Sabtu, 18 Jun 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Yang mufliskan Malaysia ni kroni kaulah lahabau...!!

Posted: 18 Jun 2011 01:26 AM PDT

Yang bail-out anak ekau tu pakai duit sapa?

Subsidi berbellion2 RM kat kroni IPP ekau tu duit sapo?

Mahathir: Malaysia muflis jika negara kebajikan penuh

PUTRAJAYA, 18 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Malaysia merupakan negara separa kebajikan, tetapi menegaskan, ia tidak seharusnya menjadi negara berkebajikan penuh kerana boleh menyebabkannya muflis.

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam sesetengah kes adalah benar Malaysia negara berkebajikan sebab banyak barang dan perkhidmatan adalah murah kerana kerajaan memperuntukkan wang untuk mengurangkan kos sara hidup.

"Kos hidup di negara ini adalah rendah," kata Dr Mahathir yang ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pendirian pentadbiran Najib di sebalik polemik mengenai negara berkebajikan sejak kebelakangan ini.

Parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat khususnya PAS terlibat dalam polemik mengenai negara berkebajikan selepas parti Islam itu dalam muktamarnya baru-baru ini mengetengahkan konsep tersebut.

Kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa negara berkebajikan PAS bukan sesuatu yang baru dan BN sudah pun mengamalkan prinsip itu dalam pentadbriannya sejak negara merdeka.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003 berkata, apa yang boleh dibeli di Malaysia sebenarnya sama dengan apa yang boleh dibelanjakan di Amerika Syarikat meskipun nilai mata wang negara itu lebih tinggi berbanding ringgit.

"Jika dibandingkan, RM1 di negara ini boleh digunakan untuk membeli (barang bernilai) AS$1 di Amerika sebab kos hidup di sini

Tiada ulasan: