Kerabu Bersuara ® |
- Hot! Wardina Join Pakatan Rakyat?
- Kenaikan elaun hakim taktik Umno peralat institusi Kehakiman – Anwar
- Kita perlu mempersuci demokrasi, bukan keruhkannya- A Samad Said
- Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan
- YB Yaakob Kesal Program Bersih Uptown Shah Alam Disabotaj Polis
- Himpunan 9 Julai: Ambiga, Ibrahim Ali disiasat polis
Hot! Wardina Join Pakatan Rakyat? Posted: 27 Jun 2011 06:38 AM PDT |
Kenaikan elaun hakim taktik Umno peralat institusi Kehakiman – Anwar Posted: 27 Jun 2011 06:32 AM PDT (Oleh Norutul Ilham) KUALA LUMPUR: Kenaikan emolumen hakim melibatkan individu tertentu membuktikan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mahu terus memperalat institusi mahkamah untuk kepentingan politik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEADILAN-Permatang Pauh). Ketua Pembangkang itu pada sesi Dewan Rakyat mempersoal Pindaan Rang Undang-Undang Saraan Hakim yang memberi kepentingan untuk Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi. Jika benar kerajaan Umno BN mahu mengenang jasa Zaki, Anwar berkata, institusi kehakiman tidak harus dijadikan alat bagi mempertahankan pimpinan parti pemerintah. "Tidak perlu guna Parlimen untuk pinda Perlembagaan (bagi memenuhi) hasrat satu orang sahaja," katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Saraan Hakim di Dewan Rakyat, petang ini. Beliau mempertikai badan kehakiman yang semakin terhakis kebebasannya terutama melibatkan individu tertentu sehingga tidak boleh diheret ke muka pengadilan walaupun jelas melakukan kesalahan. "Badan kehakiman penting bagi mana-mana negara dan menjadi markas akhir untuk seseorang mendapat keampunan keadilan. Kalau badan kehakiman tidak dapat jamin keadilan asas ke mana orang (mahu) pergi?" katanya. Anwar berkata, kewibawaan institisi kehakiman sudah diragui banyak pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Sufian Hashim dan isu itu pernah disentuh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. "Saya menggunakan pandangan Tun Sufian yang menyatakan, kalau beliau dihadapkan ke mahkamah, beliau tidak percaya akan mendapat keadilan," katanya. Namun, beliau tidak menentang jika elaun kepada Ketua Hakim Negara boleh mengurangkan kadar rasuah dalam institusi kehakiman, tetapi perkara sebaliknya tidak wajar berlaku. "Saya tidak menentang kenaikan elaun atau gaji hakim kerana badan kehakiman harus bebas dan berwibawa, tidak harus dibebankan dengan kewangan dan tidak mudah dibeli dan rasuah, tidak mudah diugut kerana amanah itu besar. "Banyak negara bimbang kerana emolumen dan elaun hakim tidak menarik, justeru pengunduran hakim berwibawa terlalu tinggi (tetapi) saya tidak boleh mengatakan gaji dan emolumen hakim terlalu rendah di negara kita. "Umumnya dalam lingkungan memuaskan. Umpamanya emolumen tanpa elaun Ketua Hakim Negara RM 25,000, Ketua Hakim Mahkamah Rayuan (RM22,000), dan jika campur dengan elaun yang ada sekarang, lebih tinggi. "(Yang penting) pertahan kewibawaan badan kehakiman, elak rasuah badan kehakiman, elak pengunduran hakim yang baik dari berpindah ke sektor lain," katanya. |
Kita perlu mempersuci demokrasi, bukan keruhkannya- A Samad Said Posted: 27 Jun 2011 04:26 AM PDT (Oleh: Ahmad Fadli) KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hairan apabila dipanggil memberi keterangan oleh polis hanya kerana membaca puisi yang menyeru kepada demokrasi yang lebih baik. Sasterawan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata demikian selesai memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi berhubung Perhimpunan Bersih, 9 Julai. Beliau disoal siasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis kerana hadir dan membacakan puisi pada Pelancaran Bersih 2.0, 19 Jun lalu. Ketika ditemui pemberita, Pak Samad berkata, beliau hadir pada majlis itu bukan dengan niat menghasut, sebaliknya dengan tujuan yang murni untuk demokrasi di negara ini "Bagi saya sendiri, saya pun merasa aneh juga mengapa hal ini harus berlaku. Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci dan sepatutnya dihargai dan bukan dicurigai. "Kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi dan bukan memperkeruhkannya atau mencemarinya," tegas Pak Samad yang menyatakan puisi kini menjadi 'senjata' yang menggerunkan pemerintah. Sambil menyatakan demikian, beliau menegaskan akan tetap menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini, meskipun ditekan pihak berkuasa. "Saya akan hadir Bersih nanti. Gerakan ini membantu menyuburkan suasana yang lebih bagus. Sepatutnya disokong, bukan dibantah," katanya. Pak Samad turut menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira kaum supaya melihat perhimpunan Bersih bukan sesuatu yang memudaratkan. "Saya tak mahu cakap soal bangsa, kita semua orang Malaysia. "Tentunya dari satu pihak akan menghebohkan bahawa ini akan membahayakan. Jikalau itu alasannya sampai bila pun kita tak akan buat apa-apa. "Orang itu pun harus memahami cita-cita kita juga. Orang mesti ada rasa bersedia untuk berkorban kepada sesuatu yang akan membela nasib mereka," kata Pak Samad. |
Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan Posted: 27 Jun 2011 02:51 AM PDT Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan yang disoal siasat oleh polis hari ini menegaskan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini akan diteruskan sebagaimana telah dirancang. Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata pihaknya juga tidak akan memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan memandangkan Menteri Dalam Negeri dan polis berpendirian tegas bahawa tidak akan memberi kelulusan bagi tujuan itu. |
YB Yaakob Kesal Program Bersih Uptown Shah Alam Disabotaj Polis Posted: 27 Jun 2011 12:29 AM PDT Kehadiran pihak polis di Uptown Shah Alam telah menimbulkan rasa kurang selesa kepada pengunjung sempena promosi kempen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di sana. YB DR Hj Yaakob yang juga ADUN Kota Anggerik berkata, suasana semasa promosi tersebut sangat meriah dengan ramai pengunjung hadir ke Uptown dan melawat ke meja pameran sambil mendengar penjelasan tentang BERSIH. Namun, apabila kehadiran anggota polis yang ramai berkumpul di Uptown pada malam tersebut,suasana terus bertukar menjadi tegang. Malah keadaan menjadi lebih meruncing apabila pihak polis membuat sekatan jalan raya yang menyebabkan kesesakan yang teruk. Beliau juga yang merupakan EXCO Pembangunan Usahawan Negeri Selangor turut menerima aduan dari peniaga bahawa hasil jualan mereka berkurangan selepas terjadinya insiden tersebut. Dr Yaakob yang turut turun padang melawat kawasan Uptown, tiba pada jam 11:30 malam. Walaupun jaminan keamanan telah diberikan kepada polis, namun pihak polis polis terus mengepung tempat kejadian sehingga jam 3 pagi. Malah, beliau juga mendesak agar polis membayar segala ganti rugi yang ditanggung oleh peniaga dan pihak pengursan Uptown atas tindakan mereka. Menurut beliau lagi, tindakan pihak polis tersebut jelas menjejaskan mata pencarian peniaga-peniaga di sana. PEJABAT YB DR HJ YAAKOB BIN SAPARI EXCO PEMODENAN PERTANIAN,PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN PENGURUSAN SUMBER ALA |
Himpunan 9 Julai: Ambiga, Ibrahim Ali disiasat polis Posted: 27 Jun 2011 12:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Jun — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Presiden Perkasa Ibrahim Ali disoal siasat oleh polis hari ini berhubung perhimpunan yang mereka rancang untuk diadakan di ibu negara, 9 Julai ini. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan