MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- KICKDEFELLA TIDAK MAHU HUSAM MENANG JAWATAN?
- KEMENANGAN NIK ABDUH PERTANDA TUAN IBRAHIM BAKAL MENANG?
- MUKTAMAR PAS - KERAJAAN PERPADUAN DAN ANWAR BERLEGAR LAGI?
| KICKDEFELLA TIDAK MAHU HUSAM MENANG JAWATAN? Posted: 03 Jun 2011 12:10 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSMUKTAMAR PAS yang sedang berlangsung kini merupakan tempat terbaik `Kickdefella' atau Syed Azidi `mencari makan'. Misi beliau yang secara tiba-tiba muncul dengan `berita sensasi' tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghancurkan musuh utamanya YB Husam Musa yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden PAS kali ini. Dakwaan kununnya beliau menerima upah RM 350,000 daripada YB Husam hanya timbul disaat pemilihan di mana YB Husam akan bertanding. Adakah Kickdefella suka jika YB Husam memenangi pertandingan tersebut? Memetik laporan dari Malaysiakini, "Syed Azidi berkata selepas diberhentikan kerja di PMBK berikutan perselisihan faham dengan Ketua Eksekutif PMBK, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang pembantu Husam yang menawarkan RM350,000 dan beliau telah bersetuju" (Malaysiakini). Kickdefella sememangnya berdendam dengan YB Husam kerana tokoh PAS Kelantan itu tidak berbuat apa-apa apabila beliau dipecat dari PMBK. Beliau merasa hebat seolah-olah semua pimpinan PAS khususnya di Kelantan mesti gentar dengan Blogger seperti beliau. Barangsiapa yang memusuhinya pasti akan diserang habis-habisan oleh Blogger yang pernah dilabel sebagai penagih arak tegar ini. Lihat sahaja bagaimana beliau menghentam menantu MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz iaitu Ariff Fahmi ketika menantu MB Kelantan itu menerajui PMBK. Keluarga Tuan Guru Nik Aziz juga diserang oleh Blogger ini. Jadi, apa peliknya setakat menyerang YB Husam? Tentang dakwaan Kickdefella itu telah dinafikan oleh YB Husam, bahkan beliau berkata beliau tidak pernah mempunyai wang sejumlah itu. Lojiknya, perlu apa YB Husam perlu memberi wang sebanyak itu kepada insan bertaraf Syed Azidi? Apa yang Blogger ini buat untuk menaikkan nama YB Husam di dalam politik jika benar beliau ada menerima wang itu? Setakat yang kita tahu, Blogger ini sentiasa menyusahkan PAS di Kelantan dan ini bermaksud Blogger ini mempunyai misi yang sama dengan Umno Kelantan. Justeru itu, tidak masuk akal YB Husam boleh memberi wang sebanyak itu kepada Blogger tiada hala tuju ini. Dakwaan Kickdefella ini jelas menunjukkan beliau bekerja dengan puak yang tidak mahu melihat YB Husam berada di kerusi Naib Presiden PAS. Mengapa bahayanya jika YB Husam berada di kerusi tersebut? Jawapannya, kehendak Umno untuk bersama dengan PAS lebih sukar di masa akan datang jika YB Husam memenangi pertandingan kali ini, dan misi Kickdefella pasti akan gagal. /wfauzdin.blogspot.com |
| KEMENANGAN NIK ABDUH PERTANDA TUAN IBRAHIM BAKAL MENANG? Posted: 02 Jun 2011 08:38 PM PDT PERTANDINGAN empat penjuru merebut jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat telah dimenangi oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz iaitu anak kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Azman Shapawi dengan Nik Abduh mendapat undian sebanyak 260 daripada 655 undi. Jawatan Ketua Pemuda PAS kekal disandang oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi apabila beliau tidak dicabar oleh sesiapa. Tahniah diucapkan kepada Nik Abduh kerana dapat berada di saf hadapan kepimpinan Pemuda PAS. Mungkin ada yang berangapan kemenangannya adalah kerana pengaruh ayahandanya Tuan Guru Nik Aziz, tetapi bagi saya beliau memang mempunyai kelayakan berada di kerusi tersebut. ![]() Nampaknya PAS kini tidak perlu risau akan kehilangan warisan `Ulamak Haraki' (meminjam kata Datuk Harun Taib) kerana di Dewan Pemuda PAS sebagai pelapis kepimpinan masa depan kini mempunyai tokoh berstatus Ulamak. Beberapa jam lagi perwakilan akan memilih saf kepimpinan PAS di peringkat jawatan Timbalan Presiden PAS pula. Pemilihan jawatan ini lah sebenarnya klimaks kepada Muktamar PAS kali ini. Jika momentum pemilihan Dewan Pemuda PAS diambil kira, sudah pasti Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bakal terpilih. Tetapi, adakah perwakilan mahu memberi peluang kepada yang bukan Ulamak seperti Muhamad Sabu sebagai pengimbang kekuatan kepada PAS? ![]() ![]() ![]() ![]() Jika mengikut nasihat dari Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Harun Taib, beliau menyeru agar PAS kekal dengan `Ulamak Haraki', bererti bukannya Muhamad Sabu. Adakah itu `fatwa' dari Dewan Ulamak PAS? Sudah tentu tidak, ini adalah kerana perwakilan akan memikirkan apakah PAS perlu kepada `Ulamak' kesemuanya berada di saf hadapan atau perlu ada yang lebih `ganas dan power' di sisi Presiden. Pada saya, tidak rugi jika Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man terpilih atau pun Muhamad Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Apa yang merugikan PAS adalah jika salah seorang di antara keduanya tidak terpilih./wfauzdin.blogspot.com |
| MUKTAMAR PAS - KERAJAAN PERPADUAN DAN ANWAR BERLEGAR LAGI? Posted: 02 Jun 2011 08:09 AM PDT SELAMAT bersidang kepada semua perwakilan PAS di dalam Muktamar PAS Ke 57 yang akan bermula pada 03 Jun sehingga 05 Jun ini. Muktamar Dewan Pemuda dan Muslimat PAS telah pun bermula malam tadi sehingga hari ini dan esok Ucapan Dasar Presiden PAS bertempat di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar sebagai tempat Muktamar PAS tahun ini. Sesibuk mana pun pemimpin dan perwakilan, nampaknya media pencacai seperti Utusan Meloya lagi sibuk seolah-olah yang bermuktamar itu adalah parti yang menjadi `tokeh' kepada akhbar mereka. Mengapa mereka tertarik sangat dengan Muktamar PAS ini? Tidak lagi menjadi rahsia, jika akhbar berlidah syaitan ini begitu mengikuti perkembangan Muktamar PAS sehinggakan cuba mencatur siapa pemimpin di dalam PAS yang patut dipilih, ini menunjukkan PAS amat hebat pada pandangan mereka. Memang PAS sekarang begitu hebat dan bersedia untuk mengganti Umno pada bila-bila masa sahaja. Maka, akhbar yang sudah bankrap ini pun mengulas tentang jawatan Timbalan Presiden PAS yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara penyandang Us Nasha, pencabarnya Us Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu. Media ini mencongak bahawa di dalam ketiga-tiga tokoh tersebut terdapat tokoh yang pro Anwar dan tokoh yang pro Ulamak. Akhbar yang tidak pernah berniat baik terhadap PAS ini tentunya mahu melihat tokoh `tidak pro Anwar' akan terpilih. Siapa tokoh pilihan Utusan Meloya? Apakah jika Us Nasha berjaya mengekalkan jawatannya maka Umno boleh selesa? Umno akan menjadi lebih `kecut' sekiranya Mohamad Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS? Atau, masih ada ruang untuk Umno dan PAS duduk `satu kelambu' jika Us Datuk Tuan Ibrahim berjaya kali ini? Sebenarnya, sesiapa pun yang terpilih menjadi Timbalan Presiden PAS kali ini hakikatnya nama Umno sudah tiada lagi di hati PAS. Apabila PAS mengistiharkan `PAS Ganti Umno', maka secara automatik Umno perlu melupakan hasrat untuk bergabung atau menubuhkan `Kerajaan Perpaduan' dengan PAS. Saya melihat pemilihan kali ini tidak seperti pemilihan yang lalu. Kali ini Muktamar PAS tidak dibelenggu dengan persoalan siapa pemimpin yang ingin kepada `Kerajaan Perpaduan'. Memang banyak blog yang masih bermain dengan isu lapok ini tetapi pada saya ianya tidak lebih dari satu strategi kempen mereka terhadap seseorang tokoh. Akhirnya yang menentukan pemimpin PAS adalah perwakilan sendiri yang sudah bijak menilai. Secara peribadi, sokongan saya terhadap Us Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS adalah kerana Pesuruhjaya PAS Pahang ini sememangnya lebih layak memikul amanah dan lebih banyak kelebihan daripada pesaingnya. Tiada siapa yang boleh buktikan bahawa tokoh ini pro kepada `Kerajaan Perpaduan' atau `anti Anwar'. Begitu juga dengan Muhamad Sabu yang lebih `vokal' menentang Umno, mana mungkin beliau redha dengan `Kerajaan Perpaduan'. Kelebihan Us Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah dari segi ilmu agama yang ada padanya. Beliau juga hebat berpidato dengan ucapan yang `berisi' sepertimana bertuahnya mereka yang dapat mendengar ucapan Tuan Guru Nik Aziz. Muhammad Sabu pula banyak kelebihan dari yang lain kerana beliau lebih `radikal dan vokal' dalam perjuangannya. Sebab itu, saya amat berharap Muhamad Sabu boleh berada di sisi Presiden PAS seandainya tiada rezeki buat Us Datuk Tuan Ibrahim. Sesiapa pun yang disokong, Umno usah bermimpi untuk melihat PAS akan `masuk lubang' untuk kali kedua. Umno tidak boleh mengandaikan si Polan dan si Polan itu pro atau anti Anwar kerana bagi PAS menyokong Anwar bukan kerana peribadinya tetapi hukum yang digunapakai oleh PAS adalah Al-Quran. Apabila Al-Quran mengutuk kerja fitnah dan mengaibkan sesama manusia apatah lagi dengan tuduhan zina dan liwat, maka PAS mematuhi hukum ini. Teringat saya ucapan Us Datuk Tuan Ibrahim sewaktu Muqasid Syariah di Kuantan dan juga ceramah di Kerdau baru-baru ini, beliau memperincikan tentang hukum menuduh seseorang itu dengan zina/liwat dan juga kaedah bersumpah menurut Islam. Apakah ini bererti Us Datuk Tuan Ibrahim boleh dikatakan `pro Anwar'? Sekiranya sebaliknya berlaku, jika beliau meminta Anwar bersumpah laknat atau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kerana fitnah itu, lojik juga dikatakan bahawa beliau adalah `anti Anwar' dan `pro Kerajaan Perpaduan'. Bukankah yang tetgila-gilakan `Kerajaan Perpaduan' ini sedang sibuk menyebar video seks sehingga ke depan pintu masjid sekarang ini?/wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan