Pahang Daily Online |
- Pemilihan Parti: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Calon Popular 'Timbalan Presiden', Akui Beliau Bukanlah Galang Ganti Kepimpinan Ulama PAS
- Panas: Penduduk Kuantan Di Minta Bersiap Sedia Kemungkinan "Berhadapan Dengan Masalah" Air Kritikal Setelah Kilang Lynas Itu Beroperasi Kelak
- Panas: Lynas Sembunyikan Fakta, Setengah Juta Asid Berbahaya Yang Boleh Hasilkan Radio Aktif Di Lepaskan Oleh Kilang Tersebut Setiap Tahun !
- Panas: Rupanya Adik Bongsu MB Pahang Sendiri Adalah Bekas Chairman IAEA, Apakah Kita Boleh Terima Keputusan Kajian Pakar Agensi Terbabit!
- Isu Lynas: Kenapa Perlu Membuat Provokasi Dan Menyerang Orang Lain Yang Bantah Andai Benar Sekali Pun Mereka Mahu Sokong Projek Tersebut!
Posted: 01 Jun 2011 03:59 AM PDT PETALING JAYA, 1 Jun - "Saya bukan galang ganti kepimpinan ulama." Demikian tegas calon Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai peluangnya pada pemilihan parti itu Jumaat ini. Malah menurut Tuan Ibrahim, walaupun beliau dan penyandang jawatan tersebut, Nasharudin Mat Isa mempunyai latar belakang pendidikan yang sama, namun isu pengganti atau penyambung kepimpinan ulama tidak seharusnya dibangkitkan. "Saya tak rasa begitu (pengganti). Malah saya rasa tak tepat kalau dikatakan saya ini sebagai penyambung kepimpinan ulama dalam PAS," katanya. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengulas pandangan banyak pihak bahawa tindakan beliau menerima pencalonan bagi merebut jawatan nombor dua itu adalah sebagai penyelamat atau pengganti sekiranya perwakilan mengambil keputusan menolak kepimpinan Nasharudin. Penganalisis meramalkan Nasharudin menghadapi laluan sukar bagi mempertahankan kedudukannya bagi penggal ketiga selepas menang buat kali pertama pada 2005. Pada pemilihan PAS yang berlangsung bermula Jumaat ini, Tuan Ibrahim dan Nasharudin berhadapan dalam saingan tiga penjuru dengan seorang lagi calon iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang menang jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan yang lalu mengakui, Nasharudin sememangnya mempunyai lebih kredibiliti berbanding beliau. "Saya bukan menafikan hak golongan profesional untuk bertanding dalam PAS. Sesiapa sahaja dalam parti ini berhak untuk menawarkan diri bertanding sebagai pemimpin. "Namun walau apapun, ia terpulang kepada kebijaksanaan perwakilan untuk membuat keputusan bagi memilih pemimpin mereka," katanya sambil tegaskan peluang untuk semua calon bagi jawatan Timbalan Presiden adalah seimbang. [Pahang Daily Online menyokong penuh kepimpinan Dato' Tuan Ibrhaim Tuan Man dan amatlah berharap agar ahli PAS seluruh negara dapat membuat keputusan yang bijak bagi meneruskan kesenambungan kepimpinan ulamak dalam parti itu. Tambahan pula Dato' Tuan dilihat agar bersih dan terbebas daripada sebarang kontroversi atau spekulasi hangat berbanding dengan calon lain. Malah beliau juga telah banyak membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin sejak mula-mula berkecimpung sepenuh masa dalam politik. Apapun, segalanya terletak ditangan perwakilan yang akan membuang undi Jumaat ini. Tanggungjawab tersebut haruslah dipikul dengan sebaik mungkin demi keutuhan dan masa depan parti. Semoga pemilihan ini tidak akan menyebabkan parti PAS berkecamuk dan berpecah dalam keadaan semua menanti untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum akan datang nanti]. |
Posted: 01 Jun 2011 12:40 AM PDT KUANTAN, 1 Jun - Penduduk di bandar ini kemungkinan besar akan mengalami krisis air yang berpanjangan apabila kilan memproses rare earth Lynas Corporation milik Australia bakal beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng mulai September ini. Perkara ini didedahkan oleh Naib Ketua PAS Indera Mahkota, Ustaz Suhaimi Md Saad (foto) hari ini. Dalam postingnya yang dihantar ke Facebook Group Pahang Don't Need "Hazardous" Project beliau berkata "Bersiap sedialah orang kuantan untuk menghadapi krisis bekalan air. Lynas akan menggunakan air utk tujuan pemprosesan Rare Earth sebanyak 500 meter padu sejam..... (sila rujuk EIA dan RIA). apa??? 500 METER PADU/JAM.. Air itu akan dibuang ke sungai Balok. Mampukah air sebanyak itu dirawat sepenuhnya? Kalau satu jam, 500 meter padu, Bayangkan 1 hari ... air yg akan digunakan oleh Lynas melebihi penggunaan air seluruh warga Kuantan. Tambahan pula sekarang ni, bila hujan lebat di Balok dalam 2 atau 3 jam, air sungai balok melimpah dan rumah penduduk di beberapa tmn perumahan akan dinaiki air separas pinggang. Bayangkanlah bila lynas beroperasi + dengan musim hujan .. alamatnya air akan mencecah paras bumbung... Adakah kerugian anda akan dibayar oleh penyokong Lynas?", katanya. Oleh itu sudahkan anda bersiap sedia?. [Kenyataan itu dibuat berlandaskan fakta dan kebenaran yang harus diakui oleh semua pihak. Persoalannya apakah rakyat Kuantan sudah bersedia untuk berhadapan dengan risiko ini?. Bayangkan ketika bekalan air mengalami masalah beberapa hari yang lalu pun ia sudah kecoh dan melumpuhkan ekonomi sera aktiviti penduduk. Inikan pula bila Lynas mula beroperasi kelak. Situasinya pasti lebih meruncingkan. Apakah para penyokong Lynas sedar dengan senario yang bakal berlaku ini agaknya?. Justeru itu, rakyat perlu sedar bahawa operasi kilang tersebut akan menyebabkan berbagai masalah sampingan dihadapi oleh penduduk. Bahaya dan risiko radioaktif dan masalah gangguan bekalan air merupakan balasan yang akan ditanggung oleh rakyat sepuluh atau dua puluh tahun akan datang. Mereka yang menyokong, sebenarnya berselindung disebalik kemewahan yang bakal dikecapi. Kami akan dedahkan selepas ini, siapakah pemilik asal tanah yang kini didirikan kilang Lynas. Difahamkan tanah tersebut dijual kepada Franky Constructions oleh beberapa orang pemimpin UMNO. Mereka mengaut keuntungan jutaan ringgit dan merekalah yang gusar andainya projek ini dibatalkan kelak. Oleh itu mereka juga dipercayai hadir ketika penyokong Lynas menggempur rakyat yang mengadakan demontrasi aman di Teluk Chempedak baru-baru ini]. |
Posted: 31 May 2011 08:52 PM PDT KUANTAN, 1 Jun - Lynas Corporation ternyata telah menyembunyikan maklumat berguna kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang kononnya bahan radioaktif yang akan dikeluarkan oleh kilang tersebut di Gebeng tidak berbahaya kepada orang ramai, walhal ia adalah sebaliknya. Ini didedahkan oleh wakil aktivis rakyat "Save Malaysia Stop Lynas" dalam pertemuan mereka ketika membentangkan perkara itu kepada pakar-pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Hotel Hyatt dekat sini semalam. Wakil mereka Lim CK dan Andansura mendedahkan satu maklumat yang diambil daripada EIA yang dibenatngkan oleh kerajaan seperti dipamerkan di IPK, perpustakaan awam, pejabat Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain lagi. Maklumat yang dipamerkan itu telah disalin semula (copy) oleh pihak terbabit dan antara lain memaparkan jumlah asid yang akan dikeluarkan oleh Lynas ialah sebanyak 505,420 tan setahun. Ini bermakna asid sebanyak setengah juta setahun bakal digunakan oleh Lynas untuk proses mengasingkan sisa buangan rare earth tersebut. Malah Lynas dipercayai akan menggunakan Asid Sulfurik dan Asid Hidrocloric sebanyak 110,238 tan setahun + 146,774 tan setahun = 257,012 tan setahun. Maknanya penggunaan asid berbahaya tersebut dalam masa sehari untuk ialah 700 tan sehari. Berdasarkan maklumat saintifik, dua asid ini bila bercampur maka gas radon akan terbebas ke udara. Radon merupakan gas radioaktif yang menyebabkan penyakit kanser paru-paru. Apakah pakar-pakar antarabangsa IAEA faham dengan semua ini?. Sila klik untuk besarkan bukti dan melihat maklumat yang dinyatakan Baca juga tentang fakta saintifik betapa bahayanya gas radon di SINI Fakta dan statistik kenapa Radon berbahaya kepada manusia, klik SINI [Radon adalah suatu unsur kimia yang memiliki lambang Rn dan nombor Atom 86. Radon juga termasuk dalam kelompok gas mulia dan beradioaktif. Radon terbentuk dari penguraian radium,yang merupakan salah satu dari rangkaian peluruhan uranium. Ra-226 ---> Rn-222 + sinar alpha Radon merupakan satu-satunya hasil peluruhan dari uranium yang berwujud gas. Sedangkan hasil yang lain berupa Po-218 (polonium-218) dan Pb-214 (timbel-214) yang meluruh menjadi Po-210 dan Pb-210. Gas Radon juga yang paling berat dan berbahaya bagi kesihatan manusia. Rn-222 mempunyai waktu paruh 3.8 hari dan digunakan dalam radioterapi. Radon dapat menyebabkan kanser paru paru, dan bertanggungjawab atas 20,000 kematian di Eropah setiap tahunnya. Makanya apakah rakyat Kuantan harus membenarkan gas ini dilepaskan sedemikian rupa?. Malah, sebelum ini memang telah ada maklumat dalaman Lynas sendiri yang mengatakan asid yang digunakan untuk mengasingkan rare earth itu berbahaya dan menghasilkan gas radon. Fakta inilah yang menyebabkan rakyat ada hak untuk membantah pembinaan kilang tersebut di Gebeng sebenarnya]. |
Posted: 31 May 2011 12:46 PM PDT KUANTAN, 1 Jun - Nampaknya teori penyelewengan projek pembinaan kilang memproses rare-earth oleh Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini bertambah panas. Ia susulan terdapat pendedahan sebelum ini dan terkini mengatakan Chairman Board Of Governors Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ialah adik bongsu kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Beliau yang dimaksudkan itu ialah Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob (foto). Beliau difahamkan bertugas dengan agensi terbabit mulai tahun 2009 hingga 2010. Tiada apa lagi yang boleh kita perketakan dengan pendedahan ini sebenarnya. Namun, apa yang jelas kita boleh rungkaikan ialah bagaimana kumpulan pakar IAEA yang berada di sini sekarang mahu membuat laporan negatif terhadap projek tersebut jika bekas boss mereka adalah adik kepada Menteri Besar Pahang itu sendiri?. Bukankah, ini membuktikan kepada kita memang ada permainan "adik beradik" dalam meluluskan atau pun membawa projek berisiko ini ke Malaysia. Apa jua alasan yang diberikan oleh MB Pahang untuk menidakkan perkara ini sudah tidak wajar dipercayai lagi. Mana mungkin seorang adik mahu melanggar sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh abangnya. Inikan pula projek bernilai ratusan juta seperti Lynas ini sebenarnya. Oleh itu, rakyat tidak hairan sekarang, kenapa pakar-pakar yang sepatutnya mengambil masa sebulan untuk mengkaji tahap keselamatan Lynas telah awal-awal lagi mengatakan projek tersebut mengikut "standard yang telah ditetapkan". Padahal mereka belum pun turun padang untuk melawat ke kilang Lynas di Gebeng itu sebenarnya. Kita tidak mahu menuduh sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam hal ini. Namun, secara kesimpulannya rakyat memang tahu apakah "kaedah" mana-mana pelabur dan pihak yang mahu mendapatkan apa-apa projek di Pahang sejak dulu kini dan selamanya. Bukti kukuh, adik MB Pahang, Dato Muhammad Shahrul Ikram Yaakob rupanya adalah IAEA Board Of Govenors Chairman tahun 2009-2010 GM IAEA Yukiya Amano bersalaman dengan adik MB di Mesyuarat Ahli Lembaga (Gabenor) IAEA di Vienna, Austria pada 13 September 2010 |
Posted: 31 May 2011 10:16 AM PDT Kekecohan yang berlaku dalam demontrasi aman bantah Lynas yang berlaku di perkarangan Hotel Hyatt dan tempat letak kereta pantai Teluk Chempedak semalam, benar-benar mencemarkan imej UMNO BN dan Kerajaan Negeri Pahang sendiri sebenarnya. Biar pun kumpulan terbabit yang dikatakan menyokong Lynas berjaya menghalau malah menakut-nakutkan beberapa orang aktivis Save Malaysia Stop Lynas, namun tindakan mereka itu jelas sekali mencemarkan nama baik agama, bangsa dan negara. Orang Melayu yang cukup terkenal dengan tatasusila dan sopan santun tiba-tiba jadi "hilang akal" terpekik terlolong dan melakukan provokasi untuk menganyang sesiapa saja yang didapat menyokong Lynas. Akibatnya, mereka bertindak keterlaluan termasuk menyepak, menolak, menerajang hingga kepada sanggup memecahkan cermin kereta. Budaya ini tidak wajar berlaku dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. Hak mereka untuk membantah adalah keperihatinan masing-masing. Manakala hak mereka untuk menyokong itu juga adalah tanggungjawab masing-masing. Soalnya, kenapa perlu ada provokasi dan tindakan ganas?. Dalam kejadian semalam, jelas sekali membuktikan Kerajaan Negeri Pahang terlalu takut dengan bantahan rakyat, hingga sanggup mengarahkan tindakan sedemikian dilakukan kepada mereka yang membantah. Apa pun, diharapkan perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa yang lain. Antara pemimpin UMNO yang hadir Bahazelan Wahab (SU Indera Mahkota) Zaili Besar (YB Panching), Safri Aziz (Exco Tugas Khas) & Sam (Setpol MB) Sebahagian daripada pemimpin wanita UMNO yang hadir menyokong Lynas Kain rentang sokongan Lynas yang turut dipamerkan kepada orang ramai Mereka yang sokong tentu ada sebab, tetapi jangan salahkan yang bantah mahu hadiri mesyuarat dengan pakar-pakar jemputan kerajaan (IAEA) Kenderaan ditendang dan aktivis dikasari ketika mahu tinggalkan lokasi [Adalah lebih elok jika UMNO dan NGO yang menyokong Lynas menubuhkan jawatankuasa mereka untuk melakukan kempen bagi menyedarkan rakyat tentang kepentingan Lynas. Buat program di sana sini dan ajak rakyat mendengar. Jika mahu adakan demontrasi, buat secara terancang dan panggil semua rakyat turun menyokong. Panggil media untuk membuat liputan dan adakan sidang media menyatakan sokongan terhadap Lynas. Jika mahu lebih baik lagi, kumpulkan seberapa ramai rakyat dan buat program menyokong Lynas di mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai. Dengan cara itu, mungkin rakyat akan memahami dan mengetahui kenapa mereka menyokong Lynas. Namun, kaedah yang digunakan oleh UMNO semalam jelas sekali menjatuhkan maruah mereka sendiri. Kehadiran penyokong Lynas dengan bayaran tertentu, disediakan makan minum serta lain-lain kemudahan, jelas hanya untuk membuat provokasi dan menyerang pihak yang membantah Lynas. Apakah kita tiada undang-undang dan begini caranya untuk menyatakan sokongan. Harap pemimpin UMNO Pahang terutamanya Menteri Besar Dato' Sri Adnan Yaakob mengambil perhatian serius teguran ini. Usahlah dikeruhkan suasana harmoni sesama kita dengan cara ini lagi]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan