Khamis, 23 Jun 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Gobalapoooraahh!!

Posted: 23 Jun 2011 07:42 AM PDT


Apa hal pulak tetiba jer si Gobala berbunyi?? Berbunyi pulak tu, macam bunyi orang yang perlu dapatkan rawatan di Hospital Bahagia Tg Rambutan atau di Tampoi.

Tak semena-mena dia suruh Anwar serahkan sampel DNA dan Jam Omega sebelum BERSIH. Adei ... apa pulak kaitan kedua-dua benda Allah tu dengan BERSIH 2.0. Tak releven langsung... Alignment otak dia dah lari kot?? Semakin merapu... semakin bercelaru!!

Oooo.... sebelum Anwar turun BERSIH 2.0, dia kena bersihkan dulu nama dia berhubung dengan kes fitnah video lucah. Ek eleh.... kononnya macam tu la, ek??

Polis pun tak mintak, yang lu sibuk apa hal?? Wayang pun sudah goyang... apa hal pulak lu bising. Fening ka lu punya kapala?? Adei.... mau cari publisiti, ka?? Hidup sudah tarak glamer ka?? Spot light sudah kaput ka?? Tarak suluh sama lu punya muka ka?? Ayooyoo... spot light tengok lu punya muka, boleh picah ka??

Kesian aku kat hang Gobala... Merapu, merepek!!

Anwar nak timbulkan huru-hara?? Hello anei... Anwar is only going to be a participant la... Yang menganjurkannya ialah BERSIH. After all... BERSIH 2.0 is a perhimpunan aman la wei...

Hang jangan nak sibuk. Pi main jauh-jauh. PRU13 nanti pun... hang bukannya dapat jadi calon lagi. No more MP for you. No more Gobala. You will be a forgotten history!!

Pengkhianat kepada perjuangan, sapa nak percaya lagi. So... Go get lost!!


[sumber]

Luar batas undang-undang??

Posted: 23 Jun 2011 05:42 AM PDT


Kalau memberi saranan pun pakai akai la sikit. Ciittt!! Awatla bangang amat puak-puak KIMMA ni. Cer komer baca tajuk berita ni...

Gesaan tarik balik pingat Ambiga pula -Mkini

KIMMA minta agar Sultan Perak tarik balik gelaran 'Datuk' yang dianugerahkannya kepada Ambiga. Alasan bodoh mereka... kerana kononnya Ambiga bertindak di luar batasan undang-undang.

Adei.... poooraahhh!!!

Luar batas undang-undang hotak hangpa!! Hak untuk berhimpun secara aman, dijamin oleh perlembagaan. Tapi... polis sengaja kacau dengan menggunakan pelbagai akta untuk menghalang perhimpunan BERSIH ini. Aku setuju denga saranan Dr MAZA, polis sepatutnya... menjadi pemudah cara agar perhimpunan aman BERSIH berjalan lancar dan bukannya menggugut dan menghalang mereka. In fact, BERSIH dah berkali-kali tegaskan yang mereka nak berhimpun secara aman. Korang paham ke maksud aman. Peaceful.... tarak kacau-kacau punya. Ada paham ka?? [sini]

But, what can we say... the police sudah kena cucuk hidung dan talinya di tangan UMporNO. Ini salah satu lagi sebab, mengapa kita mahu bersihkan sistem pilihan raya kita, agar kita berpeluang untuk melakukan perubahan. Banyak sistem negara yang dah korup yang perlu dibaik pulih. Institusi Polis is one of them. Haprak gilerr!! Kita nak bebaskan gelang-gelang yang mencucuk hidung lembu-lembu tu, agar mereka dapat get back on the right track.

Hmmm... kalau aku Ambiga dan deme nak tarik balik gelaran 'Datuk' tu, aku akan kata... "Nah ambik pi la...!!" Itu kalau aku ler. Tapi, aku rasa Ambiga takkan buat gitu.. sebab dia masih respect Sultan Perak dan Sultan Perak pun taklah bodoh macam KIMMA untuk ikut saranan mereka.

Sebab, berhimpun secara aman untuk satu tujuan yang murni... nak tarik balik gelaran "Datuk' si Ambiga??

Dei.... nak bodek UmporNO pun berpada-pada dan bijak sikit ler. Wei... lu orang sakan sangat ni, mengapa?? Teringin nak jadi rakan bersekutu baru UMporNO dalam BN ke??

Apa-apa pun, KIMMA... I think it's best if you people just shut the hell up!! Lebih banyak komer merapu... komer akan kelihatan lebih bangang!! Bangang yang kuat menjilat dan membodek!! So... boleh blah!!

Satu dunia BERSIH

Posted: 23 Jun 2011 03:08 AM PDT


Fuiyo.... BERSIH begitu popular sekali sekarang hingga rakyat Malaysia seantero dunia akan turun join sekali. Fulamaak...!! Pasti happeing gilerr... Kita dapat sambutan di merata-rata tempat.

Amacam sekarang Perkasa dan UMporNO?? Bersih tak mendapat sokongan, ekk??

Kah kah kah kah....

GOOOOO..... BERSIIIHH!!


KUALA LUMPUR, 23 Jun – Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0.

"Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal," kata jawatankuasa itu lagi.

"Kami menganggap minat luas di kalangan rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi," kata beliau lagi.

Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).

"Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.

"Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13," katanya lagi. [Teruskan di sini]

Yang orang respek dan yang orang sumpah seranah

Posted: 23 Jun 2011 12:14 AM PDT

Lee Lam Thye.... tokoh yang cool. Orang Perak weh....

Dulu DAP, now not anymore.

Aha, persoalannya....

Jeng... jeng... jeng....

Mengapa dan kenapa dia tinggalkan DAP. Disuruh pergi atau rela hati??


Jeng.... jeng... jeng...

Mengapa dia tak mencaci DAP dan para pemimpinnya dan tidak pula memuji BN melangit-langit. DAP pun senyap, buat hehen jer pada dia dan BN pun macam menerima kehadiran dia dalam society mereka. Seolah-olah ada mutual understanding antara ketiga-tiga pihak ini.

Masa era reformasi dulu, aku pernah bertanyakan dan luahkan kepelikan yang aku rasakan i tentang Lee Lam Thye ini kepada seorang kawan yang merupakan penyokong dan anggota DAP. Dan, aku dapat jawapannya.... Apa yang diberitahu kepada aku, makes sense, tapi.... wallahua'lamler, itu cuma cerita pihak ketiga.

Apa-apa pun, lantak pi dia ler.... as long as dia tak kacau kita, kita berbaik sangka ler dengan dia.

Apa-apa pun... atas sikap dan pendirian yang diambil oleh Lee Lam Thye... aku respek dia. Dia telah mempamerkan satu sikap yang disenangi dengan menfokuskan tenaga dan baktinya kepada hal-hal kemasyarakatan. Seorang tokoh aktivis masyarakat yang very dedicated in his work.
Unlike yang sekor ni..... gila pandi!! Ptuuiii!! Hipokrit Maha Agong!! Berkopiah atas kepala, dan berlagak kononnya dialah pejuang Islam yang tiada tolok bandingannya, tapi... sebenarnya dialah manusia bertopengkan syaitan!!

Lee Lam Thye yang sahih-sahih bukan-Islam lebih bermaruah daripada hipokrit bernama Zulkifli Noordin. Pttuuii!!

[sumber]

Kuatnya auta dan liciknya mereka

Posted: 22 Jun 2011 05:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, 22 Jun: Wanita Pakatan Rakyat mendakwa bajet tambahan sebanyak RM459 juta yang dipohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah untuk menghadapi pilihan raya. [seterusnya di sini]

RM459 juta tu untuk menghadapi pilihanraya?? Betoi ka??

Kalau betoi, sah samada, pompuan ini bangang atau licik dalam usaha memperbodoh rakyat. Dia bangang kalau dia tak dapat nak bezakan wang parti dengan wang rakyat. Weh... yang nak bertanding ialah parti UMporNO yang dianggotainya dan bukannya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kalau untuk menghadapi pilihan raya.... guna wang parti, okay?? Jangan usik duit rakyat. Salah guna kuasa dan kedudukan namanya tu...!!

Hello SPRM dan SPR.... bukak mata, okay???

Tapi, biasanya puak-puak lahanat ni memang licik dan cerdik memperbodohkan rakyat, especially menjelang pilhan raya. Mereka gasak guna duit rakyat untuk kepentingan politik mereka dengan berselindungkan program itu dan ini yang ada kaitan dengan kementerian masing-masing.

Yang paling menyakitkan hati... apabila tengokkan lagak mereka. Fulamakk.... mereka belanja duit rakyat dan berlagak macam itu, duit mak pak dan parti mereka yang punya. Tengok tuan-tuan dan puan-puan... inilah kerajaan yang prihatin pada rakyat. Berterima kasihlah pada kerajaan. Jangan gigit tangan yang menyuap kita.

Piiraahhh!! Hipokrit!!

Kalau tak der pilihan raya..... nak dapatkan bantuan bukan main susah lagi, kerana terlalu banyak red tape yang terpaksa dilalui oleh rakyat yang susah. Paling menyedihkan kekadang dilayan macam peminta sedekah. Ada kalanya, mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong. Hampa. Lagi menyedihkan... ada dalam kalangan rakyat daif, yang nasib mereka terus diabaikan dan dilupakan begitu saja.

Ha ha ha... Ini bukan kerajaan yang mendahulukan rakyat tetapi kerajaan yang menipu rakyat!! Semasa pilihan raya... pelbagai mee segera dan gula-gula untuk rakyat, Tamat pilihan raya... rakyat depa khianat, wang rakyat depa sebat!!

Sebat lebat-lebat. Sebat mana yang dapat. Depa hidup kaya amat, rakyat terbanyak hidup merempat!!

Tiada ulasan: