Muslimeen United |
- Demi rakyat, we vote for change
- Pengalaman Gua Melihat Karomah Seorang Alim.
- PAS rombak kepimpinan bagi rampas Terengganu
- Saman Ekor: Kerajaan Degil Tak Patuh Undang-undang, Harapan BN Kalah PRU Jelas
- ANWAR DAN RAKYAT
- Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH
- MAP: Jayakan BERSIH, heret Ibrahim ikut Akta Hasutan
- Himpunan Bersih: BN Dah Panik Tak Tentu Pasal
- Dr Rani yakin saf baru mampu pertahan Selangor
- PAS anjur pertandingan video BERSIH
- BERSIH: Masa Untuk Bercakap Sudah Berlalu
- Kabinet baru PAS Kelantan, Kedah dan Perak.
- Kuala Terengganu Selepas Dilanda Ribut Taufan
- YB Dato Husam menang saman difitnah akhbar watan
Demi rakyat, we vote for change Posted: 21 Jun 2011 07:15 AM PDT |
Pengalaman Gua Melihat Karomah Seorang Alim. Posted: 21 Jun 2011 06:55 AM PDT ![]() Ramai kenalan gua terdiri dari ahli Umno dan keluarga gua pula adalah penyokong kuat PAS walau pun gua sendiri bukan ahli mana-mana parti. Gua selalu mengikuti ceramah-ceramah PAS dan Umno, gua bukan jenis terima bulat-bulat apa yang dikatakan para pemimpin Umno atau pun pemimpin PAS. Dulu gua menyokong Anwar semasa beliau memimpin ABIM bersama dengan al-Marhum Ustaz Fadhil Noor. ![]() Ketika itu TG Haji Hadi adalah Yang Dipertua Abim Terengganu sebelum beliau meletak jawatan dari kerajaan Terengganu yang dipimpin Wan Mokhtar. Sebenarnya jawatan TG Haji Hadi ialah pagi masuk petang balik, tiap-tiap bulan terima gaji. Beliau disediakan sebuah meja dan sebuah kerusi tanpa melakukan apa-apa kerja kerana Wan Mokhtar cuba mengikat beliau dari masuk politik selepas pulang dari pengajiannya dia di Asia Barat. Ini adalah cerita yang beliau ceritakan pada gua semasa gua bertandang di rumahnya bersebelahan masjid Rusila dan masa itu beliau telah menjawat sebagai Timbalan Presiden PAS. Dua minggu sekali beliau datang mengajar agama di kampung orang tua gua yang terletak diperdalaman daerah Marang. Gua pernah bersama-sama ahli PAS memenangkan beliau untuk ahli parlimen Marang dan Dun Rusila pada 1990. ![]() Waktu itulah wujudnya pengundi hantu yang dibawa dari Pekan, Pahang iaitu pekerja kilang milik seorang bilioner yang terkorban dalam nahas helikopter di Pahang. Jika tidak kerana kerja keras ahli-ahli PAS, pasti TG Haji Hadi akan kecundang kerana lebih 3000 ribu pengundi hantu dapat ditahan. Walau pun gua bukan ahli PAS tetapi gua menghormati beliau sebagai seorang Tok Guru. Gua selalu mendengar cerita-cerita tentang 'Karamah' beliau, tetapi bagi gua ianya hanyalah sebagai berita dari penyokong fanatik beliau. Untuk segelintir lu yang kurang tahu tentang apa itu 'Karomah', maka gua story sikit kat lu. Gua pun bukan tahu sangat walau pun gua banyak membaca tentang Karomah-Karomah orang alim seperti Sheikh Abdul Kadir Jailani, Tok Kenali, Tokku Paloh, Tuan Tulis dan ramai lagi. Karomah ialah suatu perkara yang luar biasa di mana akal kita pun tidak boleh memikirkannya kerana ia cukup luar biasa. Karomah hanya diberikan kepada orang-orang alim atau ahli sufi sebagaimana Allah s.w.t. memberikan Mukjizat kepada Rasul-Rasul Nya dan sebesar-besar Mukjizat ialah Al-Quran yang diturunkan kepada kekasih Nya Rasulullah s.a.w. Sepertimana Allah s.w.t. berfirman, "TidakKU jadikan alam ini melainkan kerana kasihKU terhadap Nur Muhammad. Dengan kekuasaan Allah s.w.t. kepada hambanya, gua telah ditunjukkan di hadapan mata gua sendiri kehebatan TG Haji Hadi dan cerita ini gua kongsikan bersama lu all. Pada satu malam di mana giliran TG Haji Hadi mengajar kuliah agama di kampung orang tua gua. Kebiasaaannya gua akan ke masjid untuk mendengar kuliah agama dan solat bersama-sama dengan TG Haji Hadi. Nak jadikan cerita, kebetulan hari itu gua keberatan untuk ke masjid dan gua hanya duduk kat lambor (beranda) rumah ajer. Kuliah TG Haji Hadi boleh didengar melalui pembesar suara dan kebetulan pula rumah gua hanya 40 meter sahaja dari masjid. Selepas solat Maghrib kuliah pun bermula, gua dapat mendengarnya dengan jelas. Tiba-tiba kedengaran guruh dan petir yang amat kuat dengan ribut berserta hujan yang lebat. Tidak semena-mena elektrik terpadam di seluruh kampung orang tua gua kerana ia dialirkan oleh satu pencawang kecil yang terdapat di kampung itu. Biasa ler bagi sebuah kampung yang terpencil dari daerah Marang bila berlaku blockout, semua rumah terpadam tetapi masjid tempat TG Haji Hadi cerah benderang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Semua orang yang berada didalam masjid tidak mengetahui apa yang berlaku. Selepas kuliah yang disampaikan oleh TG Haji Hadi hampir selesai, elektrik kembali pulih dengan izin Allah s.w.t. Ketika itulah gua terpegun dan tidak semena-menannya bulu roma gua naik menegak kerana melihat sendiri keajaiban yang Allah s.w.t. tunjukkan kepada gua. Keesokan paginya gua story kat orang-orang tua yang berada dalam masjid apa yang berlaku, mereka semua terkejut dan mengucap panjang mendengar cerita gua. Gua rasa inilah keajaiban yang hanya sekali dalam seumur hidup, gua dapat menyaksikan 'Karomah' seorang alim. Gua memang banyak mendengar Karomah TG Nik Aziz dan TG Hadi Hadi tetapi inilah pertama kali gua melihat di hadapan gua dalam keadaan sedar dan waras. Gua ada tanya kat ustaz-ustaz dan mereka kata gua dikira bertuah melihatnya. Kalau Rosmah ker, pemimpin Umno ker, Perkosa ker, Pukida ker dan yang sewaktu dengannya, gua boleh kata hari-hari dengar dan lihat KARAMamah mereka, malah lebih hebat lagi. Pagi ada kat Malaysia, petang dah ada kat Qatar, sampai Qatar tangan kosong, tiba-tiba RM300,000 jatuh dari siling. Pergi New York dengan tangan kosong, bila balik penuh barang 2 kontena. Pagi ada kat Seri Perdana, malam dah ada kat hotel bajet USD 30,000 satu malam. Inilah sebahagian KARAMamah yang dimiliki oleh Rosmah, belum lagi yang lain-lain. Kalau nak story KARAMamah mereka semua, gua kena karang buku 20 jilid. Catatan oleh Gerakan Anti Najib/Rosmah |
PAS rombak kepimpinan bagi rampas Terengganu Posted: 21 Jun 2011 05:34 AM PDT ![]() Walaupun meraih kejayaan mengejutkan dengan merampas 28 daripada 32 kerusi DUN pada 1999, PAS Terengganu hari ini boleh diibaratkan "orang buta yang kehilangan tongkatnya". Pada pilihan raya umum 2004, PAS hanya menang di empat kerusi DUN. Semasa 'tsunami politik' melanda empat tahun kemudian, parti itu hanya menambah dua kerusi, sedangkan BN tumbang di empat negeri dan terus gagal di Kelantan. ![]() Justeru, selaras dengan perubahan pada muktamar parti itu awal bulan ini, PAS Terengganu dilihat menjadikan perkara itu sebagai pertimbangan utama dengan membariskan pemimpin yang lebih muda sekitar 40 hingga 50 tahun. Kejar bola Dalam rombakan Sabtu lalu, Mohd Abdul Wahid menamakan Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal) sebagai timbalan pesuruhjaya. Seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga dilantik. Lebih bertenaga |
Saman Ekor: Kerajaan Degil Tak Patuh Undang-undang, Harapan BN Kalah PRU Jelas Posted: 21 Jun 2011 03:12 AM PDT
![]() KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang membatalkan tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan, terutamanya yang terlibat dengan kesalahan trafik di bawah saman ekor. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata sehingga 30 April lepas sebanyak 11,814,008 saman ekor atau Notis Saman POL 170A masih belum dijelaskan lagi. "Walau bagaimanapun tindakan menyenarai hitam ini ditangguhkan buat sementara waktu kerana PDRM bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Peguam Negara sedang mengemas kini prosedur berkaitan dengan tindakan tersebut," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada sidang Dewan Rakyat di sini, Selasa. Sim ingin tahu jumlah tunggakan saman ekor yang masih belum dijelaskan serta adakah benar tindakan menyenarai hitam telah dibatalkan dan sama ada kementerian bercadang menghadapkan Orang Kena Saman (OKS) yang belum menjelaskan saman ke mahkamah. Hishamuddin berkata, bagi pesalah trafik OKS, mereka boleh menyelesaikan saman masing-masing sama ada dengan membayar kompaun atau melalui perbicaraan di mahkamah. Beliau berkata, dalam hal tersebut, tindakan yang dilaksanakan oleh PDRM terhadap pesalah trafik adalah lebih bersifat prosedural dengan pendekatan awal iaitu melalui khidmat nasihat bagi menyemai budaya pemanduan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya kepada pengguna. Hishammuddin berkata, pendekatan itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai tampil untuk menyelesaikan saman mereka di pusat pembayaran saman seperti ibu pejabat polis daerah (IPD), pejabat pos, kaunter PDRM di pusat beli-belah terpilih serta portal iaitu www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my. "Sekiranya OKS enggan menyelesaikan notis ini, PDRM akan menjalankan operasi mencari dan mengesan pemilik yang melakukan kesalahan untuk menyerahkan saman POL 257 dengan turut menyatakan tarikh serta masa untuk mereka hadir ke mahkamah, bagi mencari pertuduhan,"katanya. - BERNAMA Mengikut peruntukan undang-undang: seseorang individu tidak boleh dianggap bersalah, selain dibuktikan dalam mahkamah. "Perlembagaan jelas mengatakan, tindakan tidak boleh diambil ke atas individu sebelum dibuktikan bersalah dalam mahkamah termasuk menahan cukai jalan mengikut peruntukan undang-undang negara ini. Anda mengharapkan rakyat saja yang mematuhi undang-undang sedangkan PDRM dan kerajaan sendiri tidak mematuhinya? -GB
|
Posted: 21 Jun 2011 03:09 AM PDT |
Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH Posted: 21 Jun 2011 03:08 AM PDT Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi. ![]() Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari. Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden. |
MAP: Jayakan BERSIH, heret Ibrahim ikut Akta Hasutan Posted: 21 Jun 2011 12:55 AM PDT ![]() Timbalan Presiden MAP, Zulkifly Ibrahim (kiri) berkata perhimpunan aman itu dibenarkan oleh perlembagaan negara. Merujuk kepada perhimpunan BERSIH 1 sebelum ini, beliau berkata tiada kekecohan ketenteraman awam dan perhimpunan itu berjalan dengan baik dengan memorandum berkenaan berjaya diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. "Kepada pihak berkuasa, terutama polis yang menguatkuasakan undang-undang, hendaklah menghormati dan melaksanakan seksyen 27 Akta Polis, mengawal selia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang bertujuan menjayakan objektif kebebasan bersuara dan bukannya menghalang kebebasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. ![]() Katanya, Perkara 10 dalam perlembagaan jelas menunjukkan jaminan terhadap hak asasi warganegara untuk berhimpunan secara aman. Agenda buat kekacauan PERKASA perlu belajar |
Himpunan Bersih: BN Dah Panik Tak Tentu Pasal Posted: 21 Jun 2011 12:53 AM PDT
![]() Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan. Sebenarnya, sesuatu perhimpunan aman yang dianjurkan bertujuan untuk mendesak dilakukan perubahan dalam sistem pilihan raya dalam sebuah demokrasi tidak harus menjadi satu isu atau dihebohkan tetapi berbeza pula apa yang berlaku di Malaysia. Di negara ini, agak menghairankan kerana berita mengenai cadangan untuk menganjurkan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mencetuskan rasa panik di hati sanubari para pemimpin parti yang memerintah. Sejak Bersih bercadang diadakan perhimpunan aman itu pada 9 Julai bagi mendesak supaya dilakukan reformasi dalam sistem pilihan raya agar lebih bebas dan adil, sehari pun tidak sunyi dengan kenyataan-kenyataan daripada para pemimpin yang meluahkan rasa bimbang mereka. Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan amaran bahawa negara akan ditimpa ketidakstabilan ekonomi dan politik. Sayap pelampau rasis Umno pula, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), juga ingin menganjurkan perhimpunan pada hari yang sama yang bertujuan untuk menghalang Himpunan Bersih. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengugut untuk menahan para peserta dan pada masa yang sama beratus-ratus laporan dibuat kepada polis oleh Umno dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokongnya bagi menentang Himpunan Bersih itu. Terbaru, ketika beliau berucap pada mesyuarat agung Umno di Beaufort, Sabah pada 18 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti pembangkang yang mendalangi Himpunan Bersih itu mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Terdahulu, Bersih menjemput semua parti politik termasuk BN dan Pakatan Rakyat dan NGO serta para aktivis untuk menyertai gerakan rakyat ini yang bertujuan untuk memulihkan intergriti sistem pilihan raya di Malaysia, yang telah sekian lama korup dan memihak kepada parti yang memerintah. Ketika mana Pakatan Rakyat menyahut cabaran ini, BN sebaliknya menolak. Rasional BN pelik Muhyiddin menyangkal usaha Bersih ini dengan mendakwa kemenangan pembangkang yang signifikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sebagai bukti sistem pilihan raya itu dijalankan dengan adil. Beliau bertanya, "jika pilihan raya lalu tidak adil dan saksama, macam mana mereka (pembangkang) boleh mencapai kemenangan? "Jika mereka menang mereka diam dan jika mereka kalah, mereka mendakwa berlaku ketidakadilan. Saya fikir motif mereka ialah untuk mencari jalan pintas ke Putrajaya," katanya. Mengambil contoh kemenangan pembangkang sebagai bukti sistem pilihan raya adalah adil sudah menjadi jawapan yang standard untuk menepis segala salah guna kuasa BN yang semakin meruncing. Tetapi hujah sedemikian tidak logik dan kelakar kerana sama ada sesuatu pilihan raya itu adil harus ditentukan oleh cara bagaimana pilihan raya itu dikendalikan. Faktor-faktor seperti kehadiran atau ketidakhadiran suruhanjaya pilihan raya yang berkecuali dan sama ada wujud atau tidak wujud 'padang permainan yang sama rata.' Ia tidak boleh diukur dengan cara, sama ada seseorang calon itu menang atau kalah. Pilihan raya di Malaysia dimanipulasi dengan tidak adil sehingga membuat kita tidak teragak-agak untuk membuat kesimpulan bahawa Pakatan Rakyat mampu menyapu bersih bagi meraih kemenangan pada PRU 2008 jika sekiranya pilihan raya dijalankan dengan adil dan saksama, memandangkan pecahan undi popular adalah seimbang iaitu pada nisbah 50-50. Sistem pilihan raya yang tempang Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak sebagai komponen dan agen BN? Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila keseluruhan media massa di negara ini dikawal (kecuali Internet) dan berkhidmat sebagai alat propaganda BN? Sejak PRU 2008, pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung mendapati BN berleluasa melakukan amalan rasuah, yang dicetuskan sendiri tidak lain dan tidak bukan oleh Perdana Menteri sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam dua PRK, Hulu Selangor dan Sibu. Lebih mengejutkan ketika mana klip video tentang tawaran rasuah dipertonton di seluruh dunia melalui You Tube, hakim Azhar Mohamed menolak petisyen untuk membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor atas alasan "tidak cukup bukti." Walaupun mahkamah melarang sebarang bentuk rasuah yang dibuat secara terbuka oleh para pemimpin parti pemerintah, pintu rasuah tetap dibuka dengan luas, dan salah guna kuasa berleluasa untuk memberi kelebihan kepada BN. Inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, di mana BN menyapu bersih bagi meraih kemenangan menerusi dua strategi, ugut dan rasuah. Usaha Bersih harus dipuji Berdasarkan keadaan ini, usaha Bersih harus dipuji dan masa untuk menganjurkan perhimpunan ini adalah bertepatan sekali di mana sebuah petisyen akan diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong bagi menyelamat sistem pilihan raya kita daripada dicemuh oleh masyarakat dunia. Di antara tuntutan Bersih ialah, melarang sebarang bentuk beli undi,memulihkan kebebasan dan sikap berkecuali badan-badan penguatkuasa pilihan raya, akses kepada media, menyemak semula sistem undi pos dan membersihkan senarai daftar pemilih yang penuh dengan penipuan dan pengundi hantu. Melihat dari cadangan-cadangan ini yang dituntut ini maka langkah Bersih ini tidaklah menjadi ancaman kepada kepentingan negara. Tetapi ia merupakan suatu usaha untuk menyelamatkan demokrasi dan memulihkan keadilan dan kesaksamaan di mana kita dapati selama ini institusi-institusi kerajaan diperalatkan bagi mengekalkan pemerintahan autokratik mereka. Berhubung keengganan pihak polis untuk mengeluarkan permit untuk perhimpunan itu, kita ingin menasihatkan pihak polis bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan aman itu. Kebebasan untuk berhimpun adalah hak perlembagaan yang dijamin kepada setiap warga negara dan peranan polis ialah untuk memastikan keamanan sepanjang perhimpunan itu dijalankan. Sebarang percubaan daripada pihak polis atau mana-mana pihak untuk menghalang perhimpunan aman ini, yang mempunyai niat yang baik, dianggap sebagai percubaan untuk mencabul perlembagaan dan tidak dapat diterima oleh rakyat. Kita harus sedar bahawa rakyat Malaysia tidak akan berkompromi dalam usaha untuk mendapatkan hak tentang pilihan raya yang bebas dan adil serta hak kebebasan untuk berhimpun. -FMT |
Dr Rani yakin saf baru mampu pertahan Selangor Posted: 21 Jun 2011 12:52 AM PDT
Menurut Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman, mereka terdiri dari kalangan ulamak, profesional dalam banyak bidang kepakaran, korporat dan aktivis masyarakat menjadi tenaga penggerak PAS Selangor. Katanya, dengan kebolehan dan kelebihan yang ada pada setiap mereka yang dilantik bakal menyemarakkan lagi usaha keras PAS negeri dalam mempertahankan Negeri Selangor kekal di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Dr Rani berkata demikian dalam sidang media pertama khas membentangkan senarai kepimpinan PAS negeri di Pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini, pagi tadi. "Pemilihan mereka kali ini adalah berdasarkan kehendak dan sokongan sebulat suara daripada seluruh PAS Kawasan dalam Negeri Selangor. "Dalam hal ini, tidak timbul pecat atau tidak suka kepada seseorang tetapi kehendak ramai mengatasi persoalan peribadi, apatah lagi dalam PAS tidak ada seorang pun melobi untuk dapatkan jawatan," tegasnya. Beliau yang juga Adun Meru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor untuk sesi 2011/2013 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada 12 Jun lalu di Ibu Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Dalam majlis tadi, Dr Rani menyanjung tinggi segala jasa dan bakti mantan pesuruhjaya, Dr Hasan Ali yang berusaha menaikkan imej PAS Selangor selama lapan tahun berturut-turut sebelum ini. "Demi Allah, Dr Hasan adalah mentor saya dalam hal ini, beliau banyak berjasa dan saya menyambung usaha-usaha beliau dengan sokongan sahabat-sahabat semua," jelasnya. Senarai Jawatankuasa PAS Selangor sesi 2011/2013 membariskan Pesuruhjaya dipegang oleh Dr Abd Rani Osman, Tiga Timbalan Pesuruhjaya (Haji Ir Iskandar Abdul Samad, Ustaz Solehin Muhyi dan Khalid Samad), Setiausaha (Peguam Khairuddin Osman), Bendahari (Ir Izham Hashim), Ketua Penerangan (Saari Sungib), Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri (Jaafar Shamsuddin). Tujuh AJK tambahan yang dilantik terdiri daripada Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Dr Hajah Halimah Ali, Noraini Husin, Sani Hamzan, Ahmad Mohamad, Ustazah Mariam Abdul Rasyid dan Abdul Rahman Sadikin. Timbalan Pesuruhjaya, Khalid ketika dihubungi berkata, ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberi dan mengharapkan kerjasasama semua pihak dalam menjayakan cita-cita besar perjuangan. "Kita hendaklah bersatu hadapi Umno, rapatkan saf dalam semua masa apatah lagi menjelang pilihan raya yang semakin dekat, Selangor mesti dipertahankan, kami perlu tumpu untuk membina kekuatan parti khususnya mendapatkan usaha mendapatkan sokongan Melayu, PAS ganti Umno. "Terkandung dalam saranan agar rapatkan saf; lupakan perselisihan lama dan tumpu kepada tugas dan tanggungjawab untuk perkasakan parti dan kuburkan Perkasa/Umno," mesej beliau dari Arab Saudi. Sementara itu, Khairuddin ketika menjawab soalan berkata, PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya bagi menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai depan. Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang agar rakyat jangan bimbang menyertai himpunan itu kerana ia sah di sisi Perlembagaan Malaysia yang membenarkan himpunan aman. Khairuddin juga berkata, dalam minggu ini semua PAS kawasan seluruh Selangor akan membuat lapuran polis terhadap kenyataan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang menyatakan 9 Julai akan berlaku 'perang' jika Bersih teruskan hasrat untuk berhimpun. "Kenyataan itu sangat melampau dan tidak bertanggungjawab, pihak berkuasa mesti menyiasat dan segera bertindak," tegasnya. -Hrkh |
PAS anjur pertandingan video BERSIH Posted: 20 Jun 2011 09:45 PM PDT
![]() Menurutnya lagi, penilaian terhadap video itu dibuat berdasarkan kepada pematuhan syarat pertandingan, mesej yang disampaikan, susunan jalan cerita, kualiti gambar, komen serta jumlah penonton dalam Youtube. "Peserta yang telah memuatnaik video mereka hendaklah menghantar link video berkenaan di Youtube ke email - hermansamsudeen@gmail dengan tajuk "Pertandingan Video" dan menyertakan nama peserta, nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit," katanya. Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 18 Julai manakala keputusan tiga video terbaik akan diumumkan pada 25 Julai ini melalui dalam blog DPPWP dan email kepada pemenang. -M'kini |
BERSIH: Masa Untuk Bercakap Sudah Berlalu Posted: 20 Jun 2011 09:41 PM PDT
![]() KUALA LUMPUR, 21 Jun — Bersih 2.0 menyambut baik kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan perbincangan mengenai pembaharuan pilihan raya tetapi menegaskan sudah terlambat untuk berbincang lagi ekoran penyalahgunaan yang jelas dan ketidakinginan kerajaan untuk memperbaiki sistem sedia ada. "Kami mengucapkan terima kasih kepada SPR atas pelawaan (mereka) tetapi masa untuk berbincang dan bercakap sudah berlalu," kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyataannya malam tadi. "Ini ekoran laporan-laporan terbaru mengenai penyalahgunaan yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak dan menjelang pilihan raya umum (ke-13)," kata beliau. Bekas presiden Majlis Peguam itu memberitahu SPR ada mengesyorkan beberapa pendekatan dalam pembaharuan dalam pelaksanaan undi pos, tetapi idea-idea itu tidak jauh ke mana pun. Ambiga juga memberitahu The Malaysian Insider, idea-idea itu mesti dibentangkan di Parlimen untuk dikuatkuasakan. Justeru beliau menggesa agar SPR demi kepentingan awam mendedahkan idea-idea pembaharuan yang mereka syorkan kepada pentadbrian Najib, tetapi telah diketepikan. Ambiga juga mengecam suruhanjaya itu yang mendakwa bahawa Bersih 2.0 bukan sebuah badan yang bebas, sedangkan pada masa yang sama ia juga tidak menggambarkan bahawa SPR seharusnya bertindak sebagai agensi yang tidak memihak mana-mana pihak. "Tidak kisah dari mana syor-syor pembaharuan ini datang, sama ada kerajaan, pembangkang, NGO atau mana-mana warganegara. Mereka seharusnya mempertimbangkan kesemua syor berdasarkan merit," katanya. Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 dengan syarat Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak diadakan. "Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah. "Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya. Aziz meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak. Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik. "Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu. "Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya. -TMI Mereka (Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR) akan tetap dipertanggungjawabkan di atas segala salahlaku yang mereka lakukan yang menyebabkan pilihanraya diadakan senget sebelah. Terlkalu banyak bukti penyelewengan dilakukan oleh SPR sekalipun mereka menafikan. Enam tuntutan BERSIH 2.0 adalah: 1. Pendaftaran pengundi automatik 2. Penggunaan dakwat kekal 3. Penghapusan undi pos 4. Kebebasan media. 5. Masa berkempen minima 21 hari 6. Jentera kerajaan tidak digunakan untuk berkempen Sekarang, terima dan laksanakan tuntutan tersebut terlebih dahulu, kemudian baru boleh ajak bercakap. Bercakap bagaimana mahu melaksanakannya. Rakyat tidak semudah itu untuk diperdayakan lagi. -GB |
Kabinet baru PAS Kelantan, Kedah dan Perak. Posted: 20 Jun 2011 05:54 PM PDT Nampak gayanya, kebanyakkan Perhubungan negeri buat rombakan besar-besaran. Bukan sahaja PAS Terengganu dan Melaka yang dapat Pesuruhjaya baru buat rombakan tapi negeri-negeri yang dikekalkan pesuruhjaya pun buat rombakan. Nampak gayanya memang kebanyakkan negeri memasukkan muka baru dari kalangan orang muda untuk menguatkan 'kabinet pilihanraya' masing masing. Kat bawah ni aku senaraikan 'kabinet perang' PAS negeri Kelantan, Kedah dan Perak. ![]() Perhubungan PAS Kelantan Pesuruhjaya : YAB TG Nik Abdul Aziz Nik Mat Tim. Pesuruhjaya 1 : YB Ustaz Ahmad Yakob Tim. Pesuruhjaya 2 : YB Husam Musa Tim. Pesuruhjaya 3 : YB Mohd Amar Abdullah Setiausaha Perhubungan : YB Zulkifli Mamat Bendahari : YB Hanifa Ahmad Ketua Penerangan : YB Dr Mohamad Fadzli Hassan Pengarah pilihanraya : Wan Nik Wan Yussof Ketua Dewan Ulamak PAS : Ketua Dewan Pemuda : Ketua Dewan Muslimat : Penolong Setiausaha 1 : Mohd Nasir Che Daud Penolong Setiausaha 2 : Mohd Asri Mohd Zain AJK Perhubungan : Ahmad Fadhli Shaari, YB Takiyuddin Hassan, YB Anuar Tan, Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong dan Dr Johari Mat Kabinet PAS Kelantan tak banyak berubah. Dengan kekalnya Ust Ahmad Yakob sebagai TPJ1 mungkin sebagai hint dari TG Nik Aziz sebagai calon Menteri Besar Kelantan akan datang. Yang berubahnya cuma diperingkat 'pegawai' seperti Setiausaha dan Pengarah Pilihanraya untuk menghadapi PRU13. Perhubungan PAS Kedah Pesuruhjaya: Ustaz Hj Azizan Razak Tim. Pesuruhjaya 1 : Ir. Phahrolrazi Zawawi Tim. Pesuruhjaya 2 : Dr. Ismail Salleh Tim. Pesuruhjaya 3 : Ustaz Md Isa Shafie Setiausaha : Ustaz Musodak Hj Ahmad Bendahari : Ir Amiruddin Hamzah Ketua Penerangan : Mohamad Sanusi Md Nor Pengarah Pilihanraya : Hj Muhamad Yusof Husin Ketua Dewan Ulamak PAS : Sheikh Mohamad Abdullah Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Ahmad Yahya Ketua Dewan Muslimat : Ustazah Siti Aishah Ghazali Penolong Setiausaha 1 : Aizat Zakaria PAS Kedah berubah banyak. Mahfuz dan Ust Taib digugurkan dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya. Macam tu jugak jawatan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan diganti dengan orang lain. Cuma Pak Chop saja bertukar jawatan, dari Setiausaha kepada pengarah Pilihanraya. Harap-harapnya Ust Musodak (gambar) Setiausaha Perhubungan yang baru dapat memperbaiki beberapa kelemahan yang ada terutama sekali berkaitan hubungan dengan kawasan-kawasan. Perhubungan PAS Perak Pesuruhjaya : Ustaz Abu Bakar Husain Tim. Pesuruhjaya 1 : Ir. Nizar Jamaluddin Tim. Pesuruhjaya 2 : Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki Tim. Pesuruhjaya 3 : Haji Razman Zakaria Setiausaha Perhubungan : Dr. Muhaimin Sulam Bendahari : Haji Osman Maseri Ketua Penerangan : Ustaz Nuri Amin Endut Pengarah pilihanraya : Haji Asmuni Awi Ketua Dewan Ulamak PAS : Ust Shuib Din Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Zawawi Ketua Dewan Muslimat : Dr. Najihah Penolong Setiausaha 1 : Ismad Sahril Penolong Setiausaha 2 : Puan Mazidah AJK Perhubungan : Haji Zainuddin Yusuf, Ust Sidik Noor, Azhar Rafie, K Y Tiang, Mohd Zamri Ibrahim, Khairul Anuar Ismail dan Puan Rosaini Ali Kabinet baru PAS Perak berubah banyak dan nampak macam semakin mantab terutama sekali dengan kemasukkan semula Dr. Muhaimin Sulam (gambar) sebagai setiausaha, aku yakin gerakkerja akan jadi lebih tersusun dan terancang. Aku cukup setuju Hj Asmuni dikekalkan walaupun ramai yang tak berapa suka cara dia bekerja. Pada aku PAS Perak memang memerlukan cara kerja Hj Asmuni untuk pastikan kerja-kerja pilihanraya terutamanya di peringkat kawasan berjalan seperti yang dirancangkan.. Berkaitan
|
Kuala Terengganu Selepas Dilanda Ribut Taufan Posted: 20 Jun 2011 05:49 PM PDT
![]() Gambar: SEBUAH kereta Perodua Kelisa di timpa sebatang pokok di Pantai Batu Buruk akibat dilanda ribut kuat. Foto: Aswadi Alias (19/06/2011) Wakil rakyatnya, Datuk Rahin Mohd Said berkata, bilangan rumah yang terbabit dalam kejadian pukul 9 malam itu mungkin meningkat kerana bancian belum diselesaikan. Katanya, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan bumbung serta banyak pokok tumbang dan menghempap bumbung rumah, kereta dan kabel elektrik di sepanjang jalan. "Ribut ini antara yang terburuk dalam sejarah di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah mangsa ribut di beberapa buah kampung hari ini. Rahin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, berkata, Kampung Kebur Air merupakan yang paling buruk apabila lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan. Katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan awal seperti atap dan peralatan bagi membolehkan rumah mangsa dibaiki. – Bernama kredit foto: melayukini.net ![]() ![]() ![]() ![]() |
YB Dato Husam menang saman difitnah akhbar watan Posted: 20 Jun 2011 05:38 PM PDT ![]() Timbalan Pendaftar Mahkamah, Nariman Badruddin membuat keputusan itu dalam kamar, selepas mahkamah membenarkan tuntutan plaintif kira-kira empat bulan lalu. Kesemua plaintif termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah hadir mendengar keputusan itu. Plaintif menamakan defendan dari akhbar Mingguan Watan, M Goenawan Mohamed, Wan Bahador Wan Ismail@Baha Azuwan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Naluri Teratai Sdn Bhd dan Tristan Media Distributors. Saman RM15 juta difailkan terhadap defendan yang didakwa menyebarkan fitnah menerusi artikel siaran akhbar Mingguan Watan bertajuk: 'Siasat Pemimpin Pas Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK', bilangan 17, 21 hingga 27 Disember 2008. Menerusi artikel berkenaan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dikatakan rugi RM21 juta akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang juga ahli lembaga pengarah PKINK berkait satu projek anak syarikatnya. Malah artikel itu juga menyebut: 'Watan difahamkan pindaan perjanjian itu menyebabkan kerugian kepada PKINK kerana untuk melindungi kroni-kroni pemimpin Pas yang dipercayai menjadi 'pelabur tempatan' itu yang memegang 50 peratus ekuiti berkenaan. Susulan itu, Husam menghantar notis supaya defendan-defendan memohon maaf secara terbuka namun mereka menerbitkan pula artikel 4-10 Januari 2009 menegaskan tidak akan meminta maaf. Seterusnya, Husam menuntut defendan membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM5 juta kepadanya atas perbuatan fitnah yang dilemparkan dengan menuntut ganti rugi teladan, teruk, punitif, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi yang dibenarkan mahkamah. Kata Husam, beliau bersyukur dengan kemenangan yang dapat mematahkan fitnah terhadap dirinya bersama dua plaintif lain itu. "Saya sangat bersyukur kerana itu memang satu fitnah secara terang terangan dan Watan pun sudah ditutup serta tidak keluarkan sebarang penerbitan lagi. "Defendan-defendan pula yang tidak hadir ke mahkamah hari ini (semalam) bagaimanapun kita minta ganti rugi itu paling kurang RM5 juta untuk setiap plaintif," katanya. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan