Rabu, 1 Jun 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Bila Izrail datang memanggil...

Posted: 01 Jun 2011 05:30 AM PDT


Ketua Hakim Negara keluar IJN. Buat kali ini, dia terselamat daripada menyusul ke alam 'transit'' sebelum melangkah ke alam yang kekal abadi. Mungkin bukan masanya lagi...

Jadi... sebelum masa itu tiba, insaf ler. Ingat... apabila masa anda benar-benar sudah tiba nanti, segala pangkat, darjat, harta dunia, kaum keluarga serta handai taulan akan tinggal belaka. Tak boleh masuk kubor sama. Tinggallah anda sorang-sorang berhadapan dengan segala apa yang telah anda lakukan di dunia baik, yang mulia mau pun yang durjana.

Semoga dengan kesihatan yang Allah SWT kembalikan kepada anda, anda akan muhasabah diri agar menjadi insan yang mulia, insyaallah...

[sumber]

Please.... Don't be stupid. Bury them!!

Posted: 01 Jun 2011 03:00 AM PDT


Weh.... masuk akai ke apabila Najib kata kenaikan tarif elektrik tidak membebankan rakyat. My God, ya Allah... this fellar must be damn stupid!!

Jelas.... dia ni seorang yang very-very ego. Udah ler bingai... ego tinggi pulak tu. Kenaikan tarif elektrik akan memdatangkan kesan-berantai ke atas harga barangan lain dan juga perkhidmatan. Mana mungkin ia tidak membebankan rakyat?? Rakyat dihimpit kehidupan mereka dengan kenaikan demi kenaikan harga minyak dan diikuti dengan pelbagai kenaikan harga barangan serta perkhidmatan lainnya.

Apa dia ingat tindakan kerajaan yang dipimpinnya tu baik sangat ke?? Woit.... haprak ya Rabbi!! Kalau pandai urus ekonomi dan kewangan negara, takkan hutang negara menggunung tingginya. Up... up.... dan terus up!! Lobang yang tiris semakin besar... pembaziran semakin serius... curi duit rakyat dan masukkan ke dalam kocek kroni serta proksi semakin berleluasa dan salah urus tadbir kewangan bertambah ketara.

Itu yang mereka nak ek sangat, kononnya.... hebat mentadbir negara. Eh... poooraahhh!! Sebijik macam perangai tikus. Penakutnya macam tikus dan tenginnya pun macam tikus. Tikus..... kalau membaiki labu labu, bukannya semakin molek, sebaliknya menjadi semakin hancuss!! Tengin, kan???

Hapraknya lagi... setelah labu dah semakin teruk berlubang sana sini.... dia rompak pulak duit rakyat untuk menampung lubang-lubang hasil kerja bodoh mereka. Kesian rakyat kerana terpaksa menjadi mangsa ke-tenginan mereka.

Weh... dah banyak kali orang suruh kaji balik perjanjian dengan IPP serta peranan mereka. Jangan asyik nak menguntungkan kroni jer, sedangkan rakyat menderita.

Well... apakah mungkin semua tindakan mereka merasionalisasikan subsidi dan harga, sebagai satu langkah mengumpul dana untuk pilihan raya?? Isy... itu sudah pasti punyer ler!! Kerajaan UMporNO@BN, bukan ke dah tak der fuluuss.... Money yeillek untuk menghadapi pilihan raya. Susah mereka kalau tak berduit.

Ha... ha... ha... ha... Pilihan raya bukan ke pesta mereka tabur duit dan gula-gula?? No money and no gula-gula, plus no mee segera, mereka sukar untuk pancing undi. Undi memberi mereka kuasa untuk terus bermaharajalela. Dan, semua itu memerlukan bukan sikit punyer fuluss. Banyak ooooo.....

Sebab itu, dengan apa cara pun sekali pun, duit mesti dicari untuk dijadikan dana pilihan raya. Cara mudah.... Merompak!! Siapa yang jadi mangsa rompakan mereka?? Rakyat 1Malaysia!! Ciiissss...!! Mereka rompak rakyatnye sendiri melalui pelbagai tipu helah dan temberang mereka.

Ooooiiii rakyat Malaysia..... Lagi mau sokong kerajaaan lanun yang haparak ini, ka?? Usah jadi bodoh. Kalau kita sudah tahu diri kita dirompak dan kita relakan, itu namanya bodoh. Jadilah rakyat yang 'celik' dan pintar... Nyahkan UMporNO@BN!! Mereka perompak nombor satu negara!!

Nak jadi bodoh atau nak jadi bijak?? Pilihan di tangan anda...

[sumber]

Impian mereka sudah tercapai. Perjuangan kita belum selesai.

Posted: 01 Jun 2011 01:00 AM PDT


Katak-katak yang telah melakukan 'lompatan emas' telah menziarahi seorang lagi katak yang kategorinya sama dengan mereka di Kedah.

Fuiyo... hasil 'lompatan emas' gaya hidup mereka telah berubah. Dulu lain sekarang lain. Mewah beb!! Kayooooo!!

Cer tengok!! Cer tengok!! Gambar-gambar di atas tu aku cilok daripada blog sahabat di sini. Tima kasih. Thank you bery much.

Well... as you can see, kebanyakan mereka telah transformed, menjadi ahli perniagaan berjaya dengan sekelip mata selepas melakukan 'lompatan emas'.

Ahli perniagaan berjaya??

Dulu... cukup makan jer atau mungkin juga bawah daripada par cukup makan, atau mungkin juga tas sikit. Nak terus berpegang pada prinsip dan perjuangan, tak boleh jadi. Hidup tak senang... Jadi, dek kerana lebih cintakan kekayaan duniawi, maka gelaplah mata. Dan sekarang.... Fuiyo!! Tak susah lagi. Bye-bye kesusahan, hello kesenangan...

Eh... bagaimana mereka boleh jadi ahli perniagaan berjaya yang kaya raya??

Ek ele.... berniagaler. Jadi 'pelacur politik'. Besor habuan yang derang dapat weh.... Kalau tidak, takkan kayooo!!

Kayooo ke... Tak kayooo ke... Mampuih pi depa la. Tak impress pun. Kaya melalui pengkhianatan, buat apa?? Orang tak respek pun. Lain ler kalau kekayaan itu diperoleh dengan cara yang diredhai Allah SWT iaitu dengan hasil titik peluh tulang emapt kerat. Baru ler kita boleh tabik spring... Toing!! Toing!! Toing!!

Well.... betoi kata orang-orang tua. Rambut sama hitam tetapi citarasa hati lain-lain. Itu hak dan pilihan mereka. Mampuih pi. Bagi kita yang terus istiqamah dengan perjuangan untuk melihat sistem pemerintahan negara pulih dan rakyatnya hidup sejahtera.... perjuangan kita belum selesai lagi....

Ayuh terus berjuang. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Genggam bara api biar sampai jadi arang. "Lawan Tetaaaaap Lawaaaaan!!"

Kantoi-Mantoi!!

Posted: 31 May 2011 11:00 PM PDT


Siapa mamat sebelah kanan gambar tu...???

Hmmmmm... Chairman IAEA.
Eleh.... ehem-ehem-ehem...

Ooooo.... begitu salahsilahnyer.
Ha... ha... ha... ha...
Kalau macam tu, kira kantoi le, ekkk??

Mengapa kantoi??
Baca sini...

PAS For ALL

Posted: 31 May 2011 09:00 PM PDT


Khabar angin yang mengatakan Nasaruddin Isa tarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS rupanya tidak benar. Ini dinyatakan oleh Ustaz Harun Taib. Fulamakk... very good friend demer berdua ni. Well... ustaz satu jemaah, bukan?? Tak heran ler...

Tapi kan... kalau Nasaruddin Isa tarik diri, baik jugak, sebab dia ni dah dilabelkan sebagai ikon hitam pencinta tegar UMporNO dalam PAS, selepas isu UG dulu. Orang dah tak percaya pada dia. Dia survive, sebab dia ada title 'ulamak'. Ulamak PAS..... Jika tidak... dah lama OUT dah kot??

Jika ditakdirkan ler dia menang... pasti PAS akan terus dicurigai, terutama dalam konteks hubungannyer dengan UMporNO. Rasa curiga bukan saja datang dari luar tetapi juga dalam kalangan akar umbi PAS sendiri terutama mereka yang menolak 110% perpaduan PAS-UMporNO. Ha ha ha ..... Para penggetik tegar UMporNO!!

But, I really hope dan berdoa yang dia ni kalah or better still, dia tarik jer diri daripada bertanding mempertahankan jawatan tersebut. Biarlah peluang lebih terbuka luas buat Mat Sabu dan Ustaz Tuan Ibrahim. Yaahoo... Satu lawan satu!! Baru ler happening....

Maaf ler.... aku sudah hilang respek pada si Nasha ni dan geng UG dalam PAS ni. Aku bukan tak suka PAS berada di bawah kepimpinan ulama tetapi for a change nak tengok pulak bagaimana PAS boleh progress dan menjadi lebih umph jika berada di bawah gabungan ulamak dan non-ulamak pulak. Pasti dinamik dan lebih mendatangkan advantage terutama dalam usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat, baik dari kalangan bukan PAS dan PAS sendiri, juga.... yang Melayu Muslim dan yang non-Malay Muslims. Tak lupa juga dalam kalangan mereka yang bukan Melayu Muslim.

Sokongan padu kepada PAS amat penting untuk kita merempuh dan merampas serta menduduki Putrajaya. Sebab itu, aku rasa Mat Sabu patut diberi peluang untuk bergandingan dengan ulamak bagi melayari bahtera PAS menuju destinasi dengan jayanya tanpa terbabas daripada landasan perjuangan yang berlandaskan Islam. Di sinilah ulamak memainkan peranan mereka. Ya.... peranan sebagai check and balance dalam organisasi PAS itu sendiri.

Apa-apa pun... keputusan di tangan empunya badan samada nak terus bertanding atau nak beri laluan dan kuasa memilih pulak ialah hak para perwakilan. Terpulang kepada mereka...

As for me.... aku doakan yang terbaik buat PAS. Kepada seluruh perwakilan PAS, selamat bermuktamar dan pilihlah secara bijaksana. Selesai bermuktamar dan membuat pemilihan... rapatkan semula saf untuk menghadapi PRU13. Semoga kali ini, kemenangan berpihak kepada kita, insyaAllah...

[sumber]

Tindakan desperate sang desperados

Posted: 31 May 2011 06:51 PM PDT


Kata Mat Sabu dalam ceramahnya... negeri Pahang merupakan negeri paling teruk dalam pengurusan kewangannya. Ini bukan fitnah tetapi berdasarkan laporan Jabatan Ketua Audit Negara.

Hutang Pahang keliling pinggang hinggakan sampai dah terjerut. Senang citer... Pahang dah pokai. Fulus semakin 'kurus' nak mampuss!! Hasil balaknyer... in advance dah lesap. Sudah pohcik... walaupun belum sampai tempohnyer. Nasib baik ada kerajaan pusat sebagai banker mereka. Masalahnyer sekarang.... kantung 'banker' pun dah 'kurus dan kering'. Pahang kena cari alternatif lain untuk mendapatkan sumber $$$$$$$

Apa makner nyer tu??

Ahaaaa.... itu menunjukkan bertapa pandainyer UMporNO@BN Pahang urus ekonomi dan kewangan negeri. Fulammaaak.... Tercorot di Malaysia!! Yaahooo.... Pahang Boleh!!

Oleh sebab itulah agaknyer, Pahang diizinkan oleh UMporNO@BN untuk dijadikan destinasi syarikat asing bagi memproses nadir bumi yang bakal memberikan ancaman sisa radioaktif kepada penduduk di sekitarnya. Ancaman berisiko tinggi weh.... Ini, no joke komer. Penduduk di situ, bisa menderita dan bisa masuk kubor. Don't play-play...

Lantas, timbul persoalan... Inikah dia yang dikatakan kerajaan yang mendahulukan rakyat. Nampak gayanyer kerajaan Pahang ni is a very-very desperate country. Lantas... $$$$$$ yang didahulukan oleh kerajaan UMporNO@BN. Rakyat mampuih pi!! Ha ha ha ha... sifirnyer mudah. No Lynas, no money. No money.... kerajaan Pahang can 'mati'.

Mereka begitu desperate nak teruskan projek Lynas ini, hingga terpaksa menggunakan barua UMporNO untuk menghalang dan mengacau demo rakyat yang menetangnya. Puak-puak desperado ini berkata ia tidak berbahaya. Kalau tak bahaya... suruh ler Lynas proses benda Allah tu di negara mereka. Why come here??

Sebab.... di sana rakyat dan kerajaannyer aware bertapa bahayanya ancaman benda Allah tu dan kalau diproses di sana alamatnya rakyatnya akan bangkit menentang dan sebuah kerajaan bisa tumbang. Kerajaan di sana tak berani menghadapi kuasa rakyat. Kuasa rakyatlah yang menentukan 'hidup' dan 'mati'nya sebuah kerajaan. Itu ler demokrasi sejati. Di sini... demokrasi UMporNO tibai dan rogol sampai dah terkulai, tunggu nak 'gol 'jer.

Polis di sana pulak, bukan macam polis di sini. Polis di sana sedar yang mereka juga rakyat. Jadi... mereka pasti akan menjaga keselamatan dan kepentingan rakyat. Bukan macam di Malaysia.... polis hanya menjadi barua kerajaan yang merupakan salah satu wayar penyambung nyawa kerajaan yang dah nak mampos tetapi mahu terus tongkat dunia sampai kiamat.

Ituler bezanyer polis di sana dengan polis di sini. Polis di sana berjiwa merdeka tetapi polis kita berjiwa hamba. Hamba siapa?? Hamba UMporNO@BN. Kesian polis kita.... masih dijajah rupanyer.

Dan, kesian juga negeri Pahang... Sudahlah pokai, terpaksa pulak jadi negeri ala 'negeri dunia ketiga' versi Malaysia dengan menjadi tempat pemprosesan sisa radioaktif yang negeri dan negara lain tak sudi. Sebenarnya, kerajaan UMporNO@BN Pahang tak der banyak choice.... Ia terpaksa, untuk mendapatkan pulangan $$$$$$$ yang amat diperlukan olehnya.

Paling kesian rakyat Pahang. But don't worry. Rakyat Pahang sebenarnya ada choice. Jangan jadi bodoh. Jadi cerdik sikit. Buang yang keruh berkarat dan ambil yang jernih berfilter. Buangkan sajer UMporNO@BN dan pilih Pakatan Rakyat. Pahang@Malaysia akan lebih sejahtera tanpa UMporNo@BN

[sumber]

Tiada ulasan: