Selasa, 21 Jun 2011

Komentar Kini

Komentar Kini


DR Asri cuba pertahan utusan dan membela Umno?

Posted: 20 Jun 2011 08:05 PM PDT

Dr. Mohd Asri Zainl Abidin, bekas mufti Perlis berkata, "Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam".

Tetapi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dalam syarahan kuliah Jumaat 17 Jun 2011, Jam 9.30 pagi mengatakan Utusan Malaysia menghina Islam lantas diadakan majlis membaikot akhbar milik umno itu.

Jika berdasarkan pendapat Dr Asri, bermakna sah kartunis itu terkeluar daripada Islam iaitu Kafir.

Kata, Dr Asri pula, "Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah".


Kata Dr Asri lagi, "Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar".

Disini dapat kita buat kesimpulan bahawa ada tiga hal dalam konsepsi dakwah. pertama kartunis itu keluar daripada Islam. kedua, mendapat pahala kerana bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan zina dan rogol.Ketiga, kartunis itu berdosa besar kerana bertujuan membohongi faktar sehingga menimbulkan salah sangka.

Pada saya, Dr Asri cuba mempertahan utusan Malaysia yang diserang begitu rupa dan membela Umno yang jelas para pemimpinnya bukan saja pernah menghina Islam malah tergamak mempersenda sendakan hukum hudud tidak lama dahulu.

Tiada ulasan: