Rabu, 29 Jun 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Bersih: Edar bendera Malaysia pun ditangkap?

Posted: 29 Jun 2011 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mempersoal tindakan polis menangkap aktivis Bersih termasuk Adun di Sungai Siput, Perak pagi tadi.

Beliau mahu pihak polis menjelaskan apa kesalahan yang dilakukan mereka sehingga digari dan dibawa ke balai polis Sungai Siput.

"Saya mempersoalkan apakah alasan mereka ditangkap, adakah kerana pakai baju kuning atau baju merah atau sebab edar risalah parti atau bendera Malaysia?" soalnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Seramai 14 orang yang ditahan polis kira-kira 9.00 pagi di Pasar Sungai Siput termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang, Adun Jalong, Leong Mei Meng dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri Perak, Tan Kar Hing.

Polis membuat penangkapan mereka dengan memberi alasan mengedar bendera Malaysia dengan memakai baju Bersih.

Khalil Idham yang juga Adun Titi Serong menyifatkan penangkapan itu sebagai melanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun.

"Saya menganggap penangkapan adalah secara tidak sah dan nmelanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bergerak secara sah sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Fasal 10(1)/b.

"Saya dan Adun-adun Pakatan yang lain datang untuk memberi sokongan moral kepada meraka, juga harap semua petugas Pakatan tidak lemah semangat untuk mengedarkan risalah di mana-mana saja," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju Bersih 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T Bersih berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram," katanya kepada wartawan. -Hrkh

Cakap berapi-rapi, tak sangka Najib takut pada Himpunan Bersih ...

Posted: 29 Jun 2011 04:00 AM PDT

29 JUN — Perhimpunan Bersih 2.0 telah mengundang berbagai tindak balas dari penyokong Barisan Nasional. Dari respon yang kurang bijak persatuan-persatuan peniaga pro-BN yang menyatakan bangkangan mereka di atas alasan terjejasnya perniagaan; kepada yang paling ekstrim dalam bentuk ancaman membunuh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga.

Walau apa sekali pun respon dan alasan di sebaliknya, kesemuanya bertujuan untuk menghalang berlakunya himpunan ini. Respon dan tindak balas sebegini merupakan bukti betapa BN amat gentar dengan himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Mereka khuatir kerana perhimpunan ini merupakan pembuka jalan kepada era politik baru dan penamat kepada politik kotor yang berpaksikan fitnah pimpinan BN.

Hakikatnya, rakyat semua mengetahui betapa Pilihan Raya yang dianjurkan selama ini adalah tidak adil, berat sebelah dan diurus dengan tujuan untuk memenangkan BN. Pilihan Raya dan kebebasan bersuara yang dibenarkan sekadar untuk memberikan persepsi adanya demokrasi, tetapi tahapnya dikawal supaya tidak menjejas kedudukan BN.

Dalam keadaan begitu sekalipun BN telah dapat dikalahkan di beberapa Negeri pada tahun 2008. Sekiranya Pilihan Raya pada ketika itu diadakan secara bebas dan bersih, dengan diberi semua pihak akses kepada media perdana, tiadanya undi pos dan lain-lain seperti terkandung dalam tuntutan Bersih (1), insyaAllah sudah pasti BN akan dapat dikalahkan diperingkat Kebangsaan juga.

Oleh yang demikian, Bersih 2.0 perlu diteruskan supaya BN memahami bahawa rakyat tahu bagaimana mereka telah ditipu selama ini dan bagaimana penipuan ini mengekalkan sebuah kerajaan yang telah hilang kredibiliti serta legitimasinya dalam kedudukan berkuasa.

Sebenarnya, semua yang siuman dan tidak berkepentingan pasti akan menyokong perhimpunan Bersih diadakan. Ianya menuntut supaya Pilihan Raya dilakukan secara adil dan bersih. Hanya yang inginkan Pilihan Raya yang kotor, tidak telus dan tidak adil sahaja yang akan membantahnya. Hanya yang ingin kekal berkuasa dengan menafikan hak rakyat serta ingin melihat rakyat terus ditundukkan akan mempertahankan proses Pilihan Raya yang jelas tercemar!

Kerajaan BN wajib menghormati rakyat dan itulah sebenarnya intipati tuntutan BERSIH. Iaitu supaya suara dan kehendak rakyat dalam memilih kerajaan yang ingin diamanahkan dengan kuasa pemerintahan dihormati dan diterima. Tanpa adanya sebarang usaha penyalahgunaan kedudukan dan kekuasaan untuk menentukan pilihan rakyat melalui proses pemilihan yang berat sebelah lagi songsang. Sekiranya melalui proses pemilihan yang Bersih ini rakyat menolak BN di peringkat Negeri dan Negara, maka BN wajib menerima pilihan rakyat dan berundur secara terhormat. Itulah intipati demokrasi. Bukan hanya sebagai cogankata dan retorik semata-mata, sambil pandangan dan pendapat rakyat dikuasai dan kehendak rakyat dinafi melalui proses yang tercemar.

Semua yang ingin menghalang Bersih, samada Perkasa, Pemuda Umno atau pihak olis sekalipun, hanya menzahirkan keinginan untuk mempertahankan sesuatu yang ditolak rakyat, iaitu proses Pilihan Raya yang dicorakkan mengikut kepentingan BN. Sepatutnya mereka, lebih-lebih lagi pihak Polis, berdiri bersama rakyat dalam usaha membersihkan proses pilihan raya. Supaya penipuan terhadap rakyat dan kekuasaan ke atas rakyat melalui penipuan ini dapat dihentikan. Himpunan Bersih merupakan usaha mulia, tuntutan adil lagi berasas dan menepati kehendak Syariat Islam dan Perlembagaan Negara; sepertimana yang telah dinyatakan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Prof. Aziz Bari.

Oleh itu, sepatutnya pihak Polis menjaga dan melindungi peserta himpunan tersebut, menjaga lalu lintas supaya kesan kesesakan dikurangkan, menjaga keselamatan peserta supaya tiada sebarang provokasi dan dengan itu ianya akan berjalan dengan selamat dan aman. Sepertimana himpunan yang menuntut rasuah dihentikan, penjenayah ditahan dan jenayah diperangi tidak wajar dihalang dan ditentang, begitu juga himpunan yang menuntut Pilihan Raya yang bersih dan adil. Sepatutnya Perkasa menyokong dan Pemuda Umno turut bersama dan bukan bertindak-balas seperti sekarang. Namun, hakikatnya, mereka bukan mementingkan rakyat dan hak rakyat. Mereka hanya mementingkan status quo dan usaha mempertahankannya walaupun rakyat inginkan ianya ditukar.

9 Julai 2011, tarikh keramat, tarikh perubahan, tarikh kebebasan. Saya berharap agar warga Shah Alam khususnya dan Malaysia amnya akan bersama saya, turun pada hari itu untuk bersama-sama mencatat sejarah di bumi Malaysia yang kita cintai.

* Khalid Samad adalah Ahli Parlimen Shah Alam.

Perhimpunan Halal Jika Dibuat Pihak Yang Haram Jadah

Posted: 29 Jun 2011 03:49 AM PDT



DEY MACHA!!!
SESSI MEREMPIT DEPAN PEJABAT PKR KINI HALAL
KAH! KAH! KAH!

INILAH DIA MAT-MAT REMPIT DIDIKAN UMPORNO
DENGAN SEHELAI T-SHIRT PATRIOT
MEREKA SEDIA BERJIHAD DEPAN PEJABAT KOSONG
KAH!KAH!KAH!



PATRIOT KE PAKTUROT?
KAH! KAH! KAH!

PERHIMPUNAN DEPA TETAP HALAL
WALAUPUN NAMPAK MACAM HARAM JADAH
KAH! KAH! KAH!

Belanja RM750j PLKN Tidak Masuk Akal

Posted: 29 Jun 2011 03:49 AM PDT

Jumlah perbelanjaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta.

Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.

Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini.

Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengkaji semula pelaksanaan PLKN kerana program itu terbukti berjaya dalam mencapai misi dan visi penubuhannya.

Bagaimanapun, Siew Fook berkata, timbul pelbagai persoalan mengenai kos itu dikatakan tidak masuk akal dan timbul kebimbangan sama ada jumlah itu boleh dikekalkan atau semakin meningkat serta menggalakkan pembaziran wang rakyat.

"Ketika ia mula dilaksanakan pada 2004, semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, beliau mengumumkan kerajaan menetapkan satu had perbelanjaan maksimum, RM500 juta setahun.

"Apa yang berlaku sekarang sebaliknya, belum sampai 10 tahun, ia meningkat 50 peratus kepada RM750 juta," katanya.

Beliau turut mempersoalkan jaminan tiada sebarang peningkatan perbelanjaan PLKN sekiranya tempoh PLKN pelajar dilanjutkan lebih tiga bulan sebagaimana dicadangkan Ahmad Zahid sebelum ini.

"Saya rasa tidak mustahil belanja PLKN sahaja cecah RM1 bilion memandangkan tahun ini baru ada tujuh bulan, belanja hampir cecah RM750 juta dalam tempoh setahun.

"Apa yang kita persoalkan, banyak mana dibelanjakan untuk pakaian seragam, pembekal makanan? Jadi, kerajaan patut kaji pelaksanaan ini kerana kita khuatir matlamatnya tidak tercapai," katanya.

Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya modul PLKN diterapkan ketika pelajar di sekolah menengah bagi menjimatkan perbelanjaan.

"Memandangkan ia tidak telus, saya menyeru Ketua Audit Negara supaya mengaudit perbelanjaan PLKN, kita manu tahu berapa jumlah belanja diperuntukkan untuk setiap peserta," katanya. -SH

Polis serbu, geledah sekretariat BERSIH 2.0

Posted: 29 Jun 2011 03:47 AM PDT

Sekretariat BERSIH 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini diserbu dan digeledah oleh polis.

Sepuluh anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.

NONEMaria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.

Beliau yang ketika itu di bangunan Parlimen berkata dia dimaklumkan polis datang dengan lima kereta tanpa logo polis yang bercermin gelap dan mereka juga tidak memakai seragam. Sebuah trak besar polis tiba kemudiannya.

Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi.

Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.

NONEAnggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.

Tumpuan mereka adalah baju-T BERSIH yang kemudiannya dihitung jumlahnya sebelum dirampas oleh polis.

Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.

Polis juga mencatatkan butiran Mykad kakitangan Empower yang dijadikan sekretariat BERSIH 2.0.

Selain itu, butiran Mykad kira-kira 20 wartawan dan jurugambar yang berkumpul di luar pejabat itu juga dicatatkan selain diminta membekalkan nombor telefon masing-masing.

Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen, Maria berkata beliau dimaklumkan bahawa polis kemudiannya merakamkan kenyataan daripada kakitangan BERSIH.

NONEBeliau juga mencabar ketua polis negara bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat.

Menurut Maria sejak beberapa hari lalu hampir 100 orang telah ditahan kerana memakai kemeja T BERSIH dan mengedarkan risalah berhubung perhimpunan 9 Julai ini.

"Ini adalah hak asasi manusia, adalah hak kita untuk berhimpun secara aman dan kami telah berulang-kali tekankan bahawa ia adalah perhimpunan aman.Kita tidak akan timbulkan huru-hara seperti yang didakwa," katanya.

Dalam serbuan tersebut, tujuh beg barang, lima kotak dan empat kain rentang dirampas.

Manakala tujuh petugas Empower (NGO yang bergabung dalam BERSIH) dibawa ke ibupejabat polis Petaling Jaya untuk soalsiasat. -M'kini

Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno BN

Posted: 29 Jun 2011 03:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.

"Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

"Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah," ujarnya melalui Twitter.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.

"Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional," katanya.

Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan. -Hrkh

Subsidi: Kerajaan utamakan syarikat besar daripada rakyat miskin

Posted: 29 Jun 2011 03:42 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng terkejut apabila mengetahui Kerajaan Persekutuan mengenakan pemotongan subsidi barangan keperluan harian yang membebankan rakyat tetapi masih kekalkan subsidi tinggi bagi gas petroluem cecair, diesel dan petrol yang menguntungkan Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Mengikut jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Razak (gambar kanan) di Dewan Rakyat baru-baru ini, subsidi kerajaan bagi barangan keperluan harian seperti padi, beras, gula dan tepung hanya 10% daripada subsidi yang diberikan kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol.

Subsidi yang diberikan kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol pada tahun 2011 adalah RM 10.25 billion (dan telah ditambah sebanyak RM5.6 billion kepada RM15.9 billion kerana kerajaan terpaksa menambah subsidi untuk mengekalkan harga runcit RON95), tetapi subsidi untuk barang-barang keperluan rakyat seperti beras, gula dan tepung hanya RM 1.5 billion. Kenapa Kerajaan Persekutuan tidak memotong subsidi kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol, dan mengembalikan subsidi yang benar-benar dapat meringankan beban rakyat golongan pertengahan dan bawahan tanpa membebankan kedudukan kewangan negara?

Kerajaan yang berjiwa rakyat sepatutnya mengurangkan beban rakyat jelata dan bukannya membantu kroni-kroni mereka untuk mencapai kejayaan. Nampaknya Kerajaan BN buat yang sebaliknya.

Di Dewan Rakyat, Lim bertanya apakah langkah Kerajaan dalam mengatasi inflasi dan mengurangkan kesannya terhadap peniaga dan rakyat Malaysia ekoran penarikan subsidi diesel dan statistik kenaikan harga barang mentah, minyak dan diesel sejak lima tahun lalu.

Menteri Kewangan menjelaskan bahawa Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM23.7 bilion atau 14.6% daripada perbelanjaan mengurus bagi jumlah keseluruhan subsidi untuk tahun 2011. Pecahan terperinci perbelanjaan tahunan subsidi mulai tahun 1999 hingga 2011 adalah seperti dalam Jadual di bawah.

JUMLAH PERBELANJAAN SEBENAR SUBSIDI (RM JUTA) ~ 1999 – 2011

1.Daripada tahun 2008, biasiswa dan bantuan pelajaran diklasifikasikan di bawah subsidi.
2.Termasuk bantuan kepada golongan miskin, warga emas, Orang Asli, orang kelainan upaya dan golongan mudah terjejas.
3.Insentif untuk membantu petani, nelayan dan penternak bagi meningkatkan pengeluaran makanan.
4.Termasuk rebat tunai dan lain-lain.

Kerajaan Persekutuan telah menambah peruntukan bagi subsidi petroleum, diesel dan LPG sebanyak RM 5.6 billion daripada RM 10.3 billion kepada RM 15.9 billion bagi tahun 2011. Begitu juga dengan subsidi minyak masak di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ditambah sebanyak RM 700 juta daripada RM 928 juta kepada RM 1.6 billion bagi tahun 2011, menjadikan jumlah besar Perbelanjaan subsidi RM 30 billion.

Beliau mengatakan bahawa pada bulan Mei 2011, subsidi gula telah dikurangkan 20 sen yang dijangka memberi penjimatan sebanyak RM117 juta. Walau bagaimanapun, Kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak RM283 juta. Selain itu, pemansuhan diesel super subsidi bagi pengangkutan darat tertentu seperti penggerak utama (prime mover), kargo am dan teksi limosin serta nelayan laut dalam (zon C2) mulai 1 Jun 2011 dijangka menghasilkan penjimatan sebanyak RM712 juta.

Penjimatan daripada pemotongan subsidi tersebut tak sampai RM1 billion tetapi tetap telah membebankan rakyat. Sebaliknya subsidi untuk gas dan minyak telah bertambah.

Mengikut Jadual Subsidi Tahunan, berbanding dengan tahun lepas, semua subsidi tahun ini untuk syarikat besar naik kecuali subsidi untuk rakyat biasa telah turun. Ini memberikan gambaran bahawa kerajaan persekutuan lebih memberikan prihatin kepada syarikat besar dan kaya daripada rakyat miskin. Contohnya subsidi untuk gas dan minyak telah naik daripada RM 9,605 juta dalam 2010 kepada RM 10,256 juta dalam 2011 (dan ditambah RM 5.6 billion kepada RM 15.9 billion).

Manakala subsidi bantuan kebajikan lain untuk orang miskin telah turun daripada RM 2,376 juta untuk 2010 kepada RM 1,879 juta untuk 2011. Subsidi untuk beras dan gula pun telah turun daripada RM 1,927 juta untuk 2010 kepada RM 1,572 juta untuk 2011. Dan lagi, insentif untuk membantu petani, nelayan dan penternak bagi meningkatkan pengeluaran makanan pun telah turun daripada RM 524 juta untuk 2010 kepada RM 401 juta untuk 2011.

Jelas dalam gelombang pengurangan subsidi, subsidi untuk rakyat biasa dan miskin dipotong lebih secara perbandingan dengan subsidi untuk korporat.

*Kenyataan oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Kawasan Bagan dan Setiausaha Agung DAP.

Bersih 2.0: Polis Mesti Profesional, Bukan Jadi Macai Umno-APCO!!

Posted: 28 Jun 2011 05:04 PM PDT


Pasti berlaku provokasi untuk memburukkan perhimpunan Bersih, tetapi
Pakatan Rakyat ada "ramuan" untuk mengatasi taktik kotor Umno-APCO dengan
bantuan pencacainya yang paling setia, PDRM!

Mengecam tindakan polis menjelang Himpunan Bersih 2.0, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika pihak polis memisahkan kumpulan berlainan parti ketika hari penamaan calon, mengapa tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PAS berkata polis seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat demi menghormati hak untuk berhimpun.

Tuan Ibrahim berkata ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.

"Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Sehubungan itu Tuan Ibrahim turut menyarankan polis untuk mewujudkan 'zon penampan' bagi mengelak pertembugan dua atau lebih kumpulan.

"Kalau polis gagal mewujudkan 'buffer zone', maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat," kata beliau.

Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan pada 9 Julai.

Kumpulan yang menentang Himpunan Bersih 2.0 iaitu Perkasa dan Pergerakan Pemuda juga mahu mengadakan perhimpunan balas pada hari yang sama.

Dalam kenyataannya Tuan Ibrahim juga mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

"Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis," kata Tuan Ibrahim.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

"Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang," katanya.

Beliau juga bertanya atas alasan apa aktivis dan penyokong Himpunan Bersih 2.0 ditangkap.

Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini.

Malah, katanya pihak polis sudah turut serta untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga mengingatkan polis bahawa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya.

Video ihsan FreeMalaysian









PR Desak Putrajaya Perinci Kos RM49 Juta Biaya Rumah PM, TPM

Posted: 28 Jun 2011 04:56 PM PDT

Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan serta kos sara hidup, kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) pula membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 itu dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

Malah, beliau turut menggesa pentadbiran Najib memperincikan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan kerana ia disifatkan sebagai tidak munasabah dan meragukan.

"Disaat rakyat, seluruh agensi dan jabatan kerajaan disuruh berjimat cermat dengan keadaan ekonomi yang semakin parah ini, Kerajaan Umno-BN pula membelanjakan berbilion ringgit wang rakyat untuk kos baik pulih kediaman dua pemimpin negara. Dan jumlah yang dibelanjakan hampir RM 60,000 sebulan. Apa yang dibaik pulih kita pun tidak tahu," soalnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang) memberitahu, kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut mengesa kerajaan supaya mendedahkan perjanjian sewa beli kediaman rasmi terbabit dengan Perbadanan Putrajaya Holding kepada rakyat.

"Kita dapati terlalu banyak pemborosan berlaku dan ini baru melibatkan kediaman rasmi, belum lagi melihat kepada aset-aset kerajaan yang lain. Jadi timbul persoalan disini kenapa kediaman rasmi ini disewa daripada Perbadanan Putrajaya Holding," soalnya.

"Jadi kita minta ia didedahkan kepada rakyat tentang perjanjian tersebut bahawa. Dan selama mana kerajaan terpaksa menyewa kediaman ini," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook berkata perkara ini jelas mencerminkan wajah sebenar pemimpin tertinggi negara yang tidak menginsafi keperitan hidup rakyat sebaliknya rakus meratah wang rakyat.

"Sekarang baru kita tahu mengapa pimpinan tertinggi negara kita tidak tahu kesusahan rakyat, kerana mereka memang tidak akan merasainya. Dan oleh itu, mereka hanya tahu tarik balik subsidi gula sebanyak 20sen dengan alasan ianya rasional jangan makan gula lebih, memang lah mereka tidak rasa mereka boros, elektrik sehari RM 5,704.00, bila air sehari RM 1.092.00," katanya. -tvsnews


Tiada ulasan: