Khamis, 9 Jun 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


DAP rintis negara berkebajikan.....

Posted: 09 Jun 2011 07:55 AM PDT

Hanya RM30 untuk rawatan dialisis di Pulau Pinang

8 June 2011

GEORGETOWN, 8 JUN – Pesakit buah pinggang di Pulau Pinang berpeluang mendapat rawatan dengan harga RM30 bagi setiap dialisis apabila Pusat Dialisis CAT yang pertama disiapkan tidak lama lagi.

Untuk membolehkan pesakit hanya membayar RM30 bagi sekali rawatan dialisis, kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan menanggung kos perkhidmatan yang ditetapkan pada kadar RM110 berbanding dengan kadar pasaran di antara RM150 dan RM200.

Kerajaan negeri Pakatan akan menanggung kos selama 10 tahun, iaitu anggaran sebanyak RM2.05 juta, atas kadar tajaan RM30 setiap rawatan untuk kelompok 25 hingga 50 orang pesakit.

Daripada kos RM110 bagi setiap rawatan itu, kerajaan persekutuan akan diminta menyumbang RM50 manakala kerajaan negeri menyediakan RM30 dan pesakit buah pinggang (end stage renial failure) pula hanya membayar RM30.

Biasanya, seorang pesakit buah pinggang menjalani 3 kali rawatan seminggu.

Inisiatif Pusat Dialisis CAT adalah usaha Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyanyang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, merangkap Adun DAP Sungai Puyu.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, usaha itu adalah sumbangan kerajaan negeri kepada rakyat dengan kerjasama sektor swasta dalam usaha menjaga kesihatan rakyat.

"Kerajaan negeri telah menggunakan lebihan bajet dan bercadang, sekiranya keadaan mengizinkan, untuk memperluaskan Pusat Dialysis CAT di kawasan lain di Pulau Pinang," katanya.

Sebagai permulaan, Pusat Dialisis CAT akan disediakan dengan 10 mesin homeodylasis (HD), sistem rawatan air RO dan automatic reprocessor dengan suntikan dana atas usaha kerajaan negeri.

Kos setiap mesin HD dianggarkan RM 42,000 yang memerlukan perbelanjaan RM420,000 yang ditanggung oleh pihak swasta dan kerajaan Negeri di bawah konsep public & private partnership framework (PPP).

Mengikut perangkaan 2009, terdapat 1,804 pesakit buah pinggang di Pulau Pinang. Kesemua 6 pusat dialisis di Hospital Pulau Pinang yang mempunyai 75 mesin yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan tidak dapat lagi menampung jumlah peningkatan pesakit.

Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi untuk memulakan projek perintis Pusat Dialisis CAT di pejabat pasar awam Balik Pulau, berhampiran perhentian bas Rapid Penang.

Katanya, pemilik bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah bersetuju untuk menyediakan ruang di belakang pejabat kutipan hasil di pejabat pasar awam Balik Pulau sebagai Pusat Dialisis CAT dengan kadar sewa nominal RM10 setahun.

"Kerajaan negeri PR prihatin kepada penduduk luar bandar dan menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik," tambah beliau. – Roketkini.com

Kabare wak? Ojo kesandung...hehe!!

Posted: 09 Jun 2011 01:45 AM PDT

Saksi: Ubah-suai rumah RM6.5 juta dibayar tunai

Hazlan Zakaria
Jun 9, 11

Mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah-suai rumahnya daripada rekabentuk asal Itali tropikal kepada konsep Bali, kata pereka lanskap yang dipertanggungjawab membuat pengubah-suaian itu, Nasir Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Jumlah itu, katanya pada hari ketiga perbicaraan rasuah Khir dibuat dalam bayaran ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Nasir berkata beliau menerima bayarannya sebanyak RM500,000 dalam bentuk tunai daripada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni dan Khir, yang ketika itu adalah menteri besar Selangor di kediaman rasminya.

"Saya terima bayaran pendahuluan sebanyak RM250,000 pada Mac 2006 dan kemudian saya ke pejabat pemegang harta (kini insolvensi) untuk uruskan pasport ke Bali untuk membeli barang.

"Pembayaran seterusnya saya terima kira-kira RM500,000... setiap kali pembayaran di mana empat atau lima kali pembayaran diserahkan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni manakala tujuh atau lapan kali pembayaran diserahkan oleh Dr Khir Toyo sendiri," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.

Nasir memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan kes Dr Mohamad Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Nasir yang diperkenalkan kepada Dr Mohamad Khir oleh ADUN Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berkata Shamsuddin dilantik oleh bekas Menteri Besar itu sebagai pengurus dalam urusan kerja-kerja pengubahsuaian banglo tersebut.

Ditanya mengenai siapa pemilik sebenar banglo itu, saksi itu menjawab: "Saya keliru sebab yang beri arahan Dr Mohamad Khir tetapi bila dapat pelan ada nama Ditamas Sdn Bhd. Pelan itu telah diluluskan."

"Semasa awak terima wang, awak tiada akaun bank, jadi bagaimana awak uruskan wang?" soal Masri dan Nasir menjawab: "Saya bayar pada supplier (pembekal) dan sebahagian wang itu saya simpan untuk beri kepada pekerja yang diupah.

"Ada atau tidak pada bila-bila masa awak kemuka sebarang sebut harga pada Dr Mohamad Khir?" soal Masri dan saksi itu menjawab: "Ya. Pada Dr Mohamad Khir sendiri dan bila dirujuk (sebut harga) Dr Mohamad Khir minta kurang sikit."

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam M Athimulan yang mewakili Dr Mohamad Khir berhubung status muflisnya, Nasir berkata beliau muflis sejak 1998 dan kemudiannya bebas daripada status muflis pada 2008.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohtarudin Baki.

Mat Sabu Cabar Najib Bertanding Di Parlimen Bukit Bintang...!!

Posted: 09 Jun 2011 01:37 AM PDT

Ha....ada berani ke Najib?

Di Bukit Bintang x de kem askor yob....!!

PAS intai peluang tandingi kawasan bukan Melayu
Salhan K Ahmad
Jun 9, 11

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan lebih berpengaruh dalam Pakatan Rakyat sekiranya ia bertanding di lebih banyak kerusi bukan Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Mohamad berkata, formula berkenaan boleh digunakan bagi memastikan PAS menjadi teraju utama dalam Paktan memandangkan parti kini semakin diterima di kawasan bukan majoriti Melayu, katanya.

"Itu bergantung kepada kerusi yang (PAS) menang. Dulu kawasan majoriti bukan Melayu – DAP, majoriti Melayu – PAS, campuran – PKR.

"Saya tak tahulah formula itu boleh guna atau tidak perlu diguna sebab sekarang di kawasan campuran pun PAS boleh menang," katanya ketika ditanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini.

Beliau yang turut popular dengan nama jolokan Mat Sabu itu juga yakin akan menang di kawasan parlimen Bukit Bintang jika diberi peluang untuk bertanding di kawasan yang sering ditandingi DAP dan MCA itu.

"Soal pengagihan kerusi, jawatankuasa (Pakatan) akan bincang – tidak lagi berdasarkan majoriti Melayu ini PAS kena bertanding, majoriti bukan Melayu – DAP.

"Sekarang (kemenangan) mana-mana (calon adalah) ikut ketokohan. Saya sendiri berani bertanding di Bukit Bintang, asalkan simbol PAS, DAP tak bertanding, dan lawan MCA. Boleh menang," katanya sambil ketawa kecil.

PAS kawasan Bukit Bintang juga merupakan antara kawasan yang paling awal mencalonkan Mohamad bagi jawatan timbalan presiden bagi pemilihan parti tahun ini dan juga pada 2009.

Beliau juga yakin bahawa PAS boleh menjadi teraju utama dalam Pakatan, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan parti itu di kawasan yang dimenanginya pada 2008 seperti Kota Raja, Kuala Selangor dan juga Shah Alam.

Hadi pun boleh ganti Anwar

Bagaimanapun, buat masa ini Datuk Seri Anwar Ibrahim masih merupakan ketua umum Pakatan, kata Mohamad lagi, mengulas kritikan yang diterima oleh PKR setakat ini.

"Terserah kepada Pakatan Rakyat (sama ada ingin ganti Anwar). Sekarang dia masih ketua umum. Pilihan raya umum akan datang, dia berada di dalam atau di luar (penjara), itu keputusan mahkamah.

"Tapi sekarang dia masih ketua umum yang dihormati rakyat. Mana dia pergi, sambutan pada ucapannya hebat sekali," kata Mohamad lagi yang mengakui bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Anwar selain di "pentas ceramah."

Ketika ditanya siapakah pemimpin yang boleh menggantikan Anwar bagi mengetuai Pakatan, Mohamad berkata tugas berkenaan boleh digalas oleh "sesiapa saja" termasuk presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tak ada masalah, orang dah boleh menerima (PAS)," katanya yang menambah, Abdul Hadi akan dapat memimpin Pakatan Rakyat berdasarkan persetujuan yang ditandatangani oleh anggota pakatan tersebut.



Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.

Tiada ulasan: