Sabtu, 25 Jun 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


KONVOI PEMUDA PAS AMPANG SEDANG DI KEPUNG DI MASJID BUKIT KOSAS!!

Posted: 25 Jun 2011 08:08 PM PDT



Lebih 20 pemuda PAS Ampang yang berkonvoi dalam Program Konvoi Belia DUN Lembah Jaya 2011 sedang dikepung di Masjid Taman Kosas. Kesemua mereka memakai baju Bersih 2.0. Diulangi...Baju Bersih 2.0!! Hehe..



Berita terkini: Ustaz Fahrul Rahimi, SU Pemuda Kawasan, Sdra. Shahril dan anak Azam telah ditahan di Balai Polis. Selamat berjuang bro.

Ayuh kita boikot City Traders....

Posted: 25 Jun 2011 07:57 PM PDT

Satu2nya cara mengajar city traders yang hanya mementingkan diri sendiri ini ialah sama-sama kita semua rakyat Malaysia memboikot kedai-kedai dan perniagaan mereka untuk satu tempoh yang panjang. They are all useless buggers....


Call it off, say traders

KUALA LUMPUR: Traders fearing for their businesses along the route of the Opposition-initiated Bersih 2.0 rally want the organisers to call the march off.

With memories of chaos resulting from the Bersih and Hindraf rallies in 2007 still fresh in their minds, they are estimating that losses may run into millions of ringgit this time.

Their anxieties are also heightened after both Umno Youth and Perkasa announced plans to hold similar rallies should Bersih 2.0 go ahead with its march on July 9.




Bracing for the worst: Abu Bakar (right) is worried about the consequences the rallies would have on his business.


Textile shop manager Rilla Leritta Ruslan said rallies were a "double whammy" for her because two of her shops would be affected this time.

"During the rallies in 2007, we just had one in Jalan Masjid India. We recently opened a new one in Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Each shop rakes in RM10,000 in daily sales on weekends," she said, lamenting that the rallies were scheduled for a Saturday.

Recalling the havoc resulting from the clashes between demonstrators and policemen in 2007, she said many people had sought refuge in the shops then.

"Our customers are mostly families. I remember mothers with babies asking us to give them shelter from the tear gas and water cannons."

In 2007, both the Bersih and Hindraf rallies had centred around various points in the city, including the National Mosque, Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Central Market, Jalan Tuanku Abdul Rahman and Jalan Ampang, which are tourist hubs popular for weekend shopping and sightseeing.

The street demonstration by Bersih was held on Nov 10, followed by Hindraf on Nov 25.

The resulting chaos caused massive traffic crawls along major roads and highways in the city, damaged vehicles and left shoppers stranded as businesses closed their shutters early.

Salesman Abu Bakar Sidik, whose goldsmith shop is in Jalan Masjid India, said any chaos from the illegal demonstrations could mean a loss of more than RM200,000 in daily sales.

Pointing out that there were many jewellery shops along the road, he said his main fear was that those taking part in the rally might turn aggressive.

"If just 10 men break in, we won't be able to do anything. It's better if all groups have a peaceful discussion."

Shoe shop owner Yong Fah Chin, whose store is in Jalan Tuanku Abdul Rahman, said he was worried over impending losses.

"We're also afraid our shop may be damaged," said the 76-year-old, recalling how his customers were forced to wait out the chaos in his store during the rallies in 2007.

Yong, who took over the business from his father, said although the rakyat had the freedom of conducting assemblies, the organisers should hold it in a stadium.

With Bersih 2.0 chairman Datuk S. Ambiga pledging to take to the streets again on July 9 to call for electoral reforms, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin and Perkasa president Datuk Ibrahim Ali have also announced similar marches on the same day.

However, Home Minister Datuk Seri Hishamuddin Hussein had said no police permit would be issued.

CALLING AND FIGHTING FOR FREEDOM

Posted: 25 Jun 2011 10:00 AM PDT

Rap bersama Abang Mat...Cool bro..!!

Posted: 25 Jun 2011 03:53 AM PDT

Bersih 2: Jaga2 para demonstran di Seoul, Canberra, Melbourne dan Sydney, Osaka, LA, San Francisco, New York, Taipei, Jakarta dll...

Posted: 25 Jun 2011 03:06 AM PDT

KPN: Saya pantau demo ini

Jun 25, 2011 - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar terus mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram pada 9 Julai nanti.

Beliau berkata orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.

"Saya memantau keadaan ini, lagi pun sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini.

"Saya lihat perhimpunan ini boleh mengundang kepada ketegangan ketenteraman awam. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, janganlah kita membuat pilihan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam negara kita berlaku," katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa menghadiri majlis penutupan program pembangunan kemahiran wanita dan bengkel kelangsungan hidup di bandar raya yang disempurnakan oleh Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di Menara Yayasan Tun Razak di Kuala Lumpur hari ini.

--Bernama

Bersih 1: Pakai T-shirt Bersih ditangkap: KDN perlu periksa seluar dalam sekali — Aspan Alias

Posted: 25 Jun 2011 03:02 AM PDT

25 JUN — Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan talipon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini.

Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik.

Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.

Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya.

Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.

Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai.

Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9 Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. Dan sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang "autocratic" yang tidak ada batasnya.

Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju Umno, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain.

Presiden Ferdinand Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu.

Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator?

Jika kita bermaruah jangan lah kita tunjukan sifat "perongos" kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan "attire" yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya.

Seruan ini sepatutnya disokong oleh Umno sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan "transparent" sepatutnya menjadi pakaian hidup kita.

Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan "suspicion" yang begitu melampau.

Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula.

Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai "panty" Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu.

Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih.

Dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih di Shah Alam semalam kita sudah menunjukan satu "attribute" yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir.

Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat "gentleman" dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat.

Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya.

Akhirnya Musa lahir juga dan mengalahkan firaun di lautan Merah. — aspanaliasnet.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Lagi tangkapan kuning bakal dibuat....

Posted: 24 Jun 2011 09:18 PM PDT



Tiada ulasan: