Isnin, 6 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Skandal Scorpene : Zahid, Muhyiddin perangkap Najib

Posted: 06 Jun 2011 09:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Menurut CheGuBard, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.

Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi 'diketuai' Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin.

"Zahid sebagai Naib Presiden sedang 'bersiap' untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri," tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard.

Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan.

"Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard.

Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas.

Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai.

"Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. Dalam tidak sedar dia menyerang Najib.

"Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul 'hero' yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?" soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian.

CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis.

"Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya.

Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari.

Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC).

Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut.

Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera.

"Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu," kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14860

PAS tak perlu ganti Umno

Posted: 06 Jun 2011 08:47 PM PDT

Oleh Dinsman
Ya, kenapa PAS ganti Umno? Kalau tak ganti Umno, tak bolehkah? Biarkan sahajalah Umno itu rosak dan reput begitu saja. Tak perlu ganti. Dia rosak, dia reput, dia hilang – habis. Yang pentingnya dia tak berkuasa lagi di negara ini. Kenapa pula PAS mesti ganti dia?

Apabila Umno rosak, reput dan hilang habis, dia tak berkuasa apa-apa lagi. Tak boleh lagilah dia nak perintah negara ini. Masa itu kalau PAS yang lebih banyak mendapat kepercayaan rakyat, PAS-lah yang mengambilalih atau membentuk kerajaan yang akan memerintah atau mentadbir negara ini

Bukan mengganti Umno, tapi mengambilalih teraju pemerintahan/ pentadbiran. Tak ganti Umno. Dan Umno tak perlu diganti. Biarkan saja dia reput dan hilang dimakan zaman.

Saya tak tahulah dari mana datangnya pemikiran PAS ganti Umno itu, dan saya rasa tak perlulah saya nak tahu itu. Dan saya pun tak pernah fikirkan pun pasal ungkapan itu. Ia bukan urusan saya. Tapi bila orang semua tiba-tiba bercakap pasal muktamar PAS, dan hari itu saya ke Kundang nak dengar ceramah Tok Guru Nik Aziz, saya tengok banyak tergantung T-shirt "PAS ganti Umno" di gerai jualan.

Sejak itulah fikiran ini mula mengganggu minda saya. PAS ganti Umno. Kenapa PAS menti ganti Umno? Saya rasa saya fahamlah apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu. Ia ditujukan kepada orang Melayu yang sangat taksub dengan Umno, yang berfikir hanya Umnolah sahaja parti yang boleh menolong orang Melayu.

Maka kepada mereka itu seperti ingin dikatakan: Jangan bimbang. PAS akan ganti Umo, atau PAS boleh ganti Umno.

Tapi saya terfikir juga – hari itu kita duk kempen kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama, kita kata "PAS for All / PAS untuk Semua". Sekarang tiba-tiba sudah jadi PAS ganti Umno pula. Macamana ni? Betulkah PAS untuk semua itu, atau itu hanya kata-kata untuk sementara hendak memujuk orang bukan Melayu sahaja?

Saya juga terfikir – bila orang bukan Islam baca kata-kata PAS ganti Umno itu, apa yang mereka fikir? Eh,
PAS hendak ganti Umno pula? Nak jadi parti untuk orang Melayu pula?

Dan itu boleh tahan lagi. Tapi kalau mereka fikir: Eh, PAS nak ganti Umno? Umno itu 'kan parti yang jahat, yang penuh dengan rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Kenapa PAS nak ganti Umno? PAS pun nak jadi parti jahat jugakah bila Umno sudah tak ada nanti?

Itu fikiran yang terlintas dalam kepala sayalah. Mungkin tak betul. Tapi memang saya tertanya-tanya begitu. Mengapalah mesti nak ganti Umno! Kalau tak ganti Umno tak bolehkah? PAS sebagai PAS sahaja tak bolehkah?

Apakah PAS tidak cukup kuat untuk berdiri sendiri, maka ia perlu bersandar dan bergantung pula dengan yang lain? Itu implikasinya bila dikatakan PAS ganti Umno. Seolah-olah PAS tidak cukup kuat untuk berdiri sendiri. Maka ia perlu berdiri di atas tapak Umno. (Ganti Umno itu bukankah maknanya berdiri di atas tapak Umno?) Perlukah Umno berbuat begitu? Padahal antara PAS dengan Umno itu bezanya terlalu besar dan terlalu banyak. Bukankah itu boleh mengelirukan?

Bagi saya apabila dikatakan "PAS ganti Umno" itu ia memang mengelirukan. Cubalah fikirkan: kalau PAS boleh ganti Umno kepada orang-orang yang taksub dan fanatik Umno itu, apa implikasinya? Implikasinya ialah PAS tak banyak bezanya dengan Umno. Sebab itu PAS boleh ganti Umno.

Lagipun apalah pentingnya dan mustahaknya sangat nak ganti Umno itu? Kalau dengan tak mengganti Umno pun PAS mampu untuk menang dan menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, untuk apalah pula nak berfikir PAS ganti Umno, setelah semua orang sudah dengar kita melaung-laung "PAS untuk Semua"?

Kalau sudah PAS untuk Semua, teruskan sajalah PAS untuk Semua! Mengapa perlu diubah-ubah lagi? Seolah-olah perjuangan PAS itu boleh berubah-ubah? Sekejap kata Umno itu aqidahnya sesat, sekejap kata PAS itu untuk semua, sekejap kata PAS boleh ganti Umno bagi orang Melayu pula. Apa sebenarnya ini?

Dulu saya pernah tulis buku "PAS jangan jadi Umno", dan kebetulan baru-baru ini ada kawan mencadangkan supaya buku itu dicetak semula dengan beberapa penambahan isu-isu baru. Mengikut pandangan kawan itu sekarang lebih banyak tanda-tanda orang PAS yang cenderong bersikap macam orang Umno, dibandingkan waktu buku itu diterbitkan dulu.

Saya tak menjawab apa-apa kepada cadangan kawan itu. Tetapi apabila sekarang memikirkan kekeliruan yang terjadi sekitar pemikiran "PAS ganti Umno" ini, saya teringat semula kepada cadangan tersebut. Barangkali ada kebenarannya di situ. Kalau tidak, masakan idea "perpaduan" itu boleh sekejap timbul sekejap hilang dan sekejap timbul lagi begitu?

Nampaknya seperti wujud semacam pertalian antara dua perkara ini – kerajaan perpaduan dan PAS ganti Umno. Kedua-duanya ada hubungan dengan Umno. Mengapa pimpinan PAS mesti berfikir dalam kerangka yang ada Umno di dalamnya?

Bukankah Umno itu sudah jadi sesuatu yang jijik, kotor, lucah dan "busuk hingga ke usus"? Kenapa PAS masih tak mahu berpisah dengannya, hingga mahu menggantikannya pula?

Untuk menawan hati orang Melayu, PAS tak perlu ganti Umno. PAS hanya perlu belajar dengan Kelantan. Di Kelantan itu orang Melayu 95 peratus. Negeri yang paling ramai orang Melayu. Jadi, siapa kata orang Melayu sukar hendak terima PAS?
Inilah sebabnya saya telah berulang-ulang kali mengatakan PAS mesti akui kejayaan Kelantan, dan belajar daripada Kelantan. Berhentilah berfikir secara berbolak-balik sekejap begitu dan sekejap begini.

"Saya hampir lemas semasa mahu kembali ke Malaysia" - Zarina

Posted: 06 Jun 2011 07:52 PM PDT

KUALA NERANG - "Pengalaman hampir lemas semasa mahu kembali ke Malaysia kira-kira jam 4 pagi pada 4 Jun lalu pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan," kata Zarina Abu Bakar, 30, wanita yang ke Lombok, Indonesia selepas mengikuti teman lelakinya yang dikenali sebagai Helmi kira-kira dua tahun lalu.

Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Zarina yang tidak pandai berenang berkata, dia dan beberapa orang lain yang mahu memasuki sempadan Malaysia melalui Ulu Tiram, Johor diarahkan terjun ke dalam laut kerana bot yang membawa mereka tidak menghampiri pesisiran pantai.

Menurutnya, sebaik sahaja terjun, dia tidak ingat apa-apa dan dimaklumkan oleh tekong bot bahawa dia pengsan.

"Nyawa saya masih panjang dan bersyukur kerana telah diselamatkan oleh tekong bot berkenaan dan saya mula sedar dari pengsan kira-kira jam 6 pagi.

"Kemudian dengan bantuan orang-orang tekong bot itu, saya telah dibawa untuk membeli tiket bas ke Kuala Lumpur kerana ibu saya, Maryam Kasim, 49, sudah menanti di sana," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kuala Pai, Kuala Nerang.

Kisah Zarina sebelum ini mendapat liputan media cetak dan elektronik yang luas selepas dia merayu dan memohon bantuan untuk kembali ke negara ini selepas pergi ke Lombok pada September 2009.

Dia yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia 6, 7 dan 10 tahun pergi ke sana selepas teman lelakinya yang dikenali Helmi, 29, berjanji akan mengahwininya.

Menurutnya, pada awal perkenalan, dia terus jatuh hati kepada jejaka berkenaan yang mengambil berat akan dirinya.

"Pada awal berkenalan, sekiranya sehari tidak bertemu saya akan teringat-ingat kepadanya, setiap yang diperkatakan dan diminta olehnya langsung tidak dibantah.

"Saya pun tidak tahu mengapa saya tidak sabar-sabar mengikutinya pulang ke Lombok selain mendapat pelawaan dari pada ibu Helmi untuk pergi ke sana," katanya.

Dia mengakui semasa di dalam perjalanan menuju ke sana melalui Ulu Tiram, ingatannya kepada ibu bapa dan juga anak-anak di Kedah seolah-olah tidak ada dan hanya memikirkan untuk ke Lombok saja.

"Saya seolah-olah dipukau tetapi pada waktu yang sama rasa sangat bahagia," katanya.

Namun, selepas lima bulan menetap di Desa Jeruk Mani, Dusun Jawa Guar, Kacamantan Timur, barulah rasa rindu kepada kampung halamannya di Malaysia kembali berbunga.

Menurutnya, dia mendakwa selepas lima bulan menetap di sana, layanan ibu Helmi kepadanya semakin dingin.

"Selain menetap di rumah yang tidak mempunyai kemudahan elektrik dan air, kadang-kadang makanan tidak cukup dan perlu bergantung kepada roti sahaja, makanan yang sering saya jamah ialah ubi kayu, ubi keladi dan pucuk paku-pakis.

"Saya pun tidak tahu mengapa ibu Helmi bersifat dingin dan sering memarahi dan memukul saya, sifat ramah mesra seperti saya dengar di dalam telefon sebelum ini sudah tidak ada," katanya.

Tambahnya, dia juga terpaksa pergi bekerja mengambil upah menanam padi dengan upah sebanyak RM2.50 sehari.

"Setiap hari saya memikirkan untuk pulang sahaja, selain hidup umpama pelarian di sana," katanya yang mendapat bantuan suaminya untuk mendapatkan kad pengenalan palsu di sana dengan harga RM80.

Bagaimanapun, impiannya berkecai apabila Helmi membatalkan hasrat untuk berkahwin dengannya selepas dia melahirkan seorang anak perempuan hasil hubungan sulit dengan lelaki berkenaan kira-kira lima bulan yang lalu.

"Biarlah kisah perjalanan hidup saya ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada wanita di negara ini supaya ia tidak akan berulang lagi.

"Kepulangan saya ke negara ini juga turut dibantu oleh Helmi selepas melihat saya sudah nekad untuk pulang ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, Maryam ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana masih lagi dapat memeluk anak sulungnya itu.

"Setiap hari saya berdoa kepada Allah SWT, akhirnya doa saya dimakbulkan, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi dorongan kepada keluarga kami," katanya.

Tambahnya, dia mendapat bantuan daripada adik angkatnya dari Kubor Panjang, Pendang, Kedah untuk membantu membawa pulang Zarina.

- Artikel semalam mengenai Zarina DI SINI

Politik - Yang mana hujungnya, yang mana pangkalnya?

Posted: 06 Jun 2011 05:41 PM PDT

Politik negara sudah sampai ke tahap yang tidak pernah kita alami seumur hidup kita. bermula dengan isu kecil-kecilan sekarang sudah sampai kepada tahap yang membingungkan kita semua. Pemimpin-pemimpin dan penyokongnya sama sahaja; bermain dengan permainan politik yang terlalu kotor dan menjijikan.

Saya tidak nampak lagi isu yang lebih merbahaya dari isu agama yang di mainkan oleh beberapa kerat manusia 'desperate' yang menggunakan isu agama mungkin sebagai isu yang mereka anggap sebagai isu yang paling selesa bagi mereka untuk mencapai matlamat peribadi mereka. Bagi setengah pihak, rasanya yang sedang berkuasa isu ini merupakan jalan yang terakhir yang memungkinkan untuk meneruskan sokongan orang Melayu terutamanya bagi mengekalkan kuasa.

Isu ini isu yang sengaja diada-adakan. Itu pandangan saya dan saya tetap dengan pandangan itu. Seseorang yang hendak diceraikan selalunya akan bercakap tangkap muat untuk melindungi kelamahannya. Politik BN begitulah. Apabila ada rasa-rasa akan ditolak maka isu demi isu akan diperbesarkan dan tentulah mangsanya ialah parti pembangkang.

Ahli-ahli DAP yang kebanyakannya adalah beragama Buddha dituduh mahu meletakan kristian sebagai agama rasmi. Di mana lojiknya kita pun tak tahu. Apabila isu ini diperhangatkan oleh Utusan maka berderu-deru opotunis bercakap dan berucap dengan nada yang keras kononnya akan berjuang habis-habisan. Ibrahim Ali pula akan berjihad untuk Islam. Bila Ibrahim Ali hendak berjihad dalam isu ini secara langsung Ibrahim di dalam hidupnya belum lagi berjihad.

Tetapi apa pun, keadaan politik negara begitu bercelaru dengan berbagai-bagai isu tepian yang begitu ghairah diperbesarkan oleh setengah pihak. Isu sebenar yang membuatkan merudumnya sokongan ramai terhadap kita tidak dipertikaikan dan diperbahaskan dengan betul. Isu agama ini betul-betul isu untuk melarikan dari isu sebenar yang kita hadapi iaitu ketirisan kewangan negara dan nilai budaya yang sudah berubah keterlaluan sehingga kita sudah hilang identiti sebagai parti nasionalis.

Bagi adik-adik yang muda sekarang ini mereka hanya mengenggeh sahaja. UMNO kata orang UMNO kata mereka. Tetapi apabila ditanya apa dia UMNO itu, mereka akan menjawab UMNO membawa bekalan api letrik, membina jalanraya, membekalkan air bersih, memberi lembu pawah, hendak menang pertandingan ketua pemuda dan naikkan sipolan dan sipolan, mesti benci Nik Aziz, mesti tuduh DAP komunis, mesti undi UMNO kerana UMNO sahaja yang boleh menyelamatkan orang Melayu dan berbagai-bagai retorik yang lain.

Ada anak-anak yang muda sekarang ini bercakap dan menulis menggunakan kata-kata kesat seperti BABI, bingai , anjing dan berbagai-bagai lagi istilah kotor dan memanggil nama buruk kepada orang yang mereka tidak suka. Tetapi apabila ada seorang yang mereka takuti menggunakan istilah pandikutti ianya menjadi isu besar sedangkan manusia ini dipanggil dengan berbagai-bagai nama yang kotor seolah-olah manusia yang lain itu bukan ciptaan Tuhan.

Perbalahan politik memang dari dahulu kala berlaku tetapi mereka yang berbalah mempunyai bahasa politik yang lebih berseni dan finesse nya yang tinggi. Kata mengata di antara yang berbalah semasa dahulu ada sempadannya. Sempadannya bukan di adakan dengan undang-undang tetapi persempadanan kata mengata itu digariskan dengan etika dan budaya bangsa yang begitu tinggi. Begaduh, tetapi ada sempadan moralnya. Ada yang patut disimpan dan ada yang patut dikeluarkan.

Seperti kita bersolat, ada tata caranya. Dalam solat wajib ada sunatnya dalam solat sunat itu ada wajibnya. Bersolat waktu yang wajib, membaca ayat lazim itu adalah sunat, di dalam sembahyang sunat itu membaca al-fatihah itu adalah wajib. Pendeknya ada wajibnya dan ada sunatnya.

Kita lupa nasihat agama kita; apabila terjumpa perkara yang buruk, jangan terus dibuang, kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga kalau terjumpa perkara yang cantik molek jangan terus diterkam kerana mungkin ada celaka disebaliknya.

UMNO seolah-olah adalah 'the almighty'. Segala-galanya datangnya dari UMNO bukannya dari Tuhan. Takburnya tidak terhingga. Kata mereka kalau tidak ada UMNO Melayu tidak boleh hidup. Tetapi apabila Melayu yang cuba untuk membuktikan yang UMNO bukan penentu segala-galanya mereka memaki hamun dan mencerca puak ini. Kalau benar UMNO adalah penentu kepada semua bagaimana masih ramai orang Melayu yang terkapai-kapai; hanya pemimpin-pemimpin sahaja yang kaya raya dan hidup 'glamorous' yang tidak terbatas oleh adat dan budaya bangsa kita.

UMNO membawa isu rasis, tetapi yang dituduhnya membawa isu rasis itu ialah DAP. Orang Cina tidak akan ada representasi dalam kerajaan jika MCA tewas dalam pilihanraya. Tetapi orang Melayu lupa yang paling banyak menyumbang kepada kantung kerajaan pada hari ini adalah orang Cina yang telah berjaya di dalam perniagaan mereka. Merekalah yang pembayar cukai yang paling banyak kepada kerajaan.

Bangsa Cina tidak menghormati mereka kerana kita tidak berfikir sebelum bercakap. Kaum Cina hanya meminta kerajaan yang telus dan mereka tidak gemar cukai yang banyak dibayar oleh mereka ke dalam perbendaharaan kerajaan itu terlalu banyak diselewengkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Tetapi apabila saya bercakap seperti ini saya akan dituduh menyokong kaum Cina dan tidak hormat kepada kaum sendiri.

Kita selalu lupa yang 'respect has got to be earned'. Itulah sebabnya ramai di antara yang berfikir tidak lagi mahu bergiat kerana kami tidak mampu untuk mendapatkan penghormatan itu dan kami mengharapkan pemimpin kita untuk mendapatkannya. Orang seperti saya yang kerdil ini sedar yang kami tidak berkemampuan untuk mendapatkan penghormatan sebagai pemimpin maka kami berundur dari awal lagi.

Tetapi pemimpin Melayu yang diharapkan untuk mendapatkan penghormatan itu tidak juga berjaya menjadi pemimpin yang 'magnanimous' dan terus sahaja mengertak kesana dan mengugut di sini dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan pernghormatan yang sangat penting itu secara natural. DAN mereka tidak pula mahu berfikir kenapa mereka gagal untuk mendapatkan penghormatan itu. Apabila menemui kegagalan maka pihak lain pula dipersalahkan. Pihak sendiri tidak juga bersalah.

Sesungguhnya rakyat tidak banyak masalah untuk menentukan sikap politik mereka. "Yang bermasalah ialah pemimpin-pemimpin yang sudah hilang hidayah" kata seorang kawan professor dari universiti tempatan.

Sumber : blog Aspan Alias

Video klip separa lucah : Gambit dikutuk pembaca

Posted: 06 Jun 2011 08:27 AM PDT


baca selanjutnya DI SINI

Utusan kencing lagi ...

Posted: 06 Jun 2011 06:24 AM PDT

Utusan bohong lagi, DAP tak campur tangan masjid

GEORGETOWN, 6 JUN – Pembohongan terbaru Utusan Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang.

Laporan berita Utusan mendakwa kononnya pemilihan itu "dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian".

Berita Utusan itu menambah, "jika dilaksanakan sepenuhnya, 'pilihan raya masjid' itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu".

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

"DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu," katanya kepada Roketkini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng telah sedaya upaya mengangkat martabat Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi lebih peruntukan kewangan berbanding dengan pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Menurutnya, peruntukan bagi hal-ehwal agama Islam telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat mengambil alih negeri pada 2008.

Perbandingan peruntukan Kerajaan Negeri untuk hal-ehwal agama Islam

2008 (BN)            2009 (PR)             2010 (PR)          2011 (PR)

RM12.5 juta        RM20.5 juta           RM24.3 juta      RM33.3 juta


"Sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan di mana kerajaan BN dahulu tidak begitu bersungguh-sungguh melaksanakannya. Di samping itu, kerajaan negeri Pakatan juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA," tambah beliau.

Menurutnya, laporan Utusan itu hanya mencerminkan sikap tuan mereka UMNO yang terus mencari jalan untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dengan mengaitkan DAP yang dituduh mereka sebagaii cauvinis Cina, mahu campur tangan dalam hal-ehwal masjid.

Sebelum ini Guan Eng telah dituduh mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah jumaat, menyembelih lembu Hari Raya Korban dan mengharamkan perarakan Maulidur Rasul. Semua tuduhan itu dibuktikan palsu.

Zairil mengingatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak mudah percaya dengan dakyah Utusan yang sanggup bermain dengan fitnah demi kepentingan politik UMNO.

"Sikap bijak dan berani yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli PAS yang tidak percaya kepada Utusan yang cuba campur tangan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini patut menjadi contoh kepada semua rakyat khususnya orang Melayu," tambahnya. – Roketkini.com

Bagaimana Nazri Aziz yakin DSAI akan dipenjara? ....

Posted: 06 Jun 2011 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa mempersoal bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz begitu yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan.

Beliau mengulas kenyataan Nazri hari ini, kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba mengintai jawatan perdana menteri dan meletakkan dirinya sebagai pengganti Anwar.

Ini kerana menurut Nazri, Anwar ketika ini sedang berdepan masalah dalam perbicaraan kes fitnah II, termasuk fitnah video seks yang dihadapinya.

Menurut Fariz, kenyataan itu menjadi bukti bahawa pertuduhan terhadap Anwar satu konspirasi politik untuk memenjarakannya semula.

"Kenyataan Nazri membuktikan konspirasi yang melibatkan pimpinan Umno dan kerajaan bagi memastikan Datuk Seri Anwar ke penjara. Jelas kes ini menunjukkan konspirasi dan satu sandiwara," katanya kepada keadilandaily.com

Beliau juga mengecam kenyataan tersebut yang bersikap subjudis sedangkan kes Anwar masih dibicarakan di mahkamah.

"Kenyataan ini menunjukkan ketakutan Umno-BN kepada Anwar Ibrahim dan menggambarkan keadaan mereka yang cukup tertekan," katanya sambil memberi amaran, rakyat akan bangkit sekiranya Anwar dipenjarakan.

Selain itu, katanya pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak akan sesekali terpengaruh dengan dakyah tersebut, yang juga bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan dalam gabungan itu.

"Nazri cuba melaga-lagakan untuk memecah belahkan pimpinan Pakatan Rakyat sedangkan perkara itu tidak berlaku seperti yang digambarkan.

"Nazri belum memahami solidariti dan kerjasama dalam Pakatan, bahawa sesuatu keputusan yang diambil bukan secara individu tetapi secara kolektif dan bersama demi kepentingan rakyat," tegas Fariz.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat sebelum ini telah mengambil pendirian yang jelas untuk mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, sekaligus melantik beliau ke jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan memenangi pilihan raya umum kelak.

"Kita yakin walaupun sebelum ini terdapat ahli parlimen KEADILAN yang melompat parti, namun keputusan dibuat secara bersama dalam Pakatan untuk mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, bermakna Anwar diterima baik oleh semua pihak," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14830

Cakap saja deras, tapi penakut rupanya ... hahaha kesian

Posted: 06 Jun 2011 12:19 AM PDT

Umno tangguh pemilihan kerana takut pilihan raya- Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berbeza dengan Umno, komponen Pakatan Rakyat berani mengadakan pemilihan masing-masing meskipun waktu pilihan raya umum semakin hampir.

Ia katanya, berbeza dengan parti komponen dalam Barisan Nasional seperti Umno dan MCA yang terpaksa menangguhkan pemilihan parti kerana bimbang berlaku perpecahan ketika Pilihan Raya Umum ke 13.

"Umno dan MCA tak berani, mereka tangguhkan pemilihan. Berbanding Pakatan Rakyat, mereka berani buat pemilihan meskipun tahu pilihan raya umum telah hampir.

"Ini menggambarkan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengadakan pemilihan meskipun pilihan raya lebih awal, berbanding tradisi BN," ujarnya.

Justeru, katanya seperti mana pemilihan KEADILAN pada 2010, muktamar pemilihan Pas yang berlangsung baru-baru adalah petanda keberanian Pakatan Rakyat melaksana prinsip pemilihan berdasarkan amalan demokrasi.

Beliau juga menyatakan kehairanan kerana pemilihan Pas yang dijalankan dengan semangat setiakawan dan tertib itu, tidak pernah mendapat liputan yang begitu meluas oleh media milik Umno-BN sebelum ini.

"Saya hairan, sejak bila media yang dikuasai mereka seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star memberi liputan terhadap muktamar?" soalnya.

Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas kritikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika muktamar berlangsung.

Dalam masa yang sama pula, Muhyiddin dilapor berkata Umno sentiasa membuka pintu perbincangan terhadap parti itu bagi menjalinkan hubungan kerjasama.

Menurut Aziz, kenyataan Muhyiddin sebenarnya menggambarkan keresahan pemimpin Umno-BN dengan barisan kabinet baru Pas yang dianggap sebagai ancaman kepada hegemoni mereka.

Tambahnya, rakyat tidak mungkin melupakan tohmahan yang dilemparkan Umno kepada Pas, termasuk melabel parti itu sebagai 'Parti Ajaran Sesat', bahkan sehingga ke peringkat menyamakannya dengan komunis.

"Apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Pas sebenarnya lebih teruk. Siapa tidak lupa dengan peristiwa pembunuhan Samad Gul di Kelantan dan serangan di Lubuk Merbau?

"Apakah Umno lupa tentang peristiwa di Memali? Bagaimana dengan ratusan pemimpin dan aktivis Pas yang dipenjara dan ditahan di bawah ISA?' soal beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14795

Tiada ulasan: