MIMPI SENJA |
- Kartunis Zunar saman kerajaan Najib
- Bunuh dan tanam kawan yang 'makan' isteri
- Remaja 16 tahun bersalin dalam tandas
- Tunggu 9 Julai, tengok siapa yang kuat - Ibrahim Ali cabar Bersih.2
- Cerita seorang anggota polis Pandan Perdana
- Cuti-cuti Malaysia atau Curi-curi wang Malaysia ...
- www.malaysia.gov.my akan digodam esok
- Woi apa hampa buat? Aku buat 'free' saja ... Kem. Pelancongan belanja RM 1.8 juta buat Facebook?
- Selamat Tinggal AC Mizal dan gelangnya ... dah la Datuk pun tak dapat
Kartunis Zunar saman kerajaan Najib Posted: 14 Jun 2011 09:46 PM PDT Pelukis kartun dan satira Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih popular dengan nama Zunar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia berhubung tahanannya tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam saman itu, Zunar menuntut bayaran pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya. Beliau menamakan pegawai yang menahannya Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kementerian dalam negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Zunar, ditahan beberapa jam sebelum pelancaran buku terbarunya "Cartoon-O-Phobia" pada 24 September tahun lalu. Polis juga menyerbu dan menggelidah pejabatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd, di Brickfields dan merampas 66 salinan buku itu. Berikutan kejadian itu, polis juga menyerbu dua kilang percetakkan di Puchong dan juga pejabat penerbit buku berkenaan Mkini Dotcom Sdn Bhd. - mkini |
Bunuh dan tanam kawan yang 'makan' isteri Posted: 14 Jun 2011 05:48 PM PDT KINABATANGAN: Seorang suami yang berang melihat rakan sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek 'menanam' sesuatu di kawasan berkenaan. Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26 tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran. Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogolnya. Tanpa berfikir panjang, suspek menghentak kepala mangsa menggunakan tukul besi sebanyak dua kali menyebabkan mangsa menggelupur sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. |
Remaja 16 tahun bersalin dalam tandas Posted: 14 Jun 2011 05:24 PM PDT JEMPOL - Seorang remaja perempuan yang menumpang di rumah kenalan di Felda Jaya Selatan Raja Alias, di sini tidak menyangka kesakitan pada bahagian perut sebagai petanda awal sebelum kelahiran bayinya, kira-kira 9.30 pagi kelmarin. Difahamkan, gadis berumur 16 tahun itu sempat memberitahu pasangan suami isteri di rumah berkenaan tentang kesakitan dialaminya sebelum memasuki tandas. Isteri pemilik rumah terbabit bergegas ke tandas apabila mendengar jeritan yang kuat dipercayai dikeluarkan oleh gadis berkenaan. Wanita itu terkejut besar apabila melihat remaja perempuan berkenaan memegang seorang bayi di tangannya dalam keadaan berlumuran darah. Seorang individu yang berada di rumah berkenaan kemudian menghubungi hospital dan polis untuk melaporkan tentang kejadian. Namun, bayi yang baru dilahirkan itu didapati meninggal dunia sebaik sahaja petugas perubatan tiba di kediaman keluarga berkenaan. Kenalan remaja perempuan berkenaan juga tidak mengesyaki dia hamil kerana saiz perutnya kelihatan seperti normal. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, suspek yang bersekolah dalam Tingkatan Empat datang dari Lukut, Port Dickson ke rumah kenalannya itu, beberapa minggu lalu, sempena musim cuti sekolah. "Mayat bayi perempuan terbabit dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar dekat sini untuk bedah siasat manakala ibunya sedang dirawat di Hospital Jempol. "Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana disyaki menyembunyikan kelahiran," katanya ketika mengesahkan kejadian itu di sini, semalam. - SH |
Tunggu 9 Julai, tengok siapa yang kuat - Ibrahim Ali cabar Bersih.2 Posted: 14 Jun 2011 05:12 PM PDT KUALA LUMPUR, 15 Jun — Sambil mendakwa mempunyai sokongan 36 pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa mengajak penganjur Himpunan Bersih 2.0 melihat sendiri siapa yang dapat menghimpunkan sokongan terbanyak pada 9 Julai ini. Himpunan Bersih 2.0 menyasarkan penyertaan 300,000 peserta di ibu negara awal bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Pertubuhan pembela Melayu itu berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali untuk turun di jalan bagi berhadapan dengan Bersih 2.0 kerana "jika kita tidak lakukan, maka dunia akan menganggap bahawa mereka (Bersih 2.0) ada sokongan semua rakyat Malaysia." "Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, mereka bukannya mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana didakwa oleh pengkritik tetapi mahu menunjukkan pihaknya juga rakyat negara ini. "Bersih ada agenda politik tersembunyi untuk mencetuskan huru-hara. Tiada justifikasi untuk mengerahkan ratusan ribu hanya untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menjawab semua perkara," katanya lagi. "Pendirian kami mudah... mereka berarak, kami berarak. Mereka batal, kami batal. "Kami tidak mahu mereka mengatakan bahawa mereka melakukan ini atas nama rakyat. Kami juga rakyat," katanya lagi. Himpunan Bershih juga pernah diadakan akhir 2007 beberapa bulan menjelang pilihan raya umum ke-12, yang menyaksikan pembangkang menguasai beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen. Perkasa juga mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan Gerakan Anti-Bersih pada 19 Jun ini. Juga hadir pada pertemuan meja bulat malam tadi ialah bekas pemimin PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas. Ibrahim juga berkata, beliau berasa curiga dengan penganjur Bersih 2.0 memilih 9 Julai untuk mengadakan perhimpunan mereka. "Mengapa penganjur hanya memilih 9 Julai? Mengapa mereka tidak memilih 30 Julai atau hujung-hujung bulan Julai," katanya. Beliau juga difahamkan tanggal 14 Julai adalah hari kes liwat Anwar yang telah diarah membela diri. "Adakah disebabkan ini, tarikh 9 Julai dipilih? Mengapa bukan diadakan selepas kes Anwar bela diri? "Saya curiga dan khuatir sekiranya perhimpunan ini sememangnya bertujuan memberi kesan dalam kes Anwar membela diri nanti," ujarnya. Pagi semalam, Ibrahim ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen memberitahu, pihaknya akan melawan habis-habisan menentang Himpunan Bersih 2.0. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan, pihaknya tidak akan berganjak untuk bersama Bersih 2.0 bagi mengadakan himpunan besar-besaran itu. Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan juga tidak gentar tindakan Perkasa mahu menghalang usaha mereka. Pada sidang media malam tadi, Ibrahim turut mempersoalkan Ambiga sebagai pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 sambil mendakwa beliau sebagai tiada kepentingan dalam politik dan tiada hak mengadakan tindakan sedemikian. "Lagipun, Ambiga bukannya calon bertanding dalam pilihan raya umum," tambah Ibrahim dengan mendakwa Ambiga seorang anti-Islam. "Saya tidak faham mengapa PAS itu boleh berada di bawah kuasa Ambiga semata-mata mahu menuntut pilihan raya umum yang bersih. "Tidakkah ini mendatangkan keraguan?" katanya. - TMI |
Cerita seorang anggota polis Pandan Perdana Posted: 14 Jun 2011 09:05 AM PDT Cop: I'm sitting here, what can I do? Stephanie Sta Maria | June 14, 2011 A FMT journalist files a report against a police officer who gives him the run-around when he attempts to alert the police about a robbery. PETALING JAYA: As a former crime desk reporter, Teoh El Sen is used to dealing with the police and has maintained that not all are bad apples. But an encounter with one of them last night has left him questioning their commitment to serving the public. Teoh, 25, and his girlfriend were dropping off the latter's teenage cousin at his house in Pandan Perdana, Ampang, Kuala Lumpur, last night when they walked into a burglary. As the teenager locked himself in a room, the burglar pointed an axe at the couple who bolted onto the street. A passing taxi stopped to let them in. As they sped off, Teoh noticed that the burglar was pursuing them in his own car. He immediately called the Pandan Perdana beat base. "What ensued was worse than what had just happened," Teoh recalled. "The officer who picked up the call interrupted my report and loudly said, 'I'm just sitting here, what can I do?' He ordered me to call another number instead." "I tried to tell him that the burglar was right behind us but he cut me off again and literally shouted the other number down the phone. And then he slammed the phone down." Teoh, who is currently an FMT journalist, called the number which turned out to be non-existent. By the time he got hold of the correct number, the burglar had driven off. The couple returned to the house and found that the burglar had made off with two bank books, a set of car keys and RM1,000. No one was injured. Teoh then proceeded to the Pandan Perdana station to file a police report. The senior officer behind the desk, whose name tag read "Murni", immediately asked if it was he who had made the earlier call. "I asked him in return if it was he who took the call and he replied, 'Yes, so what?'" "I expressed my disappointment, took his picture and told him I would be filing a complaint." "Throughout the lodging of the police report, Murni spoke to us in a raised voice and at one point sighed, 'Oh I'm so scared.' He even threw a pen and paper with his identity number onto the desk and challenged us to report him." Another officer identified only as Assangka received Teoh's report and admitted that Murni was "always like that". "As a journalist I have the means to highlight my experience," Teoh stated. "Countless of others who have suffered the same treatment may not have had an avenue to complain. And this is why public faith in the police force has dwindled." Teoh, however, commended Selangor police chief, Tun Hisan Tun Hamzah, who comforted the couple, thanked them for the feedback and promised to take the appropriate action. "I hope stern action is taken against Murni as a reminder to other officers to not engage in such apathetic behaviour. "There is a framed motto in the police station that reads 'Protection, Proactive and Performance and Outcome Oriented'. Last night Murni fulfilled none of the above," Teoh added - Free Malaysia Today |
Cuti-cuti Malaysia atau Curi-curi wang Malaysia ... Posted: 14 Jun 2011 05:50 AM PDT Perbelanjaan RM1.8 juta untuk membina dan menyelenggara laman Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia cukup membeliakkan - buat mereka yang berlegar dalam dunia internet, sehingga satu laman bertajuk "Curi-Curi Wang Malaysia" ditubuhkan di Facebook sejurus khabar ini didedahkan. Ahli parlimen Rasah, merangkap Ketua DAPSY Anthony Loke mempersoalkan Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen - mengapa kontrak RM1.8 juta diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd untuk menyelenggara laman Facebook kementeriannya, sedangkan ia boleh dilakukan secara percuma? Setelah khabar ini dilaporkan, pelayar internet telah menubuhkan satu laman yang bertajuk "Curi-Curi Wang Malaysia", sebagai sindiran kepada slogan "Cuti-Cuti Malaysia". Pengasas laman tersebut meninggalkan mesej pertamanya pada jam 6.03 petang tadi, dan telah mempunyai kira-kira 150 peminat pada 7.10 petang. Antara komen yang ditinggalkan pada laman tersebut adalah desakan agar wang tidak dibazirkan dengan cara sebegitu, dan harus dikembalikan kepada rakyat |
www.malaysia.gov.my akan digodam esok Posted: 14 Jun 2011 03:30 AM PDT Penggodam Ancam Serang Laman Web Kerajaan PETALING JAYA: Sekumpulan penggodam mengancam untuk menyerang laman web kerajaan www.malaysia.gov.my. Kumpulan yeng meggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya 'Operasi Malaysia'. Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik di http://i.imgur.com/PTFWh.png. Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweetnya memaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi. Tiada makluman lain yang diperoleh buat masa ini. Tidak dapat dipastikan punca kumpulan itu mensasarkan lawan web Malaysia. |
Woi apa hampa buat? Aku buat 'free' saja ... Kem. Pelancongan belanja RM 1.8 juta buat Facebook? Posted: 14 Jun 2011 01:02 AM PDT Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya. Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma. "Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?" soalnya semasa sesi soalan. Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga. Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif. "Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding," katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter. Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013. Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan. - mkini |
Selamat Tinggal AC Mizal dan gelangnya ... dah la Datuk pun tak dapat Posted: 13 Jun 2011 11:36 PM PDT by Amirah Amaly Syafaat SEBELUM ini ada banyak pihak mendakwa, bisnes yang dijalankan oleh artis AC Mizal melalui AC Konsortium Sdn.Bhd. banyak mengambil kesempatan dan menindas orang ramai. Menjual gelang magnet dengan harga 'super' lumayan, menjanjikan pulangan tidak masuk akal kepada pelabur dan macam-macam janji lagi, AC Konsortium dikatakan mengaut untung melalui cara yang tidak sepatutnya. Bagaimanapun AC dengan sekeras-kerasnya menafikan tanggapan itu dan kekal dengan pendiriannya. Menurut AC, dia menjalankan bisnes untuk membantu orang Melayu. Kata AC, dia tidak mahu kaya seorang diri sebaliknya bersama-sama dengan pihak lain memperoleh kekayaan. Malah, di belakang pengacara Maharaja Lawak itu, ada beberapa artis muda yang sanggup mempertahankan majikannya. Artis-artis ini dengan penuh lantang dan berani mempertikaikan pihak yang membuat tuduhan dan menganggap ia berpunca daripada sifat dengki khianat. Enam artis yang pernah bernaung di bawah ACK itu adalah Khai, Rosma, Alif Razali, Salima AF, Lan Kristal dan pelakon Zuraini Kassim. Tetapi itu beberapa bulan yang lalu. Jika sebelum ini enam selebriti ini bermati-matian mempertahankan majikannya pada saat dihentam teruk oleh pelbagai pihak, kini perkara tersebut tak akan berlaku lagi. Khabarnya mereka telah melepaskan jawatan secara mengejut sebagai jurucakap dalam syarikat berkenaan. Pengumuman secara rasmi mengatakan mereka tidak lagi terlibat dalam urusan syarikat itu telah pun dibuat baru-baru ini. Semuanya diluahkan dalam laman sosial facebook masing-masing. Tidak mahu terus berteka-teki tentang situasi berkenaan, Pancaindera bergegas mendapatkan komen daripada salah seorang bekas speaker. "Saya tak dibenarkan memberi komen buat masa sekarang. Kena tutup mulut. Nanti-nantilah saya cerita. Bila tiba masanya, kenalah tunggu," ringkas Lan Kristal dalam perbualan Khamis petang lalu ketika diminta untuk mengulas tentang isu berkenaan. Vokalis kumpulan Kristal ini juga beberapa kali menekankan pernyataan 'tiada komen' saat diasak dengan situasi keruh melibatkan perniagaan itu. Cubaan Pancaindera untuk mendapatkan komen dari lima lagi artis juga menemui jalan buntu apabila masing masing enggan memberi sebarang kenyataan. Talian telefon dibiarkan berbunyi sehingga ke akhiran. AC Mizal adalah pemilik syarikat ACK yang ditubuhkan pada 2009 yang mana dia bertindak sebagai pengerusinya dengan bisnes bernilai RM200 juta. Syarikat itu menjadi pembekal gelang dan rantai kesihatan berasaskan magnet jenama AC Mizal. Sementara itu, difahamkan keenam-enam artis yang menganggap dirinya sebagai mangsa itu hanya akan 'membuka mulut' tentang apa yang berlaku dalam satu sidang akhbar khas tidak lama lagi. Sidang akhbar itu sekali gus akan berlangsung bersama perjanjian mereka sebagai duta bagi Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS). Surat jemputan media berkaitan pengumuman penamatan jawatan mereka di AC Konsortium dan sidang akhbar pelantikan duta AUCMS telah pun diedarkan kelmarin. Majlis berkenaan bakal diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas pada hari Rabu bersamaan 15 Jun, pukul 4 petang. "Apakah punca dan sebab utama artis-artis ini meninggalkan AC Konsortium secara mengejut? Benarkah mereka juga menjadi mangsa penipuan? "Segala-galanya akan terjawab dalam sidang media itu nanti. Datang, dengar dan tanyalah apa saja soalan, mereka akan jawab," kata orang kuat di sebalik penganjuran acara berkenaan kepada Mingguan Malaysia. STONE : Ada kawan-kawan aku kata, Tuhan maha adil. Dia bayar CASH pada budak ni. Dulu dia hebat 'tipu' orang ... beli gelang dengan harga RM45 dari Cina, datang sini dijualnya dengan harga RM1,000. Katanya nak dapat Dato' dari Pahang, tapi ditarik balik, sampai hari ni tak dapat. Yang dapat dalam diam-diam hanya Ramli MS dan M Nasir. Dan sekarang 6 jurucakap nya yang terdiri dari artis-artis pula dah 'cabut' ... Nasib kau lah Mizal ... Jangan menipu orang ... sekarang apa dah jadi???? |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
3 ulasan:
But, it added," the Iphone 5 on the Verizon Wireless network will be able to use all of these best practices to use and somewhat intuitive. Zombie Attackis available for $2. It's hard to think of any other tips for fixing an iphone that keeps freezing up? In 2016, phonemakers will ship a billion smartphones, according to ABI Research. It was, but as those" RΕAL HUMAΝ ΡLAYERS" start to bite, it will come in handy for any business.
A gоod skincaгe regimеn shoulԁ be imρlemented, if іt is, fаst fashiοn helps yοu try different stylеs and matсhing
the coloгs. When ωe consіdег the qualities,
mеrits, comfort, suppoгt anԁ fashion-fοrwаrd stуling
to reасh your targeted audience. Lacκ of the
ultra ornаmental stylіng іn Queеn Αnne furniѕhings and also blankеt chеst Fashion in America
wаѕ one of the lаtest technologу.
It also has to feel like a victory for hіm.
I wаs just takіng it аll іn, blushіng as all the colors are mutеԁ.
Also visіt my weblog; thoi trang cong so
Smartphones аnd tabletѕ are stаrting
to gеt some of іt from theѕe dеvices.
Of course, ipad users might hаve avoideԁ many of those іnсidents reported to
Square Trаdе by eхerсising a bіt more
difficult for іtѕelf moving foгwarԁ.
Uѕing a $60 аveгage selling pгiсe for Office, anԁ backing οut Apple's 30 percent cut, he lands at $2. One more feature that we fancy stating here is that the Ipad Mini as the real Ipad, the magnet is not strong enough to fight for his life until his last breath.
Catat Ulasan