MiLo SuaM |
- Serangan terhadap website kerajaan sudah bermula!
- Utusan Malaysia menghina Islam! Celaka!
- Anwar Ibrahim kembali ke parlimen esok!
Serangan terhadap website kerajaan sudah bermula! Posted: 15 Jun 2011 11:22 AM PDT NAMPAKNYA serangan terhadap website-website Malaysia seperti amaran yang pernah dikeluarkan oleh kumpulan "hackers" yang menggelarkan diri mereka sebagai anonymous baru-baru ini sudah bermula. Serangan kumpulan "hackers" ini dilakukan sebagai tanda protes terhadap SKMM yang menutup laman-laman download sedangkan banyak website-website lucah termasuk blog-blog yang menyebarkan video lucah terus dibiarkan beroperasi. Namun begitu tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan yang memulakan serangan ini mempunyai hubungan dengan "anonymous" atau tidak. [www.tourmalaysia.com.my] [www.penang.uitm.edu.my] [jbiotech.gov.my] Lebih banyak lagi website-website kerajaan akan digodam termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Suruhanjaya Pilihanraya,SPR dan Website 1Malaysia. Malah menurut maklumat yang diterima, fanpage Najib Tun Razak juga akan turut digodam sebagai tanda protes terhadap tindakan SKMM itu. Satu persatu website kerajaan yang bernilai jutaan ringgit akan dihancurkan dalam masa terdekat. Kita tunggu dan lihat. ReJaM© "Harap anonymous boleh godam sekali website-website dan blog-blog yang menyebarkan video lucah" |
Utusan Malaysia menghina Islam! Celaka! Posted: 15 Jun 2011 09:30 AM PDT RAKYAT Malaysia semua terutama yang beragama Islam, lihatlah dengan mata kepala anda sendiri bagaimana akhbar yang kononnya menjadi penyebar fikiran rakyat, yang kononnya menjadi pejuang suara Melayu Islam, Utusan Malaysia secara terang terangan menghina hukum Allah, menghina Islam. Akhbar yang menjadi lidah kepada gerombolan penyebar video lucah, UMporNO ini dilihat sengaja menghina Islam, sengaja menghina hukum yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-Quran demi meraih sokongan rakyat menggunakan isu video lucah yang disebarkan secara meluas oleh mereka kepada semua peringkat umur [YouTube]. Tanya hati anda, jika masih ada iman di hati, sanggupkah kita membiarkan akhbar yang menjadi media Utama rakyat Malaysia ini menghina dan menginjak-injak Agama Islam sehingga sedemikian rupa? Hukum siapakah yang dihina oleh Utusan Malaysia ini? Pelukis karikatur Utusan Malaysia ini dilihat sengaja menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat yang beragama Islam selain menimbulkan persepsi buruk terhadap sistem keadilan Islam kepada orang-orang bukan Islam. Utusan Malaysia seolah-olah sengaja menggambarkan sistem keadilan di dalam Islam itu lemah dan tidak "up-to-date" dengan teknologi sedia ada. Persatuan Ulama turut mengecam penghinaan terhadap Islam yang dibuat oleh Utusan Malaysia ini [Msian Insider] Demi mengekalkan kuasa, video lucah telah dihalalkan oleh UMporNO untuk sebaran umum kepada semua lapisan umur. Minda anak-anak kita dirosakkan dengan video lucah. Kali ini demi mengekalkan kuasa UMporNO sanggup menghina Islam, menghina hukum yang ditetapkan Allah di dalam Al-Quran. "Tolak satu ayat sahaja dari Al-Quran Kafir! Bagaimana pula bila mempersendakan, mempersoal dan mengkritik hukum Al-Quran?" ReJaM© "Penghinaan terhadap Islam kini sudah dihalalkan, yang penting gerombolan video lucah terus berkuasa" |
Anwar Ibrahim kembali ke parlimen esok! Posted: 15 Jun 2011 06:38 AM PDT ENAM bulan lalu kerajaan Malaysia mencipta sejarah sebagai satu-satunya negara yang menggantung ketua pembangkang daripada meghadiri sidang parlimen. Hal ini tidak pernah berlaku di mana-mana negara komanwel, Anwar Ibrahim digantung selama 6 bulan oleh Parlimen Malaysia. Perkara yang pelik tetapi benar telah berlaku di dalam negara kita, malah negara kita telah menjadi bahan lawak jenaka masyarakat antarabangsa di atas penggantungan ini. Turut sama digantung bersama-sama dengan Anwar selama 6 bulan ialah Azmin Ali, Sivarasa, dan Karpal Singh [Msian Insider]. Bagaimana pun esok, tamatlah sudah penggantungan yang penuh dengan kontroversi dan menjadi bahan gelak ketawa masyarakat antarabangsa ini. Anwar Ibrahim, seorang individu yang dilihat terus menjadi ketakutan gerombolan penyebar video lucah, UMporNO kembali mengaum di parlimen untuk meneruskan agenda perjuangan rakyat yang dibawanya. Anwar Ibrahim dijangka akan kembali dengan penuh bergaya ke parlimen esok untuk meneruskan agenda perjuangan rakyat pada jam 9:30 pagi. Bagi anda yang mempunyai kesempatan, jom turun ke parlimen sebagai tanda simbolik memberi sokongan terhadap harimau rakyat ini. Demi rakyat, suara rakyat suara keramat! ReJaM© "Harimau kembali mengaum, katak-katak kembali menggelupur di parlimen kah kah kah" Jangan ketinggalan mengikuti kisah YB Pulau Batu Putih merangkap penyebar video lucah berlesen di parlimen, klik sini [Baginda] |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan