rancak menjalankan operasi saman menyaman tanpa mengira tempat dan waktu. Mungkin agaknya mereka berlumba-lumba untuk mencapai "target" yang telah ditetapkan oleh majikan mereka itu. Senario ini jelas sekali membuatkan rakyat Kuantan semakin terbeban, tambahan pula bagi orang luar yang datang berkunjung ke sini. Mereka sudah pasti akan terperangkap dengan kes saman parking ini sebenarnya. Tindakan keterlaluan MPK ini menimbulkan kemarahan para penduduk mutakhir ini.[Terbaru, awal pagi tadi beberapa orang Pengawai Penguatkuasa MPK telah mengeluarkan saman parking kepada kenderaan yang diletakkan di taman perumahan (depan rumah). Enam buah kenderaan telah disaman oleh mereka di Lorong Kubang Buaya 27 dekat sini. Amat memusykilkan kerana semua kenderaan terbbait tidak langsung menghalang lalu lintas dan lokasi kejadian bukanlah jalan utama. Justeru itu, apakah kini MPK sudah semakin terdesak untuk mendapat untung hasil saman parking hingga mereka menjadikan kawasan taman perumahan sebagai lokasi baru untuk menjalankan operasi mereka?. Jika inilah caranya, maka ternyata MPK kini sudah semakin dera rakyat dan sengaja mencari pasal. Harap pihak atasan dapat pantau kejadian ini. Rakyat perlu diutamakan, masakan kawasan perumahan di buat tindakan]. |
| Para Majikan 'Workshop Padang Lalang' Kuantan Anjurkan Majlis Minum Petang Membantah Lynas Posted: 02 Jun 2011 07:15 PM PDT ![]() KUANTAN, 2 Jun - Satu jamuan minum dibuat oleh majikan-majikan workshop di kawasan Industri Padang Lalang petang semalam. Lebih daripada 100 orang menyertai jamuan tersebut. Majikan Wai Worshop, En. Tan Meng Wei berkata, "kami membuat jamuan minum ini ...terutamanya kepada pekerja-pekerja dalam Padang Lalang, supaya mereka juga dapat menyumbangkan sedikit sebanyak tenaga supaya turut membantah Lynas bersama walaupun sibuk bekerja tiap tiap hari." Ahli Jawatankuasa Save Malaysia juga dijemput untuk promosi T-shirt dan Sticker cermin kereta yang membawa mesej "Hentikan Lynas" serta bergaul dengan para hadirin yang ada banyak tidak sedar tentang isu Lynas yang kian panas dan kritikal. Pada mula-mulanya difahamkan, teh akan disediakan, tapi pada akhirnya, air mineral dalam pack jenis cawan dihidangkan. Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh juga menghadiri jamuan ini untuk memberi sokongan. Jamuan ini berakhir pada pukul 3.30 petang dan pekerja-pekerja pun balik ke tempat kerja masing-masing. Jadi, Kempen untuk menggalakkan kesedaran umum tentang bantahan Lynas ini adalah berjaya! Rakyat berhak tahu isu Lynas sebenar dan adalah hak rakyat untuk menyuarakan tidak kepada Lynas demi kehidupan semua, asalkan tidak melanggar undang-undang. [Lynas Advance Material Plant (LAMP) adalah Kilang pemprosesan nadir bumi yang berkemungkinan amat besar untuk memusnahkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal sekitar 30 km darinya yang berpopulasi 700 ribu orang. Namun, Lynas diberi cuti cukai selama 12 tahun dan Rakyat Malaysia pula akan terpaksa memikul tanggungjawab yang tidak munasabah, iaitu menjaga tempat simpan sisa radioaktif merbahaya untuk selama-lamanya. Syabas dan tahniah kepada majikan workshop Padang Lalang yang turut prihatin dengan isu rakyat ini. Nampaknya, semakin ramai rakyat yang teris menyokong kempen bantah Lynas. Apakah kerajaan akan "keras kepala" untuk teruskan juga projek ini agaknya?. Jika ini berlaku pastilah pilihanraya umum akan datang akan ada kejutan besar buat UMNO BN]. |
| Blog Anti Lynas Di Lancarkan Untuk Kemudahan Orang Ramai Ketahui Informasi Berguna Isu Itu! Posted: 02 Jun 2011 06:28 PM PDT ![]() KUANTAN, 3 Jun - Biar pun isu Lynas kini semakin panas dan hangat diperkatakan, namun masih ada ramai rakyat Pahang khasnya dan Malaysia amnya yang masih belum tahu serta faham tentang isu ini. Lantaran itulah sebuah laman blog "stop Lynas" telah ditubuhkan dan dilancarkan mulai 1 Jun 2011 yang lalu. Laman blog yang berlatar belakangkan warna hijau itu amat berguna kepada orang ramai kerana ia menghimpunkan segala maklumat tentang aktiviti, demontrasi, video berkaitan, siaran media, komentar pemimpin dan berbagai lagi yang berkaitan dengan isu berkenaan. Pendek kata rakyat lebih mudah mendapat bahan berita penting dalam satu blog. Oleh itu, orang ramai dijemput memeriahkan lagi aktiviti blog berkenaan, disamping menyebarkan maklumat kewujudannya kepada semua pihak. Blog itu diharapkan dapat menjadi sumber berita yang berguna kepada semua untuk lebih memahami apakah isu yang sedang diperjuangan oleh rakyat Kuantan sekarang ini. Sokongan semua adalah diharapkan untuk memantapkan lagi info dan penampilan blog ini. Kepada anda yang berminat untuk singgah ke blog tersebut, sila klik http://stoplynas.blogspot.com. (Sila sebarkan). [Kepada mereka yang mempunyai bahan-bahan penting untuk dipaparkan ke dalam blog berkenaan. Agak menghairankan bila mana mereka yang tinggal di Kuantan dan sekitarnya masih belum faham atau ambil berat isu ini. Malah, peratusan orang Melayu yang peka kepada bahaya radiasi yang akan dikeluarkan oleh kilang tersebut amatlah rendah. Mungkin dek kerana media arus perdana berbahasa Melayu yang berterusan untuk menutup cerita sebenar tentang itu ini. Hanya Sinar Harian dan akhbar berbahasa Cina yang dilihat lebih peka dengan memaparkan isu sebegini. Lantaran itulah kita tidak hairan kaum Cina lebih ramai berjuang untuk menyelamatkan generasi akan datang dalam isu Lynas sebenarnya]. |
| Posted: 02 Jun 2011 12:17 PM PDT ![]() Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Macau. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini. "Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih," kata Saifuddin. Pendedahan itu berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap skandal rasuah Scorpene yang membawa kepada penemuan tiga e-tiket penerbangan ke Macau pada 2002. Penerbangan itu dikatakan melibatkan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam pembayaran komisen kapal selam berkenaan, manakala dua tiket itu disahkan atas nama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shariibuu. Razak, yang juga kenalan rapat Najib, dibebas mahkamah pada Oktober 2008, atas dakwaan membunuh Altantuya Shariibu warga Mongolia yang menjadi penterjemah dalam urusan pembelian Scorpene. "Seorang telah mati, seorang lagi telah didakwa di mahkamah. Barangkali, orang ketiga itu mungkin kini memegang jawatan tinggi," ujar Saifuddin. Perjanjian RM6.27 bilion pembelian kapal selam berkenaan ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis, DCNS di mana Perimekar Sdn Bhd bertindak selaku orang tengah. Perimekar dimiliki Ombak Laut, kepunyaan Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isterinya yang dikatakan terima komisen bernilai 114 juta Euro. Suaram Dedah Tiga Individu Uruskan Komisyen
[Sementara itu Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, individu misteri yang menyertai Razak Baginda dan Altantuya dalam penerbangan ke Macau boleh digelar sebagai Lelaki 'Y'. Beliau mengatakan Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bukanlah orang yang sebenarnya tahu mengenai kehadiran Lelaki 'Y' tersebut. "Kita sebagai ahli Parlimen seperti mana juga para wartawan, blogger dan rakyyat Malaysia teruja untuk tahu. Saya rasa bekas Menteri Pertahanan adalah orang yang paling sesuai untuk mendedahkan siapa individu tersebut," kata Tian. "Juga untuk keadilan keluarga Altantuya, kita patut korek kerana perbicaraan pembunuhan kejam itu, maklumat ini tidak pernah diketengahkan," kata Tian. Beliau juga mendesak agar kerajaan memberikan nilai kontrak sebenar pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu kerana berdasarkan maklumat diperolehi, kos itu melebihi RM1.3 bilion]. Keadilandaily |
| Posted: 02 Jun 2011 11:10 AM PDT
[Justeru pihaknya memohon supaya Zabidin menarik diri dan digantikan dengan hakim yang lain. Dalam permohonan yang difailkan, Anwar berkata Zabidin tidak boleh membuat rumusan bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaraya termasuk Saiful adalah benar tanpa mendengar daripada pihak pembela. "Hakim telah membuat satu penemuan konklusif, (malah) memutuskan pendakwaraya telah membuktikan kesnya tanpa keraguan mengenai kesalahan tertuduh. Ini menjadikan seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah sia-sia," tambah Anwar. "Peruntukan itu mewajibkan hakim untuk membuat keputusan muktamad hanya setelah mendengar kes pendakwaraya dan pembela," kata Anwar. "Sekiranya perbicaraan saya disambung oleh Datuk Zabidin, saya percaya saya tidak akan menerima satu perbicaraan yang lebih adil," tambah Anwar Ibrahim lagi]. tvsnews |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan