Khamis, 2 Jun 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Memalukan: Sahfri Aziz Tidak Layak Menjadi Exco Kerana Tergamak "Bakar Api Perkauman" Dalam Demontrasi Isu Lynas Di Kuantan Baru-Baru Ini !

Posted: 01 Jun 2011 05:29 PM PDT

KUANTAN, 2 Jun - Orang ramai di sekitar bandar ini kesal dan kecewa dengan tingkah laku seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang yang dipercayai menjadi "mastermind" yang membawa "budaya samseng" kepada penyokong UMNO untuk timbulkan kekecohan melampau dalam himpunan Lynas di Teluk Chempedak baru-baru ini. Exco yang dimaksudkan ialah Dato' Hj.Mohamad Sahfri Ab Aziz (foto) yang memegang portfolio Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ibam, dipercayai menjadi "ketua dalam gerakan untuk mengapi-apikan penyokong kerajaan supaya melakukan kekecohan dan menyerang" semua pihak yang dipercayai kumpulan membantah Lynas. Malah beliau juga didapati telah menyampaikan ucapan berbaur perkauman yang mengajak pihak berkenaan menganyang pihak yang mengadakan demontrasi aman membantah Lynas. Isu perkauman dimainkan, kononnya Lynas hanya diperjuangkan oleh orang-orang Cina sahaja. Sebaliknya merasakan orang Melayu tidak bersama dalam bantahan berkenaan. Padahal, beliau harus tahu bahawa jika berlaku sebarang malapetaka akibat kilang Lynas maka yang akan mendapat risikonnya bukanlah orang Cina tetapi kepada semua rakyat berbilang bangsa. Soalnya, kenapa orang Cina lebih "advanced" dalam hal-hal kesihatan seperti ini. Semuanya kerana akhbar dan media pengampu UMNO yang berbahasa Melayu gagal memainkan peranan untuk menyedarkan rakyat tentang bahaya radiaoaktif.


Aksi Si Safri Aziz, Exco Pahang yang telah lari dari tugas beliau sebenarnya
di sisi kiri Zaili Besar (ADUN Panching), sisi kanan Tok Sam (Setpol MB)

[Sebaliknya akhbar berbahasa Cina dilihat lebih terkehadapan dalam memaparkan berita, aktiviti dan segala maklumat yang berkaitan.Lantaran itulah kita tidak hairan mereka lebih faham dan sedang akan tanggungjawab sosial seperti ini. Tindakan Si Sahfri Aziz membuat provokasi supaya penyokong UMNO menganyang "kaum Cina" yang kononnya cuba membuat onar dalam isu ini jelas sekali sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Tambahan pula exco terbabit adalah bertanggungjawab terhadap "perpaduan" antara sesama kaum di negeri ini. Malahan juga tindakan mengumpul "NGO belia" untuk sama-sama hadir pada hari itu jelas sekali menunjukkan beliau telah menyalahgunakan kuasanya. Apakah motif para belia diajar supaya bertindak "samseng" seperti ini?. Sedangkan beliau yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir sepatutnya mengajak manusia ke arah kebaikan dan bukannya ajar mereka kepada kekerasan yang akan menimbulkan perbalahan kaum di negeri ini. Apakah ini ciri-ciri seorang pemimpin yang layak untuk bergelar Exco agaknya].

PAS Pahang Amat Kesal Dengan Kekecohan Serta Provokasi Yang Sengaja Telah Di Timbulkan Oleh Penyokong Kerajaan Pada Demo Lynas Di Hyatt !!

Posted: 01 Jun 2011 04:38 PM PDT

TEMERLOH, 2 Jun - PAS Pahang kesal dengan kekecohan dan provokasi yang telah sengaja ditimbulkan oleh penyokong kerajaan dan dalam himpunan 'Bantahan Lynas' di hadapan Hotel Hyatt, Teluk Chempedak, Kuantan baru-baru ini. Demonstrasi aman itu hanya satu pernyataan bantahan daripada penduduk tempatan kepada lima orang pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang sedang bermesyuarat berhubung pembinaan kilang yang memproses sisa bahan radio aktif di Gebeng itu. Kekecohan sepatutnya boleh dibendung jika pihak polis bertindak profesional mengawal provokasi melampau pihak penyokong kerajaan yang terdiri dari Umno, Pakida, Perkasa, Majlis Belia, Belia 4B, GPMS dan lain-lain. Namun akibat kawalan yang sekadar 'melepas batuk di tangga itu' menyebabkan berlaku kekecohan sehingga Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota tercedera berikutan penyokong kerajaan yang telah bertindak agresif di luar batas kemanusiaan. Tindakan tersebut sebenarnya hanya mencacat dan memburukkan negara ini daripada pandangan tetamu dan pelancong yang selama ini menganggap Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. Puluhan ribu rakyat tempatan telah menandatangani petisyen bantahan terhadap kilang Lynas demi keselamatan anak cucu serta generasi mereka akan datang. Oleh yang demikian, rakyat berhak untuk menyatakan bantahan tersebut tanpa sebarang kepentingan lain. Sehubungan dengan itu juga PAS Pahang menyakan bantahan keras dan mengutuk tindakan provokasi daripada pihak penyokong kerajaan itu dan berharap ianya tidak akan berulang lagi.


Bukti, kereta pemimpin terbabit dikepung oleh para penyokong UMNO
dia dihalau, diherdik, ditolak dan keretanya ditendang sesuka hati

[Apa yang berlaku di Teluk Chempedak dan Hotel Hyatt baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Provokasi melampau dilakukan oleh penyokong UMNO selepas melihat mereka tertewas dengan hujjah-hujjah yang diberikan oleh aktivis bantah Lynas. Akhirnya mereka menggunakan kuasa dengan bantuan pihak polis untuk menghalau dan mengusir pihak lain, sedangkan mereka boleh mengadakan demontrasi secara aman jika mereka mahu. Malahan mereka juga telah diberi ruang berdemo di bawah pokok depan Hotel Hyatt. Soalnya kenapa ada Exco Kerajaan Negeri Pahang sendiri yang boleh mengarahkan penyokong mereka berbuat kelakuan sedemikian. Apakah dengan bertindak samseng maka UMNO rasa mereka boleh menang dalam isu Lynas ini. Mereka harus ingat bahawa majoriti rakyat menolak Lynas, hanya segelintir sahaja yang terpaksa menyokong. Itu pun mereka dibayar untuk ketika hadir ke lokasi terbabit itu sebenarnya]. selamatkanpahang

Tiada ulasan: