Ahad, 26 Jun 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Kuat perasan

Posted: 26 Jun 2011 08:30 AM PDT


Momentum politik berpihak kepada UMporNO.
BERSIH cuba nak sekat momentum itu.

Kah kah kah kah....

Don't play... play...
Itu kata Piem 1Malaysia!!

Kah kah kah kah....

Perasaan!!
Living in denial...

Wheekkk!!

[Labunnya di sini]

Ada telor Vs Tarak tuluurr

Posted: 26 Jun 2011 06:37 AM PDT


Dia dah bersuara dah.... Ingatkan dah bisu.

Datuk Seri Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai "anak jantan" dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.


Sebelum mencabar Pakatan Rakyat 'kalau anak jantan', aku rasa lebih baik Najib kelebek diri diri dulu and see whether dia tu betul-betul anak jantan terlebih dahulu. Sebab.... banyak rakyat yang rasa sangsi tentang isu ini.

Oooo... fulammakk... cakap bukan main lagi, tetapi nak berdepan dengan rakyat tak mampu. Terpaksa menggunakan segala barua yang ada. Anak jantan ke tu??

Well.... bercakap pasal anak jantan, kita, Pakatan Rakyat sememangnya anak jantan sejak dari dulu. Kita senantiasa bertanding dalam pilihan raya. Tak pernah pun, kita tak bertanding... Menang atau kalah itu soal lain, tetapi kita telah buktikan yang kita anak jantan!! Jadi.... cabaran Najib itu tak releven. Takkan itu pun tak tak tau. Weh.... dah berjangkit penyakit zzzzzz Pak Lah ke??

Kata dia lagi....

"Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat... tapi kita jangan buat sesuatu yang boleh timbulkan huru-hara di jalanan sebab kuasa politik di tangan rakyat bukan di jalanan

Tak der manipulasi...?? Kalau tak der manipulasi.... ayuh bersikap macam anak jantan dan sarankan agar SPR menimbangkan untuk melaksanakan satu jer daripada 7 atau 8 reform yang dituntut oleh BERSIH. Apa kata kita implemenkan penggunaan dakwat kekal ke atas para pengundi. Hat ini, semua terlibat....yang sokong kerajaan, mau pun yang sokong pembangkang. Lepas tu... baru kita tengok, siapa yang disokong rakyat untuk membentuk kerajaan.

Kalau seandainya selepas itu, UMporNo@BN dapat bentuk kerajaan, barulah boleh eksen dan boleh mendabik dada, berkata yang kerajaan UMporNO@BN mendapat sokongna rakyat. Until then... it's best if you just shut the hell up!!

Rakyat turun ke jalan raya kerana mereka sudah tidak percayakan SPR lagi. Ia sudah dianggap sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat. Mengapa....?? Sebab obvious... SPR tidak berlaku adil. Tindak tanduknya amat dicurigai... especially manipulasinya dalam senarai Daftar Pemilih. Mereka... tak profesional langsung sebagai sebuah badan yang sepatutnya bebas dan adil.

Sebab itu, kita tuntut reformasi dalam sistem pilihan raya. Benda yang baik mengapa perlu takut dan ditentang serta dihalang?? Kita dah berkali-kali sebut.... BERSIH ialah perhimpunan AMAN. Tak pernah walau sekali pun kita mention perkataan huru-hara. Yang selalu sebut-sebut perkataan tu ialah barua-barua UMporNO dan UmporNO sendiri. In fact... now... keluar daripada mulut piem 1Malaysia sendiri.

BERSIH, on the other hand, always tegaskan perkataan AMAN!! Para peserta juga diingatkan agar sentiasa berdisiplin dan tidak melakukan apa-apa provokasi. We want the rally to be smooth and peaceful.

Namun demikian, belum apa-apa lagi, pelbagai intimidasi telah dilakukan oleh kerajaan yang menunjukkan ketakutan mereka. Pakai baju warna kuning.... tangkap!! Jual baju warna kuning.... tangkap!! Paling celaka ialah mereka mula menangkap dan ugut untuk menangkap rakyat dengan pelbagai tuduhan tak masuk akai, termasuklah menggunakan akta zalim, ISA. Ciittt!! Lahabau betoi!!

Ha ha ha ha.... Ini kerajaan anak jantan?? Piiiraahhh....!! Penakut!!

[sumber]

Lawan kita bukan Agong tetapi UMporNO

Posted: 26 Jun 2011 04:08 AM PDT


Dr Micheal Jayakumar nak perangi Agong?? [sini]

Woit....!! Ini lawak atau betoi?? Ya betoi-betoi sikit... DR Micheal Jayakumar ni, pejuang rakyat miskin dan tertindas dan bukannya berjuang untuk perangi Agong. Dia bukannya macam Samy Bulu, lebih mengirakan perut dan rambut dia jer dulu. Rakyat belakang kira. Weh... orang baik macam ni nak perangi Agong?? Tak masuk akai.... Tak masuk akai..

Nampak sangat polis Malaysia ini dah meroyan sakan. Bayang-bayang pun udah disangkanya hantu. Tapi sedarkan mereka bahawa sebenarnya merekalah hantu. Hantu raya peliharaan UMporNO yang dilepaskan untuk menyakat dan menganggu rakyat, jika kedudukan mereka terancam. Aha... hantu raya yang menakut-nakutkan dan menganiaya rakyat!!

Ek ele.... punyaler takutkan BERSIH sampai sanggup buat fitnah, kononnya Dr Micheal Jayakumar dan gengnya mendokong fahaman komunis. Jumpa bahan itu ler, bahan ini ler... Jumpa serba mak nenek punya risalah ler... Tetiba jer pulak tu...??? Jamni ler pulak tu?? Nampak sangat nak kenakan orang!!

Polis Malaysia oii... komunis dah history la. Sokongan kepadanya pun dah pupus. Tak boleh ancam apa-apa lagi dah... Dah 'mati pucuk'!!

Yang rakyat sokong ialah keadilan untuk semua. Rakyat hanya berpeluang untuk menikmatinya, sekiranya sistem pilihan raya kita BERSIH. Sebab tu Dr Micheal Jayakumar and the gang, sokong BERSIH.

Dengar baik-baik ya.... mereka sokong BERSIH, bukan sokong komunis atau nak perangi Agong. Buat apa nak perangi Agong... sebab Agong bukan lawan kita Kita no hal dengan Agong. Yang selalu buat hal dengan kita ialah UMporNO. Oleh itu, lawan kita ialah UMporNO@BN bukan Yang di Pertuan Agong.

Sekian dimaklumkan...

Tiada ulasan: