Sabtu, 11 Jun 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Fitnah terbaru! Skandal Mat Sabu dan Cikgu Mala pulak

Posted: 10 Jun 2011 12:29 PM PDT

USAHA gerombolan songkok tinggi atau nama barunya gerombolan video lucah dilihat begitu jelas cuba menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada pemimpin Pakatan Rakyat dengan dakwaan-dakwaan skandal lucah.

Seperti ada perancangan rapi di pihak gerombolan video lucah untuk menjatuhkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan tuduhan-tuduhan skandal liar. Di bawah ini satu lagi fitnah terbaru mula disebarkan oleh salah seorang blogger popular gerombolan video lucah.

Kalau sebelum ini VCD bertajuk "skandal seks Mat Sabu" disebarkan kepada orang ramai tanpa mengira lapisan umur di Ampang rujuk sini [skandal seks Mat Sabu], kali ini Mat Sabu yang juga timbalan Presiden PAS dituduh lagi kononnya mempunyai skandal dengan bekas calon PAS PRK Tenang, Cikgu Mala.



Tujuan gerombolan video lucah mencipta fitnah ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meraih sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Lihatlah dengan mata kepala anda sendiri bagaimana mereka meraih sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dengan umpan video lucah dan fitnah skandal-skandal lucah.

Betapa hinanya rakyat diajak menyokong kerajaan Barisan Nasional melalui politik lucah yang benar-benar jijik, lebih jijik dari taik yang busuk lagi membusukkan. Seperti biasa selepas menyebarkan video dan cerita lucah, gerombolan ini akan menuduh kononnya orang Pakatan Rakyat sendiri yang menyebarkannya.




ReJaM© "Blog gerombolan video lucah pun orang Pakatan Rakyat yang tulis"


Note: Gambar di bawah ini tiada kena mengena dengan artikel di atas.


VCD skandal seks Mat Sabu pula jadi talian hayat UMNO

Posted: 10 Jun 2011 09:53 AM PDT

AMALAN politik lucah terus jadi talian hayat gerombolan songkok tinggi. Kalau sebelum ini video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim dijadikan senjata untuk meraih sokongan rakyat, kali ini VCD bertajuk skandal seks Mat Sabu pula diedarkan di sekitar Ampang [Malaysiakini]


Rakyat Malaysia menanti-nanti tawaran lebih hebat dari Barisan Nasional sebagai saingan mereka terhadap Tawaran Janji 100 hari, buku jingga Pakatan Rakyat. Sepatutnya bila Pakatan Rakyat menawarkan perancangan ekonomi yang menyenangkan rakyat, Barisan Nasional harus menawarkan tawaran yang lebih hebat jika mereka benar-benar mendahulukan rakyat.

Namun apa yang terjadi, sebagai jalan menandingi Janji 100 hari Pakatan Rakyat dalam buku jingga, gerombolan songkok tinggi menggunakan politik lucah dan video lucah, untuk meraih sokongan rakyat Malaysia. Terdesak tahap bawah tapak kaki.

Selepas mereka menyebarkan video lucah, mereka menuduh pula Pakatan Rakyat sendiri yang menyebarkannya. Tak tau nak cakap apa lagi dah, UMporNO berjaya membawa politik Malaysia ke arah politik yang paling hina sehingga menjadi gelak ketawa negara luar.



ReJaM© "VIDEO LUCAH dan DUBUR menjadi harapan gerombolan songkok tinggi untuk terus berkuasa. So so lame..."

Isu video seks timbul dalam khutbah Jumaat

Posted: 10 Jun 2011 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Ketika isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum "sejuk", hari ini khutbah Jumaat rasmi negeri Selangor mengecam tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tanpa mempunyai sebarang bukti kukuh.

Kandungan khutbah itu menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.

"Mimbar hari ini berasa amat terpanggil untuk menjelaskan maksud dan kesan fitnah yang wajib difahami, jika kita benar-benar inginkan kesejahteraan dan keredhaan Allah di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.

"Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam tidak kisah sama ada ia dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain," kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor, yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, hari ini.

Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus pada isu tersebut, dipercayai merujuk kepada rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang berakhir Ahad lalu juga meluluskan usul berkaitan tindakan fitnah itu.

Kata khutbah itu, sekiranya fitnah dilakukan ia boleh mendatangkan pertuduhan qazaf terhadap seseorang melakukan perbuatan zina atau liwat tanpa mengemukakan empat orang saksi yang adil.

"Fitnah ialah mengadakan satu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif-motif yang buruk.

"Fitnah boleh menimbulkan qazaf dan ia bererti membuat pertuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi adil dan orang yang menuduh telah melakukan jenayah qazaf dan fitnah," katanya. [Malaysian Insider]

Tiada ulasan: