Jumaat, 17 Jun 2011

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


aku dan rumah dia.

Posted: 16 Jun 2011 08:52 PM PDT

aku bukanlah ahli jumaat yang berdisiplin. mungkin pemakan-pemakan pisang sedekah dapat lebih banyak pahala dari aku apatah lagi jika mereka makan pisang sewaktu khatib sedang menyampaikan khutbah bertajuk "makanlah buah-buahan tempatan". Kalau tak tidur, kadang-kadang aku luangkan masa berangan menjadi kaya sewaktu khutbah membosankan sedang dibaca (ulang: 'dibaca').
Aku memang tak baik dan aku sangat sedar.
Cuma kadang-kadang aku rimas juga bila menghadiri jumaat di surau atau masjid yang berhawa dingin di mana petugas-petugas masjid lebih pentingkan air-cond dari jemaah. Pintu gelangsar cermin gelap mesti sentiasa dipastikan tutup agar air cond tak habis. Jemaah di serambi tak dapat melihat wajah khatib. Bila ada orang masuk dan terlupa tutup pintu, cepat-cepat mereka tutup.
Malah ada juga ajk masjid yang berbangga kerana di waktu zaman mereka menjadi ajk kejayaan diukur dengan keupayaan mereka mendapatkan dana untuk membeli air cond.
Di masjid Kajang ada seorang kawan aku lulusan Mesir yang OKU dan hanya berkerusi roda tetapi dia tak tinggal solat. Setiap waktu dia solat di masjid Kajang tapi di luar sajalah kerana kerusi rodanya tak boleh naik masuk ke dalam. Tiada laluan OKU. Hanya tangga je. Maksud aku, di mana-mana masjid sekarang jika masih tiada laluan kemudahan untuk OKU, buatlah.
Aku juga pernah mendengar di sebuah surau dalam sebuah kampung seorang imam berdoa selepas solat agar Allah memudahkan urusan mereka mendapatkan dana untuk membesarkan surau dan mempunyai pendingin hawa. Jemaah di dalamnya tak sampai 10 orang dan masjid yang besar hanya setengah kilometer dari situ.
Aku tak membantah, membesar dan mengindahkan tempat ibadah itu bagus tapi carilah idea bagaimana nak tarik ramai lagi jemaah agar mereka ketagih ke masjid.
Aku mendengarnya dari luar surau, ketika aku sedang makan sate di gerai tepi surau.
Aku tahu, aku bukanlah orang baik. Tariklah aku supaya aku ketagih kalau tak pergi aku akan berasa rugi.
Janganlah hanya bersalam selepas solat tetapi selepas menyarungkan selipar semua berjalan terus dan sudah tak mengenali sesiapa lagi kalau pun tidak memaki hamun saudara sejemaah tadi yang parking memblok kereta kita.
Haiya 'alal falah!

Tiada ulasan: